Feb 27, 2013

Datang dan pergi : Live.Life :)

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu
*ruang rindu-letto
Assalamualaikum ~
Insya Allah hari ni faa nak membebel tentang hidup, ececehh, ini kata hati kan, so menaip berdasarkan hati. Seriously, semua perkara akan datang dan pergi dalam hidup kita ni. tak kira la sahabat ke, harta ke, hidup mati tu pun kira datang dan oergi jugak kan?Kat atas ni lirik lagu ruang rindu by letto :) one of my favourite song jugak laa..try laa dengar,     



okayy , nak sambung bicara :) confuse actually. Sumpahan apakah ini? *hamboii mulut*
seriously faa tak ramai kawan lelaki, kalau baik pun, ada laa dua tiga orang classmate, ex-schoolmate semua kan. kalau baik, mesti tak lama. =.=" tapi bagus jugak, at least boleh jaga ikhtilat. see? itulah hikmah dia kenapa faa tak kawan sangat dengan lelaki. Allah sayang saya :') mana laa tau faa hanyut , lemas atau alpa dengan dunia. ecewahh~ ayat bombastik. tapi alhamdulillah kawan perempuan ramai ~ i luv you girls :) ukhuwah fillah.
Ain dengan faa .my friend since secondary sch :)


kalau dulu faa pernah cakap pasal faa gaduh whatsoever dengan bff faa, (best friend forever okayy, not boyfriend forever) masa sekolah dulu, alhamdulillah sekarang kami dah okay, dia pun dah jadi makin bagus, alhamdulillah,makin warak. :) Faa? nak kata warak tak jahil pun tak..diriku hanya insan biasa~
haa ni satu lagi , kawan faa, katanya better lah we all stop contact coz dia takut menambahkan dosa dia sebab dia banyak buat faa terasa hati. krik3..faa pun tak faham sebenarnya, tapi senyum je lah, x perlu kata apa-apa. :D eh, kalau tak silap lagu tu ada ayat kacang tua kacang muda apa tah. lawak  laa pulak kan? :p  Btw, faa rasa disayangi oleh Allah, dan rasa macam ni mesti jodoh faa yang doa biar faa tak baik sangat dengan mana-mana lelaki, sebab selalu tak sekepala then gaduh dengan semua orang.aihh teruk aku ni. .==" tapi mungkin la kan, pemikiran yang tak matured ni cakap macam tu la..Jodoh saya doakan semoga Allah jaga saya. ^^ sama macam faa doa semoga Allah jaga dia, jangan biar dia terlampau baik dengan orang perempuan lain. #jeles ke kakngah? ehh of course la, cinta dia hanya untuk Allah,family dia dan saya okayy? same goes to me laa. kata nak cinta high class gittew~ inshaAllah aminnnnn.. :)

nota untuk bakal suami : "assalamualaikum, cepat-cepatlah datang :) lama ana tunggu enta ni." *ayat tah pape,memang nampak benor tak mecednye. >.<''

Faa tak tau laa, bukannya obses sangat, tapi kalau boleh, Faa nak nikah dengan chinese muslim, or any malay yang mix chinese ke. sebab? subhanallah~ hehe..tak tau nak bagi sebab apa. tapi memang Faa suka tengok chinese. :) Kita hanya mampu rancang dan doa, Allah yang menentukannya. so, Faa terima je sape-sape yang ditakdirkan berjodoh dengan faa tu..tak kira laa bangsa apa, yang pasti beliau seorang suami yang soleh dan dapat bimbing faa yang childish sikit ni, sikit je laa kan? :p ohmaii apa merepek masuk topik ni pulak?=.="

berbalik kepada datang dan pergi tadi, ni haa,

sekadar perkongsian, redha dengan semua apa yang berlaku ye?

Maksudnya:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

okayy ? oraitt~

selingan sekejap. hehe..^^

So, dah ramai jugak kawan lelaki dan perempuan yang faa lost contact. agak busy dengan kuliah lately, lagipun memang takde contact number korang. haduyaii..semoga korang sihat-sihat laa ye. Tipu kalau tak sedih bila lost contact or stop contact, tapi nak buat macam mana laa kan, dah memang lumrah hidup datang dan pergi. kang faa nyanyi kat sini chorus letto tu, hujan pulak..-.-'' tapi tu laaa, sedih-sedih pun, hidup mesti diteruskan.cewahh~ ye la, kita ada berjuta lagi manusia di seluruk ceruk dunia,ramai lagi boleh dijadikan kawan. Mulai sekarang faa memang jenis lantaklah, korang nak buat apa buat..faa taknak masuk campur, taknak cakap apa-apa..sebab , memang dah biasa dah kena macam ni. takde laa apa sangat,dugaan kecik je kan..dugaan untuk membuat kita tabah. :) sebagai seorang yang loner, faa dah imun dengan semua ni, tapi kadang-kadang kalau tak tahan tu,menitis jugak mutiara jernih dari kelopak mata yang redup ni. HAHA~ apapun, faa rasa gembira sebab dapat kenal dengan semua kawan-kawan faa.. Friend is like our second family <3

Faa tengok-tengok balik semua koleksi gambar yang lama, loner laa jugak faa ni, pergi mana-mana sorang je. but still, tak rasa lonely sangat sebab ALLAH kan ada. so chill la kan? betul tak? Alhamdulillah~ ^_^ so, saya boleh hidup tanpa awak sebagai sahabat saya, tapi saya still doakan awak , semoga berbahagia ke anak cucu cicit cucit cirit ehh ehh. macam ucapan tahniah kawen la pulak. hehe..so , tu laa, terima kasih kepada semua yang telah menjadi sahabat Faa secara langsung atau tidak langsung. Thanks to all of you :) Everything happen for a reason kan? so yakin dengan janji Allah. take time , All is well so everything will be okay ~ being a loner in person, but still, i'm strong enough to face all this. chaiyok2~ doakan faa, ada test 4 subjek law minggu ni dan minggu depan~



I can be tough
I can be strong
But with you
It's not like that at all
There's a girl
That gives a saying
Behind this wall
You just walked through it
*wish u were here-avril


salam sayang ,
faa izmir
28/2/2013
1.14 pm
fakulti undang-undang, uitm shah alam.


Feb 23, 2013

Two days with lovely bestfriends! :)

Assalamualaikum~

Alhamdulillah walhamdulillah .

seriously excited and happy mah , ada dua perkara dalam dua hari yang berlaku.. haha~ 

nissa,ain n faa~
on 22 feb yang lalu, faa actually ada dinner, like what i've told ya before kan, so pergi laa dinner tersebut dengan kawan-kawan tersayang , seriously semua cantik-cantik hensem-hensem, memang duke and duchess,prince and princess laa~ thumbs up! gerak daripada uitm ke sacc tu ukul 6.30 ptg, then majlis start pukul 8 malam, so kitorang lepak dalam surau dulu sebelum majlis start, solat maghrib , then baru masuk dewan. mula acara dengan persembahan, then ucapan-ucapan..tapi faa dengan kawan dari imtiaz, ain pun dah kebulur sangat, kitorang tertunggu bila laa dapat makan. haha~ then makan dengan gembiranya . oh yaa, terkejut makngah tengok wira dance. krikk3..berbakat jugak classmate kita sorang tu. then persembahan-persembahan budak asasi ni, boleh tahan laa, nak suruh faa menari macam tu, memang tak reti laa. :D lepas majlis, amek gambar then balik. sumpah , teramat sakit kaki sebab heels faa yang 4 inci tu membuatkan faa rasa macam cacat je time jalan, siyez tak sesuai pakai heels. tak selesa pun ada. haha ~ apapun, dinner asasi uitm shah alam 2013 memang best and mantap, thanks to uols~ <3
gambar gelap la.btw, my dear lwa02I <3




secondly ,
23 haribulan,keesokannya lepas dinner semalam, faa keluar
hang out dengan kawan ~ weheee , faa dengan ain (ni classmate a.k.a bestfriend) pergi kl sentral dengan bersemangatnya , awal pagi pulak tu keluar. then jumpa papa long, uncle faa. uncle faa belanja kami breakfast, borak-borak. dalam sejam pastu faa dengan ain pergi klcc naik lrt. sampai kat sana pusing-pusing suria klcc tu cari budak-budak uia 4 orang ni. nasib jumpa bff faa semua tu, kalau tak sesat dah kitorang kat sana. haduyaiii ~
sampai-sampai then makan, sempat pulak fifah ajar faa makan guna chopstick , gara-gara nak kawen dengan chinese muslim, belajar jugak laa kita. :D wafi tak habis-habis perli, kena sekeh kang baru tau pakcik tu. while husni dengan hana makan dengan berselera.Ain? ain dengan faa share fruity yogurt. :)
pastu pusing-pusing,borak-borak cmtu la, dalam pukul 5 kitorang gerak balik. before tu faa ada exchange barang dengan pakcik uia.nasib baik harga sama. haha..faa mmg suka exchange barang dgn bestfriend , before this ada bagi dekat ciknas, tapi tak exchange la, dekat nas syg lebih, dekat wafi tak, haha~ kgurau.going to exchange dgn ain pulak lepas ni.any idea? >.<" balik tu, makan dengan ain dekat seksyen 2.  then melawat giant seksyen 7. sampai bilik, rasa kaki macam nak meletup.omaigaaad siyez sakit. =.=" sebab kasut ketat. semalam kasut tinggi, ni kasut ketat pulak. masalah kasut btl la faa ni.then lepas solat isyak terus tidur.zzzzzz~ gambar semua dalam instagram :) tapi sekejap sangat jumpa diorang,sumpah tak puas borak. :')


so , konklusinya, alhamdulillah, bahagia dapat spent masa dengan kawan-kawan faa. rasa laa ibrah dia, kemanisan ukhuwah tu kan. friends are my second family. so memang faa sanggup buat apa je untuk kawan~  sayang korang <3 thanks to all yang dah participate dalam dua hari ni. :P always in my heart laa. hahaa~

muka bahagia. haha :D


thats all from me, 
salah mahabbah,
faa izmir
24 feb 2013

Feb 20, 2013

klik klik holiday ~


Assalamualaikum.
Alhamdulillah wal hamdulillah ~
Seribu satu nikmat  faa dapat masa cuti seminggu dekat rumah ni ~ gembira tak terkata .
 (^_______^)
Tengok,senyum lebar gitu. Hehe ~ banyak perkara yang faa buat, first jumpa family,sedara-mara dan  cousin tercinta aka twin faa . J Balik kampung belah mak . Pstu dua tiga kali pergi pusing satu jerteh gara-gara nak cari dress untuk dinner. Leceh betul, tambah pulak tuan punya badan amatlah cerewet. Haha . :D susah jugak ya nak cari yang berkenan di hati. Pastu pergi butik peace, ada yang 3 layer uols ! harga dia seratus lebih gak laa.tapi skali tengok macam baju raya pun ada. Hahaha. Pastu faa pergi bazaar *bukan bazaar ramadhan ok!*  dalam bazaar tu ada banyak laa kedai baju apa semua. Pastu tengok dalam satu kedai ni, dress dia simple-simple je. Nak pakai untuk majlis boleh, nak pakai keluar jalan-jalan pun boleh . disebabkan tuan kedai tu ramah, diajaknya faa masuk haa.. Masuk laa kita dengan adik perempuan yang manja tu. Pilih-pilih, berkenan laa dekat satu dress warna purple ni. Sangat simple and casual gitu design dia. Dekat seratus jugak laa harga, tapi affordable la, i mean, takde laa mahal sangat. Sederhana camtu laa. Cakap-cakap dengan akak tu, dia cakap ni semua barang sophieparis. Ohmaii, sophieparis rupanya, no hal laa lawa. Faa tengok kat kedai tu takde pulak cakap sophieparis. So apa lagi, masuk ahli terus,next time boleh shopping situ je, tak payah dah pergi beli online,tak payah susah-susah nak bank in kan? J sukaa~
Dan yang pasti, dress tu akan dirasmikan untuk dinner asasi 2013~ faa pening jugak nak tambah aksesori dan nak matching tudung macam mana. So dah pusing 1 jerteh tak jumpa pashmina yang faa nak. Penig betul. Last-last terfikir, biar je laaa. Pakai je apa ada nanti. Kebetulan sebelum balik tu dah beli kasut dengan nas and anis dekat sogo. Haa ~ berjalan betul kita kan Ciknas? :D  22 feb ni dinner itu~ tapi faa ada MUET 19hb, so extend cuti, skip kelas 2 hari. Apa laa..pening dibuatnya . dah laa dua hari tu ada test untuk subjek law. Muet punya pasal, harap-harap dapat band 4 at least. Aminnnn  ^^
Faa bukan teruja dinner tu je, tapi sabtu nanti nak pergi rumah ayah saudara, sebab beliau baru operate mata~ so nak pergi melawat dan ada laa hal keluarga sikit, lepas tu plan nya nak keluar dengan beberapa orang sahabat tersayang dalam kalangan warga UIA. UIA okay bukan UAI ~ uai, ustaz azhar Idrus kan? Lama tak dengar ceramah beliau depan-depan ~ so excited jugak ni , lama tak jumpa diorang ~ boleh kata reunion jugak kot. Tempatnya ? KLCC.:) nak jalan-jalan je la kot, nak shopping memang tak larat laa, dah banyak berbelanja .bulan 2 ni je dah habis dekat seribu. Jangan tanya beli apa ya. =.=” memang kena berjimat cermat lepas ni. So saya excited sangat-sangat!!
That’s all for now, got to go.
Salam sayang~
Faa Izmir
18/2/2013
Home sweet home~
4.47pm