Feb 27, 2013

Datang dan pergi : Live.Life :)

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu
*ruang rindu-letto
Assalamualaikum ~
Insya Allah hari ni faa nak membebel tentang hidup, ececehh, ini kata hati kan, so menaip berdasarkan hati. Seriously, semua perkara akan datang dan pergi dalam hidup kita ni. tak kira la sahabat ke, harta ke, hidup mati tu pun kira datang dan oergi jugak kan?Kat atas ni lirik lagu ruang rindu by letto :) one of my favourite song jugak laa..try laa dengar,     



okayy , nak sambung bicara :) confuse actually. Sumpahan apakah ini? *hamboii mulut*
seriously faa tak ramai kawan lelaki, kalau baik pun, ada laa dua tiga orang classmate, ex-schoolmate semua kan. kalau baik, mesti tak lama. =.=" tapi bagus jugak, at least boleh jaga ikhtilat. see? itulah hikmah dia kenapa faa tak kawan sangat dengan lelaki. Allah sayang saya :') mana laa tau faa hanyut , lemas atau alpa dengan dunia. ecewahh~ ayat bombastik. tapi alhamdulillah kawan perempuan ramai ~ i luv you girls :) ukhuwah fillah.
Ain dengan faa .my friend since secondary sch :)


kalau dulu faa pernah cakap pasal faa gaduh whatsoever dengan bff faa, (best friend forever okayy, not boyfriend forever) masa sekolah dulu, alhamdulillah sekarang kami dah okay, dia pun dah jadi makin bagus, alhamdulillah,makin warak. :) Faa? nak kata warak tak jahil pun tak..diriku hanya insan biasa~
haa ni satu lagi , kawan faa, katanya better lah we all stop contact coz dia takut menambahkan dosa dia sebab dia banyak buat faa terasa hati. krik3..faa pun tak faham sebenarnya, tapi senyum je lah, x perlu kata apa-apa. :D eh, kalau tak silap lagu tu ada ayat kacang tua kacang muda apa tah. lawak  laa pulak kan? :p  Btw, faa rasa disayangi oleh Allah, dan rasa macam ni mesti jodoh faa yang doa biar faa tak baik sangat dengan mana-mana lelaki, sebab selalu tak sekepala then gaduh dengan semua orang.aihh teruk aku ni. .==" tapi mungkin la kan, pemikiran yang tak matured ni cakap macam tu la..Jodoh saya doakan semoga Allah jaga saya. ^^ sama macam faa doa semoga Allah jaga dia, jangan biar dia terlampau baik dengan orang perempuan lain. #jeles ke kakngah? ehh of course la, cinta dia hanya untuk Allah,family dia dan saya okayy? same goes to me laa. kata nak cinta high class gittew~ inshaAllah aminnnnn.. :)

nota untuk bakal suami : "assalamualaikum, cepat-cepatlah datang :) lama ana tunggu enta ni." *ayat tah pape,memang nampak benor tak mecednye. >.<''

Faa tak tau laa, bukannya obses sangat, tapi kalau boleh, Faa nak nikah dengan chinese muslim, or any malay yang mix chinese ke. sebab? subhanallah~ hehe..tak tau nak bagi sebab apa. tapi memang Faa suka tengok chinese. :) Kita hanya mampu rancang dan doa, Allah yang menentukannya. so, Faa terima je sape-sape yang ditakdirkan berjodoh dengan faa tu..tak kira laa bangsa apa, yang pasti beliau seorang suami yang soleh dan dapat bimbing faa yang childish sikit ni, sikit je laa kan? :p ohmaii apa merepek masuk topik ni pulak?=.="

berbalik kepada datang dan pergi tadi, ni haa,

sekadar perkongsian, redha dengan semua apa yang berlaku ye?

Maksudnya:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

okayy ? oraitt~

selingan sekejap. hehe..^^

So, dah ramai jugak kawan lelaki dan perempuan yang faa lost contact. agak busy dengan kuliah lately, lagipun memang takde contact number korang. haduyaii..semoga korang sihat-sihat laa ye. Tipu kalau tak sedih bila lost contact or stop contact, tapi nak buat macam mana laa kan, dah memang lumrah hidup datang dan pergi. kang faa nyanyi kat sini chorus letto tu, hujan pulak..-.-'' tapi tu laaa, sedih-sedih pun, hidup mesti diteruskan.cewahh~ ye la, kita ada berjuta lagi manusia di seluruk ceruk dunia,ramai lagi boleh dijadikan kawan. Mulai sekarang faa memang jenis lantaklah, korang nak buat apa buat..faa taknak masuk campur, taknak cakap apa-apa..sebab , memang dah biasa dah kena macam ni. takde laa apa sangat,dugaan kecik je kan..dugaan untuk membuat kita tabah. :) sebagai seorang yang loner, faa dah imun dengan semua ni, tapi kadang-kadang kalau tak tahan tu,menitis jugak mutiara jernih dari kelopak mata yang redup ni. HAHA~ apapun, faa rasa gembira sebab dapat kenal dengan semua kawan-kawan faa.. Friend is like our second family <3

Faa tengok-tengok balik semua koleksi gambar yang lama, loner laa jugak faa ni, pergi mana-mana sorang je. but still, tak rasa lonely sangat sebab ALLAH kan ada. so chill la kan? betul tak? Alhamdulillah~ ^_^ so, saya boleh hidup tanpa awak sebagai sahabat saya, tapi saya still doakan awak , semoga berbahagia ke anak cucu cicit cucit cirit ehh ehh. macam ucapan tahniah kawen la pulak. hehe..so , tu laa, terima kasih kepada semua yang telah menjadi sahabat Faa secara langsung atau tidak langsung. Thanks to all of you :) Everything happen for a reason kan? so yakin dengan janji Allah. take time , All is well so everything will be okay ~ being a loner in person, but still, i'm strong enough to face all this. chaiyok2~ doakan faa, ada test 4 subjek law minggu ni dan minggu depan~



I can be tough
I can be strong
But with you
It's not like that at all
There's a girl
That gives a saying
Behind this wall
You just walked through it
*wish u were here-avril


salam sayang ,
faa izmir
28/2/2013
1.14 pm
fakulti undang-undang, uitm shah alam.


Feb 23, 2013

Two days with lovely bestfriends! :)

Assalamualaikum~

Alhamdulillah walhamdulillah .

seriously excited and happy mah , ada dua perkara dalam dua hari yang berlaku.. haha~ 

nissa,ain n faa~
on 22 feb yang lalu, faa actually ada dinner, like what i've told ya before kan, so pergi laa dinner tersebut dengan kawan-kawan tersayang , seriously semua cantik-cantik hensem-hensem, memang duke and duchess,prince and princess laa~ thumbs up! gerak daripada uitm ke sacc tu ukul 6.30 ptg, then majlis start pukul 8 malam, so kitorang lepak dalam surau dulu sebelum majlis start, solat maghrib , then baru masuk dewan. mula acara dengan persembahan, then ucapan-ucapan..tapi faa dengan kawan dari imtiaz, ain pun dah kebulur sangat, kitorang tertunggu bila laa dapat makan. haha~ then makan dengan gembiranya . oh yaa, terkejut makngah tengok wira dance. krikk3..berbakat jugak classmate kita sorang tu. then persembahan-persembahan budak asasi ni, boleh tahan laa, nak suruh faa menari macam tu, memang tak reti laa. :D lepas majlis, amek gambar then balik. sumpah , teramat sakit kaki sebab heels faa yang 4 inci tu membuatkan faa rasa macam cacat je time jalan, siyez tak sesuai pakai heels. tak selesa pun ada. haha ~ apapun, dinner asasi uitm shah alam 2013 memang best and mantap, thanks to uols~ <3
gambar gelap la.btw, my dear lwa02I <3




secondly ,
23 haribulan,keesokannya lepas dinner semalam, faa keluar
hang out dengan kawan ~ weheee , faa dengan ain (ni classmate a.k.a bestfriend) pergi kl sentral dengan bersemangatnya , awal pagi pulak tu keluar. then jumpa papa long, uncle faa. uncle faa belanja kami breakfast, borak-borak. dalam sejam pastu faa dengan ain pergi klcc naik lrt. sampai kat sana pusing-pusing suria klcc tu cari budak-budak uia 4 orang ni. nasib jumpa bff faa semua tu, kalau tak sesat dah kitorang kat sana. haduyaiii ~
sampai-sampai then makan, sempat pulak fifah ajar faa makan guna chopstick , gara-gara nak kawen dengan chinese muslim, belajar jugak laa kita. :D wafi tak habis-habis perli, kena sekeh kang baru tau pakcik tu. while husni dengan hana makan dengan berselera.Ain? ain dengan faa share fruity yogurt. :)
pastu pusing-pusing,borak-borak cmtu la, dalam pukul 5 kitorang gerak balik. before tu faa ada exchange barang dengan pakcik uia.nasib baik harga sama. haha..faa mmg suka exchange barang dgn bestfriend , before this ada bagi dekat ciknas, tapi tak exchange la, dekat nas syg lebih, dekat wafi tak, haha~ kgurau.going to exchange dgn ain pulak lepas ni.any idea? >.<" balik tu, makan dengan ain dekat seksyen 2.  then melawat giant seksyen 7. sampai bilik, rasa kaki macam nak meletup.omaigaaad siyez sakit. =.=" sebab kasut ketat. semalam kasut tinggi, ni kasut ketat pulak. masalah kasut btl la faa ni.then lepas solat isyak terus tidur.zzzzzz~ gambar semua dalam instagram :) tapi sekejap sangat jumpa diorang,sumpah tak puas borak. :')


so , konklusinya, alhamdulillah, bahagia dapat spent masa dengan kawan-kawan faa. rasa laa ibrah dia, kemanisan ukhuwah tu kan. friends are my second family. so memang faa sanggup buat apa je untuk kawan~  sayang korang <3 thanks to all yang dah participate dalam dua hari ni. :P always in my heart laa. hahaa~

muka bahagia. haha :D


thats all from me, 
salah mahabbah,
faa izmir
24 feb 2013

Feb 20, 2013

klik klik holiday ~


Assalamualaikum.
Alhamdulillah wal hamdulillah ~
Seribu satu nikmat  faa dapat masa cuti seminggu dekat rumah ni ~ gembira tak terkata .
 (^_______^)
Tengok,senyum lebar gitu. Hehe ~ banyak perkara yang faa buat, first jumpa family,sedara-mara dan  cousin tercinta aka twin faa . J Balik kampung belah mak . Pstu dua tiga kali pergi pusing satu jerteh gara-gara nak cari dress untuk dinner. Leceh betul, tambah pulak tuan punya badan amatlah cerewet. Haha . :D susah jugak ya nak cari yang berkenan di hati. Pastu pergi butik peace, ada yang 3 layer uols ! harga dia seratus lebih gak laa.tapi skali tengok macam baju raya pun ada. Hahaha. Pastu faa pergi bazaar *bukan bazaar ramadhan ok!*  dalam bazaar tu ada banyak laa kedai baju apa semua. Pastu tengok dalam satu kedai ni, dress dia simple-simple je. Nak pakai untuk majlis boleh, nak pakai keluar jalan-jalan pun boleh . disebabkan tuan kedai tu ramah, diajaknya faa masuk haa.. Masuk laa kita dengan adik perempuan yang manja tu. Pilih-pilih, berkenan laa dekat satu dress warna purple ni. Sangat simple and casual gitu design dia. Dekat seratus jugak laa harga, tapi affordable la, i mean, takde laa mahal sangat. Sederhana camtu laa. Cakap-cakap dengan akak tu, dia cakap ni semua barang sophieparis. Ohmaii, sophieparis rupanya, no hal laa lawa. Faa tengok kat kedai tu takde pulak cakap sophieparis. So apa lagi, masuk ahli terus,next time boleh shopping situ je, tak payah dah pergi beli online,tak payah susah-susah nak bank in kan? J sukaa~
Dan yang pasti, dress tu akan dirasmikan untuk dinner asasi 2013~ faa pening jugak nak tambah aksesori dan nak matching tudung macam mana. So dah pusing 1 jerteh tak jumpa pashmina yang faa nak. Penig betul. Last-last terfikir, biar je laaa. Pakai je apa ada nanti. Kebetulan sebelum balik tu dah beli kasut dengan nas and anis dekat sogo. Haa ~ berjalan betul kita kan Ciknas? :D  22 feb ni dinner itu~ tapi faa ada MUET 19hb, so extend cuti, skip kelas 2 hari. Apa laa..pening dibuatnya . dah laa dua hari tu ada test untuk subjek law. Muet punya pasal, harap-harap dapat band 4 at least. Aminnnn  ^^
Faa bukan teruja dinner tu je, tapi sabtu nanti nak pergi rumah ayah saudara, sebab beliau baru operate mata~ so nak pergi melawat dan ada laa hal keluarga sikit, lepas tu plan nya nak keluar dengan beberapa orang sahabat tersayang dalam kalangan warga UIA. UIA okay bukan UAI ~ uai, ustaz azhar Idrus kan? Lama tak dengar ceramah beliau depan-depan ~ so excited jugak ni , lama tak jumpa diorang ~ boleh kata reunion jugak kot. Tempatnya ? KLCC.:) nak jalan-jalan je la kot, nak shopping memang tak larat laa, dah banyak berbelanja .bulan 2 ni je dah habis dekat seribu. Jangan tanya beli apa ya. =.=” memang kena berjimat cermat lepas ni. So saya excited sangat-sangat!!
That’s all for now, got to go.
Salam sayang~
Faa Izmir
18/2/2013
Home sweet home~
4.47pm

Feb 8, 2013

Kata hati tentang Hidup

Assalamualaikum,
Alhamdulillah wal hamdulillah ..
bersyukur atas segala nikmat yang ana perolehi sepanjang hidup, walaupun terasa diri dah banyak melakukan dosa , tapi Allah masih lagi bagi peluang untuk ana menikmati setiap detik dalam hidup..
Alhamdulillah, :')





        Hari ni ramai yang dah balik ke rumah masing-masing, but still , ana punya tiket lewat lorh , so balik lewat sikit. huhu. oh ya, I stand for Izmira okeyy. haha :D

firstly, ana bukan ustazah . =.=" ya, pemberitahuan untuk blogger sekalian. ana bukan ustazah , ilmu agama tak tinggi pun. ana hanya orang biasa yang nak menutup aurat dengan sempurna ,pernak melaksanakan syariat Allah dengan betul , menjauhi apa yang dilarang, melakukan apa yang disuruh..
jadi, ana pun tak perfect , pernah jugak ana buat sesuatu yang salah,selalu melakukan dosa,selalu jugak lalai. so ana bukan 100% baik, cuma ana mencuba untuk jadi orang yang baik. InsyaALLAH. :')


          Nak berkongsi dengan uols, semalam I pergi Jalan Tar dengan Nas and Anis. selepas berlakunya 1001 conflict antara kami, I tau diorang sangat baik sebenarnya, *terharu meyy* tapi ye la, semua yang berlaku tu ada sebab Allah nak uji,bukan salah diorang , tapi memang I perasan , ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada pemahaman I, dan ada something yang Allah nak ingatkan I, dan satu pelajaran yang I dapat, yang pasti, ia mengajar ana akan erti ketabahan, InshaAllah lepas ni, if ada apa-apa masalah yang macam ni kat tempat kerja ke apa , inshaAllah ana boleh bertahan. tapi tu laa, I rasa malu uols, sebab I tak kuat dalam menempuhi semua dugaan yang lepas. *ohh ayat dramatik lagi* sobbss :') tapi I yakin, semua ni dugaan yang kecik je, masa akan datang nanti akan ada dugaan yang lebih besar. so I kena slow-slow jadi tabah, cuba hidup berdikari tanpa ada sesiapa yang menemani disisi. haha~ ayat hiperbola.tapi betul , seriously I cakap , zaman sekarang ni ,tak ramai yang boleh hidup sorang-sorang, tak ramai yang mampu berdikari..tapi Alhamdulillah Allah dah bagi kekuatan pada ana untuk hidup macam tu. yes,I still have my family, my friends..tapi tak setiap waktu kita bersama dengan mereka. Mungkin pada mulanya ana sedih gilaaaa sebab pergi mana-mana sorang, makan sorang, jalan sorang..tapi sebenarnya, itu laa yang dinamakan hidup. Mati nanti pun sorang-sorang jugak. Haha. but now alhamdulillah , I takde laa rasa sedih ke apa, sebab .. now  I pegang macam ni je , Kenapa kita nak sedih kalau buat apa-apa sorang sorang ? padahal Allah ada setiap masa dengan kita, malaikat ada kiri kanan..so , be strong ~ buat rileks je . :) tapi jangan laa pergi jalan malam-malam sorang-sorang.. tu sangat lahh bahaya cik kak oii ! tengok keadaan la kan ? sediakan payung sebelum hujan, yang penting, apa-apa dugaan yang bakal terjadi pada masa akan datang , kita akan mampu untuk melaluinya~ insya Allah..



oh ya , semalam , masa dekat Jalan Tar.. I nampak ramai pengemis , I jumpa ramai budak-budak yang meminta sedekah @ sindiket , I nampak ramai gelendangan tidur tepi bangunan. terfikir, YA Allah, beruntungnya kita, sebab kita ada rumah, kita tak perlu nak meminta-minta..boleh makan apa yang kita nak, boleh beli apa yang kita nak. tengok, Allah dah bagi macam-macam nikmat kat kita. so , bersyukurlah !

Alhamdulillah walhamdulillah ~

Tapi bila buat kerja sorang-sorang ni , terasa nak ada partner pulak, kan kan ? haha..fitrah manusia berpasangan..buat uols yang dah ada suami tu, haa , untunglahh.. :p korang yang ada bf/gf tu..jaga elok-elok batas ye? kalau boleh, jadikan pasangan anda tu suami/isteri yang sah. jangan sekadar buat bf/gf anda macam lampn pakai buang je. haha~
ana tak suka couple, so ana memang tak pernah couple..kawan lelaki pun tak ramai..ada je kawan lelaki, tapi macam tu laa, setakat ni tak jumpa lagi orang yang ana rasa "different feeling" tu. haha~ orang tanya ana, " you nak kawen nanti macam mana ? tak kawan dengan lelaki, nak jumpa jodoh mcm mana? " I just jawab , " takpe, saya boleh mintak tolong abang saya carikan, dia mesti ada ramai kawan-kawan yang baik-baik. :P" HAHA~ tapi betul laaa..suruh abang carikan, dia lelaki, mesti dia lagi tau pasal lelaki ni. lagipun, belum sampai masanya lagi la, dan ALLAH pun tengah jaga ana, dan ana harap Allah jaga bakal suami ana sama macam Allah jaga ana. orang lain dating dgn pakwe makwe,  I dating dengan Allah, 5 kali sehari pulak tu. jangan jelly uols ~ :)

p/s : buat bakal zauj , jaga diri elok-elok, nanti awak kena jaga saya pulak. haha ~ *kejam tak ayat?


Ahah ! peringatan kepada sesiapa yang view blog ana, then yang cakap blog ni  panjang pulak membebel..aduhaii, ni bukan laa diari ke apa ,tapi nama pun blog, I nak bercerita kat uols, and also , ana anggap ni just sharing sambil ambik iktibar laa ok atas apa yang ana lalui..nama blog pun dah kata hati, so daripada korang kutuk ana , baik korang pergi blogwalking tempat lain, sebab kalau nak cari pasal TV, cari la kat kedi jual TV punya website. dan kalau korang nak baca cerita tentang hidup , haa~ sini laa tempat dia . :D

okayy , konklusinya , hidup ni kena tabah, jangan mudah putus asa, jangan mudah mengalah. kita ingat , bila kita ada masalah, ada lagi orang lain yang ada masalah lagi berat daripada kita. ada lagi orang lain yang tak seberuntung kita. apa pun, hidup mestilah diteruskan ! Yakin dengan janji ALLAH. :)
tapi kalau tak tahan sangat tu, menangis lah, sebab menangis ni pun, boleh membantu.jangan pendam dalam hati, kang stress, gila pulak.. okayy ? oraitt ~

"dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

jom zikir !
subhanallah, wa bihamdih..
subhanallahal Aazim..

  happy Chinese New Year ~ :)

salam sayang,
faa izmir :)
9 feb 2013
uitm s.alam
11.24 am

Feb 6, 2013

Warkah dari Egypt


bismillahirrahmanirrahim..
insha Allah, kali ni ana nak berkongsi sesuatu yang istimewa , yang mungkin boleh membantu mereka-mereka yang mengalami kesedihan yang sama, yang cuba untuk meniti di sirat dunia..
yang menatih untuk melepasi penjara hidup dan merangkak serta menagih redha Ilahi..
satu warkah dari bumi ambiya' yang banyak membantu ana..Alhamdulillah..



"Assalamualaikum ,
ukhtiku, lihat semula surah Al -Insyirah, mohon Allah tabahkan hati..

kalau ikutkan perasaan tak puas hati, sedih pada orang lain terhadap diri kita, memang sampai esok pun tak akan hilang. Kalau kita buat baik , tapi diorang buat bodoh je, apa susah , abaikan je semua tu. membazir masa kalau kita fikir pasal orang lain tapi orang tak fikir pasal kita. Kalau kita cakap pun manusia bangkang, nak buat apa lagi layan ? manusia nak kita puaskan hati mereka tapi mereka taknak puaskan hati kita? Kiranya mereka cakap  kita ego , kejam semua padahal mereka yang ego. Kita mana laa mampu nak puaskan hati   manusia ni.Awak dah mintak maaf kn ? lepas kan segala-galanya, serahkan urusan tu pada Allah, sebab orang yang meminta maaf dahulu atas segala perkara, ada lah orang yang disenangi para malaikat , juga disenangi Allah. Meminta maaf ni bukan perkara yang senang, kata maaf tu satu perkataan yang sukar untuk diucap, Nampak kan kat sini yang hati awak lembut? :)

tahniah ukhtiku,

 sebab walaupun manusia tak menghargai apa yang awk lakukan, tapi para malaikat mungkin gembira dengan apa yang awak buat! meminta maaf adalah perkara yang sukar untuk dilakukan, meskipun bukan sepenuhnya salah awak, meskipun awak terasa dengan mereka,tapi awak dah minta maaf,subhanallah, awak dah melakukan perkara yang betul! semoga Allah redho dengan awak, walaupun manusia benci awak..Allahumma amin.. memang fitrah manusia sejak zaman jahiliah lagi, mereka nak mengambil sesuatu tapi mereka taknak memberi. Mereka nak kita memohon maaf tapi mereka taknak meminta maaf. senang je, nasihat mereka, tapi kalau mereka pun jenis suka tegur orang tapi kalau orang tegur mereka sentap, kita biarkan je mereka.Senyum je,golongan macam ni letih kalau nak layan. jangan baik sangat la layan orang macam tu, nanti awak yang makan hati , awak buat salah, mereka condemn, salah mereka, mereka tak tengok. Tapi awak jangan salahkan mereka, semua ni ujian Allah utk sukat sejauh mana kesabaran awak, bersabarlah, kukuhkan hubungan dengan Allah..walaupun mereka tak suka awak, masih ramai lagi orang lain yang boleh bersahabat dengan awak kan? kita ada berjuta-juta manusia dekat muka bumi  Allah ni.Dekatilah orang yang solehah, insha Allah awak akan terpelihara dari segala keburukan, insha Allah..


Ingat,
Allah uji awak sebab Allah sayang awk, dia nak awak dekat dengan dia, mungkin Awak leka dalam bersahabat sampai awk lupakan Allah.mungkin amalan awak tak cukup,awk lebihkan sahabat awak drpd Allah, sebab tu Allah uji mcm ni.So, think positif, lagipun segala yang berlaku ada hikmah,besar pahala kalau awak sabar, besar ganjaran kalau awak sabar. so, banyakkan bersabar, banyakkan solat,doa..mohon kekuatan daripada Allah, ni baru sikit, ramai lagi orang kat luar sana yang ditimpa dugaan yang lebih berat. Jadi ukhtiku, ingat tiga perkara, Senyum, sabar dan solat . 3S, insha Allah, everything will be fine.yakin dengan janji Allah, dia bagi ujian yang mampu dipikul oleh hambanya, jadi awak mesti mampu! be strong , Allahu yusahhilna, insha Allah Amin..

kalau awak rasa orang tak sayang awak, takpe, Allah sayang awak, Allah sayang hamba-Nya..kalau Allah tak sayang awak, Allah takkan uji awak, Allah akan biarkan awak lalai..pergi disko,pergi pub apa semua..tapi sekarang Allah sayang awak, Allah jaga awak, SUBHANALLAH, Allah masih kurniakan awak segala nikmat dan yang terbesar, nikmat Iman.bersyukurlah atas kurniaan Allah ni, usap air mata awak , tabahkan hati, bergembiralah, memang dunia merupakan penjara bagi orang-orang muslim, biarlah awak tak gembira,tak jadikan dunia sebagai tempat bahagia kerana tempat bahagia bagi awk mungkin di syurga, Insya ALLah..be strong ! Family awak still sayang awak , sahabat-sahabat awak yang lain dalam golongan hufaz still sayang awak , dan saya sentiasa ada di sini untuk menyokong awak, inshaAllah.. :)

saya tahu awak kuat, awak hufazul Quran, awak ada Quran dalam hati, awak insan yang terpilih,tergolong dalam golongan ulul albab, Awak ada kelebihan tu, awak patut gunakan kelebihan yang awak ada untuk dekatkan diri awak pada Allah. bertahan lah, dunia ni kejap je, kematian makin menghampiri..jangan putus asa sekarang , Allah kan suka hambaNYA yang kuat, so awak jangan mengalah, awak jangan putus asa ! awak kena jadi kuat, awak kena buktikan pada Allah taala sebagai cinta utama bahawa awak kuat ! awak kena contohi kekuatan baginda rasulullah, awak kena contohi kekuatan serikandi Muslimah, fatimah azzahra, khadijah, sumaiyyah, rabiatul adawiah, dan ramai lagi muslimin muslimat yang kuat iman, kental hatinya di dunia ni. ganjarannya? Akhirat kelak..inshaAllah..jadi ukhtiku sayang , la takhof wa la tahzan, innallaha ma'ana..jangan takut untuk hidup berseorangan, sebab Allah,para malaikat ada bersama kita. :') ikhlaskan hati untuk redho dengan ketentuan ilahi, semoga enti menjadi seorang muslimah yang tabah hati , bangkit dari kelalaian dunia, awak sangat bertuah , bertahanlah, bersabarlah untuk sedikit waktu lagi, insyaAllah boleh! bersabarlah, tunggu tibanya waktu itu , i will be there with you , insha Allah.. :)

Allahumma solli 'ala muhammad..Allahu akbar, ku titipkan doa daripada bumi anbiya' ini, semoga Allah menjagamu.

Salam ukhuwah, salam Mahabbah.
musafirIlahi
5-2-2013 "

p/s : Jazakillahu khairan kathira , :') warkah yang amat menyentuh hati, yang membantu ana bangkit dari keruntuhan emosi, di saat tiada siapa yang mengerti, Allah kurniakan si dia yang sentiasa di sisi.. ya Allah, permudahkanlah..Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allahumma solli 'ala muhammad..ana kongsikan kata-kata nasihat ini kepada antum , moga bermanfaat. :') Allahumma amin..

Feb 3, 2013

I should stop crying and stay strong !

Assalamualaikum .
have you ever feel like giving up?
or  frustrated , or confused ?
confused with life, confused with your own feelings.
The time where you keep pretending happy but deep in your eyes, and your heart, you are crying,crying in silence.
nahh, that's the point.

bila kita mengharapkan sesuatu yang tak pasti,
bila kita menantikan sesuatu yang takkan kunjung tiba,
bila kita menunggu akan sesuatu yang takkan mungkin terjadi..
bila kita terjatuh daripada kaki sendiri..

Allahurabbi , samihni 'ala kulli hal.

hujung minggu yang amat bermakna bagi, sabtu dan Ahad yang paling terkesan dalam hati.
di saat Allah mengajar diri ini akan satu ketabahan dan kekuatan untuk hidup bersendirian tanpa mengharapkan pergantungan pada yang lain selain daripada-Nya.


Saturday : As I walked alone by myself in the KTM, MidValley and Shah Alam, wondering, can I survive? I just wanna be with them , i just wanna having a conversation with them,talking about our life,our experiences, and spend our time together watching movies and so on coz  I appreciate the value of friendship very much.So i completed all of my works earlier, I slept late at the night before the day,to make sure that I can spend the whole day just with them, but unfortunately , i couldnt do that.
betul la, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.one of my friend came along with her friend, but i'm totally not in mood at that time. I'm tired of pretending strong, pretending happy with a fake smile, at that time. Im exhausted, i'm not angry with the one who couldnt come but i was just sad. In the same time, i felt ashame , dear friend, I'm so sorry, i didnt wanna leave you, but i had to, and that movie i chose, not because i really wanna watch it but i just bought the ticket as i need time to settle down with my feeling.and yup, my previous entry about that movie, its sad thou but there are another reasons why i cried. tak perlu la nak nyatakan dekat blog,kang cakap kita suka sangat luahkan perasaan kat blog pulak.=.=" tapi nama pun blog, as what i learnt in computer literacy , blog is something in online diary format , kinda like that laa kan. apart of amazed by the chinese people who played the drum, i changed myself, i mean, yeah, moody sesangat tapi why must i feel sad just because of a small thing? so i said to myself, " this is your time, your second, your chance, you dont know either you can get another chance to stand like this, another second to live in this life, or another time to be like this, so appreciate it ! enjoy it and make yourself happy.no one can help you except you yourself! stand up, stand up!." and then i tried to smile, and take a step , a single step alone, pusing satu Midvalley alone, enjoyed the panorama alone, but I know, Allah is always with me. and I have thousands reasons to smile, why dont i smile? why should I cry? and yeah, I wiped my tears away, although my eyes were red, at least i smiled. :) tangkap-tangkap gambar , belek-belek cheongsam , dan  menikmati kemeriahan persiapan untuk sambut Tahun Baru Cina dengan hati yang terbuka.ada quote cakap, law student will study hard and spend their weekend with shopping or hangout  yang hard jugak. I made it, lastly I went home, and slept. At least, I can enjoyed my self,  that's true. and worth it. :')

SUNDAY :  early in the morning, i went to seksyen 7 with 3 of my best friends :) i bought groceries =.=" and the price was so *****. =.=" i spent lots of money lately, and now, kena berjimagt btl2 balik. seriously im tired, balik bilik, kemas-kemas baju semua, then i called my sister, promised her to buy something, so i went out to pusat bandar to find the thing mah. then , i couldnt find it.and I bought a few things for myself, and still, duit hangus banyak, lagipun, mana ada barang murah sekarang kan? =.=" I was tired enough, and I went there alone by myself,again. then naik bas pergi seksyen 7,again, still tak jumpa. nasib dah order dengan chinese dekat Pass. well, i was afraid when i was at seksyen 7, coz i know its dangerous enough for a little lady , walked alone in the dark, dah la pakai baju semua hitam. but yes, semua ni mengajar diri akan erti ketabahan, erti perjuangan dan keberanian, erti kecekalan hati, erti tidak mudah putus asa dan yang penting, erti kesabaran hati dalam menghadapi apa jua kekecewaan. I gave a call to someone, I just hope the person can say something that can help me, but it didnt be as what i expected, i was hurt with the words, and i ended that call, again wiped my tears with bare hand. "why?" i have no answer for that. Again , myself told me, " ignore that sadness, keep holding on, come one faa, i know you can do it, you can face all this. don't give up,don't be sad.Have faith in Allah, he always be with you! sadness is nothing. face the fear , stop your tears. if no one love you, here I am, I'm your soul you are my body, you should be strong, i love you, i love myself ! "
yup , apabila hati berkata-kata. sumpah rindu, sumpah sayang, di saat Allah menguji, hanya diri sendiri yang dapat membantu. benarlah ayat ni ,
"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri."
Ramai cakap, "boleh pulak pergi sorang-sorang, x takut ke? "
i answered, if ALLah will always be with me, is there anything else that can make me scared? NO, so i will enjoyed it , and take benefit , ibrah from all things that happened. I miss my friends, i wanna hug them all, but still, i dont have a chance to do that. i must be strong, tak kira laa buat-buat gembira ke apa, yang pasti , my friends will never know if i feel sad or what, coz i'll pretend like always happy all the time, semua masalah boleh selesai kan? I'm okay and Im just tired,and i miss all of you.. :')
so yes, i must be strong, from now on, be strong, keep holding on..I can do it, believe me. please. we should be brave, be strong.Assalamualaikum.


"I remember tears streaming down your face
When I said, I'll never let you goWhen all those shadows almost killed your lightI remember you said, Don't leave me here aloneBut all that's dead and gone and passed tonight
Just close your eyesThe sun is going downYou'll be alrightNo one can hurt you nowCome morning lightYou and I'll be safe and sound
Don't you dare look out your window darlingEverything's on fireThe war outside our door keeps raging onHold onto this lullabyEven when the music's gone
Just close your eyesThe sun is going downYou'll be alrightNo one can hurt you nowCome morning lightYou and I'll be safe and sound
okay , nak close my eyes, goodnight semua, salam syg,faaizmir3.21 am

:')

Feb 2, 2013

Chinese New Year @ MidValley~

Assalamualaikum ~

yeayy ! for the first time keluar jalan-jalan sorang-sorang dekat Midvalley tadi (2/2/2013). actually , kawan I *nak menggedik sket guna I, I untuk Izmira okayy* ada je datang, tapi dek kerana terlalu feeling tengok movie korean The Tower dekat cinema sampai mata muka hidung semua merah, so suruh beliau dan rakannya balik dulu.(sorry korang,and sorry budak yang busy tu,aku x simpan dalam hati pun ah,chillex) malu uols malu~ tapi satu cinema tu nangis kot, cerita The Tower sangat best , sedih , kelakar, memang berbaloi laa kalau uols tengok kat pawagam sekarang  :')
 cerita ni pasal bangunan berkembar yang ada masalah sikit, pastu meletup masa diorang tengah ramai-ramai buat parti perasmian dan sambut krismas-eve. memang sedih laaa..sebab ada pasal ayah nak selamatkan anak dia, couple, mak dengan anak, dan kesungguhan ahli bomba dalam menjalankan tugas. Last part yang I sebak sangat-sangat bila kapten bomba tu korbankan diri dia untuk selamatkan mangsa-mangsa terakhir yakni watak-watak utama ni. ahli bomba yang lain nangis,pastu masa kawan kapten ni bagitau dekat Isteri kapten ni yang kapten dah mati, terus I pun tak tahan..eh tak, sebelum tu lagi, time kapten tu nangis sebelum dia letupkan bahan api untuk selamatkan mangsa terperangkap tu, dia hantar voice message kat isteri dia.. sebak sangat,orang sebelah I dah nangis..keluar dari cinema, mata semua dah merah. I bagi 5 star dekat movie ni ~
ni lepas tengok movie, mata merah,tambah2 tengah sedih time tu. 2 in 1 laa~
oh ye~ CNY celebration jelas terasa dekat Midvalley ni..Cantik tengah-tengah midv tu diorang gantung tanglung, tambah pulak tadi ada persembahan gendang dengan akrobatik Chinese. Ohmaiii ~ Jatuh hati bertambah-tambah dekat chinese tradition ni. I yang memang berhasrat nak kawen dengan orang cina ni pun apa lagi, teruja makngahh, serba merah semuanya tadi. kenapa laaa I pakai hitam putih. semangat ke-lawyer-an betul lah. haha~
meriah kan tanglung dia ~

warna-warni~

ni diorang tulis nama dalam bahasa cina..nak jugak tapi x reti,hoho..

muka letih + demam + excited~

takde orang nak duduk dekat kerusi tu, sebab model dia tengah amek gambar ni . haha~

ni baby tu dah duduk ~ 

merah kann ~ *teruja*

encik naga ni tak bergerak-gerak pun. 

cantik kan? nak beli untuk anak sendiri, baru sedar xde anak lagi. haha :)
Nak baju ni, tapi harga ratus-ratus. alamak ..=.="
video


p/s : orang lain snap pictures semua guna android, I je guna fon cikai. cikai pun gambar okay mehh. :p


that's all from me ~
gong xi fa choi ! <33

faa izmir
12.04am
3/2/2013
uitm salam

Feb 1, 2013

Innocence , safe and sound

assalamualaikum,

kali ni , just nak share lagu and quotes in a new video. haha ~ faa actually entahlaa, feelin' better jadi lone ranger, tak payah susah-susah nak fikir pasal orang lain, so yeah , manusia biasa laa, time kita diperlukan baru nak cari, time kita susah mesej kita pun dia tak reply, so i decided to be with myself~ ahax.. spending time with our own self pun best jugak kan? sebab , selalunya orang takkan faham apa yang kita nak, dan bila kita suarakan benda tu, diorang cakap kita mengada-ngada dan so on.. so, better be yourself and be with yourself. every second in yourlife is very precious, appreciate it !

heh, rindu someone sebenarnya, someone yang entah hidup entah dah mati..someone yang tak tau khabar berita, someone yang amat dicintai, someone yang diharapkan berjodoh sampai ke syurga nan hakiki. siapa?
biarlah ianya menjadi rahsia diantara Allah dan kami .

:')

*tears is fallin down*

p/s : if you know that i miss you so much , being far with you, by not knowing either you are okay or not..i'm worried..much, i'm hurt. we've never meet each other yet but im sure, Allah will protect you the same way He protect me now. Inshaa Allah..
don't you ever forget me, my dear I'm waiting for you, and I'm waiting for the time to come. I miss all of our memories, and i miss you so much. I love you future zauj :')


btw , dah merepek panjang pulak , so , do view my video okay ~


salam sayang ~ Faa izmir ^^

untuk video , sila klik