Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Nov 17, 2013

Rasa Bahagia dalam duka. Jiwang sekali dua kala~ Untuk awak..

Assalamualaikum.

Baru tukaq lagu untuk blog. malam ni malam jiwang sedunia. hahahaha. kalau rasa ada penyakit loya nak muntah mohon uols jangan la teruskan membaca. haihh.
faa tak tau pasal apa laaa semua orang duk habaq pasal nikah malam ni.
wolf ke, orang tua ke, miya, wani, semua laaa. normal kot. haha. malam ni rasa tenang. mungkin efek berjalan jauh luas pemandangan. ayat terbelit. abaikan. lol. :p

mohon tahu, disaat ini faa tidak punya calon untuk bernikah.
eh lupa, sudah punya, tapi tak tahu siapa.
boleh jadi dia, boleh jadi kamu, boleh jadi siapa-siapa. kerna jodoh itu dah ada. lalu untuk apa dikhuatirkan lagi?
sabar saja aku.
buat awak,dia, she, he, mereka semua dah jumpa la cinta mereka. dah ada suka siapa-siapa. dah dapat feedback daripada orang yang mereka suka. ada diantaranya sudah berjanji untuk saling hidup semati walau belum dikhitbah. ada mereka yang sudah saling mengenali bahkan sudah punya niat untuk menyatukan hidup yang dua.
tapi saya belum jumpa awak.
awak, siapa pun tak tau laaa. haihh. "hang sapa? awat maii lambat sangat datang jumpa cheq? "

maka jawab si jejaka : " saya pergi cari bekalan dunia dan akhirat untuk tanggung awak sampai syurga"

*cair, pengsan sesaat*

faa : 'kenapa lama sangat cari ? datang la awal2, kita boleh cari sama-sama kan?"

dia : mana boleh, awak kan bidadari saya. saya nak bagi yang terbaik untuk awak.

faa : "awak.. :') "



lol, ni skrip drama dalam novel faa. hahaha. mohon jangan gelak. buat awak, whoever u are, i will wait, until thousand years, no matter how long, no matter how far we are apart..trust me, i do ....
jiwang faa?
lantak pi la. blog faa. hahaha. bukan faa jiwang dengan pakwe pun kay? ni future husband.
senang, lepas kawen nnti faa bagi dia link blog je.

"abang baca je lah blog sy tu, sy nak tido." hahahaha. jiwang ke camni? luls. sorry FH (future husband)

kenapa faa kasar sangat?
haihh, biarlah. biar kasar dengan semua.
sebab lembut aku hanya di depan dia.
manja aku hanya bila bersama dia.
kerana yang istimewa itu semua untuk dia.
saya simpan semua untuk awak.
harap tiada yang kurang.


faa bukan la baik sangat.
faa tak kisah kalau dapat husband sama perangai macam faa. lagi gila-gila lagi bagus. kita boleh buat banyak benda bersama. kita boleh kongsi semua cerita tanpa bosan hingga tua.
kita boleh saling bergelak tawa tanpa duka.
boleh gaduh mesra tak kira masa.
sweet-sweet saya, hanya dengan abang :))
jahat kejam saya, saya buli orang lain. haha~
berbaloi juga faa jaga hati semata-mata untuk awak.
walaupun faa mudah suka orang, tapi faa tak layan perasaan tu. sebab faa nak bagi awak cinta high class. lol.
mohon terima saya seadanya. kalau rupa dan harta yang awak cari? awak bukan jodoh saya maybe. 
sebab saya tak lawa, saya tiada harta berjuta.
tapi, kalau awak sanggup terima saya seadanya, saya akan pastikan awak tak akan pernah berdoa untuk mendapatkan bidadari syurga selain saya.
dan saya akan pastikan awak tak akan rasa menyesal kerana punyai saya. dan saya akan pastikan awak akan selalu bahagia.
okay, ni ayat cliche.
hewhew :3 ala. Enchik Suami, awak siapa? :'(

Faa tak kisah kalau awak ada ramai kawan perempuan. sebab faa pun ada kawan lelaki. tapi faa akan pastikan semua kawan lelaki faa tahu yang hanya awak satu-satunya lelaki yang faa cintai dari dulu kini dan sampai syurga.. dan faa amat suka kalau awak buat benda yang serupa. haha :p
kata orang , kita akan dapat jodoh yang contra untuk saling melengkapi. dan kita akan ada banyak persamaan juga.
harapnya, apa yang baik itu lah ya awak?


awkward juga ya bila dah jiwang sorang-sorang ni.
FH nya tidak tahu siapa.
okay, rilek dulu ye awak. saya nak cari ilmu banyak-banyak.
mohon izinkan saya untuk berbakti pada keluarga dahulu,
kerna saya akan menghabiskan baki masa itu dengan awak. :D
wah gituu~

Faa sendiri tak faham apa yang faa cuba nak cakap ni. lagu ni kena dengan mood faa sekarang kot.
senyum sampai ke telinga bila fikir pasal FH. walaupun tak tahu siapa gerangannya, faa dah dapat bayangkan kebahagiaan yang bakal menjadi milik kita. <3

satu tugas berat awak nanti, even awak bukan hafizul Quran, saya nak awak guide saya untuk maintain kan hafazan saya. nanti boleh la kita masuk syurga sama-sama kan abang?

baiklah abang Unknown.

semoga bahagia di sebelah sana.

semoga akan tiba jua masanya. cepat atau lambat, tawakkal ilallah.
saya suka dia, FH saya.
walau saya tak lagi kenal, tapi dah terbit rasa sayang. dan saya akan terus menunggu.
dramatik seyh ayat. tapi betul. saya maksudkan. haha~

 ku Titipkan rindu pada angin, 
Moga Allah akan menyampaikannya tepat ke dalam hati insan yang bernama kekasih. walau siapapun dia, mohon Di jaga ya Allah.
Mohon dipermudahkan urusannya, mohon dikuatkan imannya.mohon bahagiakan dirinya. mohon dia dapat apa yang terbaik dalam hidupnya. :) mohon beri yang terbaik buat kami.mohon dapat dijaga dia dari fitnah-fitnah dunia.


ok dah, cukuplah sampai disini.
makin lama, makin berdebar rasa hati. mengapakah?
berdebar sangat. blushing.

kak bie : bakpo meroh muko farhana?
faa : ntah , panas kot bilikni kak bie.,hewhew.

dah la. cukup lah . nanti cair kat sini, camnaa nak uruskan hal LPQB esok.

tapi betul , rasa berdebar.

sebab cakap pasal soal hati, rasa seperti dia juga menyapa dengan angin rindu.

Allah , aku Cinta.

Kenangan Terindah. <3

faa pernah cakap dekat kawan faa,

" nanti lepas akad nikah, aku nak cubit pipi husband aku"

              "eh kenapa?"

"sebab dia datang lambat sangat. kenapa you dtaang lambat sangat ni? dah lama i tunggu tau !"

                         "haha kejam faa."

:haha~ gurau je lah. :p

video siyahi - KL tour 17/11/13




eh eh , rasa hati makin berdegup kencang.
Allahumma zawwijni zaujan solehan..Amin.
faaizmir,
18/11/13
1.15 am



Nov 14, 2013

Dua hari, bukan dua tahun.

Assalamualaikum..
havent post any entry yet for today kn..

faa, extremely got a lot of thing to share. tapi just nak simplify je lah.
Tak mampu nak tulis panjang,

letih, lelah, sedih, perit semua ada
tap hakikatnya hidup ini perlu diteruskan.
kerna tugas utama kita pembawa watak di pentas dunia.

semalam, 13hb kan ada majlis, program inspirational moment. ada something happened yesterday.
Secara kronologinya, faa kena buat video.
pastu, sebab ada few of people yang takde gambar. so faa macam relax la dulu, pagi semalam, lepas habis kelas madkhal faa pergi buat folio untuk kelab ko debat. peatu cepat-cepat pergi print
pukul 12.30, ada buku merah launching.
letih juga, sebab berpuasa, dahaga amat aku dek berjalan di bawah terik bahang mentari.
pukul 2, pergi bilik mooting. konon nak buat video. dan yakinnya aku mampu siapkan sebelum pukul 5.
dah separuh jalan, laptop tiba-tiba mati.
tunggu kejap, bukak balik tengok-tengok data semua lost.
sebal hati , faa try jugak buat. tapi slalu hang.
tengok-tengok dah pukul 7.40 , program start pukul 8.
ada sorang kakak suruh pergi dewan jugak.siap tak siap blakang kira.
i was like, ohmaii, habislah..kak iman datang and asked me either im okay or not.
and i was like, " no kak iman, jangan la datang sini.."
before that, kak syu came and asked, "ok video farhana?"
ohmaii :'( kak syu..
"jgn datang sini kak syu. "

sebak sangat. 
sebab pantang bagi aku kalau tak siapkan kerja. even last minute pun faa akan pastikan siap jugak.
tengok-tengok jadi macam tu. the moment kak iman datang, faa dah lost dah.
tangan habis terketar-ketar. baru start balik edit dari awal !
pastu tak tertahan , sorry kak iman.
termenangis pula disitu. 
oh lemahnyaa.
kenapa komputer, kenapa lappy, 
kenapa kau pun macam dia?
kenapa nak kecewakan kau disaat aku sayangkan kau gila2?
mahal tau beli kau ni wahai laptop. -.-'

pastu dengan mata yang still berair, pergi jumpa abang aizat and he asked me to ask zaim coz zaim was the  ketua pengarah.
Faa cakap dekat zaim, and zaim bagi je tak stunjuk lagi video.
pastu, pergi cafe, try jugak buat api hasilnya tak memuaskan. sebab faa tau faa boleh buat lagi baik.
so decided taknak buat.
off laptop.nangis lagi, lepas semua, sebab dah lama tahan. dah lama seksa diri.. macam orang bodoh.
atirah duk kat tepi , pujuk sambil cakap,

"Dah Allah takdirkan macam tu. kalau tak dari pukul 3 tu dah siap. kalau  Allah kata tak siap, pukul 10 karang pun takkan silap. bukan salah awak..sabar izmiraaa"

i was like, sabar lah ni tirah. thanks.. :')

pastu hazim datang, ajak faa masuk dewan. masuk-masuk tu, akak sorang ni tanya. 
"siap dah video?"
i said no, tak jadi tunjuk malam ni.
dia pun, macam menganjing , and asked, Ao mana Ao?
i .. terasanya..
"Ao tu sape kak?"
buat-buat lupa. sebab taknak terasa. keluar dewan terus faa lepas tu. hazim suruh masuk jugak tapi sorry , dah geram. stupid action, it was. mula depress sangat , pastu, masuk bilik slc dengan zaim and aj. buat mcm takde apa berlaku. cari artikel. malam tu, balik rumah, nyaris kena gigit dengan anjing.

spoil kan? dugaan hidup it was. tapi sekarang, sedih ada , sebak pun ada. rindu dekat kenangan lama.
rindu nas, rindu ain. rindu semua.
rindu juga budak tu. first time jumpa , dah banyak memori kita dicipta bersama.
even kau kawan aku.
tapi kan aku dah sayang kau macam abang.
macam kakak.
faa ingat lagi, dia cakap,
"aku takut kehilangan kau."
tapi kau yang tinggal aku!. =.='

tadi cerita dekat munirah pasal feeling.sedih juga, sebab mula rindu kenangan lama. kenangan yang menghiris hati dan tak lupa kenangan yang mengundang tawa.
 :')

terima kasih sebab pernah singgah dlaam hidup aku walau sekejap cuma. walau hanya mencipta kenangan.
at least, kanvas kehidupan aku dapat diwarnakan dengan warna pelbagai.



but yes, im afraid to create another memories. even dgn tlb9, or azim aj, or lawsoc's family..kak iman , orang tua and azhar. takut juga sebenarnya nak rapat . takut kalau dah tak rapat macam dulu, terus aku rindu.
dan lagi perit jika dia langsung tak merindui aku.
even sebagai kawan.
sebab bagi aku, kawan is half of my family is it? Allahu , moga dibersihkan semua kecelaruan ini.
moga ditabahkan hati yang rapuh.
moga diberikan jiwa yang teguh.
di saat mereka sudah punya teman jiwa sehidup semati. aku belum jumpa lagi. what for? 
bila sampai masa, ada jodoh, jumpa lah.

lagi banyak aku ketawa, sebenarnya lagi kuat jiwa menderita.cuma aku cuba kikis derita biar jadi bahagia. melihat manusia ketawa bikin aku malah ikutan ketawa. 


kerana..
aku adalah aku.
kalau begini kau lihat aku di depan, begini juga aku di belakangmu.
buat apa aku berpura-pura,
sedang hidup ini aku yang rasa.
dah tak mahu aku kecewa.
aku bukan tak mahu cerita,
cuma..
tak mahu kau menderita tanpa punca yang solid.
biar kita kongsi bahagia, jangan kongsi derita.
dah seminggu macam ni. 
duhai hati..
Allah, mohon ampunkan aku.

*kesat air mata*



hey, aku kuat ah.

faaizmir,
2.38 pm.
15/11/13

Nov 3, 2013

kata hati -random




sepatutnya ni letak dekat entri sebelumnya. malas nak edit.

harimau~
Salam.

living in this world nowadays... sigh
seriously aku takut menghadapi manusia.
freakin. histeria
bila mana yang jahat itu bermaharajalela.
lantas dihipnosis segala kebaikan biar makin pudar.
sungguh, syaitan durjana itu sangat pintar dalam menghasut dunia.

 orite then, faa actually nak mention dekat sini yang day by day rasa seram pulak bila hadap perangai manusia. i'm a person yang tak suka menyibuk hal orang. tapi i still take care of my friends. kalau diorang sakit ke apa ke, i tolong. tapi lately seriously menyampah dengan orang yang suka menyibuk hal orang, yang suka memaksa. camtu.. then i dont know la. i hate this type of homosapien.engkau, kan dah rojak buah dah aku cakap ni. bukan apa la kan. hidup ni sekali je. tak suk ala dipaksa-paksa. nanti aku buat kerana dipaksa.bukan kerana aku yang suka.bukan kerana ikhlasnya kita. macam mana nak dapat pahala ikhlas kalau dah terpaksa kan?

sekejap.
balik rumah ni, actually tak banyak buat benda sangat. selain bersihkan rumah kiki, aku try edit video. susah juga ya. idea tak datang so tak reti ah. besides.. cuba melembutkan diri.
kadang-kadang bergelak sakan dengan asyfa dan kak farha sambil tiru gaya maknyah gittew~

maaf ye maknyah sekalian.takde niat nak kutuk. mak gurau je jiii..

hmm. lately, ada je orang yang tak puas hati dengan aku . manusia, biasa lah tu. nak mengutuk apa semua itu biasa. tapi bagi faa, i dont care.. tak suka, aku cuba ubah apa yang patut. tp bila dia over, haa lantak kau lah jemah oi. takdenye aku nak kisah. asalkan kau bahagia gituu~
ada pulak faa jumpa spesis manusia sama dari tempat yang sama. menyampah pulak tengok depa. tapi takpe, asal dia bahagia jugaaa~
cuma ye lah, sekarang dah takut dengan manusia yang macam tu. better mendiamkan diri. kepoh dengan orang tertentu je la kan.
jangan tanya kenapa aku suka bersendirian. bukan gila, tapi lagi tenang, hati lagi senang. sedih apa sendiri? Allah kan ada. wat rilek suda!

sekian,
kak miah jemah.

ohmaii. haha. tergelak bila baca balik. seriously ini post bertemakah nyahh giteww. geram mak. lol.
jangan khuatir..aku bukan seperti ini di alam realiti. jauh panggang daripada api. faa still seorang gadis yang sopan tapi tegas. :D

nak secret recipe!
tapi takde yang boleh tolong belikan. but then petang ni ada date dengan amirah dkt SR. ya alhamdulillah dech. :)
ni , gambar edit untuk lawsoc. suka-suka aja~

promotion team

ni try edit. model2 lawsoc~

kiki dah sihat! see?

boleh pulak nak tido 

kaki yang dulu berulat. dah ok laa sikit

makan~

dia tak makan wayar tu. jgn bimbang.

yang ni header yang lama punya. dah tukar~

DSAI ! jumpa dekat parlimen hari tu.

ala senget. malas nak baiki.

TL9

PARLIMEN~




itu saja~
masih bercuti di home sweet home.

assalamualaikum~