Jul 2, 2015

Sem 4 dah habis. Jaksa pun dah nak habis.

Salam.

Baru lepas tadarus makanya energi habis disitu.

Heh.

Alhamdulillah dah habis dah sem empat. Sekejap je. Orang lain pakat final year dah sem depan kita baru nak tahun tigaaa ada tiga tahun lagi ya robb.

Rasa macam nak sambung satu juzuk lagi pasni sekejap. Rehat lah dulu. Camne nak kejar bagi khatam ni. Go faaa go chaiyok2!

*faaizmir sedang merehatkan diri sambil fikir hari ni nak iftar makan apa. Haha lol.

Takde lah. Gurau je. Sebenarnya tak tido lagi seharian.nak rehat jap. Emosi tak stabil untuk update blog. Nanti lepas ni faa update ya. Ramadhan saaid !

Jun 19, 2015

Family.

I wonder why i started this.
Tak kira gaduh macam mana dengan diorang.
Dah mula rasa rindu adik abang kakak semua.
Ada lagi dua minggu lebih sebelum tamat perkhidmatan.

Dua minggu lebih je lagi. :'(

Macam mana ana nak lalui hari tanpa keluarga ni?

Menyesal jadi jaksa. Tak suka.
Sebab terlalu banyak sangat memori.
Kalau teringat je rasa nak nangis.

Siapa boleh lupa kena marah dengan ikram dalam bilik jaksa,kena sound dalam whatsapp sampai nangis-nangis ana bila dia tegur sentap waktu cuti midsem. Pastu adil dok panggil ustazah-ustazah.paling teruk kena gangguan, sampai lawan dengan fazrul & aman yang tolong tarik masa nak panjat bukit..maaflah semua. Siapa boleh lupa stay up dalam bilik jaksa siapkan program MCSU dengan aisyah sampai nangis-nangis pada masa yang sama gelak sebab hafiz dengan rasydan main walkie talkie. Sip boleh lupa kak imah , asma' dengan mahirah and nusra sampai tersengguk2 jaga ana waktu sakit. Siapa boleh lupa kak jannah yang sangat caring layan karenah ana setiap masa, sakit pun dia belikan makanan..time birthday pun dia belanja satay. *nangis* macam mana saya nak lupa abang azlan yang selalu bagi motivational support and banyak tolong selama ni? Macam mana nak lupa ainur yang walaupun takut tapi sanggup hantar pergi MPS kknc, siap belikan makanan walaupun takut. Siapa boleh lupa semua kenangan manis tu? Ada ke orang boleh lupa? Banyak sangat kenangan. Macam mana sem depan tanpa korang? :'((

Abang-abang ,kakak-kakak.. kawan sebaya lelaki & perempuan..
Ana tau ana takkan ucap benda ni depan-depan.
Baik ikram, adil, fazrul, abang azlan, hafiz, rasydan, kak imah, nusra, mahi, kak jannah, ainur, aisyah and asma..

Ana dah sayang antum macam family.
*laju pulak air mata. Ke masuk habuk ni?
Segala memori semua ana takkan lupa. Terima kasih..,:'(( maaf menyusahkan sokmo..ana takkan lupa segala memori dekat sini.

Malam ni tetiba tacing rindu.

Tido la, esok sahur.

Jun 9, 2015

Kenapa?

Dulu,
Seorang izmira orangnya kuat.
Dari zaman kecil, pastinya ibu bangga sekali ada anak sepertinya.
Yang pintar, yang petah berkata-kata,
Yang serba boleh.
Ibu dan ayah antara orang yang banyak berjasa dalam hidup ini.
Disaat mereka senyum, aku bahagia, dan gembira melihat mereka juga bahagia.

"Hebatnya budak tu..siapa mak ayah dia ya?" bisik orang di tepi ibu . (dan mereka tak kenal ibu, mereka taktau budak dihadapan itu anak ibu)

Malah ayah dan ibu tambah gembira bila anaknya itu menjadi anak yang solehah, hafizah dan cukup menjaga syariat.

Tapi kenapa..

Sekarang berbeza sekali.

Anak yang dulu pintar, lain jadinya.
Tak sepintar dulu, tak sehebat dulu.
Tak sesolehah dulu.

Mungkin ayah dan ibu masih lagi berbangga kerana anaknya sekarang mengambil jurusan professional.

Tapi..
Kenapa perit benar rasanya untuk terus menyambung apa yang sudah seorang izmira mulakan.

Makin meningkat usia, makin banyak dugaan.

Kenapa..

:'(

Kiranya apa hari esok bisa mencoret kisah baru, bersama seorang izmira yang berenergi baru?
Tanpa ada ragu dihatinya, akan apa yang perlu.

Kenapa?
Mudah benar jatuh dirimu.
Mudah benar rasa lesu.
Jangan putus asa wahai diri, perjalanan kita jaaaauh lagi !
Jauh lagi kaki nak melangkah.

Jangan lah mengalah!

Kenapa mesti lemah begitu?

Allah, aku mohon kekuatan jiwa,
Dari ufuk dunia hingga ke setinggi hembusan pawana,

Kuatkan aku ya Allah.

Eh, orang hebat tak nangis.

Senyumlah.