Aug 18, 2014

Flashback : Kolej Mawar UITM Shah Alam

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum ~

ihsan : pakcik gugel

kebetulan ada adik comel yang request nak tahu pasal kolej mawar, so here i am, flashback balik kolej mawar ni. Dah dua tahun tinggal kolej mawar. tu pun stay situ masa asasi undang-undang dulu. (sila rujuk entri-entri lama kalau rajin). Hai adik-adik semua yang curios kerius keries nak tahu pasal kolej mawar!

dedikasi khas buat Afaf syahira dan adik-adik yang nak kenal dan bakal menghuni kolej Mawar. Jom travel kolej mawar secara imaginasi. okay pejam mata semuaaaa.. (tapi kalau pejam mata macam mana nak baca entri ni ye dak? alahai~ XD )

pertamanya, kolej mawar ni ada dua pintu. satu pintu pagar utama (dekat dengan gate belakang uitm berhadapan dengan KFC/PIZZA HUT seksyen 7 dan satu lagi dekat Dataran Cendekia. apakah itu dataran cendekia? orang panggil DC. tempat beli makanan. dekat DC ni ada kiosk dan kedai-kedai yang jual nasik, jual air, jual burger, yong taufu,ice blended dan macam2 lagi. rindunyaa kedai jual air yang ada burger sedap dekat tepi tu.akak ingat lagi, bila balik daripada FUU, mesti akan singgah dekat kedai nasik yang dekat dengar arah surau kolej melati tu. dan dekat DC jugak ada ATM bank Islam. boleh la amek duit dekat situ ye adik-adik.sangat dekat. DC ni pusat tumpuan orang ramai nak beli makanan. so kalau time lunch hour atau dekat-dekat nak maghrib tu memang berebut-berebut beli makanan itu perkara biasa. lepas tu kadang-kadang ada jugak booth macam baazar dekat DC tu. ada jual tudung, jual baju murah-murah dan banyak lagi.koleksi tudung akak bertambah sebab selalu beli dekat situ.RM10 pun dah boleh dapat.sukaaaa~

cukuplah pasal DC. dah keluar topik pulak ni. Okay adik-adik yang otak masih mengembara dekat DC tu. dah dah..meh beratur dekat luar pintu pagar kecik ni meh. kita dah nak masuk dalam kolej mawar ni. haha (bayangkan ramai-ramai beratur dekat pintu belakang mawar. pintu pagar kecik je. macam pintu pagar rumah. hoho. angkat tangan ke bahu semuaaaaaa !)

Selamat melangkah ke kolej Mawar ! ^^ *palu kompang*

perkara yang mula-mula kita akan nampak bila melangkah masuk ialah stage atau lebih dikenali sebagai pondok depan kantin mawar. stage tu tempat kalau ada program apa-apa , buat dekat situ la. Akak dulu waktu asasi, masa minggu pertama kuliah, ada program karnival mawar apa tah, kena berlakon teater dengan tiga lagi kawan lain diketuai oleh kak Adibah, juara Da'ie musim pertama tu. akak jadi lawyer dalam teater tu. pakai kasut licin, nasib baik tak jatuh tergelincir masa nak naik tangga. *gelak sambil angkat kening* bila masuk dari pintu pagar tadi, belah kanan stage, belah kiri kantin.
kantin ni orang tak jual makanan pun dulu sebab katanya DC  dah ada, takut tak laku. tapi selalu je ada pc fair dalam kantin tu. Nanti korang MDS (minggu destini siswa @orientasi) biasanya korang akan makan dalam kantin tu. makanan free untuk seminggu~

jalan ke depan lagi, akan ada empat kedai. tiga kedai komputer dan fotostet , dan satu koperasi mawar.biasanya nak fotostet, print, nak laminate memang semua dekat situ. koperasi mawar best ! cashier dia dulu ada seorang ane (abang) ni. akak selalu borak dengan ane tu. peramah orangnya. kenapa akak kata koperasi ni best? sebab koperasi ni kecik sangat tapi barang dalam tu sangat lah banyak. awak nak apa? makanan? alatan mandi? alat tulis? majalah? mangga kunci pintu? minyak cap kapak? panadol? mangkuk pinggan baldi adaa cawan sudu garpu adaa mop lantai penyapu semua adaaa! whiskas pun ada! (pencinta kucing macam akak suka laaa. hoho) ok dah la tu. nanti korang masuk korang beli la banyak-banyak dekat koop tu.

baiklah adik-adik. meh masuk lebih dekat dalam asrama terchenta ni. lepas koop tu, (kita tengah jalan atas laluan berbumbung tau) ada macam ruangan masuk ke bangunan. oh akak tak ingat ada berapa block. =.='' tapi macam ni la, ada dua bangunan besar. satu untuk budak-budak asasi (tapi ada je senior-senior degree stay situ) dan satu lagi special untuk budak-budak degree. bila masuk situ, belah kanan bangunan untuk asasi (blok 1A dan 1B), ada empat tingkat je. Belah kiri asrama budak degree.(Blok 2A dan 2B). yang asasi punya sebilik empat orang, luas. dalam tu ada loker slim tinggi, ada almari belajar,ada katil, ada rak buku dan ada lampu study berserta empat plug untuk seorang. heaven kan? tak payah nak berebut~ disebabkan entri ni khusus untuk awak-awak yang nak masuk degree, tak perlu lah cerita panjang lebar pasal block bebudak asasi ni, nanti korang travel sndiri lah ye?

sebelum tu, masa masuk lepas koop tadi, dekat bawah ni ada banyak kerusi-kerusi kecik yang ada empat kerusi melekat dekat satu meja ala-ala kerusi mekdi tu. akak boikot mekdi, harap maklum. 
lepas tu ada dua gazebo besar dekat situ. selalunya orang study dekat area ni, sebab wifi laju.lepas tu dekat gazebo ada kipas, ada plug pulak tu. heaven kan? heaven sangat.. *nanges sambil senyum*
kalau jalan straight ikut gajah menyusur (laluan berbumbung) tu, akan jumpa pejabat kolej mawar. nanti nak daftar, nak bayar denda bilik bersepah (haha) dan segala urusan kolej, boleh la bayar dekat situ. dekat pejabat ada TV uols, selalunya kami tengok tv dekat bawah tu la. *capai remote, on tv. ok adik-adik rehat jap, jom tengok tv ramai-ramai*

*letih. tarik nafas jap.

ok, cukuplah berangan tengah tengok tv. meh kita jelajah bilik-bilik korang pulak ye. untuk block pelajar degree, satu bilik ada dua orang je. bilik dia, dua kali ganda lagi kecik lah daripada bilik asasi. tapi not bad la. not bad, trust me. :) blok degree ni ada lif tau. ada enam lif tak silap dekat tengah-tengah tu. bayangkan waktu ramadhan tahun 2012, akak stay sekejap dekat blok tu. masa pukul 10 malam lepas terawih, nak naik bilik, lif rosak. dah la akak sorang-sorang. lepas tu bunyi lif turun (lif rosak tu) bila lif tu terbukak, tak sempat nak masuk, terus dia tertutup, lepas tu terbukak balik. bukak tutup -bukak tutup. scary sangat macam dalam drama seram. akak terus lari naik ikut tangga. (haha penakut gituhh) lepas tu tandas dekat luar ye adik-adik. macam asrama dulu-dulu la. kalau bangun pukul 2, 3 pagi..kalau rasa takut, ajaklah kawan teman. sebab ye la, bila dah nama asrama ni, dekat mana-mana pun ada je makhluk lain. akak selalu je alami benda mistik ni. (dah macam beef steak bunyinya)cuma ingatlah, jangan buat bising, jangan over gelak ketawa, kena jaga kebersihan. Insya Allah kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Ingat pesan akak ni ye.  sebabnya sebelum ni ada je kes-kes histeria berlaku sebab penghuni tak dengar nasihat akak-akak. baca ayat qursi bebanyak.

lepas tu, tong sampah disediakan dekat dengan tandas, jangan risau. mesin basuh yang guna duit syiling tu pun disediakan. ampaian semua ada.cuma iron dengan heater tak disediakan, korang kena bawak sendiri atau share-share dengan kawan pun boleh. :) pandai-pandai lah korang hidup ye. lagi satu , kolejmawar ni bersambung antara satu sama lain tau. nanti dah masuk, first skali yang korang kena buat...jelajah la dulu semua bangunan-bangunan dekat mawar tu. kalau blok asasi , blok A bersambung dengan blok degree dekat tingkat satu, area study. apa itu area study budak-budak asasi? nanti travel la sendiri. best area tu, ada meja bulat besar, ada kerusi mekdi tadi. hoho. diharap kalian akan travel segenap pelusuk blok tu tau. sebab kalau tak, jadi macam akak dulu..sesat ! hohoho~ nasib baik masa tu sesuka hati je nak jalan-jalan sebab boring. blok-blok ni macam ada berliku-liku sikit. so agaklah kesesatan itu boleh berlaku. semoga adik-adik dapat kembali ke jalan yang lurus. kalau tak jumpa jalan, kena ingat nombor bilik. kalau sesat jugak, turun je ikut tangga sampai lah tangga terbawah. kalau masih sesat? tanya la orang yang adik jumpa. tapi malu la sikit. maluuuu !  HAHA.

oh ye, dekat tepi koperasi, belah belakang sikit, ada surau mawar. surau ni pun best jugak. boleh solat berjemaah sama-sama dekat surau. :) kolej mawar ni ada curfew. adik-adik kena masuk dalam kolej sebelum pukul 12 pagi. kalau tak kena tahan dengan pakgad. ada yang tak dibenarkan masuk tau. jangan lupa bawak kad matrik kalau nak keluar pergi kfc ke apa ke~

serba sedikit tentang kolej mawar. okey adik-adik, sedikit perkongsian terakhir, adik-adik memang tak akan lapar dan tak akan menderita la kalau duduk dekat kolej mawar ni. (melainkan menderita kalau takde duit di hujung bulan) Sebabnya? pintu belakang uitm tu sangat dekat untuk adik-adik keluar ke seksyen 7, kawasan industri banyak kedai. ada Jakel dan segala butik baju bagai, ada kfc , ada pizza, ada berlambak-lambak restoran, secret recipe, domino, subway dan banyak lagi. Dekat jugak dengan Giant, kalau jalan kaki jauh sikit, boleh sampai dekat I-City. jalan kaki sajo~ akak pernah sambut tahun baru dekat I-city dengan kawan akak dulu. jalan kaki je la. tempat makan kitorangselalu pergi ialah ~~~~ Restoran Barra ! restoran ni boleh tahan la sedap dia. mamak-mamak juga yang masa. try la rasa nan cheese kat situ. sedap! ^^ lepas tu boleh puji Nasi Ayam penyet dekat Wong Solo *ni nama kedai tau* dengan Ayam Penyet Warisan. sedap sangat~ *rindunyaa T_T*

 lepas tu kalau tak cukup dekat seksyen 7, adik-adik boleh amek bas dekat pondok bas DC, pergi seksyen 2. dekat seksyen dua ada food court. akak selalu jugak makan abc coklat dekat situ, dekat kedai jual air dekat dengan tangga, dekat dengan stall uncle bob.(cari jangan tak cari nanti) makanan dekat situ boleh tahan la harga dia. pastu belakang area seksyen 7 tu ada jugak restoran-restoran lain.

kalau tak puas jugak makan dekat situ.. (berapa banyak adik nak makan ni? :3) dari seksyen dua tu adik boleh naik bas, pergi dekat pusat bandar shah alam. dekat situ ada kompleks pkns, SACC mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam. boleh la nak jalan-jalan waktu hujung minggu ke apa ke kan. akak pun selalu jalan-jalan kat pusat bandar tu.main bowling etc2 sekadar menghilangkan stress. area PKNS banyak restoran sedap an harga standard. kalau dekat SACC restoran-restoran yang harga boleh tahan mahal la untuk kita yang bertaraf student ni. haha. tapi ok la kalau nak makan dekat noodle station, big Apple semua tu ade je dekat SACC. kat sini takde cinema. kalau nak tengok movie, akak biasanya pergi Midvalley. naik KTM je. nanti korang pepandailah survey the rest okeh?

ha, ni kan dah hampir satu shah alam dah kita travel ni. kemainn tajuk kolej mawar sajo. sampai sacc dah ni. haha. jom balik.
demi adik-adik, rela ku menaip dekat satu jam ni. eheh. maka itulah sedikit sebanya mengenai kolej mawar. best tau kolej ni. rindu sangat..

pesanan penaja : tahniah kepada adik-adik yang dapat sambung pelajaran dekat UITM dan dapat pula duduk dekat kolej mawar ni. jangan lupa sertai aktiviti-aktiviti kolej untuk kumpul mata ganjaran (tak ingat nama) yang melayakkan adik-adik untuk terus dapat kolej untuk tahun kedua dan seterusnya. kalau tak dapat kolej, menyewa di luar la kalian~

sekian saja untuk perkongsian dan jelajah alam maya ini.ok adik-adik, berhentilah berangan berimaginasi tentang kolej mawar dan ayuhlah pulanglah semua ke jasad kalian yang masih berada di depan skrin. sengaja taknak share gambar, biar nanti korang boleh travel sendiri dan lihat sendiri satu-satu apa itu Barra, apa itu kerusi mekdi, koperasi mawar yang best dan semua yang akak cerita di atas. setakat ni je yang akak boleh kongsi dan bawa adik-adik berimaginasi bersama-sama. baii~ fi aamanillah ! *hug,xoxo*

Selamat melangkah ke alam ijazah. :)

your tour guide,
faaizmir
18/8.2014@homesweethome
10.45pm

Aug 13, 2014

Ini kata hati tentang Ogos part 1

bismillah.

lil bit sharing here. dan 14 ogos dah. so yup, ada few things yang faa nak share. sekarang ni rasa takde mood nak berblog. adatlah, kalau semangat tu datang, hari-hari ada entry baru. kalau tak memang bersawang macam tu je. well. okeh. short flashback.
1- rumah nenek banyak buah-buahan masa musim buah dekat-dekat nak raya tu.
2-faa gagal interview dan gagal dapat jadi fasi orientasi.
3-result exam sem dua lulus semua alhamdulillah. nasib lepas sikit, kalau tak mati lemas dah.
4-apa lagi eh? lupa. tak tahu la. haha. oh ye, raya ke-4 hari tu gi rumah terbuka azimah, dengan pipah n silmi. pastu raya ke 7 tak silap, baiti buat makan-makan untuk skasix. boleh la jumpa budak-budak ni. ghenduuu !

tinggal tak sampai sebulan pun lagi untuk start sem baru ni. oh ya, atirah, nadhrah dapat usim. tahniah la budak-budak. haha.

pastu, mimpi. malam tadi mimpi menakutkan. mimpi kononnya meteor jatuh ke bumi, habis terbakar semua yang kena cebisan. cuma yang kelakar, ada pakcik bas baik. dua kali bas dia terbakar tapi dia rileks je bawak bas. (yang ni faa pun rasa pakcik tu cool sangat. pakcik mana entah.)
mimpi ni mainan syaitan. boleh jugak jadi teguran buat diri kita yang lagho ni.

sekarang tengah diadakan di usim debat smka. budak-budak imtiaz semua ada dah tu.
kak wan wani ajak pegi jalan-jalan dekat jerteh.Dia cakap nak ajak abang ipaq katanya. haha. habis semua benda nak update dalam blog haih

haha ^^ tak tau.. tapi sukahati lah kan.dah nama blog ni pun diari untuk faa yang tua baca balik nanti. tu pun kalau usia panjang insya ALLAH. :)

oh ya, kebun nenek! best2~ ada rambutan durian duku langsat nangka cempedak manggis salak cupu rambai pulasan jambu batu limau kasturi limau nipis saja je listkan buah yang ada. hehe.

lepastu, yup! Derek ada send buku dari new york. The Law. skema oh tapi buku tu best la jugak. thanks bruh!

faa pun ada beli buku, habiskan baucer buku hari tu dekat muda osman dengan silmi pipah dan siti. :)


itu saja untuk part 1. nanti faa update lagi untuk part 2,3 ,4 kalau rajen.

Aug 5, 2014

Ini Kata Hati JULAI 2014

bismillah.

Alhamdulilllah , dah habis dah bulan julai.

short review sikit pasal bulan ni.
Puasa , alhamdulillah everything were all fine.
raya . oh ya. 28/7tu raya. alhamdulillah ok jugak semua. :) raya rumah nenek macam biasa, lepas tu raya ke empat balik terengganu and yaaa, kuat sangat guruh dan kilat masa raya ni. sampai peti ais rosak sebab kena sambar petir. haha. Alhamdulillah dah okay macam biasa. Lepas tu, Faa pergi beraya rumah zimah dengan Silmi & pipah. Then pergi beraya rumah baiti. reunion skasix~ 3hb ogos, ada raya dekat smib. simple je tapi okay la jugak, jumpa geng-geng gua3. sebelum masuk bulan ogos tu, Faa sempat habiskan baucer buku ! :)) Alhamdulillah dapat beli tiga buku. hehe. baru habis baca satu, ada lagi dua. abang chik dah balik kolej, adik pergi sekolah so tinggal ayah, mummy, jat and me je la. what else, oh ya, kes MH17 tu, tak selesai lagi. sekarang orang tengah boikot Israel dan kami sentiasa mendoakan keamanan kepada rakyat Palestin. Faa ada ramai kawan baru dekat interpals. dari seluruh negara~ btw Faa tak lulus pun interview. then faa join satu penulisan cerpen,dan terbaru, try apply untuk jadi fasi orientasi. tak dapat takpe, kalau dapat alhamdulillah. :)

Tiada lah apa yang spesifik untuk diperkatakan, cuma kebelakangan ni apa yang Faa perhatikan, makin banyak benda yang Allah nak tunjuk pada kita. makin jelas ibrah disebalik apa yang berlaku.
sungguhlah dunia hampir menuju pengakhirannya. Kalau zaman nabi dulu dah macam nenek bongkok tiga kiamat ni. Zaman kita ni agaknya nenek tu dah tersungkur terbaring agaknya. nak kata dekat sangat dah kiamat ni.

Mungkin sebab itu juga , makin banyak dugaan yang kita terima dalam hidup ni. Kerana masanya semakin singkat, dan Allah ingin menguji sejauh mana sabar dalam diri kerana Dia ingin menghadiahkan syurga buat hamba-hambaNya yang sabar, insya Allah..

Maka tak perlu kita  mengeluh disaat diuji dengan dugaan yang kuat. semoga kita semua akan lebih kuat. :)

untuk Isu boikot. Ya, semoga tidak salah faham akan apa yang sepatutnya kita boikot. Nak boikot ni, jangan beli barangan diorang, sampai mereka rugi. Dalam pada masa yang sama, adab dan tatasulila kena jaga. kita nak boikot , bukan nak tiru cara Israel. sungguh, kes yang ada orang pergi maki-maki pekerja McD apa semua tu, sangatlah memalukan. kerana Islam tak mengajar kita untuk tidak beradab seperti ini. alangkah malunya Nabi jika melihat perilaku muslim masakini yang semakin tersasar daripada ajaran baginda. Astaghfirullaha lil mikminina walmukminat. semoga kita mampu untuk boikot, sekurang-kurangnya boleh bantu umat Islam di Palestin.

jangan tak tahu, satu dunia tengah boikot. Malu lah kita kalau kita yang mampu tapi taknak bantu. nak jawab apa dekat padang mahsyar nanti?

Nasihat untuk faa in future :

Allahurabbi la ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.
Faazmir, semoga terus tabah dan kuat.
semoga kegembiraan bisa membunuh segala kesedihan.
walau terkadang mata menangis, mulut jangan pernah berhenti tersenyum.
Gembiralah dengan rasa yakin pada nikmat Allah yang luas. 
semoga dunia ini bisa kita harung demi akhirat yang bahagianya kekal sampai bila-bila.


jange putus aso deh. wak molek dale hidup ni. caro la gedio ore oyak asal kito tau gedio kito wak ni gapo hok Allah suko. bia sep ore dok suko gapo pun. Asal kito wat dok aniayo ore lain, biar Alah redho.

Hidup ni,

"biar orang buat jahat dekat kita, asalkan kita jangan buat jahat dekat orang lain.
kalau nak marah, istighfar. diam itu lebih baik." :)

 " U do good & people talk, U do bad & ppl talk, you do nthing & ppl still talk. so,jst do gd what's gd for ur own good." - 2014

 "Oh Allah, do not attach my heart to what's not written to be mine."

 "face it like a man,but with ladies' heart"-KayWai2014
ini mcm act like a lady,think like a man' rite. :)


jumpa anak burung dekat rumah. pergi dekat sikit, terus dia nganga mulut macam dalam TV. bagi belalang, terus di telan. Faa ingatkan burung akan kunyah dulu. lupa pulak dia takde gigi. huuu~ TvT


Salam ukhuwah~

faaizmir
10.30am
6/8/2014
HSH