salam sejahtera buat semua sahabat ana yang dikasihi sekalian..
salam ramadhan ^^
Sejak akhir-akhir ni..
ana ditimpa pelbagai ujian..
kesedihan..
kegagalan..
sedih sebab berjauhan dengan keluarga..=.=" normal lah kan?
sedih jua sebab tidak mendapat keputusan yang baik dalam test subjek law baru-baru ini..
sedih juga melihat kesengsaraan saudara seIslam di Gaza, Myanmar serta kelaparan saudara di Somalia ..
serta kesusahan yang dihadapi oleh saudara seislam yang lain..
ana teringat akan ayat AlQuran yang berbunyi,
surah al-Anbiyaa’;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan
dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Ya , sahabat sekalian..
Allah menguji kita , tanda Allah sayang kepada kita..
Allah menguji kita, tanda Dia tidak ingin kita terus leka dalam kebahagiaan hidup..
Kadang-kadang , ana sering berasa lemah dan hampir putus asa..
sering juga air mata menitis tatkala menerima dugaan..
kerana diri ini tidak mampu menanggung dugaan tersebut..
tapi ana disedarkan dengan ayat Allah ,
pabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Sahabat sekalian,
Allah takkan menduga kita dengan apa yang kita tidak mampu..
sebenarnya,
segala dugaan yang kita perolehi adalah untuk menguji setakat mana KEMAMPUAN kita.
dan ana yakin , kita MAMPU menghadapinya..
lihatlah Ayat Quran di atas..
Allah takkan menduga kita melainkan dengan sesuatu yang kita mampu..
Kita mampu , Insya Allah..
Insya Allah..
jangan berputus asa ,
ana menasihati diri ana dan sahabat2 ana yang sedang membaca entri ini..
berusahalah ,
tetapkan niat segalanya ikhlas kerana Allah Taala :)
La tahzan , innallah ma'ana !
takbir ,
Allahuakbar !
salam ramadhan ,
farhanaizmira :)
No comments:
Post a Comment