May 28, 2015

Cerpen : Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan?

Langit biru luas terbentang.
Bumi ini dan sekalian alam serta isinya adalah hak milik Allah taala.
Siapa kita untuk mempersoalkan segala ciptaannya?
siapa kita untuk berjalan angkuh dibuminya?

Nama aku Zariq.
dah 21 tahun bernafas di dunia.
Aku nak kongsi pengalaman aku.

Aku asalnya cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
Tapi diuji dengan dugaan di universiti, result exam jatuh mendadak.
Masuk gaung.

Aku asalnya berjiwa teguh,
tapi diuji apabila berada di universiti,
aku berkenalan dengan seorang gadis manis berambut perang bernama Zara. Bagaikan tergigit lidah, hubungan kami terputus di tengah jalan.

Kehidupan di universiti yang terletak jauh di negara orang membuatkan aku sedikit futur. futur kerana sakitnya hati. hingga hidup dirasakan tidak berguna. Futur yang buat aku dah taknak ambil tahu apa yang berlaku. pelajaran? terumbang ambing.

"zariq..bangun zariq..jangan buat aku macam ni. bangun!!"

bahu digoncang kuat tanpa dihiraukan darah yang membasahi baju.
Kawannya sedang bertarung nyawa.q

"zariq, bertahan zariq. jangan macam ni.pandang aku riq. ni aku, farid. bangun riq bangun...tolong bangun weh.."

perlahan ,cuba membuka mata.
Wajah Farid Kabur. kepala rasa berputar.

"Farid.."

No comments:

Post a Comment