Jun 12, 2013

Marhaban Ya Ramadhan Contest #01


Assalamualaikum dan salam mahabbah~

InsyaAllah , bersempena dengan ramadhan kali ini, sahabat kita ada mengadakan satu contest untuk menyemarakkan lagi semangat kita semua untuk sambut ramadhan. faa pasti ramai yang teruja untuk menyambut bulan yang penuh dengan barakah ni kan? Faa pun sangat teruja tau untuk sambut ramadhan . sebelum Faa bercerita lebih lanjut , faa nak ajak sahabat sekalian untuk sama-sama join contest ni. InsyaAllah bermanfaat. jadi , sesiapa yang berminat untuk join, boleh klik banner di atas untuk syarat-syarat pertandingan. :)

Ahlan Wa sahlan ya Ramadhan~



      Ramadhan adalah satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mana di dalamnya terdapat satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang dilipatgandakan pahala,dilimpahkan rezeki dan dikurniakan rahmat dan redha Allah ke atas sesiapa yang melakukan amal ibadah yang ikhlas keranaNya.Saban tahun,kedatangan Ramadhan amat dinanti-nantikan oleh setiap umat islam di seluruh pelusuk dunia.Kenapa?Kerana bulan Ramadhan diibaratkan sebagai satu ladang pahala yang hijau meluas. Rasulullah bersabda,“Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutuplah pintu-pintu Neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibukakan segala pintu rahmat.” Oleh itu, bersamalah kita menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.



    Harapan Faa untuk Ramadhan kali ini adalah untuk istiqamah dalam melaksanakan ibadah puasa, solat terawih dan qiamullail. Pastinya Faa juga ingin memburu malam  Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. InsyaAllah, Faa akan berusaha untuk mengisi setiap saat dan setiap detik di bulan Ramadhan dengan pengisian rohani seperti zikrullah dan bacaan Quran. Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik , Ramadhan yang penuh makna, Ramadhan yang menjadi penghubung dan pengerat hubungan di antara seorang hamba dengan sang pencipta, Insya Allah. :') jom download "checklist Ramadhan", klik disini! :)

Akhir kalam , hayatilah setiap bait indah, sabda baginda rasulullah s.a.w :



Salam ukhuwah ,
Faa Izmir .
2-9 Smib 2013
:)


Kisah hati jatuh bangun dan ketabahan.

Assalamualaikum wbt.

dah lama tak jengah blog, sebenarnya faa telah mengalami beberapa peristiwa. letih pulak nak cerita semua.tapi nak share jugak sikit-sikit , ini dugaan hidup .

lukis pukul 2 pagi. sebab tu teruk sikit.huhu.


1- faa x dapat pergi interview IPG atas sebab tertentu.
2- tak dapat interview law. :'(
3-MUET Band 3.so, goodbye law.:( *tetiba*

ni laa namanya dugaan kan. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan .
terbaru, faa telah pun selamat mengisi UPU Fasa 2. first choice faa, linguistik UKM. ada abang MPP yg baik hati bg information semua2, terharu seyh..terima kasih abg azrol dan akak serta abang2 yang lain. :) pastu ada lagi laa faa pilih course yang lain bawah-bawah tu. :) mudah-mudahan dapat yg terbaik . InsyaAllah.


ni yang latest, walaupun agak kabur kan. :)

semenjak kerja dekat sini, macam-macam benda jugak faa belajar. macam-macam, seriously. cara nak berjual beli, nak mengajar orang, nak latih debat semua, bagi ceramah lagi.. seronok! sangat seronok. tapi, dalam pada itu, tak terlepas jugak dengan dugaan, orang dengki la, pelajar degil laa, kena hina dan macam-macam lagi. kadang-kadang, air mata tumpah jua bila tidak mampu menanggung segala kesedihan.tambah pula faa sorang-sorang je kerja dekat sini. tapi, apa pun faa masih cuba untuk bertahan sedaya upaya.cuba untuk bersabar ! insyaAllah boleh.

p/s: faa skrg pakai pakaian yang bercolour cerah. dulu tak minat sangat, sekarang try pakai. ramai yg tegur sebab nampak lain. amek hangg.

ramai orang tertanya-tanya bila faa nak sambung belajar.bila nak berhenti kerja hakikatnya, bulan 9 ni laa..tak tau la sama ada diorang tak sabar nak faa keluar daripada sekolah ni atau takut nak berpisah dengan faa. cewahh ~ bajet ada orang sayang, padahal budak-budak ni tak kisah pun ustazah dia ni ada ke tak. 
sobss..

yang pasti, faa gembira sebenarnya berkhidmat di sekolah walaupun baru je stress dengan seorang hamba Allah yang suka bersangka buruk ni........faa just ignored je diorang tu. disini faa nk ucapkan special thanks to my dear teacher, my dear sister and most lovely person in school, tc syafinaz sebab dah banyak tolong faa. she always there when I need her. <3 

okay,done with the story.

lukis sendiri. tangan kaku~


berbalik pada tajuk entry. awalnya faa nyatakan masalah yang menyebabkan faa jatuh tersungkur.
tapi sebenarnya faa masih cuba bangun dan teruskan melangkah walaupun hanya mampu merangkak. Hidup ni memang camtu, ada je orang akan jeles dengan kita, tak suka kita, walhal kita takde salah apa pun dengan dia , kan? biasa lah..yang penting, jangan putus asa! kita kena kuat. yakin pada Allah dan doa banyak-banyak.

kadang-kadang, kita menangis tu bukan maknanya kita lemah, tapi menangis sekadar melegakan hati. manusia ni, sekuat mana  pun kita cuba untuk menahan diri daripada marah, sedih semua tu, ada limitnya. sampai satu kemuncak yang dah tak mampu nak tahan, memang akan menangis la. sebab apa? sebab kita hanya seorang hamba Allah. fitrah hamba itu lemah, tapi kita boleh menjadi kuat.
Tabahkan hati, kenali erti tabah, ya, faa sendiri pun harus kuat. :') 
Nasihat faa kepada diri sendiri dan semua yang sedang menjalani hidup, banyakkan bersabar!



salam sayang,
faaizmir,
2-9
8.45 pm
12/6/13
smib