Jan 3, 2014

Crush Vs Cinta Hati

Assalamualaikum .

sabai dii ?~

Entry kedua untuk tahun baru baru :D
tahun baru pun still cakap pasal crush cinta and so ever ke?
ehem, sebenarnya traffic blog ni banyak pada post-post cinta. -.-
entry yang femes tu pun pasal cinta. nampak tak permainan dia? :)))






Sebenarnya, dulu faa ingat orang cakap pasal crush-crush ni , crush yang pecah tu. rupanya ada maksud lain. pergi google tadi , banyak pulak maksud dia. cari sendiri la kalau nak tau. :P

Bereh ?

dan yang sebenarnya juga, faa baru sajo tau yang crush ni , tak semestinya suka yang angau nak kawen. it just , a simple 'love-liking' feeling yang buat kita rasa selesa bila berada bersama orang yang kita suka. boleh jadi kawan, boleh jadi muzik , boleh jadi cerita ke apa ke. up to you.
ni pun tahu daripada Crush Act hasil ilham mahirah la ni. hebat~ haha :)))

 sesungguhnya faa makhluk Allah yang masih lagi terbatas fikiran . bila dah tau crush tu macam , kita suka orang. so , jadi macam , "kenapa dengan hati aku?"



pernah tak rasa , sebenarnya siapa yang kita cari ? rasa ku perasaan itu hanya kerana kita masih tercari-cari jodoh yang entah siapa . lalu bila ada yang melintas, lalu perasaan suka itu mula wujud. lantas rasa selesa bila bersama. sekadar selesa. lalu ramai yang salah anggap . Lumrahnya aku mengerti , terutama perempuan , begitu mudah ya untuk kita jatuh suka pada seseorang. fitrahnya wanita itu lembut hatinya. mudah percaya , mudah jua terluka. nah , kalau dah terluka . jangan kata tidak , sedangkan aku sendiri yang selalu tiap malam bila bermuhasabah *kononnya* akan menitis juga manik jernih. Siapa sebenarnya yang kita sedang tunggu ? siapa? T_T


mereka kata , berkawan lah dengan semua orang. lihat perangai mereka. seandainya dia boleh menerima kau seadanya maka mungkin dia yang kau cari. jika kau dapat menerima segala kurangnya dia maka mungkin itu jodohnya. Mungkin? probability untuk tak mungkin tu ada la kan?

so crush ni , sebenarnya sama je macam suka orang cuma ia satu pihak . maksud faa, kita crush orang. hanya kita yang tahu. bukan kedua-duanya tahu. tak perlu tahu pun jugak. kalian pasti bingung , apa.. salah kah crush dekat seseorang? 

*senyum*

tak , tidak salah untuk kita crush pada sesiapa pun. :) sekadar suka, kagum cukuplah. hatta faa sendiri pun , mungkin ada crush pada seseorang. yang faa sendiri tak kenal. dah tersuka , nak buat macam mana. suka itu kan fitrah. cuma, cara kita mengawal rasa suka tu , jangan sampai langgar syariat agama dah la ye. jangan terlebih angau nangis-nangis pulak . sebab ? sebab tak semestinya orang yang kita crush tu akan suka kita. tak semestinya kita akan kawen dengan dia. tak semestinya pada masa akan datang dia still ada dalam hidup kita. perasaan suka tu mungkin akan berganti, mungkin kita akan crush pada orang lain pula ? mungkin ...

 so , nak direka cerita rite , masa sambutan tahun baru tu ,ada sorang budak ni , Ratana.dia sedang gigih baca etnik lepas balik daripada kedai makan dengan roommate , so she kinda like texted with a few people. her seniors n classmate. then , they talked about crush thingy and things that are related. she was not familiar with this sort of thingy so , blurr sket ah kan. on the top of the conversation, they asked her , "who is ur crush?" her answer kinda like , "what question is this? :D ?"
know what , dia rasa keliru dengan perasaan sendiri pun ada. bagitahu orang siapa yang kita crush, mesti lah malu sebab kinda like confess yang kita tu ada crush. 
faa setuju! maluu..
dah la masa nak recruit member untuk multimedia crew tu pun dah rasa sedih direject oleh orang yang dipropose *hahaha lol -,
 then nak admit that u are actually crush on a particular person? maybe lagi menyakitkan mungkin if she know the truth yang orang yang tak dikenali tu suka orang lain? even they did . eheh :))
urm..
 Ratana was confused.she didnt knew. so she changed the topic as her face at that time was seriously , err. merah ? blushing gituu -.-


Ratana : "malu . yup . malu. malu dengan diri sendiri disebabkan kebodohan yang amat. kan dah buat berapa entry dah dulu , kononnya selagi jodoh tak datang , nak jaga hati . tapi tetiba tercrush pulak dekat seorang pemuda. tak malu ke apa? -.- duhaii . sedih teramat. malu tersangat. 
malu dekat banin tu. 
malu dekat yang atas. 
yang atas . Rabbul izzah.
Allah.
mohon jodoh saya jangan crush pada orang lain , mohon kejahilan saya jangan turut dilakukan dia. 
mohon dia yang telah ditakdirkan itu bisa jaga hati nya, agar terdidik hati saya nanti sepertinya. 
kerana , bila difikirkan. mungkin aku hanya kagum dengan keupayaan seorang pemuda dalam menguruskan diri dan iman secekap itu ? 
semoga dia dan jodohnya yang hebat. 
sedangkan aku dengan jodohku.
cuba jadi orang yang baik . untuk yang baik."

*sebak*

Lantas pagi keesokan harinya terus dia telefon bonda .

"Ratana : ibu , kalau crush dekat orang tu dosa tak?

bonda :dosa? takde la.. kakngah crush dekat sape ni?

  Ratana : ibu , angah ada macam suka dekat sorang senior ni. tapi...

bonda : amboii , awak tu budak kecik lagi, study tak habis lagi. dah pandai crush dekat orang ea? tak matured lagi kakngah ni. study la dulu *ketawa*

Ratana: urm..ibuuu..angah tak tau laa.. T.T

bonda : abang yang kakngah minat tu macam chinese ke?

  Ratana: tak pun ibu. 

bonda: dah tu? hensem? warak? baik ? anak raja? artis taiwan?

  Ratana: ibu,angah takleh nak describe ibu..meiruu..tapi abang tu dah suka orang lain pun. haha ~ eh, sedih ah ceni, ibu menganjing angah..T.T

bonda : alolo , ibu gurau je la. kan ibu dah pesan, if nak kawan boleh.nak feeling-feeling ni, tak perlu kot. kakngah belajar rajin-rajin. grad pastu nanti cari laa nak cari abang mana pun. ,doktor, engineer,lawyer? semua boleh.Jodoh tu dah ada . kalau tak jumpa calon yang kakngah nak , ibu boleh carikan. jiran sebelah tu ada , hensem.. taknak?*gelak*

  Ratana: ibuuuuu.. mai dai ah , tak nak jiran tu.. :(

bonda : alaa, ibu gurau la..budak kecik ni sedih pulak..jgn fikir lah..jaga hati tu ye ustazah? anak ibu kan hafizah, baca quran banyak-banyak. biar tenang hati tu nak exam.ibu doakan kakngah dapat suami soleh,amin..ha, exam okay? dah baca apa hari ni?................ 

*the end* "

 

kisah nya Ratana , faa turut teringat bonda faa. mak faa. ibu..
Bonda, setia dengan nasihat yang walaupun dah banyak kali faa dengar nasihat yang sama. 
tapi masih, berguna untuk hidup ni. 
terharu ~
bonda dah macam kawan rapat yang berkongsi suka duka.
tapi masih, ada lafaz yang tersimpan yang tak mampu faa ucap pada bonda.
"terima kasih ibu , angah sayang ibu"

Err, ahaks .. ni dah terlebih sentimental dah ni. rindu ibu sampai melencong daripada topik . :D

so , konklusi nya? tak salah pun ada crush . suka je la kan ? jangan sampai dok ingat crush tapi tak study. nak buat macam mana, faa pun crush dekat minion dah la. hahaha :P diorang comel kot. anda crush pada siapa ? ehem , tak perlu jawab pun tak apa. ala , kalau awak cakap dekat dia yang awak crush dekat dia pun , bukannya esok lusa boleh kawen. chill sajo. takkan lari gunung dikejar. kalau lari , pergi lah kejar. 

haha ~ 



rasa diri macam awesome sebab ada ibu yang awesome. 
jom sama-sama jaga hati . nak crush pun , hati kena jaga . 
crush dekat jodoh yang masih ditunggu-tunggu pun boleh.
dan aku akan setia menunggu kau. cepat lah datang! sesat ke apa? tak jumpa jalan nak cari saya ke?
hahaha. *sengal.

tanya lagi , "siapa crush awak?"

"Faa Izmir"

ohmaiii !  -pengsan-

 Faaizmir
7.43pm
3/1/2014
A1-4-SI
n/p : aku bukan untukmu - rossa

4 comments:

  1. Xboleh ke kalau kita tekadkan yg cinta seseorang ni dosa now and forever. it is just like i forbid myself to fall in love. But it is true right having crush to someone except to our partners are sins. So why not if i just do like that?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tapi cinta ni fitrah. akan ada jugak perasaan cinta tu, perasaan nak menyayangi dan disayangi. insha Allah, bila tiba masanya kita akan jumpa juga orang yang sesuai. cuma buat masa ni, boleh je tutup hati daripada suka orang yang salah.

      Delete
  2. Sye rse sye dh terfriend zone dngn kawan sye ni tpi enthlah, Sye crush dngn kwn sye, kami kwn dan agak rapat, one day, sye dpt tau dia pon crush kt sye lepas korek rahsia dan terkantoi dri kwn2 rapat dia... so sekarang ni kirenye perasaan sye ni tak bertepuk sebelah tngn jelah ye? Kalau sye confess kt dia n maybe dia bgi tau bende same, dia pun crush kt sye (berangan mcm lah dia nk bgitau aku), kami masih boleh jadi kawan kan? Ke sye patut diam je sbb sye nk kami kawan smpai bila2 n kalau dia jodoh sye.... Amin... (nk try msuk minang sbb dia single tpi takut, keliru keliru)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awakkk, bila dah suka sama suka, kenapa nak friendzone kan dia? :( jangannnn. Boleh je jadi kawan dan follow the flow tau. Kalau awak nak masuk meminang pun go on je awak. why not? kalau dia baik, go on. masuk meminang tu lebih baik kan daripada bercinta tapi tak tentu masa depan. All the best tau! :)

      Delete