Dec 18, 2013

Denggi , untuk kesekian kalinya.

Assalamualaikum ,

dipendekkan cerita..
Last week, hari sabtu , 7/12/13 . ada English Proficiency test dekt usim ni. daripada pagi sampailah petang. pagi tu afiq bawak faa, kak farha dengan Asyfa pergi makan dekat kk1.
habis je test tu, balik terus tidur. kebetulan roomate tercinta, amirah ni pergi Putrajaya untuk video siyahi.
dan ya, pagi tu sebelum pergi test , dah rasa pening-pening. amy tolong picit kepala. ohh tak larat betul.
petang tu, bangun je daripada tido, rasa macam sakit seluruh badan. Kak Bie datang tanya faa ngigau ke apa sebab macam menangis. sebenarnya rasa sakit yang teramat. pastu kak Bie tolong urutkan belakang.

8/12/13 : Kak bie tanya dah okay ke belum. agak lah, tengahari tu rasa macam panas sangat. faa call ain suruh tolong belikan air 100+. pening sangat dan tak larat. haih. pastu kak bie bawak pergi klinik Sariah. dapat MC dua hari, isnin dan selasa :D sepatutnya hari selasa tu kena check darah. test sebab faa dikhuatiri demam denggi. suspek denggi.
ingat lagi fifi call dari jordan cakap,

"bagitau dekat doktor, tak yah nak suspek-suspek la. cakap terus kena denggi. ni bukan mahkamah nak suspek-suspek. " kuajaq. haha..

9-10/12/13 kelas, faa ada jugak datang kampus walaupun tengah mc.

seminggu demam on off. malas sangat nak pergi check darah. rasa pening camtu la. asyik pening dan rasa panas. makan memang tak lalu langsung. rasa macam makin kurus aku ni.

13/12/13

AO nasihatkan suruh pergi jumpa doktor sebab faa selalu sakit on off camtu. faa siap dah nak tido dah time tu, dia membebel dekat twitter suh pergi klinik. so ikut sajo nasihat vp tu. pergi HEP, check darah. masa tu tangan faa dah banyak bintik merah-merah. tanda denggi tu ada. --'
doktor jumpa faa je terus panggil pembantu doktor lain, semua pakat tengok tangan faa yang dah merah.

pastu suruh check darah. sakit jugak wehh~
kemain nurse tu cakap sebelum amek darah, yang faa memang dah positive denggi. faa pulak memang menidakkan. ala, rasa macam demam biasa je ni.
 dan ya,tengok-tengok, memang hasilnya positif denggi.  sebab platlet pun dah rendah sangat, 66 je.

doktor : "awak kena masuk wad ni, kritikal jugak awak ni. pilih, nak hospital seremban ke hospital serdang"
faa : "saya rasa saya okay je ni. tak payah masuk hospital boleh? lagipun banyak assignment ni. badan saya mcm sihat je ni." padahal teruk dah demam, cuma tak rasa sakit. haha
doktor : "mana boleh, platlet awak teruk jatuh ni. tak normal. 66 kena masuk wad."
faa : "normal berapa ?"
doktor : 145+ baru normal. ni dah separuh. awak nak ke, tiba-tiba keluar darah dari hidung, mata..nak mati ?"
faa : taknak la teruk camtu..T_T
doktor : "okay, masuk wad dekat hospital seremban ye.."

tapi..tak rasa sakit pun...
X_X

kena drip air (masa tu sebelah faa ada budak kos lain, dia nangis sebab sakit kot, sedangkan faa rilek je siap tanya doktor situ, bila nak siap.bosan kot,doktor suruh tido, tapi faa malu. haha.)


dan bila dah drip satu botol, sambung botol kedua, pastu
 faa dikejarkan ke Hospital Tunku Jaafar untuk rawatan lanjut. first time naik van ambulan usim. yang teruknya faa tak macam orang sakit pun. nasib baik pakcik ambulan sporting habis. siap bagi faa cas fon lagi dalam ambulan tu. , siap berhenti dekat sutera indah lagi untuk amek baju.terkejut kak bie tgk faa masuk rumah sambil pegang botol drip air tu dan tangan masih ada wayar dan jarum tercucuk. havoc kan? haha. so pergi la HTJ sorang-sorang..

dalam wad memang scary. doktor drip air lagi,dah tiga botol lebih.. jarum tu dah tercabut so darah dekat tangan faa terkeluar habis melalui tiub tu, basah tilam. tak perasan pulak tiub tu longgar. even air masuk je tapi darah still keluar. aihh. sakit pulak. dah la kiri kanan orang sakit, kena jahit muka bagai. pengalaman masuk wad kan.tiga kali kena amek darah. tak sampai sehari, faa mintak balik terus bila platlet dah naik lepas drip air. terus naik 100 lebih. patutnya kena tahan lagi tapi faa mintak jugak nak keluar. banyak assignment kot. haih..
masa tu nak maghrib dah. pakcik hep dah balik lama dah. doktor pun pelik macam mana faa nak balik, sorang2 pulak tu. nasib baik doktor indian tu baik..

so,amek teksi pergi stesen KTM seremban, balik naik ktm sorang-sorang. sedih pulak aku.
nasib baik ingat yang shafiq stay seremban. call dia tanya ktm arah mana. kalau tak sesat sorang-sorang kawe.
call mak, sporting je gelak gelak dengan aku. she knews that im strong enough to face all this. dont worry mum~
 balik hanin amek. ^^ pastu pergi furqan terus makan charkueytiaw yang teringin sangat tu.makan sorag-sorang. teruk betul. demam macam apa tah. alhamdulillah boleh survived sorang-sorang~

sebenarnya sakit kot. sakit kepala, sakit belakang habis tapi faa jenis tak suka rehat tido camtu je so gagahkan diri buat kerja yang bertimbun. sampai sekarang still sakit sebenarnya. tapi tahan je la. dah nak dekat exam ni. huhu.


ya, sakit tu penghapus dosa.
pasti banyak sangat dosa sampai tak tertanggung . tu yang Allah bagi sakit. biar hilang sikit dosa tu.
huhu.
yang pasti , bila sakit, baru kita nampak siapa yang betul boleh diharap.

satu perkara yang faa sendiri geram ,
dah tau kita sakit, gi membebel suruh makan ubat makan bagai.
padahal dah makanan dan ubat takde depan mata. apa kata tolong belikan. hailaa. -.-

manusia oh manusia. yang pasti, bila sakit tu kena pandai berdikari ah. kalau tak mati sorang-sorang aku,

yang pasti kak bie paling baik .

thanks kak bie. :)



sakit -.-








No comments:

Post a Comment