Aug 1, 2013

dah, berhenti lah berharap.

Persetankan mereka yang berperangai bangsat.
Mereka tak layak digelar manusia.(faa.2013)

Assalamualaikum,

Faa izmir. Ya, aku .
Kali ini aku nak cakap pasal harapan.
Walaupun bunyinya agak kasar. Tapi ini hakikat dan realiti.
Berhentilah berharap pada manusia.kerna ia sangat sia-sia.
Mengapa? Sebab aku dah puas merasa seksa berharap pada mereka.

Kau berharap pada manusia untuk dibalas budi?
Jangan mimpi. Mereka tak akan pernah ingat apa yang kau lakukan.
Hatta kau berpanas jerih segala tulang empat kerat demi mereka,
Siang malam kau menabur budi pun mereka takkan peduli.
Tak akan pernah mereka ingat.
Kalau ada pun, sikit.ucap Terima kasih,selesai..
mungkin dengan berterima kasih, terlangsai sudah segala budi?
ye lah, baik ucap daripada tak hargai terus.
kalau macam tu, apa kata kau jadi orang gaji aku, lepas tu gaji kau aku bayar guna ucapan 'terima kasih'?
"pakcik, bagi saya durian sekilo!" lepas dapat, terus saya ucap terima kasih. tak payah bayar.
oh seronoknya!
bukan aku nak cakap ucap terima kasih tu tak cukup. tapi , bergantung pada situasi lah abang kakak.
kesian pakcik tu angkat barang berat-berat. hulurlah sekeping dua not kertas yang kau ada.
hidup jangan jadi kedekut. mati tak boleh bawak harta masuk kubur pun bro.
tapi ya lah, sebab tu aku kata, jangan berharap pada manusia. 

Kau harap mereka akan memuji ?
Jangan mimpi. Mereka hanya akan puji bila mereka nak sesuatu.
Itulah, ada udang di sebalik batu.
Kalau mereka puji, maknanya mereka mahukan sesuatu.
Selalunya mereka akan puji orang-orang kaya.
orang bangsawan yang belajar di oversea. 
mana dipandang aku yang menaiki kereta cabuk belajar over river je ni.
cuba kau puji mereka, mereka akan buat-buat puji kau pula. 
itu psikologi.


Kau berharap mereka akan jadi kawan yang baik dengan kau bila kau baik dengan mereka?
Jangan mimpi. Walaupun sahabat sejati itu ada, tapi tak semua.
Aku dah puas cari. Ada, tapi tak semua, tak kekal lama.
Mereka akan lupa apa yang kau buat untuk mereka.
ini namanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
bila aku percaya kawan aku, memang aku mati-mati percaya,
tapi ye lah.
Mereka akan tunjuk belang bila function kau dh hilang.

Kau harap ada yang mengerti isi hati kau?
Kau dah buat baik pada orang ramai?
Kau nak orang balas baik kebaikan kau tu?
Tak payah berharap lah.mustahil.
Tak ada yang sudi, tak ada yang akan mengerti.
Hatta sebaik mana pun kau dengan seseorang itu, dia pun tak akan mampu fahami segala isi hati.
Sebab dia sendiri aku pasti tak faham dirinya sendiri.

kau nak orang rindu kau sebagaimana kau rindu mereka setengah mati?
jangan mimpi.macam aku ni. rindu manusia-manusia tiap hari.
rindu teramat, rindu tersangat. tapi mereka sikit pun tak rindu aku.
Apa boleh buat? nak aku menangis sebab orang tak rindu?
hey lawak.
kau nak menangis sebab kau rindu orang? buang masa. 
mereka sikit pun tak ingat kau, apatah lagi nak rindu.
so buat rilek dah .
rilek brother.rilek sister.
kau rindu mak ayah, rindu keluarga lagi baik.
rindu diri sendiri pun boleh haa.
baik rindu rasulullah. walau baginda dah wafat beribu tahun lamanya, tapi sebelum kita hidup, dia dah rindu kita..
tak yah buang masa berharap pada manusia untuk rindu kau. jangan mimpi.

Kau nak orang sayang kau sebagaimana kau sayang mereka?
Jangan mimpi. Ada.tapi tak semua.
Macam aku, aku dah bagi semua yang aku termampu untuk manusia, aku dah sayang sebanyak yang aku boleh. Tapi aku tetap lihat balasannya tiada guna berharap. Kosong kak, kosong abang.
Lelaki, kalau kau nak perempuan sayang kau. Pergi nikah.
Perempuan, kalau kau nak lelaki sayang kau. Pergi nikah.
Tak perlu kau nak berkasih sayang sebarang yang tidak halal.

Berhenti lah berharap pada sesuatu yang tak pasti.
Nak orang baik dengan kita, sayang kita, rindu kita, puji kita, hargai kita, ingat kita?
Tak payah lah. Buang masa kau berharap pada semua tu.

Nah, aku cakap yang benar.
Tapi tak bermakna kau tak boleh berharap.
Ada. Ada tempatnya yang kau patut berharap dan boleh berharap.

Pertamanya, pada keluargamu.
Yang paling rapat.mereka yang berhak kau patuhi, kau sayangi, kau hargai, kau jaga dank au ambil berat.
Keluargamu, yang kau bias minta pertolongan, bias berkongsi masalah.
Bukan orang lain, tapi keluargamu.
Berharaplah pada mereka.

Keduanya,
Allah taala.
Ini pengharapan yang sebenar-benarnya.
Ini pengharapan yang pasti.
Berharap kepada Allah, nescaya kau bahagia.
Berdoa kepadaNya.
Kerana sejahat mana pun kau, selagi kau beriman kepada-Nya..
Dia akan sentiasa sayang, dia sentiasa mendekat, Dia sentiasa membalas, memberi rezeki..

Harapkan Allah dan keluargamu..
Jangan berharap pada manusia lainnya.
Percayalah padaku.
Aku lebih mengerti.
Kerana bila kau berharap pada sesuatu yang tidak pasti,
Kau akan terseksa,
Jiwa yang terseksa akan mematikan hati.
Tiada guna hidup jika hati mati.
Chill,
Suburkan hati dengan pengharapan pada ilahi.
kau kena cipta bahagia kau sendiri,
jangan berharap pada mereka untuk bahagia,
tapi cuba, cuba untuk bahagiakan hidupmu itu.
insyaAllah kita bisa.

Ini peringatan buat diri aku sendiri yang suka berharap pada manusia.
Lantas aku berduka lara.
Kerana itu aku kata pada awalnya, persetankan mereka yang tak sedar diri,
Berhenti  berharap pada mereka. Ia sia-sia.
Betul, amat sia-sia.
Semoga kita semua sedar, pada siapa harus kita berharap.
Doa , itu yang sebaiknya. Doa banyak-banyak.
hanya Allah yang mampu membalas segalanya.

Semoga bahagia semuanya.
faaizmir.
1 Ogos.


Jul 31, 2013

Hidup mengajar aku menjadi seorang manusia. Maaf usrah, tidak jadi datang.

Assalamualaikum.

pertamanya,

kepada adik-adik ku di imtiaz sana, maaf kn kakakmu ini janji nak pergi , tapi tak jadi.
Ya, maaf abang long. maaf kak long, dan Qifa juga.kakngah tak datang bersebab, bukan sengaja. ingin sahaja aku sampaikan kata hati pada mereka, tapi tak berdaya. tak mengapa, mungkin esok lusa, ada rezeki kita bakal juga bersua muka.

kepada abang long, saya kagum dengan anak muda seperti anda.
hakikat usia kita berbeza, tapi pandangan kita lebih serupa.
maknanya, zain sudah tua. haha :)) ok gurau , maknanya abang long sudah matang dan dewasa.
sudah layak untuk mentadbir sekolah kita untuk tahun seterusnya. selamat menjadi ketua yang berwibawa.
sekaligus melatih diri untuk memimpin ummah pada masa yang akan datang.
walau dia yang paling skema, tapi kami mesra.
mesra bersama-sama. kerana aku suka @ sering mengusiknya dengan adik kecilku yang juga disana.
mungkin ada yang tidak tahu, ini sebenarnya adik kandung atau apa?ohh mereka bukan adik kandung, perasan kah kalian aku tidak pernah menyebut tentang keluarga ku di di dalam blog ini? ;)
keluarga satu rahsia yang istimewa, tapi mereka ini juga istimewa. kami saudara ~
abang long, ya. sekali lagi. aku sangat suka apabila mendengar dia menyebut ibu-bapanya sebagai 'abi dan umi'.
nanti sudah berumah tangga aku juga mahu guna kalimah itu.
"umi~ abi." ok, dah perasan . dan abang long macam biasa, kalau di usik oleh aku dan qifa, pasti dia tersenyum malu. control skema agaknya. hahaha~

kaklong. Afaf, ini adik kecil kami. kerana kakaknya juga sudah seperti adikku sendiri. nampak sangat aku kakak yang tua. haha. tapi kenapa dipanggil kak long? pedulikan, ia hanya satu nama. nama tidak penting untuk ditafsirkan. Aku janji nak datang berkongsi cerita dengannya, tapi masih tidak bisa datang. maaf ya kak long. sudah ada abang long yang menjaga di sana. kakngah tidak khuatir lagi.haha~ *Sengal.
ohh mungkin pelik mereka kelihatan seperti suami isteri. rileks, mereka bukan couple, bukan bercinta. cuma aku doakan mereka dijodohkan bersama, kerana mereka memang serasi bersama. :)

kepada Qifa, juga aku turut menjanjikan untuk datang tapi tidak kesampaian.
Haduyaii..
semoga tanganmu sembuh, kalau tidak akan ku pinta makcik biru untuk merawatnya. haha.
abaikan kata-kata dusta daripada manusia yang mencela. hidup itu umpama roda kereta yang berputar. bawak kereta ke mana-mana, ada juga suara manusia yang berbunyi. abaikan. mana mungkin kita hidup dalam dunia yang tiada suara kan? oleh itu, untuk apa kita sibukkan diri memikirkan kritikan destructive mereka. lakukan apa yang terbaik untuk hidupmu. chill, be strong. qifa adikku yang hebat. :)

kakngah tak datang bukan sebab kakngah tak rindu.
rindu semua. rindu usrah, rindu RH, rindu jiran2,rindu juga adik-adik nakal GT6 yg lainnya,
*ceh, macam la diorang rindu aku.*
haha. sedih okay..sedih sebab? rindu.
ya, ini agak mengada-ngada, tapi macam tu laa..
mengalir air mata bila tengok semua video dan gambar aktiviti sepanjang tahun dengan budak-budak form 4 2013 ni..
tapi ada aral melintang,
tak dapat hadir.
nak contact korang, korang yang selalu busy.
kakakmu ini free 24 jam tiada kerja.
bila dah balik nanti, hubungilah saya. orite ? ^^

okay, sebab kenapa tidak bisa hadir ya.
pertamanya semalam kan hujan lebat. so susah nak pergi.
kedua, tak sempat. ==" dah nak pergi masjid masa hujan berhenti.
ketiga, baru seminggu tak pergi.

Kawan kakngah kata,
jangan selalu pergi, nanti bila orang dah tak pedulikan kita, orang dah muak tengok muka kita, kita akan sakit hati.

ya. betul tu.

jangan jadi tempat orang amek kesempatan. bukan maknanya jangan buat baik, tapi cuba tengok apa yang benar. aku sendiri takut. kalau selalu datang, orang jadi muak . orang jadi menyampah. orang dah tak ada nilai hormat dalam diri.

"Alahh akak tu, balik hari ni, esok lusa datang balik."

T.T

okayy-okayy.. cuba tak datang sebulan. lalu kita bakal melihat hasilnya.
jika betul mereka sayang aku, mereka akn contact juga. cewahh. yang uia tu senyap tiada cerita.

tak sayang?


*geleng kepala*

okay faa, sabar. *usap air mata*

abg n kak long serta adik qifa mungkin akan cakap.
"kakngah ni memang mengada-ngada."

"ni over sangat sayang , rindu ni kenapa?"

hamboihh.. dah nama keluarga haruslah rindu. keluarga dekat rumah ni, seinfiniti rindunya.
keluarga dekat kempung pun rindu. kan yobo? syahirah tarmidzi @ PB yobo saya! haha.

keluarga dekat imtiaz tu. mesti la rindu juga.

lagipun nama aku farhana. kegembiraan kami maknanya.
memang aku orang yang suka berkasih sayang. suka gembira.
tapi tak bermakna kasih sayang aku tu murah.
tak bermakna kasih sayang aku takde class.

rasulullah bersabda,

tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.

lihat, aku sayang sangat dekat korang..
bermakna aku amat sayang juga pada diri aku sendiri.

mungkin korang yang tak suka sayang orang lain tu, korang tak sayang diri sendiri ?

okayy, ini perlian sinis. mohon tiada yang terasa.

panjang pulak coretan kali ini..
mengada kau faa.
panjang-panjang siapa nak baca?
biarlahh..aku sendiri nak baca bila aku rindu,
bila aku sudah tua..
bila aku nak imbas kembali segala kenangan kita bersama.
yaaa, aku tak suruh pun kalian baca. ini blog aku kisah aku page aku hidup aku cerita aku kisah hati aku kata hati aku..

usrah, aku rindu. :')

alang-alang kita dah tak jumpa sebelum raya.

kakngah nak ucapkan,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin . :)

insyaALLAH lepas raya kita jumpa.
kalau diizinkan Allah..
mudah-mudahahan..

salam sayang.
faaizmir.

Jul 30, 2013

Rindu !

Rindu itu satu perasaan yang menebal dalam jiwa,
membuatkan kau ingin segera menemui jasad atau jiwa yang dirindui.
lantas jika ia dipendam, hati akan mati.. ya, mati merindui.
(faa, 2013)

assalamualaikum ,

selamat berpuasa, sekarang dah fasa terakhir ramadhan. sekejap je masa berlalu kan.
antara sedar atau tidak, selamat memburu lailatul qadr!
dah tua rupanya kita. -.-"

okay, back to the topic. wahai roh-roh sekalian, ini rindu. rindu aku pada mereka yang pernah dikenali.
rindu pada jiwa, rindu pada cinta, rindu pada sanak-saudara, rindu pada pencipta yang Maha agung dan rasulnya.
*bersastera terus.*

Alkisahnya, lepas senyap dengan dia, datang pula satu usrah baru yang menambahkan rindu.
kadang-kadang faa tak suka buat baik dengan orang sebab ni lah, bila tak jumpa, mula rindu.
baru seminggu dua tak jumpa, dah rindu.
walau hakikatnya mereka tak pernah merindui aku.

ya, sudah makin skema aku ini rupanya. T.T

ok, firstly, dah nak raya! ofkoss rindu nak jumpa saudara mara. rindu nak sambut raya bersama di kampung yang indah permai tu.Alhamdulillah, insyaAllah tahun ni kami bakal beraya bersama. :)

keduanya, rindu sahabat-sahabat yang pernah mengenali aku walau di mana sahaja kalian berada. rindu, walaupun sehebat mana aku benci pada seseorang itu, selagi kau bergelar sahabat aku, sumpah aku rindu!

ya, rindu pada sahabat lama,rindu semua guru-guru, lepas raya nanti kita jumpa ya? <3

seterusnya. rindu dia. sahabat aku, kawan sedaerah, kawan sepergaduhan *ada ke ayat ni?*. dulu selalu gaduh bersama sampai cakar-cakar muka, calar balar hati aku dah. dushh. ayat hiperbola kau faa. dia anggap aku adik, aku anggap dia kakak, walau hakikatnya dia lelaki. kami berbasa basi guna bahasa indonesia, kakak tu kan maksudnya abang juga? walaupun aku rasa pada dasarnya aku yg selayaknya dihormati dia kerana perangai aku yang melambangkan aku lebih matang . biarpun dia lahir lebih awal, perangai tak ubah mcm budak kecik. =.="


ini foto kami bertiga, dibelakang itu ada lagi seorang manusia, adik bongsu barangkali, tapi aku selalu buli dia, kerana dia lebih pandai memasak. melayan kerenah kami berdua yang memang dah macam kucing dengan anjing asyik gaduh. kalau dia sentap, aku senyap. turut ikut sentap. lantas yang dibelakang mula bersuara.

"takyahhh nak gaduh sangat laaaa!"

kenangan dulu waktu masih erat ukhuwahnya. sekarang suasana dah tak serupa. kerana dia ego, aku marah. aku sentap, dia ikut jua menyentap. puncanya? perkara kecil , lalainya dia. marahnya aku. lalu kami sudah tidak bertegur sapa sampai sekarang. sampaikan majlis iftar di rumah sahabat kami yg dibelakang itu pun disuruhnya buat pilihan..pilihan sama ada aku atau dia. kalau aku ada dia tidak mahu datang. oh, tegarnya kau, sampai begitu sekali membenci aku, walau hakikatnya aku rindu nak gaduh-gaduh tak matang macam dahulu kala. sampainya hati. kau sikit pun tak rindu aku ea ahmad? sobsss .. *tutup muka guna fan laptop*
pergilah kau menjauh, aku pun nak pergi bawa diri. bawak diri la sangat. pfft. tapi betul ni, tak tipu. aku rindu ukhuwah kita biar slalu gaduh pun. aku rindu persahabatan kita, jangan cemarkan iaa dengan sifat hipokrit manusia yang lainnya. :'( *dah la faa,mustahil la kan, bunga yang digubah kali kedua tidak akan sama dengan gubahan pertama yang indah.



yang ini pula, biarpun dah post sebelum ni. tapi tetap nak mensi, ini usrah baru aku. usrah bersama-sama adik-adik yang hebat. Adik-adik yang aku tinggalkn di imtiaz dan mereka malah membuatkan aku rindu. selain keluarga di rumah, mereka pengubat duka. kami berbeza usia. tiga tahun lagi tua, tapi perangai aku jauh lagi tak matang berbanding mereka. errkk .berbicara soal matured ni, *KIBAR BENDERA PUTIH.
sumpah aku tak matured. bukan apa, kita ikut keadaan. dengan mereka, aku mesra. aku mudah ketawa. dengan orang lain. aku garang macam singa . *kgurau* tapi betul lah, ukhuwah yang terjalin ikhlas kerana Allah itu ikatannya kukuh. buktinya? kami berkenalan atas dasar Quran, atas dasar bersaudara. lantas hati aku jadi makin rindu pada kesemuanya. jangan tak tahu..dalam gambar ini usrah yg terdekat. tapi hakikatnya kesemua mereka di sekolah itu adik-adik aku. bilang saja dari tingkatan berapa. semua aku sayang. semua aku rindu.

rindu yang tersangat, rindu yang teramat.
rindu ingin berjumpa, sebelum diri dimamah usia.
rindu ingin berbicara bersama..
rindu ingin bersua muka.

jaga diri semuanya..
kalian tetap terpatri di hati aku..

salam sayang,
faaizmir.