Jun 12, 2013

Marhaban Ya Ramadhan Contest #01


Assalamualaikum dan salam mahabbah~

InsyaAllah , bersempena dengan ramadhan kali ini, sahabat kita ada mengadakan satu contest untuk menyemarakkan lagi semangat kita semua untuk sambut ramadhan. faa pasti ramai yang teruja untuk menyambut bulan yang penuh dengan barakah ni kan? Faa pun sangat teruja tau untuk sambut ramadhan . sebelum Faa bercerita lebih lanjut , faa nak ajak sahabat sekalian untuk sama-sama join contest ni. InsyaAllah bermanfaat. jadi , sesiapa yang berminat untuk join, boleh klik banner di atas untuk syarat-syarat pertandingan. :)

Ahlan Wa sahlan ya Ramadhan~



      Ramadhan adalah satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mana di dalamnya terdapat satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang dilipatgandakan pahala,dilimpahkan rezeki dan dikurniakan rahmat dan redha Allah ke atas sesiapa yang melakukan amal ibadah yang ikhlas keranaNya.Saban tahun,kedatangan Ramadhan amat dinanti-nantikan oleh setiap umat islam di seluruh pelusuk dunia.Kenapa?Kerana bulan Ramadhan diibaratkan sebagai satu ladang pahala yang hijau meluas. Rasulullah bersabda,“Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutuplah pintu-pintu Neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibukakan segala pintu rahmat.” Oleh itu, bersamalah kita menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.



    Harapan Faa untuk Ramadhan kali ini adalah untuk istiqamah dalam melaksanakan ibadah puasa, solat terawih dan qiamullail. Pastinya Faa juga ingin memburu malam  Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. InsyaAllah, Faa akan berusaha untuk mengisi setiap saat dan setiap detik di bulan Ramadhan dengan pengisian rohani seperti zikrullah dan bacaan Quran. Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik , Ramadhan yang penuh makna, Ramadhan yang menjadi penghubung dan pengerat hubungan di antara seorang hamba dengan sang pencipta, Insya Allah. :') jom download "checklist Ramadhan", klik disini! :)

Akhir kalam , hayatilah setiap bait indah, sabda baginda rasulullah s.a.w :



Salam ukhuwah ,
Faa Izmir .
2-9 Smib 2013
:)


No comments:

Post a Comment