May 13, 2015

Puisi Benih Harapan - A. Samad Said

datang dari daerah-daerah berbeda,
bangun kita sama fajarnya,
dalam ghairah meredah rimba,
serantak gementar mencari isi..

kita mendamaikan sejujur hati,
berlari pun biarlah berimbang rezeki..
kerana apakah ertinya kecukupan,
celik tapi dalam kekacauan.

makanya apa pencapaian jika segelintir yabg sempat bahagia
selebihnya tetap lara,
kemerdekaan bakal ditanya..

berlari tidak sama selari
jika derasnya terus berjarak
dan berdiri di bukit
tidak sama tinggi jika tapak tidak sejejak..
memang perlu sentiasa digugah
agar sedih dan ria berimbang ia..

dan suara tulus wajar meresapi kalbu
mewarasi impian bangsa,
mewarna buminya agar bermakna
sehingga sungai dan belantara,
samudera,juga angkasa raya
sedia berkongsi kesaktian rahsia.

dan tidur luar biasa
berseri masih boleh bermimpi bahagia
bagi bangsa yang waspada
kecuali memang selalu ada pengganggunya..
nyata dilengkung langit
di atas bumi kita sempat
sama berdamai,juga bahagia..
walau barisan wajah tetap berbeda..

jika disua tapak awal
cekal memperjuangkan kemuncak maruah,
dalam telingkah warasi imbangan,
akan saksama rumpun khazanah.

Makanya dipinta tumbuh bunga jati
segar dipupuk embun suci
dan wesama bermandi sinar
sesama wangi ditengah tasik yang asli,
menjalar kisah bangsa

yang jaya sampai ke puncak paling peribadi.
kini bulan baru dan azam baru
watikah kudus di tangan kuasa
setiap berkibar langsir
pasti ternampak takhta yang waja.
kita ingin warisi hati serasi
demi kebahagiaan seluruh bumi"

A. Samad Said - Puisi Benih Harapan

Jan 24, 2015

Cuti Semester Tiga dan Kematian

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Faa dah selamat pulang ke rumah.
19-21hb , stay dengan jaksa dekat kk1.
bilik jaksa pun dah berseri-seri macam rumah.

21hb naik bas dengan nusra dan mahirah.
sampai pagi tu jumpa mak ayah.
lepas tu 23hb balik rumah nenek.
hari ni 24/1, balik semula ke terengganu.

dapat perkhabaran yang nurul bahirah, junior waktu dekat smid dulu sakit tenat pada paginya, tengok-tengok tengahari tu, meninggal dah beliau.
kata si abang, arwah sempat mengucap dan meninggal hari jumaat. sama hsri dengan King Abdullah, Raja Arab Saudi.

Allahu..semoga Allah rahmati dan ampuni Bahirah..
nampak bahagia je arwah kata sahabatnya..tenang je muka.
macam dia dah bersedia nak menghadap ilahi..

kita ni entah macam mana.
semoga dapat husnul khatimah insya Allah. amin..

Faa tak rancang sangat nak buat apa cuti sem ni. tapi kerja banyak. dengan poster, lukisan dan macam-macam lagi.

selamat bercuti semua!
result exam? semoga lulus semuanya. amin..*cuak*

haha.

Jan 13, 2015

Final exam comes to the end !

3.16 in the morning.
i just done skype with up.
got usul fiqh paper yesterday and yeah,
hopeless.
lusa ada exam fiqh muamalat.

pray for us!