Sep 8, 2014

Hari Pertama Kuliah sebagai Pelajar Sem 3

Bismillah.
Assalamualaikum wahai pembaca, apa khabar?
sihatkah?
*mood nak borak dua hala*

alhamdulillah,
Faa dah selamat daftar dekat kknc. kolej kediaman nilam court la nama penuhnya.
sampai pukul 5.30 pagi semalam (7hb/9)
pastu lepas daftar, dapatlah rumah dengan kak syerah , leha , wani (roommate).
tingkat 4 ya rumah kami. haha.

petang tu, abang am and kak hayati datang, kebetulan diorang nak beli karpet dekat nilai tiga. pastu faa ajak mahi skali pergi . hewhew~ kitorang borak banyak benda ilmiah. both sis and bro are ohsemm!

pagi ni, Alhamdulillah, berbalik pada tajuk di atas. first day kuliah went very well.
First start dengan fiqh muamalat. ustazah yasmin ajar. faa eksaited nak pergi kuliah so datang awal pagi jugak la, breakfast dekat cafe fsu tu~ ^^
pastu jumpa semua kawan-kawan sekuliah, senior-senior~ :)

rasa bahagia bila jumpa senior2 pastu semua lambai-lambai. haha.
awal pagi jumpa batchmates, jumpa kakak senior -kak hanis, kak mimi, kak farah, then terserempak dengan senior -  rahimi dekat cafe. lambai je la. rahimi is a great singer in le university.I like his voice. Merdu sangat ! pastu jumpa ramai gak rasanya. abang kamil, zaim,yang kelakar tu, pastu abang syahid dari jauh panggil nama faa sambil lambai-lambai. haha made my day ^^
yang pasti, jumpa Abang Wan Mier dengan Kak Wan Hani (faa Wan Eiz , diorang ni family WAN)
haha~

tu je kelas hari ni.
pastu balik dengan mahi naik bas.
btw, kknc best. :)

outfit of the day. Haha~
 

Sep 5, 2014

Kem pemantapan rohani di Imtiaz dan pengakhiran cuti sem



Bismillah.
Assalamualaikum~ Apa khabar semua?
Insya Allah. Kali ini, faa nak cerita pasal KEM PEMANTAPAN ROHANI Alumni imtiaz besut bersama adik-adik tingkatan 1 dan 2. Awal cerita, masa hari ahad yang lepas-lepas, ada majlis yang bagi duit yayasan Terengganu tu dekat imtiaz besut. So kitorang alumni semua ni pergi la lawat sekolah. Pastu Ustaz Mustafa dengan cikgu azri jumpa faa dengan kawan-kawan. Ustaz pa la tanya, kitorang free tak hujung minggu nanti, katanya nak mintak kami ni buat kem untuk adik-adik. Disebabkan faa selalu uruskan hal pasal alumni, budak-budak ni suruh faa jadi wakil untuk handle. Kiranya, jadi ketua la.
Okay then..
Lepas tu, dalam dua tiga hari, selalu jugak faa pergi sekolah. Tumpang ustazah Rohana. Ustazah amek, ustazah hantar, ustazah belanja makan..segan pulak Faa. Insya Allah nanti dah jadi lawyer nanti, saya pulak yang akan pergi amek dan belanja ustazah dengan cikgu-cikgu makan ye? Hehe. ^^
Berbalik pada kem. Oleh kerana Faa sorang je student a.k.a alumni masa tu..so faa la yang uruskan setting kertas kerja dengan ustaz Mustafa tu, Faa semangat gak laa ajak alumni-alumni yang lain untuk join. sepatutnya minggu lepas ada program alumni, tapi tak jadi. Disebabkan ramai yang dah mendaftar masuk U.. so yang dapat datang pun sikit je la. Malam sebelum program 28hb ogos tu, Faa keluar makan @ discuss dengan wajdi dan fifi. Syukran wajdi for le treat. J keesokan harinya, Kem start !
Petang tu, wajdi dengan syazmin datang. Lepas tu dekat maghrib, Fathiah sampai. Fath dengan faa pergi amek ain dekat rumah dia. Pastu kitorang makan malam dekat restoran anjung bahtera ^^
Pastu program start pukul 9 malam dengan ice breaking. So far, fathiah , faa , ain je. Pastu amiruddin, izzat khairil dengan wan syahrul afif datang. Pagi esoknya pergi kubur dekat area tu. bersih-bersih kubur pastu tazkirah sikit. Lepas tu program personality ulul albab, pengukuhan solat, pastu explorace Quran, pastu malam, muhasabah ! memang menangis la budak-budak ni.. faa dengan syahrul jaga satu group. Menangis diorang sampai ada yang sesak nafas . risau betul . pastu kebetulan masa tu uia ada program nuqaba’ dengan budak form 4. Esoknya tu, feedback etc2 dan majlis penutup. Sebagai ketua fasi, faa rasa letih tapi puas hati jugak la. Alhamdulillah . 
Saham akhirat sebelum sambung belajar~

sesi conteng muka dekat check point 2. siapa tak dapat jawab soalan akan kena cat muka. faa memang suka conteng2 muka ni. haha.

fasi imtiaz + uia



balik-balik tu, ada keluar dengan fatihah, jumpa amirah etc2.
then keluar beli barang dengan bonda and dekjah :)

keluar makan dengan kak Wan Hani~

alhamdulillah, boleh la sumbat-sumbat bawak satu bagasi je. haha. naik bas dengan perasaan sebak nak tinggal rumah tapi eksaited nak belajar. maka naiklah bas 6hb september (malam esok)..

Nilai Here I come~