Aug 13, 2014

Ini kata hati tentang Ogos part 1

bismillah.

lil bit sharing here. dan 14 ogos dah. so yup, ada few things yang faa nak share. sekarang ni rasa takde mood nak berblog. adatlah, kalau semangat tu datang, hari-hari ada entry baru. kalau tak memang bersawang macam tu je. well. okeh. short flashback.
1- rumah nenek banyak buah-buahan masa musim buah dekat-dekat nak raya tu.
2-faa gagal interview dan gagal dapat jadi fasi orientasi.
3-result exam sem dua lulus semua alhamdulillah. nasib lepas sikit, kalau tak mati lemas dah.
4-apa lagi eh? lupa. tak tahu la. haha. oh ye, raya ke-4 hari tu gi rumah terbuka azimah, dengan pipah n silmi. pastu raya ke 7 tak silap, baiti buat makan-makan untuk skasix. boleh la jumpa budak-budak ni. ghenduuu !

tinggal tak sampai sebulan pun lagi untuk start sem baru ni. oh ya, atirah, nadhrah dapat usim. tahniah la budak-budak. haha.

pastu, mimpi. malam tadi mimpi menakutkan. mimpi kononnya meteor jatuh ke bumi, habis terbakar semua yang kena cebisan. cuma yang kelakar, ada pakcik bas baik. dua kali bas dia terbakar tapi dia rileks je bawak bas. (yang ni faa pun rasa pakcik tu cool sangat. pakcik mana entah.)
mimpi ni mainan syaitan. boleh jugak jadi teguran buat diri kita yang lagho ni.

sekarang tengah diadakan di usim debat smka. budak-budak imtiaz semua ada dah tu.
kak wan wani ajak pegi jalan-jalan dekat jerteh.Dia cakap nak ajak abang ipaq katanya. haha. habis semua benda nak update dalam blog haih

haha ^^ tak tau.. tapi sukahati lah kan.dah nama blog ni pun diari untuk faa yang tua baca balik nanti. tu pun kalau usia panjang insya ALLAH. :)

oh ya, kebun nenek! best2~ ada rambutan durian duku langsat nangka cempedak manggis salak cupu rambai pulasan jambu batu limau kasturi limau nipis saja je listkan buah yang ada. hehe.

lepastu, yup! Derek ada send buku dari new york. The Law. skema oh tapi buku tu best la jugak. thanks bruh!

faa pun ada beli buku, habiskan baucer buku hari tu dekat muda osman dengan silmi pipah dan siti. :)


itu saja untuk part 1. nanti faa update lagi untuk part 2,3 ,4 kalau rajen.

Aug 5, 2014

Ini Kata Hati JULAI 2014

bismillah.

Alhamdulilllah , dah habis dah bulan julai.

short review sikit pasal bulan ni.
Puasa , alhamdulillah everything were all fine.
raya . oh ya. 28/7tu raya. alhamdulillah ok jugak semua. :) raya rumah nenek macam biasa, lepas tu raya ke empat balik terengganu and yaaa, kuat sangat guruh dan kilat masa raya ni. sampai peti ais rosak sebab kena sambar petir. haha. Alhamdulillah dah okay macam biasa. Lepas tu, Faa pergi beraya rumah zimah dengan Silmi & pipah. Then pergi beraya rumah baiti. reunion skasix~ 3hb ogos, ada raya dekat smib. simple je tapi okay la jugak, jumpa geng-geng gua3. sebelum masuk bulan ogos tu, Faa sempat habiskan baucer buku ! :)) Alhamdulillah dapat beli tiga buku. hehe. baru habis baca satu, ada lagi dua. abang chik dah balik kolej, adik pergi sekolah so tinggal ayah, mummy, jat and me je la. what else, oh ya, kes MH17 tu, tak selesai lagi. sekarang orang tengah boikot Israel dan kami sentiasa mendoakan keamanan kepada rakyat Palestin. Faa ada ramai kawan baru dekat interpals. dari seluruh negara~ btw Faa tak lulus pun interview. then faa join satu penulisan cerpen,dan terbaru, try apply untuk jadi fasi orientasi. tak dapat takpe, kalau dapat alhamdulillah. :)

Tiada lah apa yang spesifik untuk diperkatakan, cuma kebelakangan ni apa yang Faa perhatikan, makin banyak benda yang Allah nak tunjuk pada kita. makin jelas ibrah disebalik apa yang berlaku.
sungguhlah dunia hampir menuju pengakhirannya. Kalau zaman nabi dulu dah macam nenek bongkok tiga kiamat ni. Zaman kita ni agaknya nenek tu dah tersungkur terbaring agaknya. nak kata dekat sangat dah kiamat ni.

Mungkin sebab itu juga , makin banyak dugaan yang kita terima dalam hidup ni. Kerana masanya semakin singkat, dan Allah ingin menguji sejauh mana sabar dalam diri kerana Dia ingin menghadiahkan syurga buat hamba-hambaNya yang sabar, insya Allah..

Maka tak perlu kita  mengeluh disaat diuji dengan dugaan yang kuat. semoga kita semua akan lebih kuat. :)

untuk Isu boikot. Ya, semoga tidak salah faham akan apa yang sepatutnya kita boikot. Nak boikot ni, jangan beli barangan diorang, sampai mereka rugi. Dalam pada masa yang sama, adab dan tatasulila kena jaga. kita nak boikot , bukan nak tiru cara Israel. sungguh, kes yang ada orang pergi maki-maki pekerja McD apa semua tu, sangatlah memalukan. kerana Islam tak mengajar kita untuk tidak beradab seperti ini. alangkah malunya Nabi jika melihat perilaku muslim masakini yang semakin tersasar daripada ajaran baginda. Astaghfirullaha lil mikminina walmukminat. semoga kita mampu untuk boikot, sekurang-kurangnya boleh bantu umat Islam di Palestin.

jangan tak tahu, satu dunia tengah boikot. Malu lah kita kalau kita yang mampu tapi taknak bantu. nak jawab apa dekat padang mahsyar nanti?

Nasihat untuk faa in future :

Allahurabbi la ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.
Faazmir, semoga terus tabah dan kuat.
semoga kegembiraan bisa membunuh segala kesedihan.
walau terkadang mata menangis, mulut jangan pernah berhenti tersenyum.
Gembiralah dengan rasa yakin pada nikmat Allah yang luas. 
semoga dunia ini bisa kita harung demi akhirat yang bahagianya kekal sampai bila-bila.


jange putus aso deh. wak molek dale hidup ni. caro la gedio ore oyak asal kito tau gedio kito wak ni gapo hok Allah suko. bia sep ore dok suko gapo pun. Asal kito wat dok aniayo ore lain, biar Alah redho.

Hidup ni,

"biar orang buat jahat dekat kita, asalkan kita jangan buat jahat dekat orang lain.
kalau nak marah, istighfar. diam itu lebih baik." :)

 " U do good & people talk, U do bad & ppl talk, you do nthing & ppl still talk. so,jst do gd what's gd for ur own good." - 2014

 "Oh Allah, do not attach my heart to what's not written to be mine."

 "face it like a man,but with ladies' heart"-KayWai2014
ini mcm act like a lady,think like a man' rite. :)


jumpa anak burung dekat rumah. pergi dekat sikit, terus dia nganga mulut macam dalam TV. bagi belalang, terus di telan. Faa ingatkan burung akan kunyah dulu. lupa pulak dia takde gigi. huuu~ TvT


Salam ukhuwah~

faaizmir
10.30am
6/8/2014
HSH



Jul 23, 2014

Ini Kata Hati - Gembira & cara untuk gembira ~

bismillah  :)

apa khabar pembaca? (bajet blog dua hala kejap eheh.)
kepada yang sedang membaca , yang tak kenal lagi siapa faa, meh nak taaruf sat. haha.

Farhana Izmira. 20 tahun. asal terengganu .
pelajar - Ijazah Sarjana Muda Syariah dan undang-undang dekat Usim, nismilan.
 belum berkahwin perlu ke cakap ni? dan masih seorang puteri kepada ayah dan bonda yang mood boleh berubah setiap masa.

tapi, standard la, bila waktu belajar, buat kerja persatuan.waktu serius, Faa serious, bila menggila, kita gelak ketawa. Faa jenis yang tegas. Kalau A, A lah. kalau B, B lah. yang penting, Faa Islam, dan Faa seorang muslimah yang cuba nak jadi mukminah yang sejati. *chin up*

Kalau perasan, banyak entri sesedih je dalam blog faa ni. Maaf leii~ sebab Faa ni waktu sedih baru gegedik update blog. waktu tengah bahagia melayang di angkasa, tak teringat pun nak update blog. >_<'' yang pasti, jangan lah fikir hidup faa 24 jam sesedih macam tu je. Tak pun. dalam sehari, ada lah seminit dua je Faa bersedih. selebihnya bahagia, Alhamdulillah.

ok, nak kongsi sikit cara untuk gembira. Sebab sekarang ni tengah gembira kan. so meh lah kita kongsi kegembiraan.(oh ya, Farhana maksudnya kegembiraan kami ! Hoho )

Masalah utama yang menghalang faa untuk gembira adalah :

1-overthinking . yang ni teruk! suka sangat fikir lebih-lebih. lepas tu sedih sorang sorang. mungkin sebab faa ni perempuan kot. memang perempuan selalu fikir over sikit. haha. tapi lelaki pun ada gak kan fikir camni?

2- cepat terasa dengan orang. sensitif ! amatlah sensitif. walaupun boleh puji diri sendiri peramah (HAHAHA) tapi faa sensitif. alahai , orang cakap..orang yang baik-baik ni hati lembut, cepat terasa. mueheh~ kadang-kadang orang gurau dengan faa kasar-kasar pun faa terasa. lagipun, faa jenis yang menjaga adab susila. kalau faa tak ejek awak, tapi awak tetiba je ejek faa, memmang faa geram nak bagi flying kick. -.- tambah sekarang ni cepat benor terasa dekat twitter tu. cuma sejak akhir-akhir ni dah takde terasa bagai dah. Alhamdulilah.

3- panas baran + ego. yang ini sebenarnya dah dapat buang sikit demi sikit, tapi masihlah ada tersisa dalam diri ni. tapi bila ada masalah ke apa ke, faa dah tak baran dah. Faa lebih banyak diam, istighfar dalam hati je la. sebab kalau ikutkan baran, kang ada kena masuk wad nanti. aherher. ego pun, dah kurang kot. kecuali kalau betul-betul faa tak suka sesuatu, memang faa ignore terus. kalau sikit-sikit setakat gaduh dengan asyfa tu, takdenye nak ego.memang faa akan mintak maaf je terus. Malas la nak fikir nak gaduh. Heheh.

so tiga benda ni, kalau boleh kurangkan atau buang, insya Allah kita semua boleh gembira. Lagipun sebenarnya, hidup ni, kita tak boleh nak fikir banyak sangat..kenapa macam tu, kenapa macam ni..sebab kalau fikir teruk deep sangat, nanti stress ! life must go on right? meh la nak list cara nak gembira.

1- ignore je benda-benda yang boleh buat kita sedih. (contoh, kalau kita sedih bila tengok buah durian, so jangan tengok buah durian!)

2-jangan fikir like overthink sangat kena pasrah dan redha (kalau dah tak boleh fikir sebab apa jadi etc2)

3- kena cari benda yang boleh buat kita gembira, macam makan ke, main kucing ke..kena cari sendiri.
4 - kena berdikari ! jangan berharap sangat pada orang lain.

5- jangan berharap pada janji. kalau orang berjanji dengan kita, jangan berharap 100% yang janji tu akan ditunaikan. percaya sikit boleh, tapi janganlah berharap. sebab kalau dia tak tunaikan, even janji nak belanja choki-choki pun, kita akan stress ! betul tak?

6- jangan dengar lagu yang sedih-sedih. nak jiwang sekali sekala takpe, tapi jangan 24 jam dengar lagu sedih, pastu tengok movie sedih, pastu mula la feeling sedih sesorang. dengar sikit-sikit dah la.
(faa ni, tengah dengar lagu papinka-masih mencintainya..separa sedih. haha)

7- yang paaaaaling penting, JANGAN DUDUK SORANG-SORANG. haa, capslock uols.walaupun faa ni duduk dalam bilik sesorang, tapi nak nasihat jugak. sebolehnya kalau sedih tu, jangan duduk sesorang. jangan menangis sorang-sorang. kalau tak gila kang korang menangis manjang. Kalau rasa sedih sikit, terus ajak kawan borak ke, tengok cerita kelakar ke, call kawan ke..jangan lah duduk sorang-sorang ye? faa pun hari tu masa sedih, dila selalu masuk bilik faa, ajak tengok movie sama-sama (tau-tau je dia. haha) pastu kalau faa sedih sangat, nak marah ke apa ke, faa akan call kawan-kawan yang rapat dengan faa. selalunya, zimdut tu, takpun emme, mizah..dan orang-orang yang boleh bagi nasihat secara baik pada faa. lagipun faa takkan call orang yang akan perli kita balik, yang akan nasihat secara kasar. weh orang tengah sedih, dia tambah sakit hati. memang tak laa.

8 - dan yang terakhir, Hati ini milik Allah, bila sedih, perkara yang paling utama sebenarnya, kita kena kembali kepada Allah. banyakkan istighfar, dekatkan diri pada Allah. Faa pernah dengar orang cakap, Allah uji kita , sebab Allah nak tarik kita untuk dekat dengan dia. :) Allah uji tanda Allah sayang. jadi, banyakkan berdoa, semoga hati kita ditenangkan ALLAH, Insya Allah.

kita boleh cipta bahagia kita sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain pun sebenarnya.
yang penting, selain cara yang faa kongsi atas tu, banyakkan berdoa . tiada yang dapat menenangkan hati selain Allah. banyakkan zikir, banyakkan selawat, baca Quran..
 senyum~
credit :owner

insya Allah..
semoga kita semua bahagia~


salam bahagia~ haha..
faaizmir
3.33 pm
23/7 @HSH