Sep 23, 2015

Wanita Kekasih Allah - by KY Muhammad



Tanpa wanita takkan ada bangsa manusia, kata Pramoedya Ananta Toer.
***
Berdirinya saya bukan mengucap kata retorik. Sebaliknya, diri ini terinspirasi dengan ramainya srikandi sepanjang zaman, yang rata-rata memaparkan agama dalam citra aslinya, segar dengan latar konteks dan semangat zaman. Pastinya, tidak sedikitpun menggugah prinsip mereka sebagai seorang Hawa.
Kesarjanaan dan kepahlawanan wanita bukan hanya awangan di langit teori, tetapi ia mengakar pada realiti dan sorotan sejarah. Sedang dimensi kerohanian pula sentiasa menjadi pertimbangan penting yang fundamental.
Wanita adalah bahagian penting dalam memikul tanggungjawab beragama, mengukuh aqidah dan ibadah, sehingga dari situ timbullah harga diri setinggi-tingginya pada wanita, iaitu timbulnya ilham perjuangan. Bukankah dalam Islam, syahidah pertama adalah juga seorang wanita? Sumayyah binti Khayyāṭ, menjelang wafatnya tidak sedetik pun menggadaikan keimanannya. Sumayyah simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan keteguhan jiwa seorang mujahidah. Namanya terpuji di langit dan di bumi.
Jika Siti Sarah dan Siti Hajar telah membuktikan wanita berupaya menegakkan perjuangan dalam keadaan daif dari segi kuasa dan kebendaan, A’isyah pula membuktikan bahawa wanita juga sanggup mengetepikan kuasa dan kemewahan hidup demi perjuangan menegakkan tauhid.
Nuaibah biin Ka’ab pula, dek didorong kecintaan dan kesetiaan murni kepada baginda Nabi Sallallahu alaihi wasallam, mengibas-ngibas pedangnya mempertahan baginda. Mempertaruh jiwa dan raga seluruhnya kepada junjungan besar. Alangkah mulianya keazaman beliau!
***
Kepahlawanan wanita dalam medan sendiri, tak pula mengasingkan mereka dari citra keilmuan dan kesarjanaan ilmiah. Malah ia mengakar dalam pelbagai bidang. Lihat saja, Faṭīmah al-Fihri – pendiri dan pengasas Jāmi’ah al-Qarawiyyīn, sebuah universiti terawal di dunia, melahirkan pelbagai ilmuwan. Lebih menarik, ketika Fāṭimah al-Fihri sibuk mengasaskan Al-Qarawiyyīn, kakaknya pula, Maryam al-Fihri pula mengasaskan Masjid Al-Andalus, yang masih berfungsi sehingga hari ini.
Kita sorot juga sejarah, kita buka pendaman fakta. Zainab al-Ghazali pasti tak lekang dari telinga kita. Wanita yang dipenjara, disiksa, dibiarkan berlapar. Namun akhirnya tangan yang menjadi saksi disiksa itu akhirnya juga menjadi saksi ia tangkas menyambar pena, mengarang kitab – demi satu tujuan, menyebar kalimah Tauhid!
***
Para srikandi terdahulu adalah wanita-wanita kekasih Allah, yang tertanam kukuh di sanubari mereka keikhlasan dan keazaman, tidak sedikit perasaan takut atau ragu – kerana meyakini janji Tuhan. Mereka disiksa zahir dan batin, emosi dan fizikal, kemiskinan dan kelaparan yang mencekik, kehilangan keluarga tercinta. Namun itu semua tidak menggoyahkan keimanan mereka, tidak membunuh semangat mereka, tidak menjadikan mereka berkeluh kesah, lemah dan gelisah.
Pastinya iman yang luhur itu membuahkan akhlaq al-karīmah, yang terjelma melalui lisan dan perbuatan.
Lalu kita bagaimana?

Pada DIA diletakkan harapan
Pada DIA sumber kekuatan
Pada DIA kita merayu kasih
Pada DIA segala segalanya.
 

4 comments:

  1. Kak Farhana!
    I didn't know kak farhana aktif blogger. Baru tahu ni.. Post2 kak farhana menarik sangat!
    Ni Iwani Ardini btw.

    ReplyDelete
  2. Haa, mesti k.farhana terer bab2 blog. boleh sy bljar dgn k.frhana? kami noob. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diniiiii. hahaha. ni rajin sbb dlu ada wifi dkt kolej. ni skrg takde wifi, mmg bersarang sesawang la blog. huhu. just write, write anything that u want. lgpun blog ni online diary, so just write lah dear as long as it is acceptable to read. haha.

      Delete
  3. Week 11 expert picks against spread 온라인카지노 온라인카지노 william hill william hill 363The Mango Habanero Sauce Review - Vntopbet

    ReplyDelete