Aug 11, 2013

Selamat hari raya !

alhamdulillah,

tahun ni faa beraya dekat Kelantan. with my cuzzie~ 
seronok juga, alhamdulillah. :)

raya ke-3 pergi rumah terbuka wafi, walimah abang beliau.

raya ke-4 rumah terbuka ain.

esok? tak tahu lagi .hehe

riuh rendah raya~ superb ohsem ! ^^




wait for the video :D

btw, 6hb lalu, GUA3 ada iftar dekat rumah afifah nabilah.
Alhamdulillah, kami bersua muka dalam suasana yang begitu meriah.walaupun tak dapat jumpa semua, tapi yang ada ni pun dah cukup untuk membuatkan faa terimbas segala kenangan lama. semua meced2 dah.
rindu! <3




ni kami dulu~ 2011




kami skrg :) 2013




salam sayang,
faazmir ^^

Aug 5, 2013

Sengketa sebab politik .

Assalamualaikum.

cliche tak tajuk entri?
well well..
bukan suka-suka aku buat tajuk macam ni.
ada sebab, ada kisahnya.

*geleng kepala*

andai saja kau tahu,
kerana hal ini, aku berselisih pendapat dengan ramai orang.
sudah pasti kerana kau sokong ungu maka kau akan backup ungu..
aku sokong coklat, maka aku backup coklat.
aneh pula jadinya jika kau sokong ungu tapi kau backup aku. kan?

jangan hamburkan kata-kata dusta kalau kau sendiri tahu kenapa dan kenapa kau sokong ungu,
sudah tentu aku pun ada sebab dan fakta yang kukuh kenapa aku sokong coklat.

jadi kita punya fikiraan yang berbeza.
apa hak mu mengatakan aku salah dan engkau benar?
bongkak sungguh kau mengatakan aku sesat sedangkan kau yang lagi menyesatkan.
jangan keras kepala.
hidup ini tak lama.
kau bukan tuhan nak menghukum.

bagimu politik mu, bagiku politikku.

benarlah, politik itu tidak kotor, tapi manusia yang mengotorkannya.
Islam dan politik tak boleh dipisahkan , tapi hukum-hukum islam jangan dipolitikkan.

cakap banyak tak guna. buktikan.

-THE END-

okayy, secara ringkasnya faa still ingat masa pru hari tu. banyak kes bertumbuk pasal selisih parti ni.
sakit,lebam pipi.
=="
tapi bukan faa la.
 haduii laaa.. sebab tu wajar kita kata, "undi anda adalah rahsia."
orang bawahan yang berbeza politik duduk huhahuha gaduh.
padahal orang atasan, YB ungu dengan YB coklat elok2 je sembang dekat kedai kopi sama-sama duduk semeja. dalam pejabat mereka seteru, dekat luar mereka saudara. itu yang kita nak. bukan dekat luar gaduh, dalam rumah gaduh. eh eh sampai suami isteri bercerai sebab suami berbeza politik dengan isteri,
tak faham betul aku.
betul cakap kawan aku. tak payah nak obses sangat dengan politik. kau belajar dulu , ambik ijazah semua, pastu masuk politik.jadi orang atasan. bersihkan apa yang kotor. baru betul.setakat jadi orang bawahan, kalau kau cakap banyak, belajar tak berapa mengabihkan air liur je, akademik hancur,kebajikan rakyat tak terbela pun.
sebab? tak ada siapa nak dengar kata-kata orang bawahan. orang bawahan tak ada kuasa nak ubah apa-apa.
sebab tu, jadilah orang hebat. hebat ilmu, hebat iman.
betul tak?

so, baik lah belajar dan beramal dengan cemerlang , grad, amek master, pastu masuk politik. jom kita tadbir ikut cara Ahlul sunnah wal jamaah. ikut sistem khalifah.
tu yang faa target sekarang. ye lah, walaupun faa bukan lelaki, faa tak boleh jadi pemimpin, tapi ada cara lain kita boleh buat.
:)
bela nasib ummah, kena guna akal.
*faa masih kagum dengan sultan muhammad Al-fateh, pemerintah Islam yang hebat. :)

komen pasal gaduh sebab politik ni,
be matured lah, kita bebas nak sokong sape. jangan sebab aku sokong lain kau sokong lain, kau nak maki-maki aku. hak masing-masing lah. semua tahu baik buruknya.
jadi, tak perlu nak gaduh-gaduh. buat malu je. sampai budak-budak pn tak reti hormat orang tua sebab politik.
kemain lagi ye. sentap hati kita sebagai orang tua.
walaupun ilmu politik tak setinggi mana, tapi tak perlu lah anak-anak nak perli makcik ni.sedih makcik. -,-'
ikutkan faa, faa daripada terus bergaduh, baik mansuhkan terus semua parti-parti ni. buat sistem khalifah je.
haihh..

betul tu, cakap jangan guna emosi.
sebabnya kenapa faa cakap pasal ni. semalam cakap pasal politik dengan dua tiga orang kawan ni. tegang jugak ayatnya.maklum lah, kawan2 semua hebat-hebat. walaupun faa sendiri bakal lawyer yang cakap pedas, kawan-kawan faa lagi pedas ayatnya..
last-last farhan jugak yang cool. tengok ayat dia.
"apa yang cakap pasal politik ni. ramadhon ramadhon! letak tepi dulu politik tu kak faa..sedap imam tadi baca time terawih, bla3."

tergelak faa. ye lah, berapi sembang cakap pasal politik,
bila sebut pasal ramadhan, terus rasa sejuk hati. yang marah tadi terus hilang. :)
Allahu akbar.

salam ramadhan 1434 hijrah. Ramadhan tinggal dua hari lagi. sedih la jugak.
semoga sempat bertemu lagi ramadhan tahun hadapan, insyaAllah. :')

P/S : Esok ada iftar rumah fifah. tapi faa xleh datang sebab nak balik kampung. siyez sedih. :( sedih sebab takleh jumpa member. ramai jugak geng gua3 yang  datang. nak buat macam mana.tak ada rezeki nak jumpa kalian.

akhir kalam, salam ramadhan.

wish awal-awal juga,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin . :)

salam sayang.
Faa Izmir.


Aug 3, 2013

Memaafkan itu lebih baik.

“Ku biar kalam berbicara..
Menghuraikan maksudnya di jiwa..
Moga engkau pun mengerti segala yang terjadi...
Sudah suratan ilahi..”

Assalamualaikum and , peace yo. Heh.
Sihat semua? Maka hari ini akan aku mulakan cerita. Bahawa memaafkan itu, lebih baik.
Apa yang terjadi sudah takdir hatta kecik besar masalah. Tapi kadang-kadang aku fikir, dia dah bunuh kambing kau, perlukah maafkan dia? Jawapannya, ya. Kalau dia bertaubat dan minta maaf dekat kau, maafkanlah.  kalau dia tu dah la samseng, pastu tak rasa menyesal , dan tak mintak maaf langsung. Memang kita pun berapi. Tapi cuba jugak lah maafkan, doakan semoga dia menyesal. Bukan apa, aku pun selalu rasa nak marah. Marah bila orang cari pasal. Walaupun aku bukan anak singa, walau aku manusia tapi baran aku tetap ada. Sebab benda kecik kadang-kadang aku jadi baran tapi tak lama. Kelemahan aku, biar sebesar mana aku benci marah geram gila dekat orang, tapi kalau orang tu mintak maaf, aku terusssss lah dah tak marah dia. Ha, senangkan? =.=”
Tu satu sikap aku yang membuatkan kadang-kadang kawan aku pun bengang.

“Kau ni faa, hari tu beriya-iya gaduh dengan budak tu.pastu tengok-tengok baik balik.”

Nak buat macam mana. -.-
Dah dia mintak maaf. Aku pun on je lah.
Tapi ada je yang aku gaduh tak mintak maaf.
Spesis ni sama ada aku dah mintak maaf tapi dia buat bodoh.
Atau dia tak mintak maaf langsung dekat aku.
Jangan memain, aku jiwa kasar tapi hati lembut. Penuh bertatasusila.
Mungkin orang yang berjiwa sastera macam aku selalunya begini ya?
Ganas di luar, tapi dalam hati ada taman.
Macam kak fynn jamal juga. ^^

Aku memang bukan jenis, kalau gaduh sikit, semua kebaikan orang tu aku lupa.
Aku dah tak kira. Tak, aku bukan macam tu. aku orang kenang budi. Aku manusia yang punya jiwa.
Ala, kan ada kawan baik bertahun-tahun tapi sebabkan benda kecik, persahabatan terputus.
Aku memang bukan macam tu. no no no. Haha.
Betul ni.
Buktinya?
Aku dengan Farhan elok-elok je. Kami kawan dah dekat tujuh tahun. Pernah gaduh besar. Pastu baik semula. Sebab? Kami saling memaafkan. Come on lah, be matured. Memaafkan itu satu perkara yang paling indah. Allah Redho, nabi suka. Malaikat suka. Aku pun suka.

Ada jugak, kalau time nak marah tu sampai cakap..
“memang sampai mati aku tak akan maafkan kau la wei!”
“kesalahan kau ni terlalu besar.semoga kau menyesal! Aku takkan maafkan kau.”
Marah sangat tu.mesti ada sebab kita marah.geram, sakit hati.
Mungkin sebab dia dulu layan kita hina, buat jahat dekat kita tanpa belas kasihan.
Wajar kah untuk dimaafi dia?
Haa pening!
Tapi ye lah, ikut rasa binasa, ikut hati mati.
Ayat yang tak pernah aku lupa.
So ikut lah syariat kita. 
Kan Nabi Muhammad s.a.w ajar supaya kita meminta maaf dan memaafkan orang.
Aku sendiri pun rasa, kalau dah maafkan orang, hati akan jadi tenang.
Tambah pulak aku tak punya waktu banyak untuk marah-marah orang.
Kalau kita marah seseorang, kita akan selalu fikir pasal dia. Betul tak?
Leceh lah.haih~
So, maafkan lah semuanya.
Maafkan. Maafkan. Maafkan. Walau sebesar mana sengketa.
Walau sekuat mana dendam yang ada.
Maafkanlah.

Dan aku juga minta maaf ya? ;)

Salam sayang,
Faaizmir.