Jul 13, 2012

kelebihan orang yang menuntut Ilmu

Allahuakbar~


  banyak pulak assignment untuk minggu ni~

nasiblah , dah tanggungjawab kita sebagai seorang penuntut ilmu kan ?

"tuntutlah ilmu , daripada buaian hingga ke liang lahad~

sebab? dari kecik, masa duk dalam buaian tu kan mak kita dah ajar selawat, dah ajar bercakap..bila dah meninggal ,
kita di ajar melalui talkin pulak kan?

betul tak ?

pernah tak rasa malas bila nak study ?
mesti semua orang pernah rasa pengalaman "malas " ni kan~

orang cakap , untuk mengecapi kemanisan hidup , kita hendaklah melalui pelbagai kesusahan. 
bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian lah.. :)

 

Beruntunglah bagi sesiapa yang menuntut dan mencari ilmu kerana diberi ganjaran yang pelbagai oleh Allah SWT sepertimana sabda Nabi SAW :
Daripada Abu Darda’ RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga.
mesti semua orang nak masuk syurga kan?

ala , kita semua tau , syurga itu nikmat..
ada sungai susu yang mengalir,
nak makan apa , terlintas niat je..terus makanan ada depan mata!
indahkan syurga?
subhanallah..itu ciptaan Allah.
haa! kalau nak masuk syurga..tuntut lah ilmu..


sebab apa? sebab, nak solat, nak beribadat, semua dengan ilmu..kena ada ilmu. kalau tak tahu cara nak solat, macam mana kita nak solat..betul tak?

apa pula kelebihan orang berilmu ni ya ?

 

Kelebihan menuntut ilmu.
Tujuh golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya. Mereka ialah:
  1. pemerintah yang adil
  2. pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah
  3. lelaki yang sentiasa ingat kepada masjid untuk beribadah kepada Allah
  4. dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah
  5. lelaki yang menolak godaan seorang perempuan cantik dan berkedudukan tinggi dengan berkata: Aku takut kepada Allah
  6. lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebahkan sedekahnya itu, hinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya
  7. lelaki yang sentiasa menyebut nama Allah (berzikir) secara bersunyi-sunyian lalu mengalirlah air matanya.”
(Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)
 

rasa malas yang kuat sangat untuk buat homework ?
jangan risau , ni petua nya , 

 Pertama, berwudhulah, karena dengan berwudhu secara langsung kamu juga akan membasuh wajah dan menyegarkan kembali aura wajahmu yang tadinya ngantuk, kalau boleh mandi dan terus wudhu.

Kedua, menghirup udara perlahan-lahan melalui hidung kemudian menghembuskannya lewat mulut dengan cara berdiri untuk menambah kesegaran dan ketenangan.

Ketiga, memulai dengan membaca Ta’awudz dan Basmallah, semoga pekerjaan kita baik membaca atau menyelesaikan tugas tidak diganggu oleh syeitan dan akan diberkahi oleh Allah. Hal ini supaya aktivitas bernilai ibadah.

Keempat, ada saatnya untuk mengubah posisi, misalkan posisi duduk ketika membaca. Ataupun bisa jadi dari posisi duduk berubah menjadi berdiri, namun jangan sampai dari duduk terus berbaring, kemungkinan besar bisa ketiduran.

Kelima, berpindah dari ruang satu ke ruang lainnya. contohnya seperti berpindah dari kamar ke beranda ruang tamu atau bahkan ke dapur dan ke luar rumah untuk sesekali memandang alam.

Keenam, membuat sesuatu yang menyegarkan, contohnya saja seperti membuat minuman teh, kopi atau jus bahkan kue-kue kecil untuk menghilangkan rasa bosan dan menjernihkan pikiran.

Ketujuh, ketika sudah selesai, ucapkanlah Hamdallah dan berdoa kepada Allah semoga apa yang baru saja dikerjakan tadi bermanfaat untuk hari esok dan hari yang akan datang.




sama-sama lah kita cuba petua itu ya~


insyaAllah,
semoga kita semua berjaya di dunia , dan juga di akhirat , amin...



 

Jul 6, 2012

nota hati gadis bertudung labuh


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.







Assalamualaikum ..
kepada sahabat ana sekalian ,
dulu ingatkan hidup di ipta lagi bagus daripada hidup di sekolah. selain dapat ilmu yang baru , ana rasa diri ana macam terseksa berada di sini..
bukan kerana ipta ana ni jahat , sosial ke apa ke..bukan..
tapi disebabkan ana rasa ada sesuatu yang Allah masukkan dalam hati ni..
sesuatu yang sangat membuatkan hati ana tersentuh..ana sendiri tak pasti, itukah yang dinamakan “hidayah” ?


Berbalik kepada tajuk di atas , hari ni ana nak cerita pasal hidup kat university ni sebenarnya, tapi dah jauh melencong.
Huhu~





Jangan salahkan tudung , tapi salahkan orang yang memakainya. Biarpun orang yang pakai tudung labuh ni sama je perangai dia dengan orang yang free hair , tapi sekurang-kurangnya yang bertudung labuh ni dah lepas daripada dosa tidak menutup aurat. Kan?
 Ana suka tengok orang bertudung labuh. Biarpun pada saat tu ana pun pakai tudung labuh jugak , tapi bila tengok senior yang bertudung labuh jugak, rasa sejuk je hati. Pastu dalam hati ni , rasa macam ,”ya Allah , jahilnya aku ni..”

Ana harap ana dapat istiqamah dalam bertudung labuh..ana mengaku yang ana rasa terharu bila ana fikir balik. Allah nak tunjuk kepada ana kelebihan tudung labuh ni. Dulu masa kat Sekolah , ana tak rasa apa-apa bila pakai tudung labuh. Lepas tu , bila dekat ipta ni, ana rasa ana sayang sangat dekat tudung labuh. Ana rasa selesa..biarlah orang nak kata apa pun , yang penting kita sebagai muslimah,hendaklah menutup aurat dan berpakaian kemas dan bersih. Buat apa lah nak jadi famous , hot stuff bagai kan? Sanggup ke nak masuk dalam api neraka yang hot tu?
Ana jadikan tudung labuh sebagai satu batu lonjatan untuk ana beribadah..sebaba ana akan selalu fikir macam ni , “ aq ni pakai tudung labuh , takkan aku nak pakai untuk Nampak warak je? Aku pakai ni sebab aku nak jaga diri aku...nak cari cinta Allah.”

  Lepas tu , kalau ana nak gelak kuat2 ke , nak kutuk orang ke..ana rasa macam ada sesuatu yang menghalang ana daripada buat semua tu..sebab apa? Sebab ana pakai tudung labuh. Bila kita sedar kita pakai tudung labuh , kita akan sedar yang kita ni beragama Islam . bila sedar kita beragama Islam..kita akan sedar jugak yang semua tu dosa. Bila kita sedar semua tu dosa , kita tak akan buat dah lah.betul tak ? itulah kronologi kelebihan tudung labuh. Sebab tu ana cakap dari awal , tudung labuh ni umpama guru yang mengingatkan kita.. ^^ alhamdulillah~

  Ana selalu fikir yang ana dah buat keputusan yang salah masuk ipta ana ni. Rasa menyesal..tapi bila fikir balik..sebenarnya Allah sayang kita. Dia tempatkan kita di sini, di persekitaran yang berbeza untuk mengajar kita supaya menjadi kuat untuk menempuhi dugaan pada masa lapang. Betul tak ? Allah sayang kita..
ALLAH nak uji sekuat mana iman kita. 

Jadi sahabat sekalian..kalau anda rasa nak pakai tudung labuh , pakai je , dan istiqamahlah!
Jangan malu memakai tudung labuh..biarpun kita dipandang kuno oleh manusia, tapi seluruh seisi langit memuji kita.Allah redha akan diri kita. Itu yang kita nak kan?


 Kenapa mesti menutup aurat?
Cuba fikir , orang yang memakai tudung labuh umpama bunga ros yang diletakkan didalam bekas kaca , orang ramai dilarang untuk menyentuhnya kecuali pemiliknya sahaja.manakala orang biasa umpama bunga ros yang tidak dibalut atau dibalut separuh. Sesiapa sahaja bebas menyentuhnya. Lama-lama bunga ros yang tidak dijaga akan layu atau rosak kerana dipegang-pegang oleh orang ramai.baunya juga hilang.


Manakala bunga ros yang dijaga dalam bekas kaca , kekal wangi dan segar kerana ia tidak disentuh oleh sesiapa melainkan tuannya yang berhak. Tuan itu pula menjaganya dengan penuh cermat. Indah kan?
Bunga ros di dalam bekas kaca adalah ganti kepada wanita bertudung labuh, tuannya pula adalah suami yang soleh.
Kawan ana pernah cakap, kita kena jual mahal , tak semestinya jual mahal ,nanti tak dapat jodoh..tapi kita jual mahal yang kena pada tempatnya..orang yang suka bertukar kapel ni, yang bebas bergaul ni umpama jual murah..memang lah jualan murah ni ramai orang suka..tapi tak berkualiti sangatlah. Ala , umpama jual tudung lambak @bundle kat pasar malam dengan jual tudung dekat butik tudung. Walaupun mahal , pembeli yang beli kat butik akan menjaga tudung itu dengan baik, manakala tudung kat pasar malam , lepas pakai orang akan campak je..ala, tudung pasar malam je kan? Rilek lah..kalau koyak sikit,beli baru~

Jadi , jangan risau tentang jodoh , doa lah biar Allah kurniakan kita jodoh yang soleh . J amin~
sifat yang perlu ada pada wanita adalah malu. Dengan perasaan malu itu , kita akan lebih menjaga diri kita. insyaAllah 


Boleh tak faham contoh ni jika diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita?
Oleh itu, bersyukurlah wahai wanita muslimah yang bertudung labuh, ALLAH menjaga anda!
Bertudung labuh tidak melambangkan kuatnya imanmu..tetapi bertudung labuh membimbing dirimu kearah keimanan..

akhir kalam ,
La tahzan , la takhaf , innallaha ma’ana..
*jangan bersedih dan jangan takut , sesungguhnya Allah bersama dengan kita.

Wassalamualaikum~

Jun 24, 2012

fakulti undang undang uitm shah alam dan kolej mawar

habis saja zaman persekolahan ,
ana ditawarkan ke uitm shah alam , asasi undang2~
sekarang im here :)
 kolej tersayang

lots to share..tapi masa x mengizinkan , so ana share pictures dulu lah , salam ukhwah :)