Assalamualaikum wbt..
Manusia zaman sekarang , pelbagai ragam..
pernah ana terdengar satu ayat ini,
"tengok pada ilmu yang disampaikannya , bukan pada orang yang menyampaikan.."
memanglah kan..nasihat tu bagus..
tapi , tak bermakna awak boleh guna ayat ni untuk dijadikan dalil..
cuba renung apa makna ayat AlQuran ni,
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya membuat kebaikan
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; Padahal kamu semua membaca
kitab Allah, tidakkah kamu berakal? – Al-Baqarah 2:44
Ketika sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W apakah maksud
tafsiran ayat ini, Baginda pun bersabda yang bermaksud akan ada satu
orang pada hari perhitungan kelak (di Padang Masyar) setelah selesai
perhitungan untuk dirinya, Allah S.W.T memerintahkan para malaikat
supaya mengheret dan mencampaknya ke dalam api neraka. Malaikat pun
mengheret dan mencampakkan orang itu sekeras-keras nya ke dalam api
neraka, maka terjunamlah dia dan setelah tiba di dasar neraka, tubuh
badan nya pun berkecai. Setelah itu, badan itu bercantum kembali dan
dikisar-kisarkan sehingga berkecai lagi.
Melihat keadaan itu, penghuni neraka lain (yang turut diseksa) berasa
kehairanan dan bertanya kepada orang itu “Mengapakah Allah mengazab
kamu dengan pedih sekali? Bukan kah kamu yang menyuruh kami berbuat
kebajikan dan beramal salih semasa di dunia dulu?” Jawab orang itu, “Ya,
akulah orang yang menuruh kamu membuat kebajikan dan beramal salih
dahulu, tetapi apa yang aku katakan itu, tidak pula aku kerjakan”
Apa yang dapat kita pelajari daripada ayat ini adalah;
berhati-hatilah semasa memberi nasihat. Jangan kita menjadi seorang yang
pandai memberi nasihat, berkata-kata ke arah kebaikan tetapi apa
kebaikan yang terkandung di dalam kata-kata tersebut tidak pula kita
ikuti. Pandai bercakap tetapi tidak pandai mengerjakan nya. Jika
demikian, diam itu lebih baik.
jadi , diam itu lebih baik kan daripada berkata-kata..
masih lagi ingin membangkang ?
dalil ana Quran , dalil antum di atas cuma pepatah arab..
yang mana lebih aula? (utama)
Astargfirullahal azim...
bukannya bermaksud..kalau melihat kemungkaran tu..tak payah tegur..
kalau lihat maksiat..jangan ditegah..
tidak sama sekali saudaraku..
maksud ana disini..
sebelum kita nasihat orang..kita muhasabah diri sendiri dulu ya ?
contohilah rasulullah s.a.w , baginda adalah Qudwah hasanah..
contoh terpuji..apabila baginda menerima wahyu Allah..
baginda akan melakukannya dahulu...
kemudian barulah baginda akan menyebarkannya kepada orang ramai..
boleh lihat maksudnya disini ?
zaman sekarang ni ,
dah ramai "ustaz " "ustazah" liberal..
pakai tudung labuh sikit dah dianggap ustazah ?
maaflah..jangan sesekali cepat memberi darjat itu..
ana sendiri,
walaupun menghafaz Al Quran..
mempunyai pengetahuan dalam Ilmu agama..tapi ana tetap rasa tak layak digelar ustazah..
sangat-sangat tidak layak,
kerana taraf seorang murabbi itu sangatlah tinggi...
ana benci, sedih dan kesal melihat ramai manusia menggunakan dalil untuk mempertahankan dirinya yang sebenarnya dipengaruhi nafsu...nafsu amarah..nafsu hawa' dan pelbagai nafsu lagi.. kenapa dan mengapa ?
ana dah jumpa ramai orang yang pandai bercakap..
ya Allah..
cakapnya saja mengalahkan ulama'
kata-katanya sahaja sangat meyakinkan..
walhal, apa yang dikatakan , apa yang dilarangnya..itu yang dia lakukan..
sila rujuk balik albaqarah ayat 44..
celaka bagi orang sedemikian..naudzubillahi minzalik..
tengok saja lah rancangan "ustazah pilihan"
tengok dah masa mereka berdebat dengan imam muda?
ana malu tengok video tu..
'ustazah-ustazah yang berpendidikan tinggi ini seakan-akan bertindak ikut emosi..
ana sebagai golongan hawa malu melihat keadaan itu..
=.="
baiklah..kembali pada hukum tabarruj..
|
ehsan pakcik google. |
apa hukumnya ?
berdosa kan ? kenapa ?
sebab wanita mempamerkan kecantikan yang hanya untuk suaminya..
dan , dia mempertontonkannya untuk menarik perhatian orang lain..
contohnya, pakai contact lense.
padahal pakai spek boleh..tapi nak kasi mata tu bulat macam guli..biar lelaki tengok..
'alahai..cutenyaaa"
pastu , pakai bedak tebal dua inci , lipstik merah menyala..
ini dalam kalangan ustazah..dasyat kan?
belum lagi petik dari kalangan golongan biasa..
apa hukum tabarruj ?
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara
berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai,
tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).
Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat)
kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa
mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun
tidak.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti
memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki
seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak
menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan
perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini
adalah dilarang.
Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam
sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku
mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini
adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.
Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik
perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini
juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan
kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan
ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.
Jika seseorang wanita itu memakai
Jilbab (jubah) yang mempunyai
motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah
Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang
Shar’ei.
Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian
adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan
membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian
ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا
“
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].
Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh
menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh
itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka
aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik
perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah
dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali
dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah
semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.
Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik
perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan
dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti
persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui
kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh
menilai dan mengetahuinya.
Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj
atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan
terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan
dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk
membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah
Subhanahu wa Taala berfirman :
الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ
زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ
وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
“
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami
mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]
مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ
“
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya)
ana bukan nak burukkan 'ustazah' ya..
tapi ini teguran..diulangi,dah banyak golongan ustazah 'liberal'..
lihat saja lah seorang ustazah yang bercakap di khalayak ramai ,
meringankan hukum Allah taala sesuka hati ..
astarghfirullahal azim..semoga kita tak tergolong dalam golongan ni..
jangan tipu la kalau antunna cakap pakai macam tu , takde niat pun , just nak bagi muka berseri2..maaf zahir batin ! ayat dah lapuk..
ana juga perempuan macam antunna ....
ana pernah rasa pakai tudung pashmina..terbelit sana sini..nasib tak tercekik waktu pergi dinner hari tu..
ana dah pakai tudung versi arianni , lycra..ya Allah , nipis yang membentukkan tubuh badan..
tadi ana pakai pergi kuliah, saiz XXL..memang tak selesa sangat2! sepanjang kuliah..rasa takut dan tak selamat..malu pun ada..
yang terbaik pilihan ana..
tudung labuh..
bukan tudung silang,sebab tudung silang, walaupun labuh..tapi still nipis bagi ana,
tak melindungi sepenuhnya aurat di belakang mahupun di depan..
ana malu kot..antunna tak rase ke MALU ???
ana pilih tudung labuh,bukan silang,pashmina atau ariani,
tapi tudung labuh bidang 60..tudung bulat yang nenek tua2 pakai..
sebab apa nenek pakai ?
sebab biasanya orang tua ni sedar yang diorang semakin menghampiri kematian..sbb tu diorang tutup aurat sebaik mungkin..heh , mati tak kenal usia..
antum ingat antum mati bila tua ke?
mana tau esok atau lusa?
kalau tak sempat taubat macam mana?
tudung yang ana pakai..
biarlah orang ckp macam selimut..kuno dan sebagainya..
tapi selimut itu lah yang telah menyelimuti kehormatan ana..
yang menjaga maruah ana..
berbalik kepada soal tabarruj..
makeup2 semua tu..
sedar tak ? pakai bedak sebab tak nak bagi muka nampak pucat..
pakai lip balm sebab tak nak bagi bibir merekah..
pakai celak kerana sunnah..diulangi..celak sekadarnya..bukan setebal2nya sehinga mata jadi menggoda ..
yang pakai lipstik merah menyala macam mata naga tu kenapa ?
betul tak kalian nak tarik perhatian lelaki ??
ana perempuan juga...ana tau la..
sekarang ni ,
ana pakai pakaian biasa..
hodoh pun hodohlah..
janji maruahku terjaga..
tak stylo tak apa..janji kemas..
bersih dan selesa..serta menutup aurat..
ana boleh laa nak pakai macam antunna , contact lense bagai..
dengan make up sana sini..
ana juga boleh jadi cantik, macam siti nurhaliza tu ke..kan ?
ana boleh nak kawan gurau dengan lelaki..tapi ana segan..kadang2 ana terover..
cakap gurau2 dengan lelaki..
gelak2..bila ana sedar , ana rasa bersalah..
kawan ana cakap, "ala..rileks laa..kawan kan?"
tapi ana segan dan ana malu !
kita sebagai umat ISLAM.. mesti jaga batas pergaulan kan?
:'(
malu kan separuh daripada iman..
ana boleh nak pakai cantik-cantik..untuk tarik perhatian lelai..
tapi ana taknak !
sebab ana sedar yang kecantikan macam tu FAKE..
biarlah jodoh ana nanti lihat ana pada kecantikan hati dan akhlak..
bukan pada dasar makeup, yang hakikatnya tabarruj..
jadi sedarlah duhai wanita...
jaga lah akhlak anda..
jaga iman..
jaga hati..
insyaAllah diberkati hidup dunia dan akhirat..
akhir kalam..
jom sama-sama jaga aurat..jom sama-sama buat baik..
jom masuk syurga sama2 ~ aminn..
salam ramadhan :)
assalamualaikum ^^