bangun kita sama fajarnya,
dalam ghairah meredah rimba,
serantak gementar mencari isi..
kita mendamaikan sejujur hati,
berlari pun biarlah berimbang rezeki..
kerana apakah ertinya kecukupan,
celik tapi dalam kekacauan.
makanya apa pencapaian jika segelintir yabg sempat bahagia
selebihnya tetap lara,
kemerdekaan bakal ditanya..
berlari tidak sama selari
jika derasnya terus berjarak
dan berdiri di bukit
tidak sama tinggi jika tapak tidak sejejak..
memang perlu sentiasa digugah
agar sedih dan ria berimbang ia..
dan suara tulus wajar meresapi kalbu
mewarasi impian bangsa,
mewarna buminya agar bermakna
sehingga sungai dan belantara,
samudera,juga angkasa raya
sedia berkongsi kesaktian rahsia.
dan tidur luar biasa
berseri masih boleh bermimpi bahagia
bagi bangsa yang waspada
kecuali memang selalu ada pengganggunya..
nyata dilengkung langit
di atas bumi kita sempat
sama berdamai,juga bahagia..
walau barisan wajah tetap berbeda..
jika disua tapak awal
cekal memperjuangkan kemuncak maruah,
dalam telingkah warasi imbangan,
akan saksama rumpun khazanah.
Makanya dipinta tumbuh bunga jati
segar dipupuk embun suci
dan wesama bermandi sinar
sesama wangi ditengah tasik yang asli,
menjalar kisah bangsa
yang jaya sampai ke puncak paling peribadi.
kini bulan baru dan azam baru
watikah kudus di tangan kuasa
setiap berkibar langsir
pasti ternampak takhta yang waja.
kita ingin warisi hati serasi
demi kebahagiaan seluruh bumi"
A. Samad Said - Puisi Benih Harapan
berlari pun biarlah berimbang rezeki..
kerana apakah ertinya kecukupan,
celik tapi dalam kekacauan.
makanya apa pencapaian jika segelintir yabg sempat bahagia
selebihnya tetap lara,
kemerdekaan bakal ditanya..
berlari tidak sama selari
jika derasnya terus berjarak
dan berdiri di bukit
tidak sama tinggi jika tapak tidak sejejak..
memang perlu sentiasa digugah
agar sedih dan ria berimbang ia..
dan suara tulus wajar meresapi kalbu
mewarasi impian bangsa,
mewarna buminya agar bermakna
sehingga sungai dan belantara,
samudera,juga angkasa raya
sedia berkongsi kesaktian rahsia.
dan tidur luar biasa
berseri masih boleh bermimpi bahagia
bagi bangsa yang waspada
kecuali memang selalu ada pengganggunya..
nyata dilengkung langit
di atas bumi kita sempat
sama berdamai,juga bahagia..
walau barisan wajah tetap berbeda..
jika disua tapak awal
cekal memperjuangkan kemuncak maruah,
dalam telingkah warasi imbangan,
akan saksama rumpun khazanah.
Makanya dipinta tumbuh bunga jati
segar dipupuk embun suci
dan wesama bermandi sinar
sesama wangi ditengah tasik yang asli,
menjalar kisah bangsa
yang jaya sampai ke puncak paling peribadi.
kini bulan baru dan azam baru
watikah kudus di tangan kuasa
setiap berkibar langsir
pasti ternampak takhta yang waja.
kita ingin warisi hati serasi
demi kebahagiaan seluruh bumi"
A. Samad Said - Puisi Benih Harapan
No comments:
Post a Comment