Dec 23, 2014

Ini Kata Hati - Study Week Semester Tiga

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
sekali lagi pejam celik pejam celik dah nak habis sem tiga.
Dah nak habis tahun 2014.

sekejap je rasanya untuk tinggalkan tahun 2014. rasanya selamat faa hidup, 2014 yang paling berwarna warni. Paling banyak benda rare berlaku dekat faa. Paling mendewasakan.

Nak kata banyak sangat benda berlaku, sampai tak tau nak update apa.
ringkasnya, faa ada sertai geng badminton nilai sekali dengan abang fadhil. Lepas tu Jumaat lepas 19/12 faa balik rumah. sampai dekat machang, maklong datang ambik. Bonda takleh datang amek sebab jerteh banjir. sekarang kelantan banjir teruk dan masih banjir. rumah maklong masuk air, kesian betul. Faa sampai rumah maklong, makan-makan pastu tidur. Zzz.. :3
mungkin sebab letih sangat. Sedar-sedar dah Zohor. masuk dapur sengeh-sengeh malu tengok ayah long dengan maklong ada dekat dapur. lepas solat, tengok-tengok mak dah sampai. Yeayy! nak balik. :D
Alhamdulillah dapat balik. hari isnin malam, balik sini semula.

Dipendekkan cerita. study week kali ni rasanya pressure lagi teruk bagi faa. sem lepas selain masalah perasan bagai tu, study takde masalah. entahlah kenapa sem ni... T_T  qawiyy weh. tak faham pun kena faham.

Dikesempatan ini, Faa nak mintak maaf banyak-banyak dekat semua orang. semua yang berlaku salah faa sendiri. Makanya segala khilaf harap diampunkan. Tak give up pun. Insya Allah tak akan give up.

sekarang, cubaan buang rasa malas dengan bukak qiraat Quran by Ziyad Patel dalam bilik gerakan jaksa ni. tetiba rasa sakit kepala.
dengan ini, faa undur diri dulu.

Selamat maju jaya semua.





No comments:

Post a Comment