Nov 9, 2013

Tak tahu nak bagi tajuk apa. oh, ini diari semalam.

assalamualaikum~

semalam, setibanya faa di nilai dari terengganu di awal subuh, balik Si terus fa siap2 untuk pergi serdang.
appoinment mata yang seharusnya minggu lepas2 dioperate tp ditangguhkan.

ya, seorang diri kesana. agak la letih.
ramai sgt orang dekat hospital tu.

giliran saya?
ohh, 6009.
selang 68 orang. -.-
 sampai-sampai doktor tak bagi operate lagi.takut nanti berparut begitu dan begini. so , redha je laa.
letih pun hadoo.
geram sampai berair mata. letih kot. travel jauh dua hari tu.
sabar je lah den.

kebetulan tengah chat dengan sorang VP dekat fb. faa cakap nak gi Midvalley,, ye la, alang-alang dah pergi jauh. orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..gitu~
pastu. tunggu lama pulak lahaii KTM. sangat kelakar bila sorang-sorang pergi jalan-jalan dekat midvalley tu.
muka dah la tak pakai bedak apa langsung dengan pucat sangat-sangat sebab drained.
-.-
sangat teruk kau faa. dah la jalan sorang-sorang. maiq pun cakap, bahayaaa org perempuan jalan sorang2, ingat KL x bahaya ke?
orang tua pun nasihat dkt faa, hati-hati~ woah kelas gitu . camne nak berhati2? mungkin kena bawak M16 M18 gi KL lain kali? haha~




sangat teruk sebab jalan dengan muka yang pucat. heh pergi solat zohor dekat floor atas tu..
pastu faa masuk toilet, makeup kan diri sendiri. haha~ nasib bawak makeup 24 jam dlm handbag tu.
then,
keluar toilet , rasa macam mati hidup balik.
alhamdulillah. :D solat bagi tenaga dalaman.
makeup luaran kot. takde laa makeup mcm miss world tu. tapi boleh la. entah entah. haha :D
makeup tu , menyebabkan muka hodoh faa bertukar jadi lain. cewah. gitu ~ apa? inagt model-model tu je ke lawa? aku pun boleh jugak. haha
lebih kurang la kan? drawing from mah.lol



orang tua , beliau suggest faa tegok THOR. pastu entah kenapa depan kaunter tiket tu, faa terus pergi cakap, nak tiket highland tower.mungkin sebab terpengaruh dengan jualan tiket highland tower yang begitu laris? agak lah kan.
kemudian, jalan-jalan pergi daiso dgn pet world. memang dua tu kedai wajib ziarah kalau pergi Mid. haha.
masa jalan-jalan tu, teringat balik saat first time pergi mid sorang-sorang. krisis betul . sebak pulak hati mengenangkan sejarah silam. :( kalau masa tu sorang-sorang tengok citer tower yang korea tu, ni tengok tower jugak. okay, tower kali kedua.
:'(

pastu, masuk cinema 17, seat A03, so senang je laa nak cari. A01 dengan A02 tu lelaki remaja cina. mungkin dia lagi muda daripada faa, kot.
faa nak lalu tapi budak dua orang tu duduk berlunjur kaki. tengok dialog kitorang.

Faa : err, excuse me.
A01 : Eh sorry..

A02 tak perasan kot.

faa : urmm.. *takleh lalu sebab A02 tak alih kaki,

A01 : hey, tu excuse me la. *Sambil tunjuk kat faa.
A02 : eh ok2..*Alih kaki

dalam hati rasa nak gelak. haha. boleh pulak excuse me camtu. haiyaa. macam awkward sebab duduk sebelah diorang. dah la diorang cakap cina sepatah haram faa tak faham. ohsemm ohsemm. hati kata, takpe faa, ni practice nanti kau nak kawen dengan chinese kan..haha. nasib laa cinema tu gelap and kerusi dalam cinema tu luas. takde la tersentuh bahu or apa ke. fuhhh~
muka faa dah merah dah. malu . -.-

sebelah nasib perempuan dengan bf dia or tunang dia or husband dia tah.

cerita highland tower start. takde la takut sangat, maybe sebab faa selalu dah tengok cie hantu korea , so yang tu lagi scary, highland tower ni..biasa je la. macam cerita lawak pun ada. genre dia bukan seram, tapi lawak ok. ada scene yang macam menakutkan tu, orang ramai jerit . perempuan tepi faa pegang tangan laki dia. yang laki pulak dok usik pompuan tu. apa yang takut aku pun tak tahu. okay, faa hati kering. sebab tu tak takut. budak cina tepi faa? siap tutup muka dengan topi dia. tak tau la takut tido kot. hahhaha. tergelak2 faa tengok diorang. haihh.
lawak pun ada.
pastu keluar daripada Mid, pergi naik ktm and balik. dalam ktm tu, jumpa sorang sindrom down girl. chinese.
tapi at least dia boleh je hidup berdikari even macam cacat camtu. siap baca buku lagi. faa punya la malas nak baca buku. haihh.pening kepala kalau baca dalam keadaan bergerak.

insaf seketika..

pastu, balik-balik , exhausted. letih bakhangggg !

assignments dan exams menanti.

eh, hai orang tua. haha~


hearts,
FaaIzmir
9/11/13
7.09 pm


Nov 5, 2013

Rindu,tapi tak nak pergi sekolah.



Assalamualaikum..

rindu >.<''
heyhey..rindu sape ?
ni haa, rindu budak-budak imtiaz. junior-junior.
rasa macam dah lama tak pergi sekolah. sape tak rindu kan? terutama sekali usrah tu.
sebab, budak-budak lain dengan faa dah makin hambar. GT6 yang dulu macam sporting sekarang dah hambar.
GUA7@jilul mansyud yang dulu rapat umpama family besar pun sekarang dah hambar.
sekarang, dengan usrah pun makin lama makin hambar. sebab?








semua dah ada cikgu baru..
semua dah ada senior lain. (T.T)
malahan, kawan yang dulu rapat pun sekarang dah hambar. Apa maksud hambar? Hambar ni, maksud dia, macam dah tawar. ukhuwah tu dah tak serapat dulu. kalau dulu , selalu contact each other, selalu tanya khabar. hari-hari mesej ke apa ke, sekarang dah kurang. bukan setakat kurang, dah tak contact terus. dulu kalau jumpa je excited, sekarang kalau berselisih bahu pun dah buat tak tahu. tiada yang rindu kita, tiada yang ingat. *Sobss :(( * selalunya memang macam ni. takpe, sebab semua busy. takpe, sebab semua sibuk dengan exam. mereka exam, faa pun exam. tak mengapa.

tapi agak terkilan. ya, sekarang cuti seminggu. esok dah nak balik ke usim. tapi tak berkesempatan nak pergi sekolah. tak sempat. tambah pulak rasa malu dah nak pergi sekolah. kalau dulu selalu excited nak pergi sekolah sebab budak-budak pun suruh pergi. sekarang dah rasa macam angin.Malu.. kalau pergi pun takde sape yang peduli. macam tiada tarikan untuk ke sana lagi. betul la apa yang kawan-kawan seangkatan cakap.. tak payah buat baik sangat dekat budak-budak ni. sebab manusia, once diorang dah tak dapat apa-apa benefit daripada kita or once diorang jumpa orang lain, diorang takkan ingat kita dah. betul jugak. tambah pulak faa memang senang nak jeles. jeles ohh dia dapat markah tinggi !
*jeles baik* haha~

tapi hakikatnya macam tu la..even orang selalu lupakan faa. tapi faa selalu ingat mereka. faa selalu rindu walaupun hakikatnya tak perlu rindu dah kot. satu benda yang faa perasan, dari dulu sampai sekarang, kalau faa gaduh ke apa ke,walau seteruk mana pun, faa tetap akan contact balik orang tu.Faa akan kawan macam biasa, mesra macam biasa walaupun diorang dah pecahkan hati faa *instead of perkataan hancur* . Faa memang macam tu. kalau faa sakit hati sangat, contoh kalau orang baling batu dekat faa, faa tak suka baling batu balik. faa akan diamkan je a akan rendam hati ni sampai sejuk sendiri. dah selalu jugak kena . tapi chill je la. memang selalunya, orang yang stop contact faa. kinda like, faa orang yang mudah dilupakan.
haha :')

tapi, sikit pun tak menyesal. at least mereka sudi jugak singgah sekejap dalam hidup faa. tu pun dah cukup baik. lagipun, memang hidup ni macam tu. atau mungkinkah kisah hidup faa yang macam tu? that  is the colour of life lah kan.. macam entry2 faa sebelum ni, faa dah cakap yang faa sayang sangat dekat kawan-kawan faa.
even kita pernah bergaduh dulu. thanks for being my friends. thanks for all the sweet memories. selalunya yang menyedihkan tu faa taknak ingat.



oh ya..minggu ni rindu sangat dekat usrah..
qifa ada contact faa hari tu. tapi macam biasa la, faa tak boleh text dengan qifa. sebab cara dia cakap tak sama dengan cara dia text. pastu ada conflict sikit qifa ni. dia buat status psl apa tah.pstu kawan-kawan dia perli dia. faa backup la qifa kan, tapi secara berdalih sebab faa taknak nanti kawan dia perli dia sebab faa backup dia. mungkin dia terasa dengan faa kot sbb tak backup terang-terang. sorry dik..-.-
abg long pulak..i know he is too busy. few days ago dia mesej faa. dalam hati rasa mcm , "ingat jugak dia kat aku.."
pastu rupanya dia nak mintak tolong faa send notes dekat kak long.
okay, ni spoil. baru rasa gembira sebab ingatkan mereka ingat dekat kita. rupanya mesej semata-mata nak cakap tu je.kaklong pulak? entahla. :( semua busy . sabarlah faa.. ^^V

urm..
*menangis dalam blanket*



nak kata tersangat rindu, sampai terbawa dalam mimpi. yup, malam tadi faa mimpi mereka. mimpi usrah. lol. nak tergelak pun ada. it's like this.diorang minta faa datang ke sekolah pukul dua petang. faa sampai sana pukul 1 petang. sejam lebih awal. tunggu punya tunggu, pukul 6 pun diorang tak turun-turun jumpa faa lagi. pastu, faa tunggu lagi, sampai pukul 8 malam. diorang datang jumpa, suruh faa ajar diorang cara nak jawab exam.maybe sebab hari ni realitinya mereka exam. pastu, faa ajar . dalam setengah jam, lepas habis ajar tu. diorag pergi camtu je. abglong dengan kaklong. tak ucap terima kasih apa pun. cum qifa je ucap erima kasih and senyum. at least, tercalar hati kakyong. lol. it was just a dream. tak perlu sensitif sangat kot. tapi sedar daripada mimpi tu, terus terdiam. yupp, sedih.

menanggung rindu pada orang-orang yang kita percaya lebih perit daripada bergaduh dengan seorang musuh. Mungkin kalau dibelasah pun tak akan sesakit ini? mungkin..

tak apa, kalau mereka ingat, lambat laun, mereka akan hubungi kita jua.
dan aku, akan setia menunggu hingga saat itu.

N/P : thousand years by Christina Perry.



faaizmir
12.02 pm/ 6.11.13
homesweethome






Nov 3, 2013

kata hati -random




sepatutnya ni letak dekat entri sebelumnya. malas nak edit.

harimau~
Salam.

living in this world nowadays... sigh
seriously aku takut menghadapi manusia.
freakin. histeria
bila mana yang jahat itu bermaharajalela.
lantas dihipnosis segala kebaikan biar makin pudar.
sungguh, syaitan durjana itu sangat pintar dalam menghasut dunia.

 orite then, faa actually nak mention dekat sini yang day by day rasa seram pulak bila hadap perangai manusia. i'm a person yang tak suka menyibuk hal orang. tapi i still take care of my friends. kalau diorang sakit ke apa ke, i tolong. tapi lately seriously menyampah dengan orang yang suka menyibuk hal orang, yang suka memaksa. camtu.. then i dont know la. i hate this type of homosapien.engkau, kan dah rojak buah dah aku cakap ni. bukan apa la kan. hidup ni sekali je. tak suk ala dipaksa-paksa. nanti aku buat kerana dipaksa.bukan kerana aku yang suka.bukan kerana ikhlasnya kita. macam mana nak dapat pahala ikhlas kalau dah terpaksa kan?

sekejap.
balik rumah ni, actually tak banyak buat benda sangat. selain bersihkan rumah kiki, aku try edit video. susah juga ya. idea tak datang so tak reti ah. besides.. cuba melembutkan diri.
kadang-kadang bergelak sakan dengan asyfa dan kak farha sambil tiru gaya maknyah gittew~

maaf ye maknyah sekalian.takde niat nak kutuk. mak gurau je jiii..

hmm. lately, ada je orang yang tak puas hati dengan aku . manusia, biasa lah tu. nak mengutuk apa semua itu biasa. tapi bagi faa, i dont care.. tak suka, aku cuba ubah apa yang patut. tp bila dia over, haa lantak kau lah jemah oi. takdenye aku nak kisah. asalkan kau bahagia gituu~
ada pulak faa jumpa spesis manusia sama dari tempat yang sama. menyampah pulak tengok depa. tapi takpe, asal dia bahagia jugaaa~
cuma ye lah, sekarang dah takut dengan manusia yang macam tu. better mendiamkan diri. kepoh dengan orang tertentu je la kan.
jangan tanya kenapa aku suka bersendirian. bukan gila, tapi lagi tenang, hati lagi senang. sedih apa sendiri? Allah kan ada. wat rilek suda!

sekian,
kak miah jemah.

ohmaii. haha. tergelak bila baca balik. seriously ini post bertemakah nyahh giteww. geram mak. lol.
jangan khuatir..aku bukan seperti ini di alam realiti. jauh panggang daripada api. faa still seorang gadis yang sopan tapi tegas. :D

nak secret recipe!
tapi takde yang boleh tolong belikan. but then petang ni ada date dengan amirah dkt SR. ya alhamdulillah dech. :)
ni , gambar edit untuk lawsoc. suka-suka aja~

promotion team

ni try edit. model2 lawsoc~

kiki dah sihat! see?

boleh pulak nak tido 

kaki yang dulu berulat. dah ok laa sikit

makan~

dia tak makan wayar tu. jgn bimbang.

yang ni header yang lama punya. dah tukar~

DSAI ! jumpa dekat parlimen hari tu.

ala senget. malas nak baiki.

TL9

PARLIMEN~




itu saja~
masih bercuti di home sweet home.

assalamualaikum~