Nov 7, 2014

Ini Kata Hati tentang Redha & Lepas pergi : Part 1

bismillah.
Assalamualaikum. Dah lama, tersangat lama tak melakar kisah di kanvas ini.
Apa khabar semua?

Bercakap mengenai Redha.
Redho akan ketentuan Ilahi.
Redho, menerima sesuatu dengan hati yang terbuka.
Tanpa ada sedikit kesal.

Redha, tanpa ada sedikit pun pertikaian mengapa dan kenapa ia berlaku seperti itu.
Dan sebagai seorang muslim, haruslah kita redha dengan ketentuan Qada' dan Qadar.
betul tak?

mengapa timbul soal redho,

analoginya mudah.

Faa, beberapa ketika dahulu, ada terjumpa satu besi panjang yang diukir cantik.
bukan faa yang punya, tapi faa ambil dan simpan.
kerana besi itu terlihat bagus.
bila dalam simpanan, rasa sayang sebab cantik. cuba pegang. ternyata besi itu tajam. Lalu tertusuk jari dan berdarah. kalau terus simpan, risau akan terluka lagi. Kemudian, faa terus letakkan besi tu di tempat asal. tak lama kemudian, ada orang jumpa besi tu dan dia ambil besi tu.

faa rasa sedih.Tapi kalau nak ikutkan, tu bukan hak faa. sesiapa  pun boleh ambil besi tu. dan faa sendiri yang letak balik besi tu ke tempat asal. even kalau orang tak ambil pun, faa still taknak ambik balik besi tu.
dia macam, sayang besi tu sebab bagus, tapi taknak pegang. 
cumanya, entahlah. hati ada rasa sedikit sedih mungkin kerana masih ada harapan.
harapan yang terlihat makin lama makin kabur dan terus terkubur.

pastilah,hanya analogi semata-mata.

Redha, dan lepas pergi apa yang bukan milik kita,
bukan hak kita.
bukan kita yang punya.
Qawiyy,
Demi Redha Allah.

 #np - Christina perry - Human.
1.23 am @ 8/11/14
kk1