"kenapa rasa Tuhan tak adil?" getus hati kecil Fatin.
Air mata menitis lagi, lagi dan lagi.
sungguh, terkadang rasa sangat teruk. Dalam banyak-banyak orang, kenapa dia yang diuji dengan ujian yang sedemikian?
Apakah kerana terlalu banyak dosanya, atau kerana dia diuji untuk nikmat yang akan datang?
tapi seksa sungguh nak tahan rasa sakit selama dia sakit.
" Ya Allah.."
Fatin Hanif , baru berusia 21 tahun. Baru pertama kali terkena penyakit yang dikatakan mustahil berlaku bagi sesetengah mereka yang lain.
gangguan makhluk halus.
pelik sebab tak pernah kena. Puncanya?
entahlah. mungkin ada kata yang tersalah ucap semasa dia bantu merawat orang lain.
Sampai sekarang puncanya masih belum diketahui. terpijak? terambil barang? terbuat perjanjian? tak tahu!
lantas fatin mengambil jalan menggunakan kaedah sains. based on unconscious mind, mungkin dia bertindak dalam keadaan minda separa sedar dimana fungsi otak berkurangan dan pelaku tidak ingat apa yang dilakukannya sebelum ini.
kurang rehat, mungkin?
"gila ke aku ni?"
"saya ni dah gila ke asma'?" soal fatin, perlahan.
"mana ada. awak tak gila. jangan fikir macam tu."
Air mata diseka. kuatlah diri.
Apa sebenarnya semua ni?
selepas berkali-kali diganggu dan tidak sedarkan diri, banyak benda Tuhan cuba tunjukkan. ada yang menimbulkan keinsafan. ada yang menambahkan rasa benci dalam hati, rasa amarah dalam diri.
"kenapa kau tunjukkan semua ini kepada aku ya Tuhan?"
tak larat. sungguh tak larat. kalau ditanya apa perasaan? rasanya sama saja. kau rasa dilayan seperti orang yang gila.
dan lagi menyedihkan bila ada antara sahabat yang menjadikan perkara itu sebagai gurau senda.
" fatin kau okay? kenapa weh?"
Syazana datang dari arah belakang, terus duduk di hadapan fatin.
"aku..sakit hati.
terasa kecewa.
entahlah.. andai kau tahu,
sakitnya rasa melawan rasa sakit.
sakitnya rasa bila kau tersedar, badan habis luka-luka.
dan lagi sakit,
bila diperli.
tapi kau tak pernah rasa. mana mungkin kau faham apa yang aku rasa.
Aku malu bila tahu apa yang berlaku.
tapi aku ia kan saja. aku buat tak tau walhal satu persatu aku ambil tahu."
fatin tertunduk lesu.
letih. sangat letih. Nafas dihela dalam.
"cuba cerita dekat aku fatin, kau malu apa?"
"pertamanya, malu bila dapat tahu apa yang berlaku. tak pernah terdetik nak pukul orang, apatah lagi lelaki. Malu yang teramat. Apabila diri meronta dalam tak sedar, lelaki yang terpaksa tarik kerana kudrat wanita tak dapat nak lawan kudrat makhluk yang mendatang.
kedua, sedih.. bila rakan-rakan kau sendiri perli kau. aku tak tahu apa yang berlaku ni sebenarnya betul ataupun sebenarnya kekeliruan yang tidak nyata.
Apabila mereka perli, dan..perlian tu sungguh menghiris kalbu.
orang yang kau harapkan boleh bagi sokongan, terus mereka datang dan perli. terhiris zana. terhiris."
"Apa yang diorang perli?"
"ada diantara diorang..."
fatin mengeluh. beratnya rasa nak ulang semua perlian.
"eh fatin ni degil..panggil syabil dengan balkis kang..mana kau ni shabil..meh datang masuk dekat fatin ni.."
"balik la. dah pukul 12 ni. kau tak kesiankan kitorang ke fatin? kitorang letih jaga kau."
*acted macam the way kena gangguan as what happened on me before.*
"fatin ok? jangan mengamuk pulak lepas ni.tak larat dah nak ubatkan"
"letihlah nak jaga dia tu. asyik sakit je. cuba lah lawan sikit..jangan bagi benda tu masuk."
"dia ni betul ke sakit? ke saja je buat-buat sebab nak tarik perhatian orang?"
"dan banyak lagi.."
Kata-katanya terhenti. dia terus tunduk. Air mata yang diseka tadi kini tumpah kembali. tak tertahan rasanya hati.
syazana yang duduk dihadapan turut sebak. dia memandang wajah rakannya dengan sayu.
"sabarlah fatin. jangan nangis macam ni. kau kan kuat.."
"ya Tuhan, aku tak pernah mintak semua ni jadi dekat aku macam ni.
ingat main-main ke. nak perhatian apa bendanya, dah lah sakit sangat.
sampai satu tahap habis luka bengkak muka sebab benda ni.
Rasa tak mampu. tak larat. lepas satu-satu Tuhan uji.
dan masihlah, nak berdiri sendiri pun aku tak mampu.
terus diuji macam ni."
"jangan macam tu fatin. Tuhan uji kau sebab Dia sayang kau. sabarlah fatin..kau kuat, kan? bertahanlah weh..jangan fikir semua tu. kau kena bangkit balik."
tutur Syazana perlahan. Matanya turut berkaca.
"aku tak pernah nak susahkan korang, zana. aku tau korang bersusah payah berkorban masa untuk jaga aku. aku bukan tak pernah cuba lawan, aku cuba. masa budak-budak ni cerita balik apa yang berlaku,apa yang aku buat..aku malu.. Aku tau aku tak boleh ganti masa korang yang hilang. tapi nanti di mahsyar, di hadapan Allah..aku akan jadi saksi pengorbanan kalian. Aku akan minta Allah balas segala jasa dan masa kalian. Setiap saat yang hilang, hanya Allah yang dapat balas semua tu. Aku mintak maaf sebab dah banyak susahkan korang sebelum ni..aku pun tak pernah terfikir langsung akan jadi macam ni zana..aku tak berniat pun nak susahkan korang..kau faham kan maksud aku?"
Air mata terus mengalir laju. kata yang diucap berselang sendu. Syazana juga tidak dapat menahan sebak mendengar luahan sahabatnya.
dan keduanya menangis..
Tangisan yang diiringi titisan air hujan dari luar, yang pastinya hujan itu tidak sama lebatnya dengan hujan airmata manusia yang sedang menanggung rasa.
Kata orang,
kau tidak akan faham erti kesusahan selagi kau tidak merasa kesusahan yang ditanggung mereka.
Faaizmir
27 Mei 2015