Sakit hati.
isu nya? tak adil. entahlah. tak faham kenapa jadi macam tu. sebenarnya salah orang lain jugak. tapi mungkin sebab kita ni yang terlebih menonjol dalam buat masalah. so, orang nampak kita je yang salah.
arakian, merajuklah dia sambil membawa diri. semua benda tolak tepi. stress punya pasal. lepas tu, sepi. diam je.
bukan apa. kalau cakap kang gaduh lagi. nanti kalau gaduh lagi, sakit hati lagi. entahlah.
sebenarnya cuma harapkan orang tu datang dan mintak maaf. atau sedikit rasa simpati . tapi entahlah, macam harapkan kucing tumbuh tanduk, memang tak lah dia nak mintak maaf.
tapi, bila fikir balik. diorang pun anggap benda tu benda kecik je. yang kau nk terasa kenapa? perlu ke terasa macam tu sekali?
nak buat macam mana. sekeping hati ni cuma seketul darah yang amat sensitif.
bukan pulau kan semua tapi membawa diri. ye lah. nak cakap apa lagi. solusi yang ada cuma diam . mereka pun bukannya faham kita. jadi, diam je lah. bersuara cuma tambah masalah.
sebab tu sekarang cuma diam dan terus diam.
tapi pernah ke mereka cuba pujuk rajuk ? tak pernah. sekarang ni nampak memang diri sendiri yang salah, diri ni sendiri yang merajuk. diri sendiri yang senyap.
mereputlah sorang-sorang.
rindu memang rindu. sedih memang sedih. semalam tengok video pun sedih.
menangis dalam diam. beritahu salah seorang ahli bahawa rindu tapi tak mahu datang rapat. cukup lah perhati daripada jauh.
ingat tak deep bila sayang itu lebih. selain keluarga, takde family lain yang lagi dekat selain yang ini.
yang baru pun takkan sama dengan yang ini.
entahlah. rindu nak bising-bising gelak-gelak. tapi disebabkan rasa sedih jadi senyap . taktau nak cakap apa.
nak cakap malu. nak bising taktau nak kata apa. sudahnya, diam je lah.
kalau lah kau tahu, aku rasa sangat rindu. tapi bila aku lihat semua orang sedang bahagia je sekarang . jadi aku diam, aku tak mahu ganggu kalian dengan karenah aku.
taknak bebankan kalian dengan perangai aku .
rindu tengah pendam.
ada lafaz yang tersimpan.
Mintak maaf banyak-banyak, hati masih lagi rasa sayang.
No comments:
Post a Comment