Dec 11, 2012

Putus Cinta dan Broken heart

Assalamualaikum.

waalaikummussalam.

*krikk3*

orang buat bunyi cengkerik sebab orang confuse, sedih, sakit , nak marah , terharu dan yang sama waktu dengannya. haa, ni nak cakap, ana tengah rasa semua perasaan bercampur-baur..

"kak, air batu campur satu ,bungkus!"
"sippp!"

okay-okay. be serious. >.<

Allah dah tetapkan takdir yang adil bagi semua orang. Contohnya, kalau orang tu ada krisis dengan family, dia bahagia dengan kawan dengan cinta. Pastu kalau orang family bahagia, dengan kawan problem sikit.cinta pun..alahaii~ Macam ana sekarang, alhamdulillah family okay, kawan pun okay. cinta pun.. xtau laa. cinta buat masa ni takde lagi. 
 Suspen kan tajuk entri kali ni? bukan ana yang putus cinta, tapi ana nak tulis pasal orang yang pernah rasa benda ni.
*tetttttt* 

Ana yakin , mesti awak yang tengah baca blog ni pernah jatuh cinta kan? pernah frust dalam cinta tak? rasa macam mana ea? Ana, sebagai seorang manusia biasa, ana tak pernah bercinta dan tak pernah lagi jatuh cinta pada mana-mana lelaki.
reaksi kawan-kawan ana bila ana cakap macam tu : "whattt??? ha, kau kan budak baik,budak suci mana pernah bercinta kapel bagai ni."

Ehh banyak laa korang , guna ayat hiperbola. :3

ana tak tau laaa, ana tak reti berkomunikasi dengan makhluk Allah yang bernama lelaki ni. Pastu, ana tengok  tertengok lelaki yang hensem-hensem.. rasa sekadar suka macam biasa je la. alaaa, macam korang suka lelaki korea yang hensem tu laa, korang nak kawen dengan laki korea tu ke ? tak kan? :) *kalau tanya k-popper mesti diorg mengaku nak kawen dengan artis tu..puhliss laa.adoyai..haha~ tapi bagi ana semua orang hensem, semua orang cantik. betul tak ? ^^

  okay , back to the story.. sedih sikit laa kot. ana suka orang, tapi orang tak suka ana. orang suka ana, ana pulak tak suka dia.. life is circles aite? *pengakuan berani mati* sape? course-mate, ehh gurau je. takde niat nak perli orang yang tengah broken-hearted pun okay. meh meh sini nangis dekat bahu saya. :')  kepada awak yang baru clash ke, kena curang ke apa ke laahh, jangan sedih tau. tu semua sebab Allah sayang awak. Allah nak bagi jodoh yang terbaik untuk awak. Allah nak jaga kesucian cinta untuk suami/ isteri awak nanti. Percaya laa cakap saya. nyanyi lagu siti nurhaliza jom?
"percayalaahhhh~" *uhuk3, suara sumbang..


 Walaupun ana tak pernah rasa sakit kena tinggal , walaupun ana bukan doktor cinta. tapi ana nak kongsi kata-kata semangat untuk awak-awak semua.. jangan laa sedih tau, jangan laa nangis awak,saya kan ada. hug meh.. 
*tahan sebak*

ana tau , ramai yang ambik risiko bercinta dan putus cinta. betul tak? sebab tu ana guna alasan tu kalau orang tanya kenapa ana tak pernah couple, sebab ana takut ditinggalkan.lagipun ana memang tak suka couple-couple ni. nikah terus lagi baik. sweet gitu~ Ana ada ramai kawan yang pernah kecewa sebab cinta.Tambah-tambah lagi perempuan. memang betul kan , perempuan bila betul-betul suka, bila betul-betul setia, diorang sanggup lakukan apa saja. sebab tu sampai sanggup gadai maruah.. :'( awak jangan buat macam tu.. awak perempuan , awak sangat berharga..kita ni, hanya untuk suami kita yang sah je. yang tak sah, jangan senang-senang je bagi tau.. nanti kesian kat isteri/suami kita..dapat bekas orang.Mesti kita taknak kan? betul tak? ana pun taknak..

ana taknak fake, ana menantikan yang real 

Ana ingat lagi , kawan ana pernah marah ana sebab ana sedih, masa tu ana macam crush dekat orang, tapi orang tak tau pun..bila orang tu ada gf ke apa, ana sedih.sebab apa tah.. tambah-tambah bila asyraf muslim nikah dengan  isteri dia, lagi laa ana frust. *tetiba je*
pastu kawan ana cakap kat ana,kalau dia suka ana jugak , ana nak kapel dengan dia ke? mesti lah tak sebab ana pun tak suka kapel. nak kahwin? comfirm-comfirm laa lambat lagi. so? buat apa sedih tanpa sebab? *kena sendiri atas kepala.lagipun ana rasa dari dulu sampai sekarang , ana selalu kawan dengan lelaki tapi tak lama. sebab dulu ana pernah doa dekat ALLAH, ana doa semoga Allah jaga ana daripada jatuh hati dengan lelaki yang salah.ana doa biar ana jatuh hati dekat orang yang betul-betul jodoh ana je. sebab tu bila orang suka ana atau ana suka orang , takkan bertahan sebab bukan orang yang tepat la tu. sampai sekarang Allah jaga ana ! alhamdulillah :')





Awak..

awak sahabat yang ana sayang.. awak yang tengah broken hearted , *betul tak ayat ni?*
awak yang tengah sedih..
jangan sedih dah..*lap air mata*
jangan bazirkan air mata untuk orang yang tak guna macam tu je. Tak guna pun awak. awak sedih-sedih dekat sini, orang tu gelak-gelak bahagia dengan orang lain. Awak nak hancurkan diri awak sendiri kenapa? Awak berhak dapat orang yang lebih baik. Awak berhak gembira !

At least Allah dah tunjukkan perangai sebenar dia awal-awal.
macam mana bila lepas kawen nanti baru awak tau perangai dia teruk macam tu?
sadis kan hidup kalau macam tu? silap haribulan jadi janda/duda muda. awak nak ke macam tu?
mesti la tak kan? jadi jangan sedih tau.. kalau awak nak menangis, menangis puas-puas. meh datang dekat saya. atau contact fb saya , pergi ke fb ana dengan klik sini i can lend my ears to listen to you dear. :')

Ana sekarang pun, hanya mampu menunggu jodoh dari Allah. jodoh dah ada, cuma belum sampai waktu lagi. lagipun, abang ana steady je tak jumpa lagi jodoh dia. steady je dia selalu boleh pergi masjid, bahkan dia lagi warak daripada ana, abang ana macam calon suami pilihan gituw~ siapa berminat? kuat agama , bijak pun bijak. hehe. kalau berminat sila contact ana secepat mungkin. umur dia baru 22. *hahaha, gurau-gurau.* mati kalau abang ana tau. saje je laa.

Buat apa kita nak bazir masa suka orang kalau orang tu taknak suka kita kan? ana redha je sekarang ni. ana dah pernah reject orang dan direject *tipu2* saya tak pernah masuk meminang sape-sape lagi *ayat dramatik,maklumlah baru belajar psikologi. ehehe.. so , ana tak risau laa siapa bakal suami ana, yang ana tau dia hebat! dan awak semua pun sama. jangan risau tau? dah dah, jangan menangis, kang ana pun ikut menangis. huhu..

*usap air mata awak*

semoga kita semua dapat jodoh yang terbaik !
aminn.. <33

antara wajah-wajah dekat bawah ni, yang mana seakan-akan dengan wajah isteri/suami awak ? :p

Muslim yang soleh
Muslimah solehah :)

nota hati buat bakal suami : buat masa ni, ana masih tak tahu siapa jodoh ana. tapi ana tahu awak orang yang baik, yang terbaik untuk ana. awak bakal suami ana yang akan jadi pembimbing ana. Ana tak kisah siapa pun awak. ana hanya melihat agama yang ada pada awak. datanglah , pimpin ana menuju syurga. :')


n/p : Mahar Cinta by Deevotes


6 comments:

  1. huiyyooo kak izmira kite nii :)
    btw,agree 100%
    lagu yg kamu setup ni wat tmbh sedih..uwaaa

    ReplyDelete
  2. hehe, instrumental favourite izmira ni~

    ReplyDelete
  3. pinjem foto apel hijaunya... lgi broken heart nich :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorh , yuk ceritain , broken heart kenapa nich ? sabar dech ? langsung bisa share ke aku kalau kamu mahu.

      Delete
  4. -_-
    aku tak suka
    tapi ini benar
    a don't know where am i
    speechless

    ReplyDelete