Dec 3, 2012

Kata hati tentang Inai di jari

ihsan google


Assalamualaikum :)

     hari ni , Bukan nak cakap pasal Dato' Siti, ana sekadar nak berkongsi kisah yang berlaku .
Pasal Inai. Ana dan beberapa orang bestie pakai inai di jari , kebetulan kot hari tu dekat Plaza Alam Sentral kan ada yang melayu punya . So kami buat inai. sebenarnya ada je yang dah tunang pakai, so yg tak bertunang macam kami ni teringin la kan.. :p kitorang buat sebelah je. tu pun rm8 sebelah. corak dia tumbuh-tumbuhan macam dato' siti ni je. Ana buat tangan kanan, bestie ana tangan kiri . Kan CikNAS? ^^

Gambar ada , tapi segan nak tunjuk aih , biar la~

Dulu ana confuse , sebab orang kata inai ni HARAM. tapi bila ana rujuk ustaz-ustaz macam ustaz DON , ustaz AZHAR , diorang cakap HARUS selagi tak mendatangkan fitnah, wallahualam.

ni hukum dia :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak 

  3. bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


jelas ?

Orang nk fitnah ana apa..xde rasanya. budak-budak ni semua tau saya single but not available. :))  lagipun ana pakai handsock waktu kuliah , tak nampak laa inai tu, Bukan kita nak  angkat tangan tayang dekat orang pun kan?

see~
ihsan cik goggle
         Cantik kan? busana dia yang kaler cantik actually . :p kgurau..
ana punya lebih kurang atas ni tapi ana tak pakai kat kuku tu..malas lah. lagipun tak lama ni hilanglah kan.harap begitulah insyaAllah , hehe..

Oh ya ,Hari ni first day kuliah. waktu kuliah tadi , kawan perempuan ana ternampak tangan yang bercorak ni , diorang riuh tanya, while yang lelaki buat derk je kat belakang. Then ada sorang cakap kuat-kuat , "wahh dah tunang~ dengan siapa?'' ana cakap tak je , pastu ana senyum -senyum kambing dengan CikNAS~Lepas tu semua kawan-kawan perempuan ana yang cute comel cantik gojez like dini , didi and adi tanya serious ke tak ana tunang , i was like mana ada laaa.. then diorang cakap ana tipu. agak pelik , sebab biasa orang tipu dia mengaku tunang. ohh mungkin sebab ana trolling-trolling diorang cakap nak pindah UNISZA tapi pagi tadi ana datang awal-awal , tunggu dalam kuliah , so diorang terkejut tadi. *ketawa* natijahnya , mereka taknak percaya saya tak pernah bertunang lagi. :) radhiah dengan syafiqah jugak tanya siapa..alamatnya ana hanya mampu ketawa. then ana cakap spontan , "tunang dengan _______ , dia dekat UIA sekarang.Siapa ? Adalah~ hehe.. banyak pula merepek. apa pun , mereka memang my classmates yang gila happy funny memang happening. :)




ehsan pakcik gogel.

Ha , ni pulak inai yang dipakai masa kahwin kot. cantik baju dia kaler purple ~ wee~ that's my favourite colour you know. ^^ nanti bersanding nak pakai tema purple. awal-awal dah plan, kalau suami tak suka , suruh dia buat favourite colour dia masa sambut menantu. Harap-harap bakal suami ana suka warna ni jugak~ 

toinx2~ bermimpi di siang hari , tapi tak mustahil kan? insyaAllah~ *peace*

:)

Nah , Doa dapat jodoh yang baik ..alang-alang pakai inai yang macam nak nikah dah ni. :p ditambah pula hari hujan , mana tau berkat..dapat jodoh yang soleh..amin ~ ^^



Surah Al-Furqan, 74.  




Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.



Sekian dari ana buat kali ni..


Salam sayang~
wardhana :)
3 december 2012
5.36 pm @mawar uitm s.a



No comments:

Post a Comment