Jul 4, 2015

Part 2 : Warkah buat suami.

Salam.

Hai encik suami. Nama sape? Haha.
Part 1 dah guna ayat berbunga-bunga.
Part two ni steady je lah ya? :D
Saya cuba karang ayat seringkas yang mungkin sebab banyak benda nak cakap.

1- sekarang musim kawen. Tengok org kawen kita pun rasa nak kawen. Tengok org ada boyfriend pun rasa nak ada bf. Haduhh. Nak kawen, tapi sebab taktau awak sape so saya sabor je la. Sape suh awak dtg lambat ha.

2- Majlis Kawen macam mana? Nanti kalau kita nak kawen, tak payah la buat majlis grand . buat kenduri kesyukuran simple2 je la ye? Baju beli yg ringkas2 je. Barang hantaran boleh beli yag simple pastu hias sendiri. Barang takyah mahal-mahal. Lepas kawen pun boleh kalau nak belikan saya yang mahal. Masa kawen rilek je ya. Save budget. Pelamin tak payah. Rumah mak ayah saya kecik je, sesak rumah kalau ada pelamin. Nak amek gambar takyah upah fotographer pun. Meh saya amek gamar awak (saya pandai jugak amek gambar ni) pastu mintak tolong je adik saya yang perempuan tu amek gambar kita. Takyah bazir duit beribu2 utk buat majlis grand. Kad kawen pun saya blh design sendiri. :D makeup pengantin mahal oh. Tapi saya boleh make up sendiri. Ala pakai bedak pastu lipbalm celak sket. Tu pun bukan nampak sebab saya mungkin akan berniqab. Jadinya muka tak flawless tak cantik bling2~ pun takpe, orang tak nampak. Haha.

3- mas kahwin dan wang hantaran? Abang cakap lagi murah lagi baik. Awak mampu berapa? Tapi jangan lah bagi seringgit pulak. Haha. Wang hantaran pun bagilah apa yang awak mampu. Mak ayah jenis tak kisah, bukan depa nak jual anak pun. Asalkan awak pandai amek hati diorang, jadilah menantu kesayangan yang baik ya.

4- Kenapa awak patut rasa untung sebab kawen dengan saya?

Entahlah. Susahlah soalan ni. Kalau tanya orang lain siapa faa ni , perangai saya macam mana..mungkin orang akan cakap dia ni keras kepala, banyak cakap,susah nak terima nasihat (dan segala perangai negatif) tapi percayalah, perangai positif saya lagi banyak daripada negatif. Kenapa awak suka saya? Saya yang patut rasa untung. ;)

5- Apa saya nak lepas kawen?
Selain nak bina keluarga yang bahagia, saya nak jaga Quran. Awak hafal Quran tak? Kalau tak pun takpe, yang penting tolong bagi sokongan dekat saya untuk terus jaga Quran. Biar tittle al-hafizah tu bukan sekadar nama. Kalau boleh anak-anak kita pun saya nak hantar tahfiz, biar semua jadi alhafiz dan alhafizah. Saya nak kerja, nak bantu orang lain yang susah, pastu saya nak bahagiakan keluarga mak ayah saya, nak bahagiakan awak.
Saya suka buat orang gembira. Suka kalau tengok orang senyum walaupun saya sekadar buat lawak hambar.
Mungkin sebab tu ibu bagi nama ' farhana' ? Maksud dia, kegembiraan kami. ^_^

6- ciri-ciri lelaki yang saya suka?

Err..lelaki macam awak :D u describe yourself please. :)

Saya takde rapat dengan mana-mana lelaki. Kalau ada pun kawan lelaki sekelas, satu persatuan atau kawan sekolah lama.
Tak suka lelaki sebab lelaki macam ramai kejam je (kecuali ayah abang dan lelaki yang baik-baik macam awak)
Selalu gaduh dengan lelaki -_-'

Btw siapalah kita nak demand. Tapi sejujurnya, dari dulu lagi kalau boleh nak lelaki yang jenis penyabar, tak cepat marah. Pastu kalau cakap pun lembut sopan je.. Sebab saya sensitif. Cepat terasa. kena perli sikit terus terasa. Sebabnya, saya selalu cuba layan orang baik-baik tapi bila saya buat baik dan dia tetiba je balas perli kutuk tak hargai orang, memang sampai bila-bila saya dah taknak dekat dengan orang tu. Jadinya, awak kena sabar, kena pandai kawal emosi. kena pandai pujuk kalau kalau saya merajuk. Haha. Saya suka lelaki yang berilmu. Yang arif ilmu agama. Sebab kalau ada apa yang saya tak faham, boleh tanya awak. :D

Awak tak hensem macam aaron aziz pun tak apa. Tak taff macam dia pun tak apa. Asalkan pada saya, sejuk mata memandang awak. Orang cakap, kalau akhlak baik, muka macam bangla pun boleh buat orang rasa sejuk mata memandang. :)

Saya bukan seorang wanita yang baik dan solehah. Tapi tengah try hard untuk jadi baik ni. Selalu lagho tapi tengah try la ni. Doakan ya. Selalu rasa jelesnya tengok perempuan yang tutur kata lemah lembut, yang boleh istiqamah jaga Quran. Yang baik melayan suami . nak jadi perempuan macam tu. Nak jadi bidadari syurga untuk awak. Awak bidadara saya bidadari. Awak arjuna saya puteri. Ecehh. Kemain berangan. Haha.

Saya tak pandai sangat masak. Tapi saya akan usaha. Saya jenis bersungguh-sungguh sket. Gigih lah orang kata hahaha. Tak suka menunjuk. Kadang-kadang dekat U ni orang selalu macam pandang serong, sebab saya tak nampak la warak pun. Suka usik orang.. (ampun ya rabb) tp tak bermakna saya jahat. takkan nak bagitau kita buat amal apa bc quran berapa juzuk etc2, kan? Pendek kata, sayaaaa akan cuba jadi isteri yang baik !

Yang penting, jangan la marah-marah. Cuba nasihat saya guna ayat lembut sket. Insya Allah saya boleh terima. Tak gitu? Ajak saya buat kebaikan. Tegur kalau ada kesalahan. Rumahtangga mawaddah warrahmah gituh~ <3

7- describe yourself.

Describe diri sendiri eh? Entahlah. Taktau nak describe mcm mana. Mungkin mudah marah tapi mudah sejuk. Garang tapi manja je sebenarnya haha.Orang jiwa sastera, mudah nangis pastu childish sikit kalau dengan orang yang rapat. Tapi sifat kepimpinan tu boleh la kot. Suka budak kecik. Boleh jadi ibu yang baik. Eceh. Haha. Insya Allah. Tak reti la nak describe. Discover sendiri la camne. Isteri sendiri kan? Heee~

Nanti, tak perlulah jadi skema sangat. Be yourself. Selain mengaji, solat dan qiam sama-sama mungkin kita juga boleh pergi memancing atau lumba drift kereta atau pergi travel dan sebagainya bersama-sama? ^^

Insya Allah. :)

Taktau lah apa motif buat post part 1 & part 2 jiwang karat macam ni.

Nak pujuk hati je kot. Sebab hati teruji skrg ni.
Janganlah jeles kalau tengok orang bahagia  dengan kekasih hati,

Kita lagi bahagia, sebab kita ada Allah , nabi dan family. ^^

Kepada bakal suami,
Hati-hati, hati. :)

Jul 3, 2015

Part 1 - Warkah buat insan bernama kekasih

Bismillah,
dengan nama Allah yang maha penyayang, ku coretkan kalam buat insan bernama kekasih yang mana identitimu saat ini  masih menjadi rahsia Yang Maha Mencipta.

Kerana hati mulai rindu,
Rindu ingin berteman,
Rindu pada seorang insan,
Rindu pada suami yang ditakdirkan berjodoh oleh Tuhan.

"Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara dihatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap.

Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang terbina sekian lama disudut hatiku hanyalah untukmu."

Untuk insan yang dikasihi kerana Allah, walaupun hati ini sering diuji, sering saja mereka disana mengaitkanku dengan lelaki - lelaki, setiap kali itu juga hati mengingatkan untuk yakin dengan Janji Tuhan bahawa engkau telah tercipta untukku.

Dan setiap kali itu juga, bilamana timbul sedikit rasa suka kepada salah satu di  antara mereka, hati terus berbisik untuk hilangkan segala perasan itu, kerana aku bimbang rasa suka kepada orang yang salah akan lebih menjarakkan hubungan antara kau dan aku, walau kita belum bertemu. Tapi aku yakin kau ada dan akan hadir disisiku bila tiba masa nya nanti.

Setiap kali hati meronta minta dipenuhi dengan cinta tatkala melihat orang lain berbahagia bersama orang yang dipuja,
Aku jadi takut. Takut cinta yang didusta ini bukan yang selayaknya. Takut cinta tersalah diberi pada orang lain, bukan pada kau yang dijanji Tuhan sang pemilik hati.

Takut,

Seksanya menahan rasa suka. Terus, aku doa pada Allah, moga dipercepatkan pertemuan dan penyatuan kita. :)

Wahai kekasih,
Siapalah aku untuk mendambakan seorang lelaki yang rupawan hartawan mahupun sempurna segalanya, kerana aku juga bukan gadis sempurna dan tidak  sesolehah mereka yang dipuja.
Bukanlah aku dambakan lelaki puitis yang bisa memberiku sejambak bunga, tapi cukuplah hadirmu membawa cinta yang kukuh untuk kita satukan cinta itu dalam langkah bersama menuju Tuhan.

Aku bukanlah gadis rupawan, bukan juga hartawan, tidaklah pintar dan petah, mungkin tidak ada kelebihan padaku yang mampu membuatkan kau rasa beruntung memperisterikan aku.

Kerna aku hanya gadis biasa yang sentiasa cuba berusaha untuk menjadi teman terbaikmu di syurga.

Wahai kasih,
Mungkin pada pandangan manusia lainnya aku hanya seorang gadis yang bisa ditertawa, dan tidak gadis lainnya.gadis yang degil dan keras kepala, kata mereka. Percayalah, andai aku isterimu, kau tidak akan pernah melihat diriku yang dulu.

"Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji."

Wahai cinta, Demi Allah atas lafaz cinta aku berjanji untuk setia.

Maharku tidak akan membebanimu, hanya seberapa yang engkau mampu.
Jangan risau, tidak akan bermake-up tebal , cukup sekadar menutup wajah dengan kain hitam, yang akan dikhaskan hanya untukmu.

Janji ku untuk taat setia dan tidak akan aku bantah kata-katamu, selagimana kau berjanji untuk memimpin tanganku ke syurga.

Asas pernikahan kita itu Al-Quran, dan setiap kali ada masalah kecil atau besar atau apa saja yang melanda, mohon ingatkan aku untuk berpegang teguh pada KalamNya.

Wahai lelaki bidadara syurga,
Aku ini agak degil orangnya.
Agak sensitif.
Agak bernaluri halus.
Mudah menangis.

Mohon kau bersabar dan terus bersabar, tanpa ada rasa jemu ketika menasihatiku sepanjang bersamaku.

"Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran."

Mohon.. Jangan pernah hanyut dalam menempuhi medan tarbiah. Berjuanglah dalam mempersiapkan diri demi Allah.
Semoga terus mujahadah wahai khalifah!

Insya Allah, aku akan setia dan sentiasa menunggumu..
Walau siapa pun kamu,
Semoga doa kita akan menyatu,
Sehingga tiba saat itu.

Dan engkau jodohku.
Dan kau tercipta untukku.

Semoga Allah berkati kita.
Dimana pun kau berada, semoga Allah menjagamu.

Dengan lafaz cinta,
Aku akan sentiasa menanti dengan penuh Redha.

meniti hari dan usia,
Dengan penuh rasa cinta.
-kegembiraan kami-

Jul 2, 2015

Sem 4 dah habis. Jaksa pun dah nak habis.

Salam.

Baru lepas tadarus makanya energi habis disitu.

Heh.

Alhamdulillah dah habis dah sem empat. Sekejap je. Orang lain pakat final year dah sem depan kita baru nak tahun tigaaa ada tiga tahun lagi ya robb.

Rasa macam nak sambung satu juzuk lagi pasni sekejap. Rehat lah dulu. Camne nak kejar bagi khatam ni. Go faaa go chaiyok2!

*faaizmir sedang merehatkan diri sambil fikir hari ni nak iftar makan apa. Haha lol.

Takde lah. Gurau je. Sebenarnya tak tido lagi seharian.nak rehat jap. Emosi tak stabil untuk update blog. Nanti lepas ni faa update ya. Ramadhan saaid !