“Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan
yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.
Assalamualaikum ..
kepada sahabat ana sekalian ,
dulu ingatkan hidup di ipta lagi bagus daripada
hidup di sekolah. selain dapat ilmu yang baru , ana rasa diri ana macam
terseksa berada di sini..
bukan kerana ipta ana ni jahat , sosial ke apa
ke..bukan..
tapi disebabkan ana rasa ada sesuatu yang Allah
masukkan dalam hati ni..
sesuatu yang sangat membuatkan hati ana
tersentuh..ana sendiri tak pasti, itukah yang dinamakan “hidayah” ?
Berbalik kepada tajuk di atas , hari ni ana nak
cerita pasal hidup kat university ni sebenarnya, tapi dah jauh melencong.
Huhu~
Jangan salahkan tudung , tapi salahkan orang yang
memakainya. Biarpun orang yang pakai tudung labuh ni sama je perangai dia
dengan orang yang free hair , tapi sekurang-kurangnya yang bertudung labuh ni
dah lepas daripada dosa tidak menutup aurat. Kan?
Ana suka
tengok orang bertudung labuh. Biarpun pada saat tu ana pun pakai tudung labuh
jugak , tapi bila tengok senior yang bertudung labuh jugak, rasa sejuk je hati.
Pastu dalam hati ni , rasa macam ,”ya Allah , jahilnya aku ni..”
Ana harap ana dapat istiqamah dalam bertudung
labuh..ana mengaku yang ana rasa terharu bila ana fikir balik. Allah nak tunjuk
kepada ana kelebihan tudung labuh ni. Dulu masa kat Sekolah , ana tak rasa
apa-apa bila pakai tudung labuh. Lepas tu , bila dekat ipta ni, ana rasa ana sayang
sangat dekat tudung labuh. Ana rasa selesa..biarlah orang nak kata apa pun ,
yang penting kita sebagai muslimah,hendaklah menutup aurat dan berpakaian kemas
dan bersih. Buat apa lah nak jadi famous , hot stuff bagai kan? Sanggup ke nak
masuk dalam api neraka yang hot tu?
Ana jadikan tudung labuh sebagai satu batu lonjatan
untuk ana beribadah..sebaba ana akan selalu fikir macam ni , “ aq ni pakai
tudung labuh , takkan aku nak pakai untuk Nampak warak je? Aku pakai ni sebab
aku nak jaga diri aku...nak cari cinta Allah.”
Lepas tu ,
kalau ana nak gelak kuat2 ke , nak kutuk orang ke..ana rasa macam ada sesuatu
yang menghalang ana daripada buat semua tu..sebab apa? Sebab ana pakai tudung
labuh. Bila kita sedar kita pakai tudung labuh , kita akan sedar yang kita ni
beragama Islam . bila sedar kita beragama Islam..kita akan sedar jugak yang
semua tu dosa. Bila kita sedar semua tu dosa , kita tak akan buat dah lah.betul
tak ? itulah kronologi kelebihan tudung labuh. Sebab tu ana cakap dari awal ,
tudung labuh ni umpama guru yang mengingatkan kita.. ^^ alhamdulillah~
Ana selalu
fikir yang ana dah buat keputusan yang salah masuk ipta ana ni. Rasa menyesal..tapi
bila fikir balik..sebenarnya Allah sayang kita. Dia tempatkan kita di sini, di
persekitaran yang berbeza untuk mengajar kita supaya menjadi kuat untuk
menempuhi dugaan pada masa lapang. Betul tak ? Allah sayang kita..
ALLAH nak uji sekuat mana iman kita.
Jadi sahabat sekalian..kalau anda rasa nak pakai
tudung labuh , pakai je , dan istiqamahlah!
Jangan malu memakai tudung labuh..biarpun kita dipandang
kuno oleh manusia, tapi seluruh seisi langit memuji kita.Allah redha akan diri
kita. Itu yang kita nak kan?
Kenapa mesti menutup aurat?
Cuba fikir , orang yang memakai tudung labuh umpama
bunga ros yang diletakkan didalam bekas kaca , orang ramai dilarang untuk
menyentuhnya kecuali pemiliknya sahaja.manakala orang biasa umpama bunga ros
yang tidak dibalut atau dibalut separuh. Sesiapa sahaja bebas menyentuhnya. Lama-lama
bunga ros yang tidak dijaga akan layu atau rosak kerana dipegang-pegang oleh
orang ramai.baunya juga hilang.
Manakala bunga ros yang dijaga dalam bekas kaca ,
kekal wangi dan segar kerana ia tidak disentuh oleh sesiapa melainkan tuannya
yang berhak. Tuan itu pula menjaganya dengan penuh cermat. Indah kan?
Bunga ros di dalam bekas kaca adalah ganti kepada
wanita bertudung labuh, tuannya pula adalah suami yang soleh.
Kawan ana pernah cakap, kita kena jual mahal , tak
semestinya jual mahal ,nanti tak dapat jodoh..tapi kita jual mahal yang kena
pada tempatnya..orang yang suka bertukar kapel ni, yang bebas bergaul ni umpama
jual murah..memang lah jualan murah ni ramai orang suka..tapi tak berkualiti
sangatlah. Ala , umpama jual tudung lambak @bundle kat pasar malam dengan jual
tudung dekat butik tudung. Walaupun mahal , pembeli yang beli kat butik akan
menjaga tudung itu dengan baik, manakala tudung kat pasar malam , lepas pakai
orang akan campak je..ala, tudung pasar malam je kan? Rilek lah..kalau koyak
sikit,beli baru~
Jadi , jangan risau tentang jodoh , doa lah biar
Allah kurniakan kita jodoh yang soleh . J amin~
sifat yang perlu ada pada wanita
adalah malu. Dengan perasaan malu itu , kita akan lebih menjaga diri kita.
insyaAllah
Boleh tak faham contoh ni jika diterjemahkan dalam
kehidupan seharian kita?
Oleh itu, bersyukurlah wahai wanita muslimah yang
bertudung labuh, ALLAH menjaga anda!
Bertudung labuh tidak melambangkan kuatnya
imanmu..tetapi bertudung labuh membimbing dirimu kearah keimanan..
akhir kalam ,
La tahzan , la takhaf , innallaha ma’ana..
*jangan bersedih dan jangan takut , sesungguhnya
Allah bersama dengan kita.
No comments:
Post a Comment