Assalamualaikum
and hello to all of you ~
Oleh kerana
ana lihat entri yang berkaitan dengan putus cinta itu telah mendapat sambutan
yang hangat dan berada di top list pencarian korang, maka ana berbesar hati
untuk menaip madah-madah buat kesekian kalinya, berkaitan dengan cinta.
Cewahh ~
bajet gudgud je nak cakap pasal ni, Ana bukan pakar cinta or what.tapi nak
berkongsi
Sahabatku
sayang,
Baik lelaki
ataupun perempuan, kita sentiasa disogokkan dengan cinta, betul tak ?
Drama cinta,
lagu cinta, movie cinta, roti cinta, burger cinta. Forum cinta, ceramah cinta.
Kalau yang cinta itu cinta kepada Allah boleh laa, tapi masalah ni cinta couple
couple kekasih hati pujaan rindu kumbang bunga bagai ni. =.=”
*tak ada benda
lain ke nak buat? Buat laa pasal sejarah ke, asal friendship ke, pasal family
ke. Ni pasal cintaaaa je. ==” kalau ceramah tu pun, selalu pasal cinta antara
lelaki dan wanita bla3. Cuba la buat ceramah pasal cara memantapkan akidah ke,
cara meraih khusyuk dalam solat ke, adab bersahabat ke . kan lagi bagus tu.
Bukan ana anti dengan cinta. Ana pun suka jugak cinta ni, tapi ye la, makin
banyak manusia disogokkan dengan cinta, makin teruk jadinya. Memang cinta itu
fitrah, tapi cinta boleh menjadi fitnah . Sebab apa budak umur 10 tahun
sekarang dah pandai bercinta? Dah pandai mencabul? Dah pandai raba-raba? Sebab dipengaruhi
oleh perkara-perkara cinta nil ah. Jangan tak tahu, budak umur 14 tahun
sekarang pun dah pandai kissing-kissing uols ! ibu bapa zaman sekarang dah tak
berani nak bagi anak gadis mereka kawan dengan lelaki walaupun sebaya, jangan
tak tahu, umur 15 tahun pun dah pandai merogol orang haaa! Teruk kan? Zaman ana
dulu, selamat je kawan dengan lelaki, tak ada nak gatal-gatal macam bebudak
zaman sekarang. Almaklumlah zaman dah maju, salah siapa ye? *tepuk dada, Tanya akal
sendiri*
Okay, habis
membebel . sebenarnya ana bukan nak bersikap prejudis terhadap cinta, tapi sekadar ingin
membuka minda anda tentang cinta, tentang perkara yang sebenarnya akan hakikat
cinta. Terutamanya kepada anda yang sedang bersedih disebabkan putus cinta.
Maaflah, ini entri panjang lebar, tapi ana harap anda semua dapat laa input
yang ana cuba sampaikan.Ana cakap atas dasar seorang sahabat kepada sahabatnya,
sekadar perkongsian, so tak perlu serious sangat ya?
Sahabatku sayang,
Jangan bersedih
kalau anda putus cinta, baru putus cinta semalam, baru putus cinta tadi. Rasa broken
hearted atau sedih sebab ditinggalkan oleh teman lelaki mahupun teman wanita? Sabarlah,
dia bukan yang terbaik untuk anda.
Anda kecewa
sebab ditinggalkan? Rasa sedih ? bengkak mata sebab dah banyak menangis?
Jangan bersedih
, sepatutnya anda gembira, sebab anda telah ditunjukkan akan satu kebenaran
tentang sikap pasangan atau ex anda tu. Skema pulak anda-anda ni. :D
Okay, cuba kalian
fikir, kalau dia betul-betul sayangkan kalian, dia tak akan tinggalkan kalian
apatah lagi memutuskan hubungan cinta yang telah terjalin. Dia tak akan
memarahi kalian dan tidak akan sesekali menyakiti hati kalian kalau dia benar-benar cintakan kalian, betul
?
Kalau
sebelum kahwin dah berani marah-marah tengking bagai, bayangkan lepas kahwin ?
Entah-entah
dia kaki pukul , kang tak pasal-pasal dibelasahnya anda macam kain buruk.
*alamak =.=’’
Jangan
menangis sahabatku sayang, sesungguhnya Allah itu maha mengasihani, Allah
sayangkan kalian maka sebab itu dia jauhkan kalian daripada orang yang tidak
layak untuk kalian, supaya kalian akan lebih menghargai jodoh yang telah
ditetapkan oleh kalian nanti. Manusia kan semua dah ditetapkan jodohnya, memang
ALLAH cipta semua makhluk berpasang-pasangan. Jadi, yang menentukannya hanya
cepat atau lambat je jumpa.
^_______^
Tak guna
kalau kalian terus bersedih, buat anda yang putus cinta,
Tips simple
daripada ana :
1. Macam orang lain buat, delete dan
buang semua benda yang berkaitan dengan ex tu.tapi kalau dia bagi I-phone 5,
jangan laa buang, guna je . :p mesej apa semua yang tak bernilai delete je. Jangan
dikenang benda yang lepas.chewahh~
2. Jangan sedih, jangan merintih
meratap, tabahkan hati dan kuatkan diri anda, tunjukkan pada ex tu yang anda
mampu je hidup tanpa dia. Ingat, jangan sesekali pergi merayu merintih dekat
dia nak couple balik. Please laa, sekali dia dah ludah anda, bermakna dia telah
cuba untuk menjatuhkan maruah anda, tunjukkan pada dia yang anda hebat ! tak
perlu la nak maki-maki dia, tapi jadikan dia tiang, Ignore je. Ingat camni je,
anda boleh dapat yang lebih baik daripada dia laa, dekat dunia ni ada beribu-ribu
manusia. Apa susah ? kan~ ^^ kalau dia yang merintih nak get back balik, cakap
kat dia no way man! Haha~ kalau dia macam serious sangat nak, suruh dia jumpa
wali anda, pergi masuk meminang terus, baru boleh terima. Tapi kalau ana, bila
dah clash tu, selalunya dia akan tunjuk perangai sebenar yang kurang ajar tu. So
kalau ana, ana taknak terima orang yang kurang ajar . ke nak mintak tolong di
ajar? Meh meh nak ajar guna sudu garpu. *ehh apakah?
3. Haa, yang ni penting. Tips berguna
jugak ni. Elakkan mendengar lagu yang boleh membuatkan anda teringat kan ex
anda atau lagu lagu yang membuatkan anda sedih sampai boleh menangis dan
menghabiskan berkotak-kotak tisu . Kalau nak menangis, baik tengok cerita Hindustan
daripada teringatkan ex anda yang useless tu. Kal Ho Na Ho ke, kabhi kushi khabi gham ke..kan? tak pun
baik dengar lagu yang happy-happy sikit, macam lagu doraemon pun boleh ~ :D
4. LAGI SATU , tak payah nak fikir
sangat laa, “kenapa dia tinggalkan akuuuuuu.. :’( “ ini sangat tidak perlu
okayyy ! dah takdir ALLAH, jangan Tanya la, keep moving on ! life must go on
whattt.. set minda anda untuk sesuatu
yang lebih penting, daripada fikir pasal dia, baik fikir macam mana nak masak
nasik goreng yang sedap. Lagi berbaloi baloi~ nyumnyum ^^
5. Last sekali, kalau rasa sunyi
tu...istighfar laa.. zikir ke, kan dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi
tenang, :) pergi laa borak dengan kawan-kawan ke, telefon mak ayah ke.. lagi laa bagus daripada
bazir masa mengisi kesunyian tu dengan cari pakwe lain. Tak perlu okay ! tunggu
je jodoh tu datang, cinta lepas nikah lagi bagus what :)
Lastly,
bukan ana nak menghalang anda daripada cinta, tapi ana rasa anda orang yang
baik , anda layak mendapatkan cinta yang lebih baik, cinta yang lagi hebat .
baik anda kejar cinta Allah dulu, sebab bila anda dapat raih cinta Allah, Allah
akan bagi anda cinta makhluk. Yang pentingnya cinta Allah kan ? ^^
Pastu,
kenapa sedih ex tak sayang kita? Sebenarnya mak ayah kita sayang kita, adik
beradik kita sayang kita. Kawan-kawan pun ada je yang sayang kita *walaupun tak
semua*
Ramai laaaa
orang lain yang sayang kita, yang pasti Allah sayang kita, kalau tak, awak
takkan dapat nikmat mata, nikmat kekayaan atau nikmat kesempurnaan tubuh badan
ni, bukan kah semua nikmat datang daripada
ALLAH ? jadi kenapa awak nak sedih lagi? Ramai orang sayang awak ! Alaaa, jangan sedih-sedih
laa *tepuk-tepuk bahu.
Buat lelaki,
hapuskan air mata anda, tak guna menangis kerana seorang perempuan yang tak
tahu menghargai, anda layak untuk mencari yang lebih baik. Banyak lagi laa
orang perempuan yang baik. Pastu , jangan memilih muka yang cantik sangat, tak
semestinya perempuan yang cantik ni hati baik,tapi pandai-pandai laa kan pilih.
Anda pun akan jadi ketua keluarga, so baik tunjukkan contoh yang baik laa,
jangan lembek sangat. Perkukuhkan ilmu agama tu dulu, timba ilmu banyak-banyak,
jadi manusia yang berguna. Kukuhkan kewangan dan lain lain, baru laa best nak
pergi meminang anak dara orang~ haa gittew :P
Buat sahabat
perempuan ana, jangan bersedih kerana kebodohan dalam cinta ! jadilah wanita
yang bermaruah, yang pandai menjaga maruah dan dihormati. Jangan jadi perempuan yang tak tau malu dan
tak ada maruah. Bila sekali lelaki dah
cop perempuan tu tak tau malu dan tak ada maruah, lelaki tak akan
respect orang tu. *pengetahuan am* lagi
bagus kalau orang lelaki cakap anda sombong atau jual mahal , dariada jadi
wanita murahan. Tapi jangan laa jual mahal yang memilih cerewet mengada-ngada
nak lelaki hensem dan kaya tu jeee.. lahaii~ tu lain la. Cuba jadi wanita yang
solehah. Memang tak salah kawan dengan lelaki, tapi pandai-pandai laa jaga
batasan okay ? ^^ so jangan nangis-nangis laa, wanita harus tabah ! *teringat
lagu rossa- hey ladies. Bagus jugak lagu tu untuk wanita-wanita di luar sana ~
Akhir sekali,
digalakkan bagi wanita untuk memilih suami yang warak, dan digalakkan untuk
lelaki utk memilih perempuan yang biasa. Sebab wanita mudah terpengaruh, tak
kita laa sewarak mana lelaki tu, dia akan terpengaruh dengan lelaki yang jahat
dan dia boleh jadi jahat, naudzubillah.. sebab fitrah wanita ni lemah. Kalau lelaki
pulak, tak kisah laa dapat isteri macam mana, sebab dia boleh bimbing isteri
dia tu.. tapi semua atas jodoh daripada ALLAH laa kan? ^^ apapun, doakan yang
terbaik ! jangan sedih dah ya? Yang pasti, cinta selepas kahwin tu lagi best ,
diredhai Allah dan diberkati . :) tak payah nak susahkan diri sendiri dengan cinta
couple-couple sekarang laa, tak berkat pun, sebab tu banyak conflict . :3
Tak perlu
sibukkan diri dengan cinta manusia, tapi sibukkanlah diri dengan cinta ALLAH.
Have faith
in Allah.
*don’t despair
and never lose hope, coz Allah is always by our side ~ * maherzain-inshaAllah.
Sekian daripada
ana, jangan sedih-sedih lagi ya? Putus cinta merupakan satu peluang untuk anda
bertaubat dan membaiki diri serta menjalani hidup dengan lebih baik. Chaiyokkk ~
Salam sayang,
Faa izmir.
11.47 mlm
30/3/2012
Uitm s.a
mawar
No comments:
Post a Comment