May 8, 2013

kata hati di ambang pilihan ~

Assalamualaikum~

lama tak letak entry dalam ni. by the way ana dalam episod mencuci hati. alhamdulillah sekarang habiskan masa dengan adik-adik imtiaz dekat sini. walaupun rutin harian takde laa sesibuk mana, tapi okey laa jugak kan. dapat memantapkan AlQuran, walaupun ana bukan lah masyi sangat bab Quran ni.cuba memperbaiki diri insyaAllah..alhamdulillah. ^^ ana dapat kerja lain di bandar jerteh..tapi sebab sayangkan adik-adik dan bumi imtiaz ni..ana tolak kerja tu. kak yana siap ketawa lagi dengar.aduhaii kak leha. haha~ last week ana ada program dengan cikgu hanif, cikgu ako, idin , syahmi, wajdi dan ustaz zaidi . kem untuk adik-adik form 1 dan form 2. ana buat slot pasal rasulullah-my hero. sampai ada yang menangis bila ana cerita kisah rasulullah kena maki, rasulullah di ejek, dicaci semua tu. adik-adik memang berhati suci. masyaALLAH.

p/s : jangan lupa sms dan call rasullullah, dengan cara? baca alquran dan berselawat. :)

Ahad lepas, Arif dengan syahmi dah keluar daripada imtiaz sebab adik ana dua orang tu nak sambung pelajaran untuk peringkat seterusnya. minggu ni kak tiya dengan kak yana nak keluar pulak sebab dapat tawaran untuk berkhidmat di sebuah maahad tahfiz di pahang. akhir bulan ni cikgu ako dengan cikgu hanif pulak keluar sebab praktikal mereka sudah sampai ke penghujungnya..tinggallah ana seorang diri di sini. :')



pru-13? keputusannya begitulah. ana tak berapa up to date sikit pasal ni. maklumlah, sampai hampir bergaduh disebabkan pru. :3 ramai tanya ana, ana sokong apa sebenarnya ni ? pening kot nak jawab. macam ni laa. masa 2008 dulu ana dengan bersemangatnya menyokong pas , sekali dengan sahabat baik ana, atirah. :) untuk pru 13 ni, ana tak pro mana-mana. sebab ana lihat , bn pun ada pro dan cons, pr pun ada pro dan cons. nak kata bn semua jahat, ana bawah  dato' idris jusoh. alhamdulillah beliau okay. anak dato' idris pun sahabat ana. tapi ana pun hormat TGNA. :) ya, ana anak kelantan yang menyokong TGNA. kalau tak takde laa nak excited masa ipe bagitau yang TGNA nak datang rumah dia. :') tapi camtu laa.. kekasaran bukan sifat kita. Islam tak ajar macam tu. walaupun ana tak sokong bn , tapi ana pun tak setuju dengan cara sesetengah penyokong pr yang kuat mencarut. bukan apa, kalau kita tengok orang-orang jahil buat benda tak elok, kita yang berilmu ni ikut buat benda tak elok..jadi tak berapa betul laa cara macam tu kan? pastu ada pulak yang perli-perli ana..ucap tahniah sebab bn menang. memng pemerlian yang terhebat. terasa betul ana.sebab apa? sebab kebanyakannya sahabat ana daripada sekolah. walaupun perli dengan cara halus. menusuk jiwa betul.=.=" maka, ana memilih untuk berdiam diri. natijahnya begitu. apa pun, kita kena doakan yang terbaik..insyaAllah :)

seterusnya..


ana dapat tawaran interview IPG-kplsm untuk course TESL. tarikhnya hari isnin 13 mei ini bertempat di Maktab perguruan sultan mizan, besut. rasa takut nak pergi interview. tapi ana suka bidang pendidikan,mudah-mudahan dapat course tu,insyaAllah ..amin..:)

muet , band 3.sekali lagi. kawan-kawan se-asasi ana pun ramai yang dapat band 3 jugak what to say? redha je la..nak kata burn rm101 tu..takpelaa...melabur demi pendidikan untuk masa depan diri sendiri..nak masuk law um memang tak dapat dah laa..tunggu result final asasi pulak keluar esok. double triple cuak. Ya Allah.. semoga cemerlang, insyaALLAH. ana menunggu keputusan interview untuk upu pula yang akan keluar pada hari isnin, 13 mei ni...memang tak tau nak pilih , hidup di ambang pilihan. jom solat istikharah ! :')

semoga semuanya diberkati,dipermudahkan dan diberikan yang terbaik oleh Allah, insyaAllah..

salam ukhuwah,
faa izmir,
4.01 pm
8/5/2013
Imtiaz besut

1 comment: