Dec 5, 2013

Ringkasan hidup

Assalamualaikum..
dah lama tak update blog.
agak busy dan sgt busy,
huhu..

firstly nak ingatkan diri sendiri tentang peristiwa yang dah berlaku..

17/11/13 ada inspirational moment tp tak siap.
pastu apa ya..

yang faa ingat,

20/11/13 - arwah tok do meninggal dunia. beliau sakit dan dimasukkan ke dlm wad. pastu negligence, kecuaian doktor dan nurse menyebabkan kematian beliau. tapi takpe , semoga pakcik aman di alam barzakh..agak sedih jugak sebab mengejut. tapi cik yah sangat tabah. sedih ingat kimi nangis.
"malam ni malam last tidur dengan ayah.."

alhamdulillah faa masih ada ayah..

:'(

pastu..
faa lupa laa peristiwa2 penting.
tulis ni pun harapnya kalau umur panjang, tua2 boleh tengok balik..

28/11/13 ada mock trial.
sangat best mock trial tersebut ^^

29/11-1/12/13 ad jaga booth sempena konvokesyen dekat usim ni.
first day jaga biasa-biasa sajo..
second day makin best sebab dapat kenal ramai kakak-kakak dan abang-abang.
ada jugak program keusahawanan hari sabtu tu.
faa jadi coordinator jgk, dapat elaun rm99. boleh tahan laa~
pastu budak2 tahun satu panggil saya kakak..padahal sama umur.
mungkin masa nak amek nama tu muka macam matured kot hoho..
hari sabtu pun first time cakap dengan alep omar depan2. hahaha.
pastu kenal abg kamil..kak frhana..kak basirah, abang syahid, abg najmi , dan ramai lagi~
oh yup, dan juga nafis yang baik hati..
dan abg hensem yang terlebih hensem tumpangkan faa balik. abg H tu memang.
sabar sajo den.
kemain cakap aku hodoh. xpe, kau tengok sajo nanti.
jaga booth slc.  klua pukul 8 pagi balik pukul 8 malam.
best2~ haha..
abang syahid dah buat faa minat fansuri la. luls..
selalu menyanyi dan menari2 sekarang. aisehh.,

apa lagi ya..
hari tu, stress amat. lalu pergi lari ke bilik mooting, nangis dekat kak ain. :(
nasib baik kak ain ada.
huhu..
thanks puan anita.
kak ain mmg baik. bukan kak ain sajo, tapi semua senior-senior baik. dan jumpa new twin..
hanin ^^
munirah dah nak pindah. afiq pun cakap nak pindah..

oh separuh jiwaku pergi.. :'(


dgn hero n heroin kemarau :D
sy dah grad ! anda bila lagi? :p
ni abang2 rajin~
photoshoot dekat booth usim dlsr blitz
with my beloved bunny ardini
azhar berlakon jd penanggal ke?
abang izad shah graduate ! congrats abg !
wardah, secantik namanya~
dengan adik2 imtiaz. ohh mata bengkak lagi.
termatching pulak kaler. :D puan anita @kak ain and encik hisyam @ zain




Nov 27, 2013

Broga with love

Last weekend, jumaat sabtu ahad gi rumah kakak ina dekat semenyih.
sabtu pagi pergi broga.
sangat best ~ ahaha :D
pagi ahad pergi buat survey etnik dekat tesco semenyih.
anak kakak ina tu comey !!

btw,faa letih nak taip panjang-panjang sebenarnya.
huhu..

sekarang tengah buat poster untuk legal clinic. madkhal dapat rendah. esok ada mock trial tp xleh gi sbb ada kelas. pastu hero, kucing kudung tu dah meninggal dunia.

pastu Tokdor dah meninggal dunia minggu lepas. innalillah.
arwah meninggal sebab dah ajal, ye laa, dan sebab negligence.

kecuaian doktor dan nurse.

hmm.. xpe, semoga aman di sana.

btw, hari jumaat jaga booth.
hari sabtu ada program ayam. haha.
program keusahawanan sajo sebenarnya.
ingat nak gi melaka.tp x mampu nampaknya.
aihh,
pening den. masih dilema nak tuka kos ke tak.



Nov 17, 2013

Apa itu Kenangan Terindah?

bila yang tertulis untukku,
adalah yang terbaik untukmu,
kan ku jadikan kau kenangan , yang terindah dalam hidupku..

namun takkan mudah bagiku meningalkan  jejak hidupmu,
yang telah terukir abadi,
sebagai kenangan yang terindah..

:')

Faa tahu, semua orang ada kenangan yang indah dalam hidup masing-masing kan? dan faa juga punyai kenangan -kenangan yang bisa buat kita tersenyum sendiri apabila mengingat semula kisah itu. Faa banyak sangat kenangan dalam hidup, start daripada lahir dekat Perlis, pastu masa membesar dekat Sarawak, kemudian pindah ke Terengganu.. masa tadika, masa sekolah rendah, sekolah menengah,Asasi,masa kerja, dan seterusnya degree. kalau recall satu-satu memang tak habis, sebab banyak sangat.

Apa yang menjadi kenangan terindah ini ? Kenangan terindah ni,  adalah saat dimana kalian bersama-sama dengan insan-insan yang selalu membuatkan kalian tersenyum bahagia. walaupun hanya sehari, walaupun hanya sejam, atau seminit, tapi semua tu lah kenangan. indah bila bahagia, walau secebis rasa bahagia saja yang terbit tapi itu pun sudah cukup indah kan? bukan hanya dengan kekasih hati, tapi kenangan terindah ni boleh juga dengan sahabat-sahabat, saudara mara, ahli keluarga, mungkin guru-guru , atau senior junior di sekolah dan ipta. Malah, mungkin juga rakan sekerja di pejabat. :)

Kenangan terindah ini juga, akan tetap diingati sampai bila-bila . kalau faa, ingat balik semua kenangan lalu, memang akan senyum sorang-sorang. walaupun kenangan tu dulu pahit, tapi apabila ia telah berlalu, kita akan ingat balik kenangan tu sebagai kenangan yang terindah. seriously..

Faa sendiri pun, kadang-kadang terfikir, ramah juga sahabat - sahabat faa yang silih berganti. dulu rapat dengan budak uthm, pastu kamceng dengan budak uia pulak, sekarang dah masuk geng dengan budak usim.tapi geng-geng uitm tetap dihati. memang kalau ingat balik semua kenangan tu, memang rasa sebak. rasa rindu sangat saat-saat tu. walaupun ada yang faa sendiri pilih untuk stop contact, tapi still rindu mereka. stop contact sebab faa taknak terus bertegang urat. so, biasa la kan?

betul-betul tiada kenangan yang bisa diconsider as kenangan terindah? kenapa macam tu? :(
tak, mesti ada walau sikit. kalau hidup anda sedih je, cuba ubah yang sedih jadi bahagia,hapuskan segala air mata, tersenyumlah wahai jiwa yang suci, dan bertegur sapa lah sesama manusia. lalu setelah itu pasti akan wujudnya kenangan yang bisa dikenang sampai bila-bila. :)

macam faa, sejak masuk usim ni, macam-macam juga kenangannya. terutama sekali dengan classmate TLB9 ni, dah macam - macam perkara kami buat bersama. presentation la, apa la. sama jugak dengan senior2 dan rakan seperjuangan debat dan debate. yang terbaru,familia de Lawsoc. Even ada juga tersinggung sebab beberapa hal yang tak dapat dielak, tapi rasa juga rindu nak kembali pada saat - saat tu. masa pergi hilton, masa meeting, buat program semua tu. banyak juga kenangan yang tercipta di antara kami semua. yang pasti, kita memang tak dapat nak serasi dengan semua orang, tapi paling tidak cubalah untuk serasi dengan dua tiga orang sahabat dan create kenangan terindah antara kita semua. dan sekarang, faa tengah create kenangan bersama-sama dengan senior-senior lawsoc especially team faa, promotion exec, dan secara amnya, dengan semua warga smsu. sebab bila terlibat dalam program-program, lagi banyak peluang kita untuk kenal orang. lagi banyak kenal orang, lagi banyak memori akan tercipta. :)

Jom create memori dan kenangan indah bersama-sama !


faa perkenalkan, ahli lawsoc - Law Student Society ,USIM. ^^ 

.
Ao, kak iman, faa, azhar

kak shida & k.Farzana

barisan tertinggi, haris, k.mirah, abg aizat, kak sarah n kak syu

abg syaher,k.syak, zaim, kak ain



k.dilah, helmi, zim and k.salmah

AJ dgn kak anis

once you have created the memories, it's hard to forget,
coz all of the memories were made in heart, and will stay , in our heart.

faaizmir,
12.52pm
18/11/13