Dec 3, 2012

Kata hati tentang Inai di jari

ihsan google


Assalamualaikum :)

     hari ni , Bukan nak cakap pasal Dato' Siti, ana sekadar nak berkongsi kisah yang berlaku .
Pasal Inai. Ana dan beberapa orang bestie pakai inai di jari , kebetulan kot hari tu dekat Plaza Alam Sentral kan ada yang melayu punya . So kami buat inai. sebenarnya ada je yang dah tunang pakai, so yg tak bertunang macam kami ni teringin la kan.. :p kitorang buat sebelah je. tu pun rm8 sebelah. corak dia tumbuh-tumbuhan macam dato' siti ni je. Ana buat tangan kanan, bestie ana tangan kiri . Kan CikNAS? ^^

Gambar ada , tapi segan nak tunjuk aih , biar la~

Dulu ana confuse , sebab orang kata inai ni HARAM. tapi bila ana rujuk ustaz-ustaz macam ustaz DON , ustaz AZHAR , diorang cakap HARUS selagi tak mendatangkan fitnah, wallahualam.

ni hukum dia :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak 

  3. bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. 

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


jelas ?

Orang nk fitnah ana apa..xde rasanya. budak-budak ni semua tau saya single but not available. :))  lagipun ana pakai handsock waktu kuliah , tak nampak laa inai tu, Bukan kita nak  angkat tangan tayang dekat orang pun kan?

see~
ihsan cik goggle
         Cantik kan? busana dia yang kaler cantik actually . :p kgurau..
ana punya lebih kurang atas ni tapi ana tak pakai kat kuku tu..malas lah. lagipun tak lama ni hilanglah kan.harap begitulah insyaAllah , hehe..

Oh ya ,Hari ni first day kuliah. waktu kuliah tadi , kawan perempuan ana ternampak tangan yang bercorak ni , diorang riuh tanya, while yang lelaki buat derk je kat belakang. Then ada sorang cakap kuat-kuat , "wahh dah tunang~ dengan siapa?'' ana cakap tak je , pastu ana senyum -senyum kambing dengan CikNAS~Lepas tu semua kawan-kawan perempuan ana yang cute comel cantik gojez like dini , didi and adi tanya serious ke tak ana tunang , i was like mana ada laaa.. then diorang cakap ana tipu. agak pelik , sebab biasa orang tipu dia mengaku tunang. ohh mungkin sebab ana trolling-trolling diorang cakap nak pindah UNISZA tapi pagi tadi ana datang awal-awal , tunggu dalam kuliah , so diorang terkejut tadi. *ketawa* natijahnya , mereka taknak percaya saya tak pernah bertunang lagi. :) radhiah dengan syafiqah jugak tanya siapa..alamatnya ana hanya mampu ketawa. then ana cakap spontan , "tunang dengan _______ , dia dekat UIA sekarang.Siapa ? Adalah~ hehe.. banyak pula merepek. apa pun , mereka memang my classmates yang gila happy funny memang happening. :)




ehsan pakcik gogel.

Ha , ni pulak inai yang dipakai masa kahwin kot. cantik baju dia kaler purple ~ wee~ that's my favourite colour you know. ^^ nanti bersanding nak pakai tema purple. awal-awal dah plan, kalau suami tak suka , suruh dia buat favourite colour dia masa sambut menantu. Harap-harap bakal suami ana suka warna ni jugak~ 

toinx2~ bermimpi di siang hari , tapi tak mustahil kan? insyaAllah~ *peace*

:)

Nah , Doa dapat jodoh yang baik ..alang-alang pakai inai yang macam nak nikah dah ni. :p ditambah pula hari hujan , mana tau berkat..dapat jodoh yang soleh..amin ~ ^^



Surah Al-Furqan, 74.  




Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.



Sekian dari ana buat kali ni..


Salam sayang~
wardhana :)
3 december 2012
5.36 pm @mawar uitm s.a



Dec 2, 2012

Asasi Undang-Undang UITM Shah Alam semester 2

Assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah , tamat sudah cuti semester ana selama sebulan setengah ,

result untuk FINAL EXAM SEM 1 pun dah dapat, nak kata hebat tak.nak kata gagal pun tak, tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja :) Boleh laa lulus semua subjek.Alhamdulillah tak perlu repeat :)


Sebenarnya , banyak perkara yang telah berlaku sepanjang cuti tapi buat masa ni ana rasa macam tiada masa  tak sempat pula nak update semua cerita . T.T

Jadi dikesempatan ini ana ingin menceritakan perkara yang berlaku hari ini, Aduh  Skema pula ayat ana ni..hehe..



Ni lah kolej mawar. :) ana dapat roomate baru. sorang akak course c.a.t , sorang lagi effa , classmate dari sem satu dan seorang lagi tak sempat ana taaruf tadi. huhu..Sebenarnya esok mula kuliah , tapi entah la sama ada lecturer ada ke tidak. seriously speak, asasi undang-undang memang best ! alhamdulillah walaupun sem 1 sangat blurr dan tak berapa nak faham.. at least kita tahu macam mana rasa kehidupan lawyer ni. seronok.sangat seronok. oh ya, kali ni pejabat yang tentukan roomate kita siapa. ana bilik jauh daripada bilik sem lepas. bilik baru ni agak hujung, umpamanya sem lepas menetap di johor , sem 2 ni pindah ke Perlis pulak. jauh kan? tapi masih di tingkat yang sama, masih di negara Malaysia yang sama.Classmates semester 2 ni dengar katanya masih classmate yang sama.


dan ini lah mereka yang sentiasa menceriakan suasana~

Ya Allah, feelin like homesick juga sekarang ya. :(


 tapi tu lah kan , perjuangan .. Jihad menuntut ilmu..betul tak ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."(Surah al-Baqarah:ayat 216)

huhu~

itu sahaja buat masa sekarang,

jom doa sikit ,

Allahummansur ikhwananal muslimin wal mujahidin fi filastin...fi syria wa fi kulli makan , wa fii kulli zaman.. amin..
Ya Allah bantu lah saudara seIslam kami dan  orang-orang yang berjihad di Palestin , di Syria dan di setiap tempat , di setiap masa. Amin. :')



sekian dahulu daripada ana  :)
salam ukhuwah ^^





Oct 6, 2012

FAKE FRIENDs ARE EVERYWHERE

assalamualaikum,
salam ukhuwah dari ana.
first of all.
tahniah kepada anda semua ,
yang mana ada kawan ramai tu..betul lah, orang cakap , berkawan biar beribu, bercinta biar satu.

*chewahhh..tetiba*

tasik shah alam , once upon a time.

      new entry , why i said that fake friends are everywhere? because i realized it,now. betul ke tak ayat ni?
seriously.... selalu ana ingat individu-individu ni macam baik laa..boleh dijadikan sahabat. tapi bila kita senang , dia susah..nampak laa muka dia menerewang berkeliaran di sekeliling kita. rasa heaven kot sebab ramai kawan. tapi sekali kita susah..nak dapat sorang kawan pun susah. kalau ada, alhamdulillah. tapi tak ramai. betul tak?

       sedih kot macam tu. :(

selalunya , kita mungkin tak sehaluan dengan kawan macam ni. lantak diorang la nak kawan ke tak . *sakit hati*


             ana bukan apa , ana bukan nak menggatal , ana just nak sahabat. sahabat please, bukan bf , scandel or what. sahabat yg kita leh share susah senang. kadang-kadang bukan nak suruh dia selesaikan masalah kita , tapi nak minta dia dengar je.. pliss lah , dengar je. sebab manusia ni. memang kalau pendam lama-lama boleh jadi gila.kalau ana , ana memang suka bercakap

bla3~ >.<"


               so bila ada kawan yang gila-gila jugak ni..rasa macam happy la kan. takde la macam duduk dalam gua terperap sorang-sorang. ni , ada bezfren pun.dah tak macam bestfriend. macam ada obstacle yang menghalang ana berkawan dgn orang lain.  :3
ana akui , ana tak suka nak menunjuk sangat laa yang kita ni ilmu agama banyak. *banyak laa nak banding orang biasa dgn golongan hafizah*tapi ana tak suka judge orang pandai2..
thats not my type.
ana kawan je dengan semua orang.diulangi semua.

tapi bila diperlakukan sebegini ,
sedih sampai makan ulu hati jantung hempedu bagai,
kawan buat macam kita ni kain buruk.
hina betul. .. :(

nak kawan , kawan. taknak kawan xpe..
buat kawan ana semua yang ikhlas bersahabat.

terima kasih teramat.
T.T"

semoga kita bersahabat sampai syurga. :)

ingat lagi hadis nabi.

"tak sempurna iman seseorang selagimana dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri."

untuk kawan or ex kawan yang suka kutuk2 tu..
awak rasa awak hadsome?
saya tak terpikat langsung laa..sebab bakal suami saya , jodoh yang Allah tentukan lagi handsome dari awak..
awak rasa awak cantik ? mak saya lagi cantik.
buat anda yang memandang rendah terhadap ana.
perlu ke ana nak bangga ana sekolah agama bagai?
ana taknak awak terasa nanti kalau ana cakap macam-macam..
ana hanya mampu tegur secara halus je.
ana tegur sikit pun kalian dah melenting..lepas tu nak tuduh ana ni tak warak,nampak je macam warak...tapi kawan dengan bdk free hair bagai..
amboi mulut awak..
budak free hair pun lagi baik dari awak..
at least ana dapat nasihat diorang..diorang jahil macam tu pun still tak kutuk orang..diorang terima nasihat2..
diorang cuba untuk berubah..
sebab tu ana cakap...kita jangan judge orang..
kita kena bantu orang.
saya takde kawan pun takpe daripada kawan dengan golongan macam kalian kalian yang hipokrit dan kejam.

terasa ? jangan terasa..saya tak bubuh rempah cili api kari ke apa pun.
 :P


heheh..


buat semua student asasi especiall student law uitm shah alam...
gudluck asasi final exam..
semoga kita semjua dpt 4 flat..
amin..

kullu 'am wa antum bikhair .
hibb fillah :)