Aug 24, 2015

What should i do.

To make a decision , is quiet hard, i think.
Tapi, lagi susah berharap pada yang tak pasti.

Entahlah. Keliru nak buat keputusan, walaupun sekecil nak pilih antara kek coklat atau kek vanila,
Tetaplah keliru.

Moga Tuhan permudahkan urusan dan beri yang terbaik untuk kita, seperti yang selalu dianugerahkanNya.

Amin.

Aug 20, 2015

Segenggam tabah

Dilema nak buat keputusan untuk masa depan.

Serba salah, takut pun ada. Takut macam-macam.

Ada masanya, bila kita kena buat keputusan , bila kita dilanda musibah, rasa sedih jangan cakap. Walaupun setakat ni masih terus tabah secara fizikal,
Tapi emosi tetaplah rapuh.

Teruslah bertahan, walaupun hanya tinggal segenggam tabah.

Dengar lagu inteam - segenggam tabah tu pun, banyak ayat yang mendalam.

Konklusinya, cuba dulu. Belum cuba belum tahu. Mungkin, ada jalan yang lebih baik untuk kita.

Bertabahlah,

Semoga semuanya baik-baik saja.

Insha Allah.

Faaizmir
21082015
Homesweethome

Aug 16, 2015

Kuat lah, hati.

Untuk jadi kuat, kena lupakan apa yang tak perlu.
Abaikan apa yang tak perlu dipeduli.
Sama ada benda, atau manusia.

Biarkan masa lalu terus berlalu. Jalan kita masih panjang lagi.

Takkan kena usik sikit pun dah nak nangis farhanaaaaaaa. -_-'

Takde sape nak tolong kau. Takde sape nak nasihatkan kau utk bangkit balik tau faa , kalau bukan diri nti sendiri.

Untuk jadi muslimah, kena semangat tuntut ilmu, rajin mengaji, tutup aurat dengan baik, bercakap kena lemah lembut, sopan. Jaga adab, jaga akhlak, taat pada mak ayah, taat pada suami.

Tapi takde suami lagi.
Heh. Tu untuk nanti² la.

Farhana izmira, kau muslimah kan.
Bukan sekadar nama, tapi biar indah peribadi dan hati tu kena ikhlas, sabar.

Kau kuat ! Dan semoga terus kuat.

Duhai hati,terus kuat ya? ^^

SAHABAT - #KK1bigfamily 2014/2015

Tak boleh move on lagi daripada teringat dekat kawan yang baru kenal 2 semester.

Tujuan post banyak-banyak ni sebelum terlupa. Mungkin satu hari nanti faa akan lupa pasal semua ni, jadinya, bila baca blog ni boleh ingat balik.

Taknak lupa.
Jawatankuasa kebajikan siswa/i Asrama Kolej Kediaman 1 sesi 2014/2015

For you who read this,
Kawan-kawan saya, semuanya kawan yang terbaik. Dan sangat baik. :D

Let me introduce them to you ! ^^
nak background music ?

- Amar > sahabat
-UNIC > Sebuah pertemuan
-UNIC > seiring sehaluan
-UNIC > satu tekad

And here we are !

1- pengerusi, ikram ahmad. Orang kedah. Pastu mula-mula tengok dia dekat meeting first jaksa dengan pengetua, faa ingatkan dia senior. sebab pakai spek, skema je muka pastu dia tak senyum pun, macam senyap sangat. So ingat tahun tiga lah kot. Haha. Apa yang faa describe ikram ni lepas kenal,mula-mula ingatkan dia pendiam. Dia cakap slow je. Pastu ikram tak reti buat ayat.dulu orang selalu tak faham dia cakap apa.haha. tapi lama lepas tu bila dah kenal rupanya ikram ni bising je. Suka gurau jugak. Tapi dia gurau macam budak kecik baru nak bergurau. Gurauan dia tu selalu macam krik3. Haha. Tapi bagus ikram ni sebab dia prihatin. Kalau kitorang sakit ke apa dia akan pm terus tanya khabar. Selain tu, dia aktif jugak dalam persatuan.banyak jugak jawatan dia. Nampak je senyap camtu. Pastu, ramai orang suka dia. Bkn perempuan je, tapi abang-abang dan staff/lecturer ramai laa sayang dia ni.dulu faa rasa mungkin sebab dia hensem pastu comel camtu, sebab tu orang ramai suka dia, kan?

┐( ̄ヮ ̄)┌

Tapi sebenarnya cara dia tu pun buat orang senang. (Tapi perangai annoying dia ada je tiap kali cakap dengan faa. Dengan orang lain baik pulak -_-' dengan faa kemain laa kejam)
Mungkin sebab cara dia cakap yang mcm sopan tu orang suka. Slow je cakap. Haha. Oh ye, ikram ni naqib usrah.  Pastu dia kos Quran sunnah. Ustaz la kan ustaz. Kdg2 kalau tak faham psl agama, selalu faa tnya dia,fazrul atau rasydan. Apa guna ada kwn ustaz2 kalau tak tnya. Ilmu kan~

2- timbalan pengerusi ! Malas lah faa nak describe diri sendiri. Haha.

3- S/u kitorang kak Amirah Hazimah :D kak imah orang pahang, kos kaunseling. Pastu dia ada kembar muka sama study dekat uia. Kak imah selalu cite pasal kembar dia. Kak imah ni perangai lebih kurang faa. Kalau buat apa-apa, kalau tak dapat apa yang dia nak, memang dia rasa nak mengamuk. (Btl tak ni kak imah?) haha. Kak imah ada kedai family dia yg jual mcm2 produk kesihatan. So kalau pergi bilik kak imah dengan nusra, mesti dia cerita pasal produk baru, yang mana baik utk kesihatan. Hee~ pastu dia suka cerita pasal kolej matrikulasi  pahang dia tu. Pastu cerita pasal abang-abang dia. Haha. Kak imah bawak kereta macam kelakar sikit. Pastu dia bawak motor okay je. Walaupun takde lesen, rasanya kak imah berani sangat ! O(≧∇≦)O
Faa tanya dia, camne dia buat sampai pakgad tak pernah saman. Tak kantoi ke takde sticker? Pastu kak imah cakap bila lalu depan pakgad, senyum lama2 biar dia tak sempst tengok sticker. Ok ini lawak. So setiap kali naik motor dengan kak imah, bila lalu dekat gate faa akan senyum dekat pakgad sambil angkat tangan & bagi salam. Haha. Faa describe kak imah sebagai seorang yang sangat matang dalam berfikir, macam kakak. :) pastu kak imah tegas. Hoho. Ada je kitorang kena marah dengan kak imah. Pastu kak imah selalu fikir positif. Setiap kali kitorang ada masalah, memang kak imah akan tanya apa yang kitorang boleh buat untuk atasi semua ni? Memang gaya kaunselor tu ada. ^_^ kak imah pun naqibah spmm. Ustazah jugak ni. :D

4- timbalan s/u - Sharifah Nabila Nusra al yahya. Dah macam scha alyahya gituhh. Haha. Nusra , org kelantan. First time faa kenal masa ALSP 3. Kitorg sekelas, kebetulan faa masuk kelas housemate faa masa tu. Kenal nusra ni. Nak describe nusra ni, faa mula-mula tengok dia, nampak laa hebatnya arab semek nihh. Haha. Nusra tegas jugak. Lebih kurang je dengan kak imah. Dua-dua sebenarnya manja. Banyak kali je tengok nusra ni nangis. Dalam meeting giso pun dia nangis. Haha. (Bajet macam faa tak pernah nangis. Sokmo jugak.) hewhew. Tapi nusra bagus, rajin. Juruh. :) pastu dia kalut sikit. Selalu kena buli dengan kitorang. Kalau faa gurau apa pun dia percaya je. Hoho kesian nusra. Pastu dia kos akidah, aktif jgk la dengan perwadah dia tu. Nusra ni anak perempuan bongsu tak silap. Nampak la manja dia tu. Kalau call mak dia pun pernah je dia nangis. Hewhew. Nusra pun geng-geng spmm skali dengan kak imah semua tu. Tapi dia tak aktif sangat cumanya kalau kitorang gaduh memang dia akan sokong belah sana la. ╮(─▽─)╭
Pastu nusra kan putih camtu, so pengetua dengan encik faiz selalu usik dia dalam group whatsapp. Haha. Nasiblah mek. Nusra kalut sket. Kalau dia plan apa-apa mesti kelakar je jadi kalutnya. Pastu kalau kitorang provoke sket, dia akan buat muka nak marah. Budak-budak ni semua sebenarnya manja tau. Haha. Selalunya faa akan eching jadi mak-mak, panggil diorang makan , buat kerja meeting semua. Haha. Sama macam kak imah, nusra pun suka jugak share pasal produk kesihatan ni. Molek sangatlah tu. Kak imah jual, dia beli. Haha.

5- bendahari - abang azlan yusof, orang sarawak, student fifa. Suka travel. Selalu bagi kitorang cenderamata tak kira ke mana dia travel. Banyak koleksi keychain dapat drpd abg lan.wehee~
Pastu abang lan ni bijak. Sokmo dapat dekan. Dia suka cerita pasal pengalaman dia. Selalunya faa, aisyah dengan asmak akan dengar dengan khusyuk dalam kereta. Haha. Pastu pergi beli barang untuk program, abang lan cakap, amek je nak apa. Kitorang pun amek je sesuka hatiiii macam anak dengan ayah. Hahah.
Abang lan aktif jugak, selain jaksa, abang lan pun pru. Kelakar bila abang lan gaduh dengan kak jannah. Hahaha. Satu hari tu kitorang nak gi kfc. Kak jannah tak tegur abang lan sebab tengah marah. Pastu abang lan cakap., "jannah, kitorg nak gi kfc. Jom la." pastu kak jannah macam taknak. Boleh pulak dia tanya boleh ke dia pergi sebab dia pakai selipar jepun. Masa tu aku dengan mahirah tak silap. Bila kak jannah cakap dia pergi, kitorang bersorak ! Hahaha. Abang lan steady je.  Suka shopping, tak caya tanya dia kasut dia ada berapa. Kihkih. Oh ya, abang lan suka makan telur. Banyak kali dia bagitau dia punya feveret memang telur dan buah-buahan. :D

6- timbalan bendahari , asma' khalilah.
Asmak org pahang, kampung dekat kedah. Budak fpbu. Asma' ni lambat loading sket. tapi otak bijak, budak dekan sokmo. Tapi entahlah kenapa dia ni lurus sangat. Haha. Nampak je lurus, padahal asma' ni kalau bab lain laju je dia. Suka lipat kain. Apa lagi eh.. Dia jenis okay je. Dulu senyap kemain. Lepas kawan dengan faa agaknya dia jadi bising. Haha. Asmak sokmo ada problem bila dia nak balik sorang-sorang pastu mak dia tak bagi. sampai nangis semek tu. Pernah sekali faa call dia pastu ter-buat loud speaker masa tu faa, abg lan, ikram dgn nusra dalam kereta nak gi beli barang dekat nilai tiga. Pastu call asmak, dia nangis. semua dalam kereta tu terdiam. Hewhew. Kesian asma'. Rasanya sokmo perkara malang berlaku dekat dia. Jatuh motorlah, terhantuk lah..tapi yang malang tu selalunya kelakar. Dia macam nak nangis cerita tapi faa boleh tergelak2. Sebab dia memang kelakar. bestfriend faa jugak ni. Sokmo marah dia, saja je macam marah-marah. Padahal sayang :D

7- biro kesenian > aisyah ali.

Dia niii ! Haha. Faa describe aisyah as perempuan yg lembut tapi berani. Kalau kena marah, mesti dia buat muka sedih dia tu. Pastu faa pun tak jadi nak marah. Aisyah fpbu jugak. Asal perak tp nk dekat dengan kedah.pastu aishah ni slow sket. Macam asmak, orang cakap lain dia paham lain. Haha. Tapi aisyah macam innocent sangat, jujur. :D nampak je slow dia ni, korang kena tengok dia bawak motor macam mana. Sekali rempit uols. Haha. Aisyah buat satu program hari tu. Program dekat DKP3. Seronok program tu. MCSU. Pastu aisyah ni selalu lambat. Dua kali kem, dua kali lah pakcik bas kena tunggu dia sorang. Haha. Kalau aisyah jadi mak orang, rasanya dia ni jenis mak yang penyayang tapi lurus sket. Orang cakap apa pun dia percaya je. Tapi aisyah ni slow-slow pun, confidence level dia tinggi jugak. Ceria je dia ni. :) comel je tengok dia dengan perangai lurus dia tu. Haha. Selalu dengar aisyah on call dengan tok dia. Memang cucu kesayangan tok lah dia ni. :)

8 - biro akademik , Mahirah Pauzi

Mahie org pahang tapi study dekat kelantan, pastu dia budak law jugak. Faa yang ajak dia join jaksa sekali. Dengan harapan senang ada geng nak gi library skali nanti. Tapi kelaut gak jarang duk dekat library.haha. Mahi tegas, garang. Teliti dalam bab-bab details macam filing,report,meeting etc. Dia akan dtg awal. Teringat pulak Hafiz pernah kena marah dengan dia. Haha :D faa banyak share problem dengan mahi.pastu dia dengan kak jannah selalu tunggu faa malam-malam dekat bilik jaksa. Dia sensitif + caring orgnya. :) buat kerja complete. Laju. lebih kurang macam rasydan jugak la. Bagus. :D

9- Biro ekonomi - Jannah Daud

Kak jannah ni antara yang muka innocent, tapi dia la yang banyak melayan faa dalam group whatsapp. Kitorang suka buat bising. Hahah. Kak jannah jenis yang jujur sangat. Tak pandai menipu katanya tapi bab menyakat orang laju jeee. Dah lah laju pastu terus terang tang tangg kauuu dia kenakan faa dalam group. Haha. Bab gosip memang terer kak jannah ni. Lawak pulak fikir. Haha. Kak jannah orang melaka, dia cakap sebab tu dia kadang2 cakap lepas sket. Orang melaka memang camtu. Kalau sape tak biasa memang selalu makan hati. Haha. Faa laa sokmo gaduh dengan kak jannah. Sentap2. Tapi sentap2 kitorang pun , kalau gaduh ramai2. Dia akan jadi camni. Kak jannah + faa Vs adil fazrul nusra kak imah . hahah. Ikram jd pengadil. Abg azlan mahirah dengan ainur selalu tengok je. Aisyah dengan asma' tengah2 taktau nak sokong siapa. Lol. Kak jannah selalu jadi partner stay up dekat bilik jaksa.tauke wafer. Kitorang belaja masak wafer dengan kak jannah la. Baru ku tau cara nak bancuh tepung semua. Haha.
Kak jannah ni senior fifa. Sama batch la dengan abang azlan. Pastu dia ni sebenarnya sensitif jugak. Berapa kali dah tengok kak jannah nangis depan2. Skali dekat kiosk, mungkin sebab stress dengan kitorf datang jaga wafer lambat. Satu lagi dalam bilik. Terkejut faa tengok kak jannah nangis ha. Tapi kak jannah tau je faa ni sokmo nangis. Dia laa yang selalu pujuk faa. Time rasa sedih lonely ke apa, kak jannah la yang bawak gi baazar, belikan makanan dekat acacia, nak print apa-apa pun akak tolong bawak motor pergi. Huu~ kak jannah memang macam kakak. Dalam jaksa faa ada dua kakak. Kak jannah dengan kak imah. <3 nanti try tengok, kak jannah bawak tak lagi botol air besar herbalife dia tu. Haha.

10 - biro kebajikan - Ainur Farzana.

Ainur, org selangor ni je. Budak fst. Dia ni aktif jangan cakap. Faa tengok pun letih. Dengan palapes lagi, dengan sekrefast, jaksa lagi. Macam -macam la jawatan dia. Dah macam robot dah ainur tapi. Haha. Dia ni rajin pergi program, aktif jugak la. Pastu dah pandai dah bahan orang. Dia buat lawak hambar kadang-kadang rasa nak sekeh je annoying tu. Haha. Ainur lebih kepada logic & literal. Maksud faa, dia tak faham kalau orang cakap berlapik. orang perli dia pun dia tak faham. Nampak la macam innocent sangat dia ni. Macam budak kecik. Haha. Pastu suka alih topik. Faham sangat dah, kalau dok cakap pasal donut, tetiba je dia cakap pasal durian. Haha . sengal lah ainur. Ainur ni macam mahirah. Teliti buat kerja. Kalau meeting pun dia akan datang walaupun sibuk mana pun. :)

11- biro pembangunan insan , Adil Mustafa. Orang kedah jgk. Kos dakwah.
Dia tak banyak cakap, tapi sekali cakap boleh tahan gurau dia.
Dalam banyak-banyak, dia la yang macam ustaz sket. Tak banyak gurau. Tsiqah adil ni. Hoho. Rasanya adil pun naqib usrah, busy orangnya sebab dia pun aktif dengan persatuan luar.
Selama ni dia yang uruskan segala hal ehwal surau. Memang mantap ah ustaz adil ni. Kalau ingat balik sokmo berbeza pendapat dengan dia.
Pastu kalau faa sound random dalam group, dia antara yang akan pm mintak maaf. Bagus adil ni. Ore klate oyak gak, juruh la dio nih. :)

12- biro perhubungan dan antarabangsa,
Fazrul akmal.
Fazrul ni orang selangor .Tak silap faa org klang. Orang jawa, budak QM, pastu dia ada band dia sendiri. Dia ni wasatiy. Agama ok, akademik okay, music pun ok. Boleh masuk dengan semua orang.  Suara sedap, takde la sedap sangat tapi boleh laaaa. Boleh laa menyanyi. Mengaji pun ok, pandai main gitar. pastu dia ni kalau faa cakap sket dia suruh senyap haih annoying betul. Rasa nak sekeh je budak ni sorang. Haha. Dia pengarah giso. Boleh kira berapa kali faa sentap dengan dia masa giso. Baru kalut dia nak mintak maaf. Haha. Tapi pada faa , fazrul ni bagus, leadership tu hebat gak la. Berapa banyak jawatan dia ni. Sekrempp lagi, naqib lagi. Meeting pun jarang tinggal walaupun dia busy. Sangat boleh diharap la jugak. Rasanya dia pandai masak kot sebab hari tu dia yang rajin goreng2. Haha. Dulu faa ingatkan dia junior sebab macam budak-budak je muka. Sekali sama baya.kitorang masuk sesi interview skali masa apply jadi jaksa KK1 dulu. Agak kelakar jugak la bila ingat balik.
Yang bagus pasal fazrul ni, dia responsible. Kalau dia tak blh buat sesuatu hal tu, dia akan tnye, "ada apa2 benda lain ana blh tlg ke?" memang dia akan tolong jugak walaupun sikit. :) dan dia sangat positif. Senyum je sokmo. Haha.rasanya faa tak pernah tengok muka dia marah, kot. Ke pernah eh? Lupa. Tapi selalunya dia memang dalam group tu asyik komen "nice,good,terbaik.."  haha.

13 - Biro bahasa , rasydan !

Rasydan , katanya asal kedah, tp stay selangor ke mana tah. Haha. Budak fifa. Tua setahun drpd faa. Dia ni macam abang , rajin mengemas. Haha. Cerewet macam perempuan jugak. Suka membebel. Kalau bilik jaksa bersepah memang dia akan membebel. Pernah sekali faa yang membebel sambil kemas bilik tu. Dia gelak. I dont know why la mungkin faa jarang membebel panjang2. Boleh pulak dia cakap "tak payah membebel laa, tak jadi kau membebel." ohmaii. Apadiaa. Haha. Pastu dia pun boleh diharap. Selalu tolong kak jannah meniaga waffle,pastu faa rasa faa banyak mengadu dekat dia kalau ada masalah apa2. Memang dia la sokmo jadi mangsa faa kalau faa geram ke apa. Dia akan jadi tempat faa luah semua tak puas hati. Tak pasal2 dia pulak kena marah. Hahah. Buat kerja laju jugak laa siap file dia tu. Program mantap sampai tiga. Bagus jugak dia ni. Kalau dia serious dalam meeting tu kalah ustaz tapi kalau kitorang tengah buat kerja, dia stress ke apa sampai dia jerit2. ┐( ̄ヮ ̄)┌
Dia jerit ke, bagi tazkirah ke..faa akan tanya pastu,
"Ha dah habis dah? Jerit lah lagi."
Pastu dia gelak. Haha.Sampai sekarang rasanya memang kalau faa ada soalan nak tanya tak faham pasal agama ke, pasal akademik ke, pasal relationship (sempat lg) memang faa akan tanya dia. Haha. Siap cakap lagi, kalau ada lelaki nak kacau faa ke nak usha ke apa, faa akan bagi nombor rasydan. "Kalau berani contact la abang aku ni." haha. Dia ni pun antara budak bijak macam abang azlan. Pastu dalam bilik jaksa selalu main game. Dah la main candy crush, main game comel2 dkt fb. Haha. Skrg dia dah pandai main game macam dota, coc. Haduii lawak. Haha. Sem depan insya Allah akan buat kerja sama-sama lagi kot. Tudia. Banyak dah describe budak kelab debat ni. Pengarah debat asean 2015 uols. Haha.

14- biro sukan, hafiz jalil.

Hafiz , orang melaka pastu duta jauhar. Kos kaunseling, tua setahun daripada faa. Dia buat bisnes. Macam banyak je bisnes. Pastu atlet bola tampar usim. Anak sulung tapi manja nau dengan mak. Selalu balik rumah siap boleh cakap dekat faa dengan nusra yang jarang balik ni . "weh aku balik rumah ni.." haha. Nasib kitorang boleh kawal homesick kalau tak nangiss.
Hafiz ni secara luarannya nampak kasar, time baru kenal muka berparut macam samseng baru lepas gaduh. Dia selalu la mengaku dia hensem. Mungkin sebab muka macam korea (padahal mata sepet) choi. Haha. Pastu meeting jarang masuk sebab busy dengan training dia. Tapi dia akan masuk jugak walaupun lambat. Pastu kalau dia nak buat sesuatu, memang dia akan pastikan dia dapat benda tu . tak kiralah kita nak usahakan macam mana pun dia tak kisah asalkan dia dapat. Program dia pun not bad la. Pandai tarik duit. KK1 menang sukol lagi tahun ni, sebab dia pandai tarik budak kot. Ala, atlet usim, ofkos la kabel bnyak kenal geng2 atlet. Haha.
Sejujurnya pada faa dia ni pun macam abang. Dia nampak je macam jahat gila takde hati perut tapi boleh puji dia ni baik. Walaupun dia penakut. Haha. Faa baik gak dengan hafiz ni masa sem 4 ni. Sem 3 dulu tak kenal sangat sebab jarang buat kerja sekali. Bila sem 4 selalu bertapa dalam bilik jaksa sampai pagi sebab nak siapkan kerja, so macam baik la dengan hafiz & rasydan. Dua2 kan umur tua setahun daripada faa, dua2 macam abang yang baik. Dalam jaksa ada tiga abang! Dua org ni pastu abang lan~
Apa yang faa boleh puji hafiz ni, dia walaupun jenis cakap lepas, dan faa pun jadi sukahati je nak cakap apa, tapi dia ambik berat pasal jaksa. Baik faa, nusra, asma, kak jannah dan semua laa. Kalau kitorang ada masalah ke apa, dia akan tolong. Kalau faa lapar ke kan, memang faa akan contact hafiz dlu. Satu, sebab dia macam selalu je lepak dengan member dia dekat kedai makan. Haha. Satu lagi sebab dia senang kalau nak mintak tlg tapau ke apa. Memang dia akan belikan dan hantar ke bilik jaksa. :D gituh baik kan. Pastu boleh puji hafiz ni sebab dia ada skill leadership tu. Dia.boleh communicate dengan orang dewasa. Nampak la konfiden diaaa. Selalunya yang jadi penunggu bilik jaksa, faa, kak jannah, hafiz dan rasydan. Yg lain kadang2 ada jugak. Tapi kami berempat memang kekadang sampai pukul dua pagi stayup. Selalunya hafiz akan bahan faa, dan faa akan baling botol dekat pakcik tu. Pastu rasydan akan gelak. Pastu faa marah rasydan.sokmo gitu. Kak jannah selalu  geleng kepala tengok kitorang. Haha.
Hafiz kalau ada rasydan memang masuk la diorg berdua ni. Otak gila-gila selalu buat lawak je. Haha. Asma' , aisyah dengan nusra pun dah boleh masuk dengan budak berdua ni. Haha. Takleh lupa, dia masak nasik goreng, habis kitorang sakit perut ! Haha.

15 - aman jamaluddin.
Aman bukan jaksa, tapi dia banyak tolong kitorang dan aman akan ikut sekali pergi giso nanti. :D aman ada kembar, amin. Faa first kenal amin dulu sebab amin sekretariat pusat islam, sekali. Pastu lepas jadi jaksa, first time kenal aman sebab dia datang kiosk cakap dekat kak jannah, ada ore nk belajar buat waffle. Dah la pakai jubah berserban siap. Masa tu minggu konvo. Nampak laa bagusnya aman ni. Pastu nampak dia rapat dengan kak jannah. Selalu panggil kak jannah disebalik dinding. Kelakar pulak. Faa suka pergi menyibuk ikut kak jannah jumpa aman. Haha. Baru tau dia rupanya pengerusi sekrefem. Bagus sangat aman ni. Aman banyak tolong kitorang buat poster. Sebab faa memang selalu tak sempat nak buat, aman la banyak tolong. Terima kasih banyak-banyak aman. :)
Pastu aman rapat dengan ikram. Mula² tak perasan pun. Tapi lepas cuti midsem baru nampak. Masa faa sakit pun dia selalu datang dengan ikram. Dah macam kembar dan ikram dengan aman. Aman tua setahun drpd faa, tapi rasa dia macam sebaya je. Cumanya aman memang berfikiran matang walaupun dia cakap perlahan macam ikram.haha Sama ja dua orang tu. Macam budak2. Diorang kalau gurau berdua memang faa dengan asmak duk geleng kepala. Macam budak tadika yang kecik2 tu. Haha.Tapi aman matang sket daripada ikram kot. Faa selesa cakap dengan aman. Pendapat dia pun selakunya ok la. Pernah sekali tu sakit hatinya sebab stress dengan  beberapa orang. Pastu kebetulan ada aman. Cerita dekat dia sampai berair mata. Tahan nangis ja, nasib baik tak nangis terus. Haha. (Padahal dah nangis jugak kalau kira.) aman dengar je dengan penuh sabar. Hoho. Memang macam abang. Masa ikram jatuh motor hari tu pun, aman tunggu sampai ikram balik. Rasa nak nangis pun ada. Satu, sebab terharu tengok dia punya caring tu, satu lagi, sebab dia punya risau bila ikram kena macam tu. Lepas tu rasanya dia selalu ada dengan ikram, selalu bagi ubat. :) tapi takde lah jeles pun. Haha. sebab kalau ikram ada aman, faa ada kak jannah, kak imah dan semua jaksa kk1.  Haha. Tapi serious boleh puji aman sebab rajin sangat. Walaupun dia bukan jaksa, tapi dia rajin tolong. Senang bekerja dengan aman. ^^

16- ayahnda pengetua, dr neezam. :)

First time jumpa dr masa interview. Takut pada mulanya. Sebelum ni pernah dengar nama je. Tu pun sebab kawan pernah ada konflik dengan beliau. Pastu masa interview tu nampak ramah je dr.
Tak lama lepas tu dapat tau yg terpilih jadi jaksa dan diberikan jawatan sebagai satu-satunya timbalan pengerusi. Nampak macam dr yakin je pilih faa. Padahal dr tak kenal kita siapa. Masa ada konflik pasal jawatan timbalan  pengerusi tu, faa dah nangis2 dah. rasa nak tarik diri drpd jadi jaksa. Baik taknak jadi kalau org macam tak suka kita jadi tinbalan. Pastu faa terus pergi jumpa dr dekat bilik dr. Dr bagi semangat suruh teruskan dan jangan putus asa walau apa pun orang kata dekat kita. Terharu. Dr siap cerita lagi pasal student dia yang cemerlang. Masa tu dr suruh buktikan yang faa pun boleh cemerlang. Malangnya, result exam sem tiga agak kecundang. Malu sngt dekat dr. Masa tu mesti dr ingat saya hebat padahal sy biasa je. T_T saya selalu malu nak jumpa dr. Terima kasih sebab percayakan saya.
Sejujurnya dr neezam ni dr yang paling sempoi. Steady je. Dr dlm kuliah ke dkt kolej ke, perwatakan dia sama je. Itulah dr neezam, pengetua yang memang paling steady dengan perangai gila-gila dia. Tak skema. Kalau nak buat program apa pun senang, dia luluskan semua. Sangat baik. Kalau meeting pun selalu positif. :)

17 - barisan felo , kak syu, encik faiz, encik hafiz, encik zaini, puan shida dan puan DJ.

Encik faiz banyak tolong dalam kertas kerja. En hafiz kalau ada urgent apa2 budak sakit ke memang dia la selalu tolong. Encik zaini mcm dr, jenis semangat. Haha. Puan shida dgn ustazah lembut je. Mcm ibu2 sangat. :D ustazah selali tanya khabar.ramah je walaupun baru kenal. kak syu memang konfiden level diaaa. Ex-Student cemerlang kan. Kak syu memang macam kakak kitorang. Kalau gurau pun memang diorang layan je kitorang. Selalunya hafiz dengan faa selalu gurau dengan kak syu. Felo baik-baik. Suka. :) lepas habis MGW dlu pun tidur dekat rumah puan shida sebab teman dia dengan kak imah, nusra & asmak. Best sangat ^^, terima kasih semua felo2. :)

Okay. Cukup dah semua. Panjang kan?

Tau. Panjang. Letih nak baca. Ni taip ni letih jugak. Ingat tak letih?

Sejujur-jujurnyaaaaa. Faa sayang sangat semua. Haha. Rasanya diorang semua ni sangat hebat. Segan pulak bila faa paling tak hebat antara diorang. Walaupun banyak kali gaduh, banyak kali sentap..mungkin tu lah pengerat ukhuwahh antara kitorang. Ukhuwah ti terasa sangat. Takdir pertemuan yang indah. Sebab? Banyak sangat bingkasan  memori. Walaupun dua sem je bekerja sekali, tapi rasa macam akrab sangat. Macam adik beradik. Mungkin sebab kitorang tinggal sebagai satu family besar dekat kk1 tu kn.

#KK1bigfamily

Mintak halal segalanya. Maaf salah silap. Terima kasih banyak2 atas segala perkongsian.

Insya Allah, satu hari nanti faa akan cerita dekat anak² faa,

Mereka ni lah semua yang pernah hadir dalam hidup faa, walaupun sekejap, tapi ukhuwah tu kekal insya Allah.

Antara orang-orang penting dalam hidup. Semoga diberkati Allah ! (^▽^)

All the best in our dunya wal akhirah.

Once a family, always a family.

Alhamdulillah.

"Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Ingin ku ulangi kisah manis agar terus bersemadi..

Ingatlah aku sebagai rakanmu,
kenanglah aku dalam doamu,
Begitu indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku.."

P/s : awak semua akan selalu ingat saya dalam doa tak? :D

Faaizmir
16082015
11.44pm
Homesweethome

Jeritan Gaza !

Bukan hanya untuk gaza dan syria, tapi untuk semua umat islam yang ditindas.

Tadi tengok video palestin kena bom. Tengok video gaza berdarah yg durasi nya dekat dua puluh minit. Rasa sesak nafas walaupun dah tengok banyak kali, tetaplah jugak menangis teresak-esak.

Siapa boleh tahan tengok orang kena bunuh camtu. Tengok mak ayah anak semua meraung nangis-nangis.
Allah sebaknya rasa.
Faa pun duk berair mata sampai rasa bodohnya, kita ni hidup senang lenang, diorang makan pun susah . kalau kita tak bersyukur lagi taktau lah.

Apa kita blh buat untuk tolong mereka? Nak berperang tak mampu.
Doa ! Selain doa?
Belajar pandai-pandai, jadi orang hebat, jadi doktor, jadi usahawan berjaya. Boleh bagi bantuan kesihatan, blh derma makanan banyak-banyak, dan sebagainya.

Kawan cakap,
Menangkan Islam dekat negara kita.
Bersatu, mungkin?

Tapi apa yang kita boleh buat saat ni? Sekarang ni?

doa !

Lancarkan tembakan doa kepada saudara kita yang ditindas musuh !

"Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin, para syuhada' di palestin, di syria, dan di seluruh dunia.. Amin."

Bersatu untuk ummah.
Allahu akbar.

Hasbunallahu nikmal wakil..

Semoga gelap dunia mereka menjadi terang, dan cahaya yang sirna kembali bergemerlapan.

Aug 15, 2015

Report

Pada 9 dan 10 haribulan ogos yang lalu,
Pihak Sekolah menengah Imtiaz Besut telah mengadakan satu program iaitu Sireh Pulang ke Gagang, dimana program ini melibatkan 16 orang alumni imtiaz besut dan pelajar - pelajar Sekolah Menengah imtiaz besut. Program selama dua hari itu terbahagi kepada dua sesi. Sesi yang pertama, perkongsian alumni bersama pelajar tingkatan 1,2 dan 3 manakala sesi kedua ialah perkongsian jurusan yang diambil di universiti masing-masing bersama para pelajar tingkatan 4 dan 5.

Untuk sesi yang pertama, pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan. Setiap kumpulan dipegang oleh seorang alumni.
Setiap ahli kumpulan akan berkongsi tentang pengalaman berada di imtiaz dan bertanya soalan kepada alumni kumpulan masing-masing. Setiap alumni menjawab segala soalan yang diajukan dalam bentuk perkongsian dari hati ke hati, sama ada mengenai pengalaman belajar di imtiaz dan sebagainya. Sesi tersebut bermula jam 9 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Untuk sesi yang kedua, bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Sesi perkongsian bersama pelajar tingjatan 4 dan 5 tersebut melibatkan perbentangan para alumni mengenai suasana belajar di universiti dan kos yang diambil oleh mereka. Perkongsian tersebut melibatkan para alumni yang sedang belajar di luar negara seperti Korea, Jordan, Mesir, India, dan US . Manakala alumni yang berada di luar negara adalah daripada UITM, Unikl, USIM, UIA, UTHM dan UM.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan barisan alumni kepada para belajar disamping mengeratkan ukhuwah diantara para alumni bersama pelajar i-best. Selain itu, perkongsian dari hati ke hati ialah bertujuan untuk memberi semangat kepada para pelajar imtiaz untuk terus bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran dan menghafaz Al-Quran, sekaligus menjadikan alumni sebagai 'role-model' kepada mereka untuk berjaya.

Program berakhir dengan sesi penyerahan cenderamata yang disampakan oleh kaunselor Sekolah Menengah imtiaz besut. Program ini dilihat telah mencapai target dan objektif yang ditetapkan dimana semua pelajar memberikan respon yang positif dan meminta untuk diadakan lagi program sebegini pada masa akan datang.

Program Sireh Pulang ke Gagang diwakili oleh Saudari Noor Farhana Izmira, juga selaku wakil ahli MAIT.

Program ini dilihat sebagai satu titik permulaan dalam mengetengahkan penglibatan alumni untuk bersama turun padang dan beramah mesra dengan adik-adik junior. Diharapkan segala usaha ini akan diteruskan dan sentiasa dipupuk demi melahirkan generasi Ulul Albab yang akan mencipta Zaman.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
(NOOR FARHANA IZMIRA BT CHE JOHAN)
wakil Persatuan Alumni Imtiaz-Terengganu (MAIT)
Imtias besut

Kenapa Faa kena terus study law ?

Hai, people.

Honestly, rasa down. Takdak mood nak terus belajar law.
Just for you to know, result sem tiga jatuh mendadak. Terus buat faa rasa nak tukar kaunseling.

Bagi tau budak-budak jaksa, dan diorang gelak. Tak sesuai katanya. Ceitt. -_-'
Kejam nau. Bagitau bonda. Bonda cakap terpulang lah yang mana faa rasa baik.

Wuwuwu (╥_╥)

Apa masalah sekarang ni?
Camni. Tak faham. Pastu tak ingat. Pastu banyak benda taktau. Sebenarnya solusi mudah dia camni.
Hang belajar banyak mana ja sebenarnya? Fokus dalam kuliah dak?

Ok, jawapannya tak study mana pun. Tak fokus dalam kelas. Haaaa.
Sebenarnya hang tak bodoh pun faa. Tapi hang tak belajar betul-betul. Cuba kalau hang fokus & belajar betul², mesti hang dah dapat dekan setiap sem. Betui dakkk?

Betuiiii ! ಥ_ಥ

Makanya, faa kena belajar molek² pasni. Mohon kawan-kawang  beri semangat ke ambe ni. Dok semangat sokmo.

Kenapa faa kena terus belajar law?
Sebab ampa cakap nak tolong orang kan? Nak bagi khidmat guaman percuma kepada orang² miskin yang tak mampu kan?

Tadi tengok miracle in cell no 7, nangis kan tengok ayah dia tak dapat keadilan yang sepatutnya?

Lagipun dulu nak jadi lawyer sebab nak tolong orang kan? Nak tolong orang yang susah utk tegakkan hak kan? Kalau sekarang dah putus asa, sapa nak tolong ayah² dan parents yang kena aniaya dengan anak-anak dia. Sapa nak tolong umat islam kalau bukan kita?

Kemon lah, jadi lawyer al-hafizah. Dunia perlukan faa !

Kena repeat banyak subjek? Takpa. Repeat jaaaa ! Tak dosa pun repeat subjek. Kalau orang ejek hang sebab hang ada failed subjek dan hang repeat, hang buat rolling eyes ja dekat dia. Dia jeles tu sebab dia tak kena repeat. Haha.

Takde lah. Bak kata KY, repeat tu pun mungkin untuk kebaikan kita, kita kan lebih ingat apa yang kita belajar ! ;)

Abaikan apa yang orang nak cemuh kita.
Yang penting kita buat kerana Allah.
Study kan jihad lillahitaala.

Please , jangan lah putus asa. Cuba dulu. Kalau rasa tak mampu sangat, baru fikir balik nak tukar kos ke tak. Tapi yang penting try la dulu. :)

Pasni kena fokus sokmo. Kena rajin baca buku. Hafal term² penting semua tu. Hafal case molek², fahamkan. Jangan main² dah. Abaikan benda yg tak penting.
Study tu priority. Kalau takde mood nak study, pi bc Quran , tak pun tengok movie god of study tu. Tengok camne budak² tu study dengan gigih. Buat macam tu. Boleh?

Farhana izmira boleh ! Fighting !! ^,^

Insya Allah boleh. ^_^V

15082015
10.54pm
Homesweethome

Aug 14, 2015

Random - Good Bye

If it is meant to be, it will be.

Yes, im too tired to talk.
Im too tired to communicate with people.
Too tired to tell a joke and make people laugh, eventho its hurt deep inside.

Im trying hard to appreciate everyone eventho no one appreciate me.

I wanna let it go off from memory, and stop think and stop care about 'em.

Coz im tired.

Can i rest for a while? :)

And so, i just wanna say goodbye.

Aug 12, 2015

Strangers with memory, thank you.

Im missing all those people,
Yang pernah datang dan mewarnai hidup ini walau sekejap cuma.

R I N D U

Im missing all of them.
Dulu kita rapat, sangat rapat.
Sekarang kita cuma orang-orang asing yang saling tidak kenal antara satu sama lain.

Betul, orang kata, dalam hidup ni, akan ada orang-orang yang singgah sekejap dan mewarnai kanvas hidup kita dengan warna warni, terkadang gembira, terkadang sedih, terkadang benci.

Faa ada ramai kawan. Sangat ramai. Tapi yang betul-betul rapat , boleh kira. Entahlah. Dalam hati terfikir tiga orang yang pernah hadir dalam hidup.

Pertama, vp , the one who was one of  very precious person for me..with all of the promises and so on. I ended it up with hatred which actually i didnt hate at all.
We were not meant to be. So i hope u will be doing fine, and dont worry, fate will fares me well. Thank you, for been there even for a while.

Second, my partner, once has been my closest friend who knws every single thing about me. The one who was there when i was upset, the one who spent her time with me, day and night. The one who i searched for, the one who accompanied me during my hard time, when i was facing my life at the bottom with the fragile broken heart. The one that i believed, my sahabat dunia akhirat. And you too, im not hating u. If u think so seriously im not. I love you so much, sister. It just, i felt uncomfortable. If u wonder why i acted so, the truth is that i just hate it when i love u so much my dear, to the moon and back, and i realized u didnt love me as u do, and someone told me that u complained to them, like i bothered ur life with ur bestfriend,u hate me and u dont like to see me talking to ur bf, joking here and there. Im sorry, i felt like, ive been stabbed at my back so thats why i stopped contact ur bf and i even blocked u guys in social media. Its like, i hope i will never bother ur life if this is what u wanted. Its hard sister, its hard. To stop contact someone that we love as a sister is hard, and it is harder when no matter how much i tried to hate you but i cant. Love prevail, u know. Unfortunately, u have been hating me since then. I can see it. I couldn't accept all the faults, and i started to ignore, and not to believe, but I still love you, and i hope that we can forget all those bad things and everything will be back like the way we were before..you and vp, but ..
my heart said that i didn't want it anymore. Let our story be a history , and i shall not remember it anymore, coz u cant count how much pain i had to bear.

I tried to act like i dont know a single thing, but the truth is, i know, i know everything, girl. They told me the truth, the unspoken truth.
So the truth hurts. Yes it does.

Another truth it, it will never happen. Both of you have ur own life. With new people and new story. You know what is more tragic? Thinking of u while u haven't think of me even for a second.
Who am I, yes i realized that tho.
Thank you very much for every single second that u spent for me. I appreciate it so much. May Allah grant the best for ur life, and im trying to forget everything, as im trying to forget all of u.

The third is another one.
To the world, she is the one who i spent most of my day by replying her whatsapp lol.
A stranger who came into my life, once was my bestfriend and now turn back to a stranger again. It was only because of our egos, and yeah, i tried once , to recover everything and it worked, a bit. And then she remained silent.. till now. Maybe it is the end of our story? Thank you dear for been there for me. May fate fares u well.

Im too tired to trust anymore. And i just can see them living happily with their life.

Here am i, trying to move on.
Let all the memories fade away, i dont wanna remember them anymore.
It just, i feel like im missing the old pieces of me, which i can't find it anymore.

The end of the story of me with all of  them. There will be another story of me with another new people in my life..

"Hiduplah arjuna beta, biarkan jasad yang luka, selama tuhanmu ada, takkan engkau tercela" - fynn jamal (arjuna mata)

Chip up, my dear self.
Again, manusia memang akan sentiasa  datang dan pergi.
Jangan pernah harap mereka akan berhenti dan bersama kita selama-lamanya.

Raikan pertemuan, redhakan perpisahan.

Once a best friend, now a stranger with memories.

So yes.
Mulakan hidup baru, dengan mereka yang akan hadir untuk warnai hidup kita.

I wonder who will come to my life after this. :)

And yes, whoever you are,
you're welcome.

Faaizmir
12082015
Homesweethome
5.57pm

Aug 7, 2015

Pemimpin, seorang ketua.

Entah apa perasaan bila jadi seorang pemimpin, dan lantikan tu kita tak mintak pun at the first place. Dan kita pun setuju.

Tudia. Bila jadi pengerusi baru faham,
Bukan mudah sebenarnya dan jadi ketua.
Tambah lagi bila ada timbalan pengerusi yang banyak kerenah.

Pening.

Lagi pening bila ada pengerusi yang perangai dia 180 darjah berbeza daripada timbalan pengerusi.

Pengerusi senyap, sopan, cakap pun perlahan je.
Timbalan dia bising,gila-gila, cakap pun suara kuat kasar macam samseng je. Kontra sangat weh! *gelak tutup mulut*

Sem 1 :

First week tu pengerusi lama. Kemain senyap sebab pengerusi lama tersebut ada konflik dengan jawatan. Haha. Lepas tu tukar pengerusi sebab yang lama dah tak boleh bekerja dengan kami.
Tudia. Tak kenal sangat pun aih. Orang tanya sepatah dia jawab sepatah. Pastu selalu buat lawak hambar dok copypaste mesej orang dalam wasep, sampai semua kawan lain pakat tiru kopipes jugak. Sopan sangat dia ni. Konfius~
Ada sekali meeting, kena marah. Haha first time sentap dengan orang senyap! Kebetulan pulak rasa nak lawan balik sebab tak salah pun. Faa siap angkat tangan kot masa tu. Haih. Nak marah, nak lawan tapi bila fikir dia pengerusi,kena hormat. Pastu terus keluar gi tandas. Tak gi tandas pun sebenarnya. Tapi pergi bilik wardah. Konon nak lupa marah tadi. Pastu tak masuk sampai habis meeting.masa pukul 12 tu mintak kunci bilik, pengerusi tu taknak bagi. Haha. Nangisss den takleh masuk. Dah la kita ni jenis kalau skali cakap nak, selagi tak dapat selagi tu lah nak. Dia marah. Bagi kunci pastu marah. Marah pulak baik ja.
"Masuk sekejap pastu terus balik."
Haruslah iols lawan. Mana ikut. Hahaha.

Pastu lepas-lepas tu..
bagus gak laa pengerusi ni. Amek berat. Gigih dia buat kerja. Haha.
Tapi nak buat macam mana. Selalu gak kena sound dengan pengerusi tapi faa buat taktau. *maaf2* hahaha.
Sape suruh kuat sangat perli iols. -_-'
Sebelum meeting siap pesan suruh senyum sket, jangan keluar meeting. Peh peh baik punya perli. Garang sangat ke muka ni? --,
Time tu rasa, ni la pengerusi paling kejam pernah ana dapat. *nangis*

Sem 2 :
Ingat lagi banyak kali gak kena marah, sampai kena jerkah wuuuu seram sehh. :'( ce bayang orang yang jarang marah tetiba marah cakap nada tinggi suara dekat korang. Hahaha. Takut kejap. Rasa macam dia ni takde hati perut ke apa cakap camtu. Ingat lagi , masa tu dalam bas nak balik usim. Tetiba dia wasep tegur pasal .. (Agknya mungkin sebab faa degil. Haha.) dia nak tegur kot. Agaknya mungkin sebab dia dah annoying dengan perangai faa yang keras kepala tu. Haha. Maaf sangat.
Nampak je senyap, tapi ayat dia tajam macam pedang. Sentap takyah cakap, banyak kali sampai rasa malas dah nak respond. Cuma satu je, setiap kali kena marah ke apa ke, tak berani sangat nak lawan. Rasa takut. Hahaha. Mungkin sebab dia pengerusi? Kot la. Lagipun memang hormat pengerusi. Selain sebab pangkat dia lagi tinggi, mungkin sebab nama pun timbalan so memang kena tolong dia je. Nak taknak memang kena hadap beliau. Haha.

Paling tak suka, bila kena gosip dengan dia. Geram nauu. Mungkin sebab beliau femes, hotstuff gituh ramai orang suka. --,-' jadinya ada pulak muslimat2 tak dikenali tanya,
"enti ni timbalan pengerusi eh? Sekali dengan..."
"Ya kenapa?"
"Dia dah berpunya tau."

Pastu? Motif bagitau? Nak ana designkan kad kawen ke apa? Haha.

Kalau pergi mana-mana, mesti orang tanya pasal enta. Mesti ada muslimat suruh kirim salam. (Ustaz Fazrul cakap kalau salam tu lagho, tak payah sampaikan pun takpe. so ana jarang sampaikan. Hahah. )

Susah ni kerja dengan hotstuff.
Kemonlah. Bukan hensem pun. Kalau dah berpunya pun, ana kisah apa. Heh. -_-'
Sebab tu buat tak layan je kalau diorang gosip. Jangan memain, kang jeles peminat2 dia kang. Haha.

Ok . banyak dah kutuk beliau.
Mohon jangan ambik hati.
Saja nak provoke kutuk2. Haha.

Sebenarnya, pengerusi antara orang yang sangat baik & dah banyak tolong sepanjang sem ni. Antara orang yang tetap sabar walaupun banyak kena buli dengan timbalan sendiri. Banyak tolong waktu ana sakit, banyak ambik berat pasal ahli jaksa. Kalau meeting ke apa, dia antara yang awal datang jugak. (Thumbs up !)
Sangat bertanggungjawab. Ana dah rasa dia macam ayah tau. Dah lah ana macam anak bongsu paling bising dalam group. Paling mengada-ngada paling nakal dok kacau orang lain. Hahaha. Dia macam ayah duk tegur..."slow2 sket farhana."

Ok malu..

Kepada pengerusi, akh ikram ahmad,
terima kasih banyak-banyak atas pertolongan, teguran dan nasihat. (Walaupun kekadang rasa geram pulak tetiba je tegur itu ini, balik lewat pun kena warning dah macam ayah dah.. Tapi ana hargai sebenarnya. Terima kasih! )
Terima kasih sebab bagi tunjuk ajar.
Terima kasih sebab terus sabar.
Maaf sebab banyak menyusahkan, banyak buat enta pening kepala, banyak buat enta stress dengan karenah ana.

Padahal sejak sem dua ni makin kuat menyakat orang. Dah pandai bahan orang. Kuajaqqq. Well. Takpa2.

Semoga diberkati Allah. semoga dipermudahkan segala urusan. Kawen nanti jangan lupa ajak. Enta pengerusi paling sopan & tak matang yang pernah ana jumpa. Haha~

Semoga hidup dipermudahkan Allah. Semoga tak jumpa dah orang macam ana, kang pening enta. Serik dah eh? Haha. Terima kasih eh. Maaf banyak-banyak. Tahniah sebab dapat bersabar dengan ana.

:)

Ana batuk + lelah ni.
Letih pulak nak taip panjang-panjang. Nak bernafas pun susah. Seksa rasa. Tapi gigihkan jugak nak siapkan. Haha.
Sebab sayang semua, dah macam family.

Okay, sekian..

Complete semua dah .

Family jaksa kk1 2014/2015

Once a family, Always a family.

Alhamdulillah.

Aug 4, 2015

For le forth - F A M I L Y

Asma ' :

My budak selalu lambat pickup dear.
Haha. Hai asma'. Terima kasih untuk segalanya. Ok tu je.
Lol. Kidding. Shemakk ! Saya nak minta maaf banyak-banyak. Terima kasih sebab ambil berat, terima kasih sebab dah jadi macam mak nombor empat saya. Hewhew. Terima kasih sebab dah banyak tolong waktu sakit, susah, lapar dan sedih semua.. Terima kasih sebab selalu ada jadi tempat luahan hati. Terima kasih sebab sudi jadi teman stay up dekat bilik jaksa sampai duantoga pagi. Haha. Terima kasih atas segala memori. :'D
Teringat masa kita iftar sama-sama, pergi jalan kaki dekat library sama-sama. Naik motor dalam hujan sama-sama. Iftar dekat dataran nilai sama-sama. Pastu pergi shopping dekat tesco giant sama-sama dengan senior prebet tu. Haha. Sampaikan dia pun dah tau sangat, kalau ada farhana mesti ada asma', dan asma' mesti lambat siap. Tudung senget-senget. Haha ! :P ingat tak masa saya sakit? Lepas tu awak dok cerita apa yang berlaku. Gelak sampai berair mata. Terharu sebenarnya tapi malu nak ucap. Sampai merah muka dengar cerita asmak. Malu ! T_T haha. Pastu kesian asmak pun sakit. Ingat tak bila saya dah nak balik? Kemain awak suruh patah balik macam cerita hindustan. Haha. Nasib baik saya tabah, kalau tak nangis dah dekat situ. Lol. Kelakar pulak tengok muka innocent shemakk. Teringat yang pergi main bowling berdua tu? Rasa gembira sangat. Haha. Nanti kita pergi main bowling sama-sama lagi tau.
Rindunya shemak. (Tapi sem depan awak stay dengan saya kan? So taknak lah sedih taknak rindu haha.)

Terima kasih asma' kholilah. :)

Abang azlan :

Abang azlan ! Thanks for being a good brother yang selalu advise adik-adiknya terutamanya farhana ni dengan asma' & aisyah sekali. Haha. Rindunya nak pergi beli barang dengan abang azlan & asma' & nusra aisyah semua setiap kali program. Pastu dalam kereta mengadu pasal masalah dalam study. U're one of brothers yang i respect so much. Dah lah bijak, baik pulak tu. Terima kasih sepanjang jadi bendahari banyak sangat membantu. Terima kasih sebab selalu tolong. Sampai ke bangi abang azlan  sanggup hantar saya dengan kak imah  untuk pergi Pusat Rawatan Islam lepas kem jaksa. Eventho u were busy sometimes, tapi takkan pernah tak care. Terima kasih sebab banyak bagi pandangan dan nasihat on jaksa matters and life. Ingat lagi kalau stress ke apa ke, abang azlan mesti ajak kitorang keluar makan. Suka ! :D pastu dapat souvenirs setiap kali abang azlan pergi oversea. Everything u did, i appreciate it very much!  I feel like having a family here. Pastu iftar dengan kak jannah was our last moment sekali kan masa jadi jaksa KK1. Thank you brother. Lepas ni harapnya kita akan terus contact each other ya dekat acacia insya Allah. Maaf salah silap. ^^

Nusra :

Nusra.. :') haha. Terima kasih banyak - banyak. Kenal sejak ALSP lagi dih. Haha. Pastu masa nak meeting first time tu ore mace ingat dok ingat awok. :P Terima kasih banyok-banyok nusra deh. Daripada awal sem sampai la habis. Banyok sangat awok tlg ore dari dulu sapa loni. Nok sukko bilo kito jaga waffle skali masa sem 1, hangus sapa waffle nyo wat. Haha. Terima kasih sebab banyok-banyok sebab amek berat deh kak dio. Terima kasih sebab sokmo sudi melayan tetamu. Sokmo gi bilik awok nge kak imah. Haha. Rindunyo. Sian awok sapa letih jago sayo mulo. Napok laa nusra stress. Maaf banyok deh..terima kasih banyok. Banyok kongsi masaloh kalu ado gapo-gapo. Kalu baloh sikit2 tu sokmo sangat. Huuu maaf deh nusra. Terima kasih banyok. Goodluck giso ! Kito pakat wak molek deh kekgi. Jupo sem depe dekat acacia pulok. ! Terimo kasih banyok kak dio. Semoga cepat nikoh nge abe syed. Haha. Kekgi kito pakat wat rombongan jaksa gi blarok awok deh.
Terima kasih cik nabila. ^__^

Kak imah :

Kak imah ^^ peh peh rasa nak nangis terus bila sebut nama kak imah. Hahaha.
Teringat masa first sem selalu mengadu dekat kak imah kalau stress sikit. Terus dapat free counselling. Ayat kak imah " saya tak dapat bagi solution tapi saya dengar masalah awak, at least awak rasa lega tak?" ha gitu counsellor kita. Haha.
Terima kasih banyak-banyak kak imah. Walaupun masa first sem dulu ada pulak conflict. First impression tengok kak imah, saya ingatkan akak tak suka saya huaa~ pastu Alhamdulillah , dapat sorang lagi kakak. Suka~ terlebih hutang budi dengan kak imah. Huhu.
Nampak je macam garang kak imah ni padahal baik giler. Ha giler gituh maknanya baik sangat.

Terima kasih kak imah, sebab dah jadi kaunselor yang baik, setiausaha yang baik. Terima kasih , teman pergi darussyifa', teman sampai ke bangi walaupun baru je sampai usim masa tu. Terima kasih sebab korban masa dan tenaga jaga saya. Ada satu malam masa saya sakit tu, saya tersedar masa semua orang tengah tido malam tu. Pastu tengok semua tengah tido. Kak imah tepi saya masa tu. Rasa terharu. Walaupun sakit sangat, walaupun rasa macam kenapa laa ditimpa musibah camtu sekali, tapi dari sudut baiknya Allah tunjuk sendiri dekat saya, hebatnya ukhuwwah tu.Terharu sangat. Terima kasih sebab selalu support dan bagi nasihat kalau saya nak buat apa-apa. Terima kasih banyak-banyak kak imah & semua.
Terima kasih sebab banyak tolong saya sepanjang tenure jaksa.
Terima kasih sebab masak hari tu. Terima kasih sebab ambil berat. Terima kasih banyak-banyak. Saya mintak maaf banyak-banyak atas salah dan silap. Saya sayang kak imah. 
#matamasukhabukpulakni.