Nov 7, 2014

Ini Kata Hati tentang Redha & Lepas pergi : Part 1

bismillah.
Assalamualaikum. Dah lama, tersangat lama tak melakar kisah di kanvas ini.
Apa khabar semua?

Bercakap mengenai Redha.
Redho akan ketentuan Ilahi.
Redho, menerima sesuatu dengan hati yang terbuka.
Tanpa ada sedikit kesal.

Redha, tanpa ada sedikit pun pertikaian mengapa dan kenapa ia berlaku seperti itu.
Dan sebagai seorang muslim, haruslah kita redha dengan ketentuan Qada' dan Qadar.
betul tak?

mengapa timbul soal redho,

analoginya mudah.

Faa, beberapa ketika dahulu, ada terjumpa satu besi panjang yang diukir cantik.
bukan faa yang punya, tapi faa ambil dan simpan.
kerana besi itu terlihat bagus.
bila dalam simpanan, rasa sayang sebab cantik. cuba pegang. ternyata besi itu tajam. Lalu tertusuk jari dan berdarah. kalau terus simpan, risau akan terluka lagi. Kemudian, faa terus letakkan besi tu di tempat asal. tak lama kemudian, ada orang jumpa besi tu dan dia ambil besi tu.

faa rasa sedih.Tapi kalau nak ikutkan, tu bukan hak faa. sesiapa  pun boleh ambil besi tu. dan faa sendiri yang letak balik besi tu ke tempat asal. even kalau orang tak ambil pun, faa still taknak ambik balik besi tu.
dia macam, sayang besi tu sebab bagus, tapi taknak pegang. 
cumanya, entahlah. hati ada rasa sedikit sedih mungkin kerana masih ada harapan.
harapan yang terlihat makin lama makin kabur dan terus terkubur.

pastilah,hanya analogi semata-mata.

Redha, dan lepas pergi apa yang bukan milik kita,
bukan hak kita.
bukan kita yang punya.
Qawiyy,
Demi Redha Allah.

 #np - Christina perry - Human.
1.23 am @ 8/11/14
kk1

Oct 25, 2014

kata hati - Awal muharam 1436 Hijrah dan kisah hidup sem 3

Bismillah walhamdulillah.

assalamualaikum wbt.


Rasanya dah lama tak update blog. ni pun secara ringkas nak cerita apa yang berlaku.

1- Alhamdulillah.. dah masuk tahun baru hijrah. semalam pergi picc dengan spi. dapat kenal sorang akak RA dan kawan-kawan baru la yang pasti.
2- Faa dah selamat pindah dekat kolej kediaman satu. macam faa cerita dulu kan nak interview jaksa sebab faa pun nak jalankan misi-misi tertentu dalam memburu pahala dan menghidupkan biah Quran dekat usim ni. Alhamdulillah dapat walaupun ada konflik-konflik dalaman sikit. so far alhamdulillah jaksa jaksa lain pun okay semuanya. sebilik dengan mahirah   :D sebilik ya sebilik.
3- dilamar untuk sertai sekretariat pusat islam. ayat dia dilamar ~ gituhh. haha. takde la. Dijemput oleh senior untuk pegang satu tugas sebagai biro akademik bagi spi. tambah pulak spi ni baru lagi di usim. Alhamdulillah, faa lihat ini sebagai satu peluang yang Allah bagi untuk faa sebarkan biah Quran tu. :)
4- Jadi kru mock trial. Asalnya nak try ujibakat jadi pelakon, sebab macam tak tau apa-apa pasal kru nih. ofkos laa tak terlibat langsung. Then ada senior invite untuk jadi ajk bawah beliau. fikir dua tiga kali, terima je la sebab macam best je..kita buat something untuk orang ramai nikmati. pementastan ni best. Faa suka~ :D
5- Hari tu pergi konsert siti dekat ukm. ditaja oleh HEP dan faa pergi dengan family pantun.Abang hadi lah pastinya~ abang hadi cakap 5hb nov ni ada program pantun dekat hep dengan budak sekolah. wehee~
6- hari tu spi ada buat program Qurban peringkat usim. seharian faa berlari-lari jugak laaa nak serve makanan etc. last-last memang letih tapi gembira bila dapat berbakti. ecewahh~ tapi spi ni memang best . :) tiap kali meeting pun ok laa, abang nuar semua sporting. abang kamil presiden. :) kitorang major cakap klate teganu je. oh ya, faa ajak muaz masuk sekali satu biro dengan faa. orang hebat-hebat ramai dalam spi tu. segan ana.
7-Pilihanraya slc ! haha. yang ni kelakar sangat. Faa try je la kan amek pengalaman cuba join election slc. bagi manifesto, tampal-tampal poster semua buat sendiri. :3 malas nak rekrut jentera. lepas tu ade gak timbul desas desus kerisauan manusia yang risaukan faa. nak tergelak pun ada. rasa terharu pun ada tapi rasa bersalah jugak sebab kita menyebabkan kerisauan pada manusia. Maafkan saya. terus, tak menang pun election tu. Allah akan bagi yang terbaik untuk hambaNya. stay cool~
8- Kes tertinggal ets. sedih bebenor den. terus pergi dubu-dubu untuk makan dan mengubat hati yang lara. try makan bulgogi dan sedap jugak la. kelakar bila ingat balik. hehe.memang kelakar laaaaaa tambah pulak dah lekat nama dubu-dubu dengan syira. budu-budu pun ada. haha. pastu dalam ets, jumpa uncle patrick. dia aktivis yang banyak bantu orang asli. Banyak Allah tunjuk suruh muhasabah ni..
9 - walimah kak nani ~ Alhamdulillah..selamat diijabkabulkan juga akhirnya kak nani dengan anas pada tanggal 18hb oct. selamat pengantin baru~ semoga bahagia ke anak cucu cicit semua ya. :)
10- beetalk. saja guna dan ya, jumpa sorang kawan dari indo yang birthday sama. FST namanya. haha. cuma dia tua 4 tahun dari faa. dia student master dekat universitas 11 maret, surakarta indo.
11- kak yati dengan abang mamun bagi sari ~ hari tu stay dekat rumah dia. pernah ajak mahi sekali pergi sana. diorang macam family faa sendiri. :) terharu juga ya. Alhamdulillah. apa lagi cerita ya? banyak betul hal yang berlaku dalam sem ni. siap boleh buat novel agaknya. hahaha.
12- gudluck adik-adik spm !
13- oh ya. hari tu naik bas catar. kena aniaya geram betul ! Nasib baik ada kak wan . survive la jugak masa raya haji tu. taknak dah naik bas catar tu. teruk sgt !
14- susah juga ya nak jaga hati dan perasaan. tapi orang kata lagi susah nak jaga solat subuh awal dan tahajjud secra istiqamah. :3

so sekarang ni faa dekat kk1 dah. Tak balik pun terengganu cuti midsem ni. dah jumpa bonda dekat rumah makyah hari tu so okay lah kot. cadangnya nak buat esaimen tapi tak terbuat pun. wuwuwuwu..nak menyesal pun takde guna. procrastinate dan faa berpisah tiada nih. dah la test midsem berderet-deret menanti. semoga segalanya baik-baik aja! :)


gambar semua dekat instagram : @cafeyyy

salam sayang~
faaizmir
cafe kk1 @ 25/10/2014@11.51am

Sep 8, 2014

Hari Pertama Kuliah sebagai Pelajar Sem 3

Bismillah.
Assalamualaikum wahai pembaca, apa khabar?
sihatkah?
*mood nak borak dua hala*

alhamdulillah,
Faa dah selamat daftar dekat kknc. kolej kediaman nilam court la nama penuhnya.
sampai pukul 5.30 pagi semalam (7hb/9)
pastu lepas daftar, dapatlah rumah dengan kak syerah , leha , wani (roommate).
tingkat 4 ya rumah kami. haha.

petang tu, abang am and kak hayati datang, kebetulan diorang nak beli karpet dekat nilai tiga. pastu faa ajak mahi skali pergi . hewhew~ kitorang borak banyak benda ilmiah. both sis and bro are ohsemm!

pagi ni, Alhamdulillah, berbalik pada tajuk di atas. first day kuliah went very well.
First start dengan fiqh muamalat. ustazah yasmin ajar. faa eksaited nak pergi kuliah so datang awal pagi jugak la, breakfast dekat cafe fsu tu~ ^^
pastu jumpa semua kawan-kawan sekuliah, senior-senior~ :)

rasa bahagia bila jumpa senior2 pastu semua lambai-lambai. haha.
awal pagi jumpa batchmates, jumpa kakak senior -kak hanis, kak mimi, kak farah, then terserempak dengan senior -  rahimi dekat cafe. lambai je la. rahimi is a great singer in le university.I like his voice. Merdu sangat ! pastu jumpa ramai gak rasanya. abang kamil, zaim,yang kelakar tu, pastu abang syahid dari jauh panggil nama faa sambil lambai-lambai. haha made my day ^^
yang pasti, jumpa Abang Wan Mier dengan Kak Wan Hani (faa Wan Eiz , diorang ni family WAN)
haha~

tu je kelas hari ni.
pastu balik dengan mahi naik bas.
btw, kknc best. :)

outfit of the day. Haha~