Mar 30, 2013

Putus cinta dan broken hearted?


Assalamualaikum and hello to all of you ~


Oleh kerana ana lihat entri yang berkaitan dengan putus cinta itu telah mendapat sambutan yang hangat dan berada di top list pencarian korang, maka ana berbesar hati untuk menaip madah-madah buat kesekian kalinya, berkaitan dengan cinta.
Cewahh ~ bajet gudgud je nak cakap pasal ni, Ana bukan pakar cinta or what.tapi nak berkongsi 
Sahabatku sayang,
Baik lelaki ataupun perempuan, kita sentiasa disogokkan dengan cinta, betul tak ? 
Drama cinta, lagu cinta, movie cinta, roti cinta, burger cinta. Forum cinta, ceramah cinta. Kalau yang cinta itu cinta kepada Allah boleh laa, tapi masalah ni cinta couple couple kekasih hati pujaan rindu kumbang bunga bagai ni. =.=”


*tak ada benda lain ke nak buat? Buat laa pasal sejarah ke, asal friendship ke, pasal family ke. Ni pasal cintaaaa je. ==” kalau ceramah tu pun, selalu pasal cinta antara lelaki dan wanita bla3. Cuba la buat ceramah pasal cara memantapkan akidah ke, cara meraih khusyuk dalam solat ke, adab bersahabat ke . kan lagi bagus tu. Bukan ana anti dengan cinta. Ana pun suka jugak cinta ni, tapi ye la, makin banyak manusia disogokkan dengan cinta, makin teruk jadinya. Memang cinta itu fitrah, tapi cinta boleh menjadi fitnah . Sebab apa budak umur 10 tahun sekarang dah pandai bercinta? Dah pandai mencabul? Dah pandai raba-raba? Sebab dipengaruhi oleh perkara-perkara cinta nil ah. Jangan tak tahu, budak umur 14 tahun sekarang pun dah pandai kissing-kissing uols ! ibu bapa zaman sekarang dah tak berani nak bagi anak gadis mereka kawan dengan lelaki walaupun sebaya, jangan tak tahu, umur 15 tahun pun dah pandai merogol orang haaa! Teruk kan? Zaman ana dulu, selamat je kawan dengan lelaki, tak ada nak gatal-gatal macam bebudak zaman sekarang. Almaklumlah zaman dah maju, salah siapa ye? *tepuk dada, Tanya akal sendiri*



Okay, habis membebel . sebenarnya ana bukan nak bersikap prejudis terhadap cinta, tapi sekadar ingin membuka minda anda tentang cinta, tentang perkara yang sebenarnya akan hakikat cinta. Terutamanya kepada anda yang sedang bersedih disebabkan putus cinta. Maaflah, ini entri panjang lebar, tapi ana harap anda semua dapat laa input yang ana cuba sampaikan.Ana cakap atas dasar seorang sahabat kepada sahabatnya, sekadar perkongsian, so tak perlu serious sangat ya? 

Sahabatku sayang,

Jangan bersedih kalau anda putus cinta, baru putus cinta semalam, baru putus cinta tadi. Rasa broken hearted atau sedih sebab ditinggalkan oleh teman lelaki mahupun teman wanita? Sabarlah, dia bukan yang terbaik untuk anda.
Anda kecewa sebab ditinggalkan? Rasa sedih ? bengkak mata sebab dah banyak menangis?
Jangan bersedih , sepatutnya anda gembira, sebab anda telah ditunjukkan akan satu kebenaran tentang sikap pasangan atau ex anda tu. Skema pulak anda-anda ni. :D
Okay, cuba kalian fikir, kalau dia betul-betul sayangkan kalian, dia tak akan tinggalkan kalian apatah lagi memutuskan hubungan cinta yang telah terjalin. Dia tak akan memarahi kalian dan tidak akan sesekali menyakiti hati kalian  kalau dia benar-benar cintakan kalian, betul ?
Kalau sebelum kahwin dah berani marah-marah tengking bagai, bayangkan lepas kahwin ?
Entah-entah dia kaki pukul , kang tak pasal-pasal dibelasahnya anda macam kain buruk. *alamak =.=’’

Jangan menangis sahabatku sayang, sesungguhnya Allah itu maha mengasihani, Allah sayangkan kalian maka sebab itu dia jauhkan kalian daripada orang yang tidak layak untuk kalian, supaya kalian akan lebih menghargai jodoh yang telah ditetapkan oleh kalian nanti. Manusia kan semua dah ditetapkan jodohnya, memang ALLAH cipta semua makhluk berpasang-pasangan. Jadi, yang menentukannya hanya cepat atau lambat je jumpa.



^_______^

Tak guna kalau kalian terus bersedih, buat anda yang putus cinta,
Tips simple daripada ana :
1.      Macam orang lain buat, delete dan buang semua benda yang berkaitan dengan ex tu.tapi kalau dia bagi I-phone 5, jangan laa buang, guna je . :p mesej apa semua yang tak bernilai delete je. Jangan dikenang benda yang lepas.chewahh~

2.      Jangan sedih, jangan merintih meratap, tabahkan hati dan kuatkan diri anda, tunjukkan pada ex tu yang anda mampu je hidup tanpa dia. Ingat, jangan sesekali pergi merayu merintih dekat dia nak couple balik. Please laa, sekali dia dah ludah anda, bermakna dia telah cuba untuk menjatuhkan maruah anda, tunjukkan pada dia yang anda hebat ! tak perlu la nak maki-maki dia, tapi jadikan dia tiang, Ignore je. Ingat camni je, anda boleh dapat yang lebih baik daripada dia laa, dekat dunia ni ada beribu-ribu manusia. Apa susah ? kan~ ^^ kalau dia yang merintih nak get back balik, cakap kat dia no way man! Haha~ kalau dia macam serious sangat nak, suruh dia jumpa wali anda, pergi masuk meminang terus, baru boleh terima. Tapi kalau ana, bila dah clash tu, selalunya dia akan tunjuk perangai sebenar yang kurang ajar tu. So kalau ana, ana taknak terima orang yang kurang ajar . ke nak mintak tolong di ajar? Meh meh nak ajar guna sudu garpu. *ehh apakah?

3.      Haa, yang ni penting. Tips berguna jugak ni. Elakkan mendengar lagu yang boleh membuatkan anda teringat kan ex anda atau lagu lagu yang membuatkan anda sedih sampai boleh menangis dan menghabiskan berkotak-kotak tisu . Kalau nak menangis, baik tengok cerita Hindustan daripada teringatkan ex anda yang useless tu. Kal Ho Na Ho  ke, kabhi kushi khabi gham ke..kan? tak pun baik dengar lagu yang happy-happy sikit, macam lagu doraemon pun boleh ~ :D




4.      LAGI SATU , tak payah nak fikir sangat laa, “kenapa dia tinggalkan akuuuuuu.. :’( “ ini sangat tidak perlu okayyy ! dah takdir ALLAH, jangan Tanya la, keep moving on ! life must go on whattt..  set minda anda untuk sesuatu yang lebih penting, daripada fikir pasal dia, baik fikir macam mana nak masak nasik goreng yang sedap. Lagi berbaloi baloi~ nyumnyum ^^



5.      Last sekali, kalau rasa sunyi tu...istighfar laa.. zikir ke, kan dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang, :) pergi laa  borak dengan kawan-kawan ke,  telefon mak ayah ke.. lagi laa bagus daripada bazir masa mengisi kesunyian tu dengan cari pakwe lain. Tak perlu okay ! tunggu je jodoh tu datang, cinta lepas nikah lagi bagus what :)

Lastly, bukan ana nak menghalang anda daripada cinta, tapi ana rasa anda orang yang baik , anda layak mendapatkan cinta yang lebih baik, cinta yang lagi hebat . baik anda kejar cinta Allah dulu, sebab bila anda dapat raih cinta Allah, Allah akan bagi anda cinta makhluk. Yang pentingnya cinta Allah kan ? ^^

Pastu, kenapa sedih ex tak sayang kita? Sebenarnya mak ayah kita sayang kita, adik beradik kita sayang kita. Kawan-kawan pun ada je yang sayang kita *walaupun tak semua*
Ramai laaaa orang lain yang sayang kita, yang pasti Allah sayang kita, kalau tak, awak takkan dapat nikmat mata, nikmat kekayaan atau nikmat kesempurnaan tubuh badan ni, bukan kah semua nikmat datang daripada  ALLAH ? jadi kenapa awak nak sedih lagi?  Ramai orang sayang awak ! Alaaa, jangan sedih-sedih laa *tepuk-tepuk bahu.


Buat lelaki, hapuskan air mata anda, tak guna menangis kerana seorang perempuan yang tak tahu menghargai, anda layak untuk mencari yang lebih baik. Banyak lagi laa orang perempuan yang baik. Pastu , jangan memilih muka yang cantik sangat, tak semestinya perempuan yang cantik ni hati baik,tapi pandai-pandai laa kan pilih. Anda pun akan jadi ketua keluarga, so baik tunjukkan contoh yang baik laa, jangan lembek sangat. Perkukuhkan ilmu agama tu dulu, timba ilmu banyak-banyak, jadi manusia yang berguna. Kukuhkan kewangan dan lain lain, baru laa best nak pergi meminang anak dara orang~ haa gittew :P


Buat sahabat perempuan ana, jangan bersedih kerana kebodohan dalam cinta ! jadilah wanita yang bermaruah, yang pandai menjaga maruah dan dihormati.  Jangan jadi perempuan yang tak tau malu dan tak ada maruah. Bila sekali lelaki dah  cop perempuan tu tak tau malu dan tak ada maruah, lelaki tak akan respect orang tu. *pengetahuan am*  lagi bagus kalau orang lelaki cakap anda sombong atau jual mahal , dariada jadi wanita murahan. Tapi jangan laa jual mahal yang memilih cerewet mengada-ngada nak lelaki hensem dan kaya tu jeee.. lahaii~ tu lain la. Cuba jadi wanita yang solehah. Memang tak salah kawan dengan lelaki, tapi pandai-pandai laa jaga batasan okay ? ^^ so jangan nangis-nangis laa, wanita harus tabah ! *teringat lagu rossa- hey ladies. Bagus jugak lagu tu untuk wanita-wanita di luar sana ~

Akhir sekali, digalakkan bagi wanita untuk memilih suami yang warak, dan digalakkan untuk lelaki utk memilih perempuan yang biasa. Sebab wanita mudah terpengaruh, tak kita laa sewarak mana lelaki tu, dia akan terpengaruh dengan lelaki yang jahat dan dia boleh jadi jahat, naudzubillah.. sebab fitrah wanita ni lemah. Kalau lelaki pulak, tak kisah laa dapat isteri macam mana, sebab dia boleh bimbing isteri dia tu.. tapi semua atas jodoh daripada ALLAH laa kan? ^^ apapun, doakan yang terbaik ! jangan sedih dah ya? Yang pasti, cinta selepas kahwin tu lagi best , diredhai Allah dan diberkati . :) tak payah nak susahkan diri sendiri dengan cinta couple-couple sekarang laa, tak berkat pun, sebab tu banyak conflict . :3
Tak perlu sibukkan diri dengan cinta manusia, tapi sibukkanlah diri dengan cinta ALLAH.


Have faith in Allah.
*don’t despair and never lose hope, coz Allah is always by our side ~ * maherzain-inshaAllah.

Sekian daripada ana, jangan sedih-sedih lagi ya? Putus cinta merupakan satu peluang untuk anda bertaubat dan membaiki diri serta menjalani hidup dengan lebih baik. Chaiyokkk ~

Salam sayang,
Faa izmir.
11.47 mlm
30/3/2012
Uitm s.a
mawar



Mar 26, 2013

Final Exam dan UPU

Assalamualaikum,
innalhamdulillah,

ASASI undang-undang hampir sampai ke penghujungnya..

sekarang faa dah mula final exam , alhamdulillah dah habis exam psikologi pagi tadi,

Tawakkal 'alallah je sekarang, dan esok CTU~

p/s : Good luck semua! bitaufiq wa najah InsyaAllah~

dalam sibuk-sibuk nak exam , sibuk jugak mengisi borang UPU. pening nak fikir kos apa. dan sekali lagi, Faa apply Law dengan English.lepas dpt result nak tengok balik apa kos yang layak. :) Harap-harap Allah akan memberi yang terbaik.Aminnn.. huhu..

dalam sibuk-sibuk exam dan upu ni jugak, timbul rasa sedih sebab bakal berpisah dengan kawan-kawan asasi. memang time asasi ni macam-macam experience dapat, masam manis pahit payau semua ada. pergi jalan-jalan dengan CikNas, CikAnis dan semua ,  pastu gaduh-gaduh dengan diorang *Aihh*  dan macam-macam lagi laa.. sedih pulak nak tinggalkan korang. Apapun, KIV dlu pasal ni, sedih kang :') huhu..

lwa02I~


Salam sayang,
faa izmir
27/3/2013
2.43pm
mawar~

Mar 18, 2013

Safi Balkis perfect 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

belum terlambat kalau ana share pasal ni kan?
:P
bukan nak promote sangat, just nak share. asalnya daripada darjah 6 lagi ana guna produk clean and clear ~  leceh kan nak jaga muka? tu pun mak ana yang belikan setelah muka kelihatan seperti bangla dek kerana terlalu aktif bersukan. Masa sekolah rendah dulu ana aktif jugak bola jaring, bola baling and else. so bila macam tu, mak risau laa tengok anak dia yang sorang ni muka macam arang . aduyaii..so satu set produk clean & clear tu ana guna. lama lepas tu balik kampung, makcik ana puji , dia kata makin berseri, chewah ~ :D
bila naik form 3 , tangan gatal nak tukar, so guna satu produk ni, lupa nama apa, tapi tak menjadi pun.bahkan kulit terasa semakin kering ! ohmaiii..
pastu naik form 4, sekolah pulak tepi pantai, tambah-tambah ana main bola tampar. memang hangus laa muka.siap nampak berbelak lagi tau.pastu memang malas nak cuci muka masa tu. memang guna clean &clear balik, tapi camtu laa..malas dan malas. haha..

habis SPM, ana cuti lama jugak. pastu masuk ipta. masa first sem memang tak peduli pun penjagaan muka ni.lantaklaa kan, bukan datang kelas nak goda orang.kih3..bila cuti sem 1 tu, tetiba nak jaga muka.bukan apa, untuk kebersihan muka laa, sihat sikit kulit muka. poyo je kan? :p

dalam hati tak tau nak guna produk apa.sebab clean & clear ni macam dah tak berapa sesuai untuk kulit muka orang dewasa macam ana. *hahaha, perasan tua :D*

so survey laa website-website. macam-macam jumpa.pastu terbukak hati nak cuba product safi. pergi dekat satu kedai ni, ana macam nak tengok-tengok je laa kan dulu, pastu promoter dia kecoh la, ana baru pegang, dia dah amek dah buat resit dah.masa tu krim pencerah safi. bukan nak gun apun.makcik niii ! =.="
guna dua hari, pastu malas dah. sebab hati dah berkenan dekat safi balkis perfect 10 ni. kua2~
pastu pergi kedai, beli laa satu pek permulaan dia. macam intro laa.so ana ada pencuci, ada toner, ada krim siang, krim malam dan krim kecantikan :)

*sukaaaaa~



pastu, lepas dua minggu guna, cerah muka uols! takde laa putih melepak, tapi boleh laa..cerah laa jugak..
cara nak guna produk ni?

ana guna dua kali sehari,
mula-mula cuci muka dengan pembersih wajah..
pastu sapu toner..
agak-agak dah serap dalam kulit tu, sapu laa krim siang...
pastu nak keluar, sapu krim kecantikan pulak..sapu sikit je tau, sebab dia berminyak..
ana guna bedak maybeline untuk cover krim pencerah tu kalau nak keluar. takde laa berminyak sangat.
malam pulak, cuci muka, sapu toner and apply krim malam dia.

so far muka okay laaa...even jerawat ada naik sikit-sikit. hihi..
tapi sejak dua menjak ni ana malassssss nak cuci muka. >.<"

so muka agak laa teruk sikit lately, huhu..
ambik wuduk pun dah kira cuci muka laa kan? :D

tapi kalau makeup ke apa, lepas tu ana akan cuci muka, bahaya tau tinggal makeup dekat muka, chemical tu boleh rosakkan muka.

so korang semua ,
guna laa safi balkis perfect 10 ! haha~
harga dia takde laa mahal sangat. affordable laa. ^^
pastu mak ana cakap, untuk remaja macam kita ni, takyah guna lagi pun takpe serum atau kontur mata. nak guna pun boleh. scrub dia pun ana tak guna . malas lah. huhu~

so, sila lah jaga kulit muka anda , sebab kulit muka anda pun berhak mendapat kesihatan yang baik. eh eh.. krikk3

lagipun jaga muka ni tak semestinya untuk nak tarik perhatian orang ke apa, tapi untuk keselesaan kita laa kan, kang muka berjerawat, berminyak je..nak belajar pun tak selesa. mencegah lagi baik daripada mengubati kan uols~ :)

so that's all from me.
nak sambung study pulak.
^^

salam sayang,
faa izmir
18/3
10.54 mlm
mawar <3