May 24, 2013

Debat dan seisinya~

Assalamualaikum~

hari last kak tiya and kak yana ada dekat imtiaz , hari tu jugak faa diminta oleh cikgu yu untuk ajar budak-budak debat. takde laa ajar sangat, sekadar tunjuk ajar. even skrip pun kita buat.ish3 Mula-mula masuk, tak kenal pun budak 5 orang ni..yang cam sikit just zainul afif. tu pun sebab kenal kakak dia. huhu~ First day punya laa kekok. Masuk-masuk faa tanya, "korang debat kan?"
semua angguk. so start dari situ mula kenal. Syarhan, zainul, tengku, amir and raja. tiba-tiba ada orang tanya, "nak kena panggil kak ke panggil ustazah?" faa pun suruh panggil kak je laa..ustazah macam skema sgt. so bermula laa latihan kitorang. diorang ni semua budak form 4.

p/s : copied from fb.com :D








Hari berlatih, dua hari sebelum pertandingan. macam tak sempat kan? tapi camtu laa adat tradisi sekolah ni. nasib baik laa budak-budak semua hebat. yang kelakar disini, start lepas maghrib, habis pukul 3. memang bengkak mata uols. =.="  nasib baik laa budak-budak ni especially raja jenis yang annoying sikit, balaghah kuat. so ada je lawak dia nak buat. At least xde laa ngantuk sangat kan. tambah pulak faa dengan raja memang jenis happy go lucky. gila-gila

so first day kami je yang tak tido. Amir pulak buat cool dia . geram betul bila faa main bola kepala besar dengan abang sorang tu! selalu kalah. haha.. Syarhan kejap serious kejap annoying . :3 zainul @ afif nampak skema sangat mula-mula..faa nak tegur pun takut.. tapi bila dah kenal takdenye skema. memang gila-gila jugak abi tu sorang. then tengku, yang ni memang takleh nak kata apa..umur dah 16 tapi faa rasa dia tu macam 6 tahun. but he's a nice guy. tengku memang budak baik laaa..walaupun ramai budak-budak ni PBSM. haha~ *term baru! *

pertandingan tu, kitorang kalah, haha. =="

tapi pengalaman kan, so tak sedih sangat laa. Zainul yang jadi tumpuan masa tu. memang bergegar dewan. best dia berbahas. :) Then lepas habis debat, faa kurang contact diorang. until the day bila diorang kena ganti balik exam semua. memang pukul 3 pagi pulak siap.=.="


muka masa pukul 3 pagi. =.="


best spend masa dengan budak-budak, tapi faa letih.exhausted pun ada. asalnya raja yang cakap faa ni dah dianggap macam kakak dia. jadi raja farhana . kelakar right? then tengku pun cakap camtu. tengku farhana. kua3~ tapi faa nak ada kakak, so tengku jadi kakak faa. btw, dalam bahasa indon, kakak tu maksud dia abang kan.~ so xde la tengku jd soft nanti.luls~ ^^ tu yang start semua ada nama masing-masing dalam family. amir jadi abang, cehe jadi tok, afif jadi abi. haha :D gossip masing-masing jadi family jugak. sengal betul.
last meeting faa ajar abi afif syair. memang kelakar time tu. sorry laa , suara faa memang serak camni, boleh pulak dia menganjing faa,cakap suara macam siti nurhaliza apa laa..faa balas balik, suara dia macam anuar zain uols. haha..tapi afif's memang best pun . suara dia lunak.
 apapun, it's a nice moment, brothers. Nice to know you guys. <3




We are ohara , and ohara means family. goodluck in your SPM next year. :)

salam sayang
faaizmir
11.29 am
imtiaz besut (3-9)

May 8, 2013

kata hati di ambang pilihan ~

Assalamualaikum~

lama tak letak entry dalam ni. by the way ana dalam episod mencuci hati. alhamdulillah sekarang habiskan masa dengan adik-adik imtiaz dekat sini. walaupun rutin harian takde laa sesibuk mana, tapi okey laa jugak kan. dapat memantapkan AlQuran, walaupun ana bukan lah masyi sangat bab Quran ni.cuba memperbaiki diri insyaAllah..alhamdulillah. ^^ ana dapat kerja lain di bandar jerteh..tapi sebab sayangkan adik-adik dan bumi imtiaz ni..ana tolak kerja tu. kak yana siap ketawa lagi dengar.aduhaii kak leha. haha~ last week ana ada program dengan cikgu hanif, cikgu ako, idin , syahmi, wajdi dan ustaz zaidi . kem untuk adik-adik form 1 dan form 2. ana buat slot pasal rasulullah-my hero. sampai ada yang menangis bila ana cerita kisah rasulullah kena maki, rasulullah di ejek, dicaci semua tu. adik-adik memang berhati suci. masyaALLAH.

p/s : jangan lupa sms dan call rasullullah, dengan cara? baca alquran dan berselawat. :)

Ahad lepas, Arif dengan syahmi dah keluar daripada imtiaz sebab adik ana dua orang tu nak sambung pelajaran untuk peringkat seterusnya. minggu ni kak tiya dengan kak yana nak keluar pulak sebab dapat tawaran untuk berkhidmat di sebuah maahad tahfiz di pahang. akhir bulan ni cikgu ako dengan cikgu hanif pulak keluar sebab praktikal mereka sudah sampai ke penghujungnya..tinggallah ana seorang diri di sini. :')



pru-13? keputusannya begitulah. ana tak berapa up to date sikit pasal ni. maklumlah, sampai hampir bergaduh disebabkan pru. :3 ramai tanya ana, ana sokong apa sebenarnya ni ? pening kot nak jawab. macam ni laa. masa 2008 dulu ana dengan bersemangatnya menyokong pas , sekali dengan sahabat baik ana, atirah. :) untuk pru 13 ni, ana tak pro mana-mana. sebab ana lihat , bn pun ada pro dan cons, pr pun ada pro dan cons. nak kata bn semua jahat, ana bawah  dato' idris jusoh. alhamdulillah beliau okay. anak dato' idris pun sahabat ana. tapi ana pun hormat TGNA. :) ya, ana anak kelantan yang menyokong TGNA. kalau tak takde laa nak excited masa ipe bagitau yang TGNA nak datang rumah dia. :') tapi camtu laa.. kekasaran bukan sifat kita. Islam tak ajar macam tu. walaupun ana tak sokong bn , tapi ana pun tak setuju dengan cara sesetengah penyokong pr yang kuat mencarut. bukan apa, kalau kita tengok orang-orang jahil buat benda tak elok, kita yang berilmu ni ikut buat benda tak elok..jadi tak berapa betul laa cara macam tu kan? pastu ada pulak yang perli-perli ana..ucap tahniah sebab bn menang. memng pemerlian yang terhebat. terasa betul ana.sebab apa? sebab kebanyakannya sahabat ana daripada sekolah. walaupun perli dengan cara halus. menusuk jiwa betul.=.=" maka, ana memilih untuk berdiam diri. natijahnya begitu. apa pun, kita kena doakan yang terbaik..insyaAllah :)

seterusnya..


ana dapat tawaran interview IPG-kplsm untuk course TESL. tarikhnya hari isnin 13 mei ini bertempat di Maktab perguruan sultan mizan, besut. rasa takut nak pergi interview. tapi ana suka bidang pendidikan,mudah-mudahan dapat course tu,insyaAllah ..amin..:)

muet , band 3.sekali lagi. kawan-kawan se-asasi ana pun ramai yang dapat band 3 jugak what to say? redha je la..nak kata burn rm101 tu..takpelaa...melabur demi pendidikan untuk masa depan diri sendiri..nak masuk law um memang tak dapat dah laa..tunggu result final asasi pulak keluar esok. double triple cuak. Ya Allah.. semoga cemerlang, insyaALLAH. ana menunggu keputusan interview untuk upu pula yang akan keluar pada hari isnin, 13 mei ni...memang tak tau nak pilih , hidup di ambang pilihan. jom solat istikharah ! :')

semoga semuanya diberkati,dipermudahkan dan diberikan yang terbaik oleh Allah, insyaAllah..

salam ukhuwah,
faa izmir,
4.01 pm
8/5/2013
Imtiaz besut