Dec 31, 2014

Hello 2015, Goodbye 2014!

Bismillahi walhamdulillah..


Hari ini, Permulaan hidup baru (mungkin)
tahun baru , kisah hidup yang baru. kiranya  boleh la slow-slow move on dah daripada tahun yang lepas.

Sejujurnya, selama 20 tahun hidup, tahun 2014 memang terbanyaaaaaaak memori yang faa lalui.
faa belajar law, jatuh bangun gembira nangis bercinta broken heart semua ada.
yang pasti, semua itu kenangan yang mendewasakan.
Tahun 2014 yang penuh dengan tragedi.
Dimulai dengan bung-bunga cinta pada bulan januari, seterusnya semester dua bermula , pergi lawatan dekat UUM, sambut birthday dengan wolf, MH17 semua tu dan yang terbaru, banjir. dan yang terbaru jugak, kenal kawan geng badminton dekat nilai ni. ni pun baru balik daripada keluar dengan kak Diana. petang tadi kak zarina belanja makan dan banyaaak lagi memori indah. huhu..

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Faa sebenarnya rindu mak, tapi tak dapat nak call sebab mak balik rumah nenek. kan banjir, so teruk juga efeknya.

Faa pun masih dalam fatrah exam..
ada 7 papers lagi. doakan kami semoga dipermudahkan Allah..

Rasa terharu bercampur sebak.

Allah dah banyak tunaikan doa Faa.

Alhamdulillah walhamdulillah..

Semoga tahun baru membawa perubahan baru kearah hidup lillahitaala.

Salam sayang,
Faaizmir
12.47am
1/1/2015
bilik jaksa, KK1-USIM

Dec 23, 2014

Ini Kata Hati - Study Week Semester Tiga

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
sekali lagi pejam celik pejam celik dah nak habis sem tiga.
Dah nak habis tahun 2014.

sekejap je rasanya untuk tinggalkan tahun 2014. rasanya selamat faa hidup, 2014 yang paling berwarna warni. Paling banyak benda rare berlaku dekat faa. Paling mendewasakan.

Nak kata banyak sangat benda berlaku, sampai tak tau nak update apa.
ringkasnya, faa ada sertai geng badminton nilai sekali dengan abang fadhil. Lepas tu Jumaat lepas 19/12 faa balik rumah. sampai dekat machang, maklong datang ambik. Bonda takleh datang amek sebab jerteh banjir. sekarang kelantan banjir teruk dan masih banjir. rumah maklong masuk air, kesian betul. Faa sampai rumah maklong, makan-makan pastu tidur. Zzz.. :3
mungkin sebab letih sangat. Sedar-sedar dah Zohor. masuk dapur sengeh-sengeh malu tengok ayah long dengan maklong ada dekat dapur. lepas solat, tengok-tengok mak dah sampai. Yeayy! nak balik. :D
Alhamdulillah dapat balik. hari isnin malam, balik sini semula.

Dipendekkan cerita. study week kali ni rasanya pressure lagi teruk bagi faa. sem lepas selain masalah perasan bagai tu, study takde masalah. entahlah kenapa sem ni... T_T  qawiyy weh. tak faham pun kena faham.

Dikesempatan ini, Faa nak mintak maaf banyak-banyak dekat semua orang. semua yang berlaku salah faa sendiri. Makanya segala khilaf harap diampunkan. Tak give up pun. Insya Allah tak akan give up.

sekarang, cubaan buang rasa malas dengan bukak qiraat Quran by Ziyad Patel dalam bilik gerakan jaksa ni. tetiba rasa sakit kepala.
dengan ini, faa undur diri dulu.

Selamat maju jaya semua.