Aug 15, 2015

Report

Pada 9 dan 10 haribulan ogos yang lalu,
Pihak Sekolah menengah Imtiaz Besut telah mengadakan satu program iaitu Sireh Pulang ke Gagang, dimana program ini melibatkan 16 orang alumni imtiaz besut dan pelajar - pelajar Sekolah Menengah imtiaz besut. Program selama dua hari itu terbahagi kepada dua sesi. Sesi yang pertama, perkongsian alumni bersama pelajar tingkatan 1,2 dan 3 manakala sesi kedua ialah perkongsian jurusan yang diambil di universiti masing-masing bersama para pelajar tingkatan 4 dan 5.

Untuk sesi yang pertama, pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan. Setiap kumpulan dipegang oleh seorang alumni.
Setiap ahli kumpulan akan berkongsi tentang pengalaman berada di imtiaz dan bertanya soalan kepada alumni kumpulan masing-masing. Setiap alumni menjawab segala soalan yang diajukan dalam bentuk perkongsian dari hati ke hati, sama ada mengenai pengalaman belajar di imtiaz dan sebagainya. Sesi tersebut bermula jam 9 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Untuk sesi yang kedua, bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Sesi perkongsian bersama pelajar tingjatan 4 dan 5 tersebut melibatkan perbentangan para alumni mengenai suasana belajar di universiti dan kos yang diambil oleh mereka. Perkongsian tersebut melibatkan para alumni yang sedang belajar di luar negara seperti Korea, Jordan, Mesir, India, dan US . Manakala alumni yang berada di luar negara adalah daripada UITM, Unikl, USIM, UIA, UTHM dan UM.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan barisan alumni kepada para belajar disamping mengeratkan ukhuwah diantara para alumni bersama pelajar i-best. Selain itu, perkongsian dari hati ke hati ialah bertujuan untuk memberi semangat kepada para pelajar imtiaz untuk terus bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran dan menghafaz Al-Quran, sekaligus menjadikan alumni sebagai 'role-model' kepada mereka untuk berjaya.

Program berakhir dengan sesi penyerahan cenderamata yang disampakan oleh kaunselor Sekolah Menengah imtiaz besut. Program ini dilihat telah mencapai target dan objektif yang ditetapkan dimana semua pelajar memberikan respon yang positif dan meminta untuk diadakan lagi program sebegini pada masa akan datang.

Program Sireh Pulang ke Gagang diwakili oleh Saudari Noor Farhana Izmira, juga selaku wakil ahli MAIT.

Program ini dilihat sebagai satu titik permulaan dalam mengetengahkan penglibatan alumni untuk bersama turun padang dan beramah mesra dengan adik-adik junior. Diharapkan segala usaha ini akan diteruskan dan sentiasa dipupuk demi melahirkan generasi Ulul Albab yang akan mencipta Zaman.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
(NOOR FARHANA IZMIRA BT CHE JOHAN)
wakil Persatuan Alumni Imtiaz-Terengganu (MAIT)
Imtias besut

Kenapa Faa kena terus study law ?

Hai, people.

Honestly, rasa down. Takdak mood nak terus belajar law.
Just for you to know, result sem tiga jatuh mendadak. Terus buat faa rasa nak tukar kaunseling.

Bagi tau budak-budak jaksa, dan diorang gelak. Tak sesuai katanya. Ceitt. -_-'
Kejam nau. Bagitau bonda. Bonda cakap terpulang lah yang mana faa rasa baik.

Wuwuwu (╥_╥)

Apa masalah sekarang ni?
Camni. Tak faham. Pastu tak ingat. Pastu banyak benda taktau. Sebenarnya solusi mudah dia camni.
Hang belajar banyak mana ja sebenarnya? Fokus dalam kuliah dak?

Ok, jawapannya tak study mana pun. Tak fokus dalam kelas. Haaaa.
Sebenarnya hang tak bodoh pun faa. Tapi hang tak belajar betul-betul. Cuba kalau hang fokus & belajar betul², mesti hang dah dapat dekan setiap sem. Betui dakkk?

Betuiiii ! ಥ_ಥ

Makanya, faa kena belajar molek² pasni. Mohon kawan-kawang  beri semangat ke ambe ni. Dok semangat sokmo.

Kenapa faa kena terus belajar law?
Sebab ampa cakap nak tolong orang kan? Nak bagi khidmat guaman percuma kepada orang² miskin yang tak mampu kan?

Tadi tengok miracle in cell no 7, nangis kan tengok ayah dia tak dapat keadilan yang sepatutnya?

Lagipun dulu nak jadi lawyer sebab nak tolong orang kan? Nak tolong orang yang susah utk tegakkan hak kan? Kalau sekarang dah putus asa, sapa nak tolong ayah² dan parents yang kena aniaya dengan anak-anak dia. Sapa nak tolong umat islam kalau bukan kita?

Kemon lah, jadi lawyer al-hafizah. Dunia perlukan faa !

Kena repeat banyak subjek? Takpa. Repeat jaaaa ! Tak dosa pun repeat subjek. Kalau orang ejek hang sebab hang ada failed subjek dan hang repeat, hang buat rolling eyes ja dekat dia. Dia jeles tu sebab dia tak kena repeat. Haha.

Takde lah. Bak kata KY, repeat tu pun mungkin untuk kebaikan kita, kita kan lebih ingat apa yang kita belajar ! ;)

Abaikan apa yang orang nak cemuh kita.
Yang penting kita buat kerana Allah.
Study kan jihad lillahitaala.

Please , jangan lah putus asa. Cuba dulu. Kalau rasa tak mampu sangat, baru fikir balik nak tukar kos ke tak. Tapi yang penting try la dulu. :)

Pasni kena fokus sokmo. Kena rajin baca buku. Hafal term² penting semua tu. Hafal case molek², fahamkan. Jangan main² dah. Abaikan benda yg tak penting.
Study tu priority. Kalau takde mood nak study, pi bc Quran , tak pun tengok movie god of study tu. Tengok camne budak² tu study dengan gigih. Buat macam tu. Boleh?

Farhana izmira boleh ! Fighting !! ^,^

Insya Allah boleh. ^_^V

15082015
10.54pm
Homesweethome

Aug 14, 2015

Random - Good Bye

If it is meant to be, it will be.

Yes, im too tired to talk.
Im too tired to communicate with people.
Too tired to tell a joke and make people laugh, eventho its hurt deep inside.

Im trying hard to appreciate everyone eventho no one appreciate me.

I wanna let it go off from memory, and stop think and stop care about 'em.

Coz im tired.

Can i rest for a while? :)

And so, i just wanna say goodbye.