Sep 23, 2015

Wanita Kekasih Allah - by KY Muhammad



Tanpa wanita takkan ada bangsa manusia, kata Pramoedya Ananta Toer.
***
Berdirinya saya bukan mengucap kata retorik. Sebaliknya, diri ini terinspirasi dengan ramainya srikandi sepanjang zaman, yang rata-rata memaparkan agama dalam citra aslinya, segar dengan latar konteks dan semangat zaman. Pastinya, tidak sedikitpun menggugah prinsip mereka sebagai seorang Hawa.
Kesarjanaan dan kepahlawanan wanita bukan hanya awangan di langit teori, tetapi ia mengakar pada realiti dan sorotan sejarah. Sedang dimensi kerohanian pula sentiasa menjadi pertimbangan penting yang fundamental.
Wanita adalah bahagian penting dalam memikul tanggungjawab beragama, mengukuh aqidah dan ibadah, sehingga dari situ timbullah harga diri setinggi-tingginya pada wanita, iaitu timbulnya ilham perjuangan. Bukankah dalam Islam, syahidah pertama adalah juga seorang wanita? Sumayyah binti Khayyāṭ, menjelang wafatnya tidak sedetik pun menggadaikan keimanannya. Sumayyah simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan keteguhan jiwa seorang mujahidah. Namanya terpuji di langit dan di bumi.
Jika Siti Sarah dan Siti Hajar telah membuktikan wanita berupaya menegakkan perjuangan dalam keadaan daif dari segi kuasa dan kebendaan, A’isyah pula membuktikan bahawa wanita juga sanggup mengetepikan kuasa dan kemewahan hidup demi perjuangan menegakkan tauhid.
Nuaibah biin Ka’ab pula, dek didorong kecintaan dan kesetiaan murni kepada baginda Nabi Sallallahu alaihi wasallam, mengibas-ngibas pedangnya mempertahan baginda. Mempertaruh jiwa dan raga seluruhnya kepada junjungan besar. Alangkah mulianya keazaman beliau!
***
Kepahlawanan wanita dalam medan sendiri, tak pula mengasingkan mereka dari citra keilmuan dan kesarjanaan ilmiah. Malah ia mengakar dalam pelbagai bidang. Lihat saja, Faṭīmah al-Fihri – pendiri dan pengasas Jāmi’ah al-Qarawiyyīn, sebuah universiti terawal di dunia, melahirkan pelbagai ilmuwan. Lebih menarik, ketika Fāṭimah al-Fihri sibuk mengasaskan Al-Qarawiyyīn, kakaknya pula, Maryam al-Fihri pula mengasaskan Masjid Al-Andalus, yang masih berfungsi sehingga hari ini.
Kita sorot juga sejarah, kita buka pendaman fakta. Zainab al-Ghazali pasti tak lekang dari telinga kita. Wanita yang dipenjara, disiksa, dibiarkan berlapar. Namun akhirnya tangan yang menjadi saksi disiksa itu akhirnya juga menjadi saksi ia tangkas menyambar pena, mengarang kitab – demi satu tujuan, menyebar kalimah Tauhid!
***
Para srikandi terdahulu adalah wanita-wanita kekasih Allah, yang tertanam kukuh di sanubari mereka keikhlasan dan keazaman, tidak sedikit perasaan takut atau ragu – kerana meyakini janji Tuhan. Mereka disiksa zahir dan batin, emosi dan fizikal, kemiskinan dan kelaparan yang mencekik, kehilangan keluarga tercinta. Namun itu semua tidak menggoyahkan keimanan mereka, tidak membunuh semangat mereka, tidak menjadikan mereka berkeluh kesah, lemah dan gelisah.
Pastinya iman yang luhur itu membuahkan akhlaq al-karīmah, yang terjelma melalui lisan dan perbuatan.
Lalu kita bagaimana?

Pada DIA diletakkan harapan
Pada DIA sumber kekuatan
Pada DIA kita merayu kasih
Pada DIA segala segalanya.
 

Sep 16, 2015

Jaksa #2 -calar.

Sakit hati.

isu nya? tak adil. entahlah. tak faham kenapa jadi macam tu. sebenarnya salah orang lain jugak. tapi mungkin sebab kita ni yang terlebih menonjol dalam buat masalah. so, orang nampak kita je yang salah.

arakian, merajuklah dia sambil membawa diri. semua benda tolak tepi. stress punya pasal. lepas tu, sepi. diam je.
bukan apa. kalau cakap kang gaduh lagi. nanti kalau gaduh lagi, sakit hati lagi. entahlah.

sebenarnya cuma harapkan orang tu datang dan mintak maaf. atau sedikit rasa simpati . tapi entahlah, macam harapkan kucing tumbuh tanduk, memang tak lah dia nak mintak maaf.

tapi, bila fikir balik. diorang pun anggap benda tu benda kecik je. yang kau nk terasa kenapa? perlu ke terasa macam tu sekali?

nak buat macam mana. sekeping hati ni cuma seketul darah yang amat sensitif.

bukan pulau kan semua tapi membawa diri. ye lah. nak cakap apa lagi. solusi yang ada cuma diam . mereka pun bukannya faham kita. jadi, diam je lah. bersuara cuma tambah masalah.

sebab tu sekarang cuma diam dan terus diam.

tapi pernah ke mereka cuba pujuk rajuk ? tak pernah. sekarang ni nampak memang diri sendiri yang salah, diri ni sendiri yang merajuk. diri sendiri yang senyap.
mereputlah sorang-sorang.

rindu memang rindu. sedih memang sedih. semalam tengok video pun sedih.
menangis dalam diam. beritahu salah seorang ahli bahawa rindu tapi tak mahu datang rapat. cukup lah perhati daripada jauh.

ingat tak deep bila sayang itu lebih. selain keluarga, takde family lain yang lagi dekat selain yang ini.
yang baru pun takkan sama dengan yang ini.
entahlah. rindu nak bising-bising gelak-gelak. tapi disebabkan rasa sedih jadi senyap . taktau nak cakap apa.

nak cakap malu. nak bising taktau nak kata apa. sudahnya, diam je lah.

kalau lah kau tahu, aku rasa sangat rindu. tapi bila aku lihat semua orang sedang bahagia je sekarang . jadi aku diam, aku tak mahu ganggu kalian dengan karenah aku.

taknak bebankan kalian dengan perangai aku .

rindu tengah pendam.

ada lafaz yang tersimpan.

Mintak maaf banyak-banyak, hati masih lagi rasa sayang.

New Semester 2015/2016

bismillah.
dah tiga minggu dekat usim.

kuliah dah dua minggu. satu minggu lagi yang datang awal dan meniaga hari tu.
seronok meniaga walaupun letih. tapi seronok.
pergi beli barang dengan hafiz nusra fazrul aman ikram rasydan asma' kak imah.
meniaga dekat KK1 ni je. :)

kedua, jadi jaksa lagi. kali ni jadi jaksa acacia jati. tapi tak jadi timbalan pengerusi dah, tapi jadi biro perhubungan antarabangsa dan publisiti. kawan-kawan baru jaksa ni semua okay. suasana baru. stay dekat acacia ni. rumah luas bilik luas pastu roommate pun baik-baik. alhamdulillah okay. :)
dah tak jadi biro SPI. dan tak jadi biro ALSA.

third, MMD. yang ni tengah struggle untuk settlekan. doakan lah semoga dapat, insya allah. :)

dalam proses nak baiki apa yang rosak. semoga dipermudahkan. :)