Feb 23, 2014

Ini kata hati tentang suara hati

Assalamualaikum..

katanya, nilai punya empangan dah hampir kering, doakan moga hujan turun. insya Allah..

ada tika , aku tertanya sendiri.
kosongnya hidup. bukan bermakna kau tak bahagia.
tak , aku bahagia. walaupun secara tipikal orang kata , kita ada Allah. takkan rasa sunyi.
betul , tapi fitrahnya manusia ada rasa sunyi.
dan ya , walaupun ramai kawan . tapi tak boleh nak rely on friends.
tak ada pun kawan yang betul-betul kau boleh lepas 100% kepercayaan.
walaupun yang baik itu ramai. tapi entahlah. mungkin sebab aku jenis susah nak percaya orang. terkadang, macam di post yang sebelum ni. kita selalu mengharapkan akan ada orang yang faham kita. yang akan senantiasa ada di waktu kita suka mahupun duka .

yang bilamana kau gembira , kau ketawa bersama dia.
bilamana kau sedih, dia akan datang dan menepuk bahumu sambil berkata,

"sabarlah wahai sahabat"

lalu memberikan satu pelukan mesra.

teringat dekat rara. :'/

masa dekat uitm, ada sorang sahabat. bila faa sedih , memang kami akan spend masa bersama dekat seksyen dua. walaupun rara bukan orang yang tinggi ilmu agama - dia, free hair, berpakaian biasa tapi punya sense of friendship yang sangat hebat .

for the first time aku rasa dihargai oleh seorang sahabat. bila di hadapan orang ramai , di depan kawan2 lelaki kami yang ikut serta berada di situ, dia peluk aku bila aku kata aku sedih. dan ya, dia tepuk bahu . rasa terharu. setiap kali aku kata aku sedih, atau bila dia lihat mata aku berkaca menahan tangis, rara akan selalu ada. selalu bagi sokongan. dan ya, tabahnya dia, bila dia punya masalah dia  juga akan datang dekat faa dan kami akan kongsi bersama, pastu nangis dan gelak sama-sama.

trust me, susah nak jumpa kawan macam tu sekarang. memang la ramai orang boleh kata,
"sabarlah.."

tapi tak ramai yang mampu bagi sokongan untuk kita betul-betul sabar seperti itu.

so kena tepuk bahu sendiri. kena istighfar sendiri. bila jatuh kena bangun sendiri.

 aku tak tau lah kenapa semenjak dua menjak ni rasa sedih. bahagia je, boleh gelak tawa tapi ada rasa disudut hati kecil tu, rasa gembira yang betul-betul tu , takde. walaupun aku baca quran , buat solat hajat bagai tapi rasa lagi. apa masalah tah hati ni. -_-
mungkin sbb tgk org lain bahagia , rasa jeles sikit. lol. hahah..
takde la.  sunyi yang pelik. Allah rindu aku mungkin? >//< samihni ya Allah..

 
hidup ni, kau tak boleh nak harapkan pada orang. sebab semua orang ada hidup mereka sendiri. semua orang ada masalah sendiri. so sebab tu aku tabahkan diri walau hakikatnya aku pun lembek jugak.

tak nak susahkan mak ayah, family ..
 taknak susahkan vp jugak. dia masih belum bergelar suami. tak perlu nak sibukkan dia dengan masalah aku yang kecik ni. lagipun kesian jgk , dia letih dgn kerjaya dia .
emme dgn el pun sama. masing-masing ada komitmen sendiri.

awkward kan? so aku cuba mulakan hidup baru dengan buat benda yang dapat menggembirakan aku.
cuba dengar kata hati.
contohnya, sayang gila dengan kelab debat. tapi terkadang ada sesetengah orang yang tak boleh aku hadapi , yang buat aku stress. so aku putuskan untuk lepaskan debat dan debate .
suara hati bisik untuk aku terus fokus pada minat dan tanggungjawab. fokus pada cita-cita. walaupun aku tahu aku dah hampakan bayak pihak. tapi aku kena pilih untuk masa depan aku sendiri. kalau bukan aku yang pilih, harus bagaimana lagi kan? :)
walaupun ada risiko kena perli lagi sebab kejap masuk kejap keluar.
tapi ini muktamad insya Allah..

nak berubah jadi baik?
so aku ubah apa yang patut diubah.

practice to be a lawyer , to help people with justice.
insya Allah.
antara minat dengan cita-cita.
aku pilih cita-cita.
terus fokus kejar cita-cita dan cinta.
insya Allah..


n/p : tahniah mas hidayu atas pernikahan beliau . :) mas hidayu dengan muhd hisyam. MH. sweet je , barakallahulakuma. :)



tunggu masanya nanti . sampai turn faa pulak insya Allah. tapi at least 5-6 tahun lagi la kan.
huhu..
nama tak sama la.

 爱 - J
haha :D may Allah bless, insya Allah.

salam sayang , 
faaizmir,
8.40pm
23/12/14
si

Feb 21, 2014

Ini kata hati tentang kawen?

Aassalamualaikum..
nikah , kahwin . married.

istilah yang membawa kepada penyatuan dua hati ke alam kehidupan berumah tangga.
bagi faa, ya , persediaan untuk kawen tu perlu. bukan setakat nak kawen tapi tak bersedia mental dan fizikal serta material juga.
semua ni sangat perlu tau.

tambah pulak zaman sekarang ni. nak bergantung pada seorang lelaki , memang susah.

nak dijadikan cerita, kawan faa dekat imtiaz dungun nak menikah hari ni. so terfikir lah, bila aku nak menikah ni. entah bila agaknya.

bonda suruh faa grad dulu.

5 years more to go.
 faa cuba jaga hati untuk bakal suami.yang faa sendiri tak tahu siapa .mungkin dia, moga benar itu dia.
bakal suami yang sah menjadi suami bila lafaz akad selesai disebut.
untuk suami yang sah seperti itu.

Faa taknak taruh harapan tinggi kepada sesiapa.
sebab biarlah suami yang paling berharga. bukan calon-calonnya.

semoga itu dia.

Faa hanya mampu doakan, semoga kami dapat apa yang terbaik untuk kami.

dan faa sentiasa berharap agar dia dapat jadi suami yang soleh . sebab faa tak berapa nak solehah sangat.. hewhew.

dan ya , 5 tahun lagi.


well, insya Allah. :)


p/s : kepada bakal suami yang namanya telah tercatat menjadi jodohku di lauh mahfuz.
walau siapa pun anda. percaya lah aku masih menunggu dirimu di sini . kalau yang telah dikhitbah ini orangnya. semoga kekal sampai syurga.
doakan aku mampu bertahan daripada godaan nafsu dan syaitan yang ingin mencipta persengketaan antara manusia.

Love.
ai.
pom rakk khun.

faaizmir
8.25 am
22/2/14

Feb 20, 2014

Ini Kata Hati - TERIMA KASIH ALLAH

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , walhamdulillah. masih lagi hidup pada hari ini walaupun terasa sakitnya semalam umpama malaikat maut ditepi.
terima kasih Allah..

topik pada hari ini ,
motifnya kembali kepada fitrah.
fitrah kita sebagai seorang hamba.

terkadang faa terfikir , bilamana terlalu mengutamakan kepentingan dunia , terus lalai dan alpa pada Allah. terkadang , kita rasa kita dah buat apa yang disyariatkan Allah , tapi mungkin kita hanya buat ala kadar , dan melebihkan fokus pada sahabat daripada ibadat.

umpama kita dengan kekasih hati. bayangkan perasaan kita jika kekasih hati yang dicintai lebih menghargai , lebih meluangkan masa kepada sahabatnya berbanding dengan kita.. sedih kan?
maka seprti itu jua ha kita dengan Allah. kita alpa dengan dunia , tapi Allah tetap dengan kasih ar-rahimnya menyayangi kita. Walaupun kita makin jauh daripada Allah, kita sibuk dengan hal kita sendiri , tapi Allah sentiasa mendekat, bahkan makin dekat . cuma hati kita yang keras tidak merasa cinta seperti Cinta kita pada Allah.

dah banyak kali sangat Allah beri petunjuk pada Faa. tapi seperti kalian juga, faa masih terus lalai dan mengulangi kelalaian silam.

umumnya , faa jenis yang akan fikir jauh dalam sesuatu perkara. faa jenis yang tak kisah dengan kawan-kawan. memang tak simpan dendam ke apa. dan ya , susah nak betul-betul percaya pada orang lain, sejujurnya.

Lalu apa kaitannya musibah ini dengan tajuk berterima kasih kepada Allah?

pada saat diuji dengan hal seperti itu, Faa duduk terfikir , sampai menangis teresak sendiri, bahkan sampai menangis di dalam solat , baru nak mengadu pada Allah rasa sedihnya bila kita ditinggal oleh sahabat yang kita sayang. diperlakukan seperti itu oleh sahabat sendiri.
satu saat ketika solat isyak, selepas baca surah Al-fatihah,faa monolog dalam hati,

"ya Allah, tak mampu aku nak tanggung semua dugaan ni.."

terus tiba-tiba RASA BAHU DITEPUK dengan kuat DARIPADA BELAKANG,  sampai faa tergerak ke hadapan.
walhal masa tu tengah solat , dan takde orang dalam bilik faa. roommate pergi makan.
 rasa macam ada malaikat dekat tepi yang tepuk bahu dan cakap ,

"sabarlah wahai manusia"

saat tu , masih dalam solat , terus menangis tersedu-sedu.. ,
Allahu Allah, rasa macam segala kesedihan yang faa pendam selama ni , segala duka yang terbuku dalam hati terluah saat menangis dalam solat. rasa jahilnya kita , rasa berdosa pada Allah..rasa dah jauh, dah banyak buat dosa...dan segala rasa menyesal seorang hamba terhadap Tuhannya..

selesai solat dan doa, terus faa tertidur di atas sejadah ..sampai lah roommate faa balik dan kejut faa..
masa tu , rasa lapang hati..rasa macam kesedihan tu semua hilang..

Terima Kasih Allah.. :')

kerana seakan DIBERI TEGURAN DARIPADA ALLAH , bahawa pergantungan di saat sedih atau gembira itu , hanya lah pada Allah. bukan maksud faa , semua kena dengan Allah, tak boleh cerita pada kawan pun..tak,bukan faa maksudkan macam tu..kita boleh bercerita kepada sahabat, kongsi suka duka tapi jadikanlah Allah itu sebagai tempat bergantung. khilaf faa sendiri sebab terlampau bergantung kepada kawan-kawan . sampai lupa Allah. walaupun kita solat , kita baca Quran tapi terkadang kita masih lalai dalam mengingati Allah.

Terkadang kita cakap , bagi nasihat dekat orang ramai, share post islamik dekat facebook, twitter bagai, tapi kita tak buat pun, kita sendiri tak ingat Allah..apa gunanya untuk diri sendiri?

kita makin jauh daripada Allah..
Faa sendiri rasa macam tu. selalu rasa macam lalainya diri ini .
pentingkan dunia, pentingkan pandangan manusia.

tipulah kalau kalian tak pernah rasa macam tu. kita semua pendosa , sering melakukan dosa.

kita , kalau dikhianati rakan , sudah rasa tidak akan percaya lagi . 
tapi Allah, walaupun kita abaikan suruhanNYA, tapi Dia masih tetap setia disisi , tanpa jemu menarik kembali kita untuk kembali ke jalan yang benar. menarik kita untuk kembali ke landasan yang betul..

Terima Kasih Allah..

hakikat diri faa sendiri, faa tak nak jadi terlampau jumud , jumud yang memberatkan hukum Allah walhal terdapat keringanan atau rukhsah yang Allah berikan kepada HambaNya..
sensitif , mungkin? Jangan buat macam orang tu hina sangat , macam tak tau agama .
seakan kita sombong dengan agama yang kita ada.

tapi faa pun taknak jadi orang yang jahil , sekular sehingga meringankan hukum Allah walhal kita dituntut untuk melakukan ibadat , tapi mengabaikan terus dari kehidupan.umpamanya , cakap pasal agama sana sini , berceramah sana sini , tapi tak amal pun. tak buat pun.

Faa , nak hidup secara bersederhana. macam orang biasa. tak perlu cakap banyak, yang penting kita buat. dan kita ajak orang lain untuk sama-sama buat kebaikan dengan tindakan, bukan sekadar berkata-kata.
 hidup sebagai seorang hamba yang mentaati suruhanNya..

kan kita genggam dunia  sambil memburu akhirat.

Faa nak hidup macam orang biasa , yang mampu mencapai bahagia bersama-sama keluarga dan sahabat dalam mengejar redha-Nya..

tanpa dendam , tanpa pendam , tanpa persengketaan. tanpa  menyakitkan hati orang lain..

hidup ,dengan mencontohi ahli keluarga rasulullah.

mulai saat ini ,
kita mulakan hidup baru .

sudikah kalian?

sudikah awak juga, bersama-sama menyertai saya ?

dalam suka duka, dalam sendu tawa .

Bismillah,

Terima Kasih Allah.

n/p : Opick - Anta  Allah

Engkau Yang Pengasih
Engkau Yang Penyayang
Engkau Yang Memaafkan segala kesalahan

Hanyalah pada-Mu semua kan bermuara
Suka duka dan airmata
Engkaulah Allah Yang Maha Memaafkan
Setiap dosa dan kesalahan

Yang tak pernah menolak satu pertaubatan
Karena Engkau Pemurah, Engaku Maha Penyayang
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim
Anta Malik, anta Ghofar Ya Illahi
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim

Anta Allah, anta Allah
Karena segala yang terjadi
Adalah diri-Mu menjadi saksi
Setiap luka dan perih

Engkaulah Allah yang akan mengobati
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim

Anta Malik, anta Ghofar Ya Illahi
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim

Anta Allah, anta Allah
Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim
Anta Malik, anta Ghofar Ya Illahi

Anta Rahman, anta Rahim, anta Karim
Anta Allah, anta Allah
Allah Allah Allah..
Anta Ya Robbi


*Alhamdulillah..
Faaizmir,
2.26pm
21/2/14
si