“Jodoh itu sudah
ada, cuma kita tak tau siapa dan bila dia akan hadir dalam hidup kita. Kadang
kadang, kita sendiri tak sedar yang dia ada di sekeliling kita. Yang pasti ,
manusia selalu tercari-cari sesuatu yang
entah bila akan datang.”
aku
merenung kembali setiap bait yang ditulis sebentar tadi di atas sehelai kertas.
Sukar untuk difahami sebenarnya, tapi itu hakikat sebenar, dan ayat itu entah
mengapa timbul dari benakku. Aku melipat kembali helaian kertas itu lantas
menyelitkan kertas itu ke dalam sebuah buku yang dibaca. Jam di tangan sudah
menunjukkan pukul enam setengah petang. Sudah tiba masanya untuk seorang guru
muda yang berusia 19 tahun ini pergi ke dewan makan bagi menikmati makan malam
yang disediakan.
aku melihat skrin telefon nokia c3 yang
menjadi peneman setia sejak tiga tahun yang lalu. “takde mesej ke? “ monologku
sendirian lantas berjalan menuju ke dewan makan.
“Assalamualaikum
kak hana.” Sapa beberapa orang pelajar tingkatan satu sambil tersenyum.
Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan dari jauh sudah melambai-lambai.
“waalaikummussalam, kenyang makan ?” aku membalas,cuba untuk bermesra.
“dah, kak hana makan sorang-sorang ke?” bulat mata iman sambil bertanya soalan.
“dah, kak hana makan sorang-sorang ke?” bulat mata iman sambil bertanya soalan.
”ye
laa, dah ustazah yana dengan ustazah atiya dah takde, nak makan dengan sape
lagi kan?” aku membalas sambil ketawa.
“habis
tu, kak hana tak makan dengan ustaz syahmi dengan ustaz idin ke?” Tanya iman
sambil tersengeh. Dia dengan fakhira memang tak habis-habis menyakat orang.
“banyak
laa awak, ustaz dua orang tu pun kan dah keluar. Perli laa tu. Cubit kang baru
tau. Ok la, kak hana pergi dulu tau.” Ujar ku sambil kembali mengatur langkah
ke dewan makan.
Setibanya di dalam dewan, kelihatan ramai pelajar sedang menikmati hidangan makan malam mereka. Seperti biasa aku mengangkat penutup saji untuk melihat hidangan apa yang ada. Nasi ayam , menarik juga. Tapi jadi tak berselera sebab makan sorang-sorang. “ makan faa, kalau tak makan kau jugak yang lapar nanti.” Pujuk hati. Perasaanku? Nak menangis pun ada. Tapi dah biasa berseorangan , jadi perasaan itu tak sampai seminit dah hilang.
Setibanya di dalam dewan, kelihatan ramai pelajar sedang menikmati hidangan makan malam mereka. Seperti biasa aku mengangkat penutup saji untuk melihat hidangan apa yang ada. Nasi ayam , menarik juga. Tapi jadi tak berselera sebab makan sorang-sorang. “ makan faa, kalau tak makan kau jugak yang lapar nanti.” Pujuk hati. Perasaanku? Nak menangis pun ada. Tapi dah biasa berseorangan , jadi perasaan itu tak sampai seminit dah hilang.
Selang
lima minit kemudian, Cikgu Hanif dengan Cikgu ako datang di meja sebelah,
sekadar berbalas senyum melihat mereka. Aku segera menghabiskan makananku. Dari
jauh Nik dan beberapa orang pelajar perempuan tingkatan empat sudah mula senyum
penuh makna. Ada je tu nak gossip. Entah kenapa, mereka sering cuba memadankan
aku dengan cikgu praktikal tu, dan setiap kali juga aku guna ayat aku yang
biasa, “kak farhana nak kawen dengan Chinese muslim je la!” Maklumlah, malas
nak melayan adik-adik yang nakal tu.
Selepas menelan tegukan yang terakhir, aku
cepat-cepat mengorak langkah untuk pulang ke bilik. Bilikku, tingkat tiga,
paling atas dan paling hujung. Tambahan pula, semua dorm dekat tingkat tiga tu
kosong. Cuma aku je penghuni tingkat tiga. Sering mereka bertanya, “tak takut
ke duduk sorang-sorang atas tu?” Aku hanya mampu senyum. Amir, tengku, Afif dan
budak –budak debat yang lain selalu juga ambil kesempatan menyakat aku apabila
kami selesai latihan debat pada pukul 3 pagi. Nenek laa, makcik biru la, tapi
aku buat tak tau je. Lantak korang lah ye.kak hana letih. Haha.
usai solat isyak , aku mencapai laptop lalu melayari laman muka buku. Kononnya bosan, tak sampai lima minit dah mengantuk.
Lantas laptop comel ditutup dan aku segera naik ke atas katil.
“good
night faa.” Monolog hati.
“Aku
telah berjanji menyayangimu , lahir dan batinku..
Aku
telah berjanji mendampingimu , lahir dan batinku “
Tangan
mencapai telefon lalu dicampak ke bawah katil. Alarm lagu wali band yang aku
pasang malam tadi memang membingitkan telinga, nak jiwang pun jangan sampai
kacau orang tidur. Eh, bukan aku ke yang set lagu tu. Konon muzik kuat , senang
sikit nak bangun.
Aku
cuba membuka mata. Nampak macam bilik dekat rumah. Bukan bilik dekat imtiaz ni.
Oh ya, lupa pulak yang sekarang ni tengah cuti dua minggu. Baru semalam balik
daripada kampung nenek. Dah janji nak whatsapp syira,tapi lupa pulak. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Aku segera
bersiap lantas menunaikan solat subuh. Usai solat, aku kembali duduk di birai
katil. Teringat tentang interview IPG yang tak dapat pergi sebab sijil spm tak
dapat. Sampai sekarang jugak laa raja haris dengan amir muzakkir tu perli aku.
Padahal dia tak sedar yang aku tak pergi interview tu sebab nak ajar diorang
debat jugak. “hey budak-budak, you owe me ! “ aku menjerit dalam hati. Sekarang
ni orang ramai tengah busy dengan UPU fasa dua, tapi aku masih tak tahu nak
ambik course apa. Aku nak mohon law dengan English. Tu je kot.karang mintak
yang pelik-pelik, dapat yang pelik-pelik tu tak ke naya je aku nanti.
“Tawakkal, istikharah faa! “
Malas
nak fikir panjang, buku ‘Chicken soup for teenage soul’ segera dicapai. Aku
menyambung bacaanku.
“ 24 jun
2013, setiap yang berlaku ada hikmah ,
pastinya hikmah itu satu petunjuk daripada Allah untuk menyedarkan kita.
Pendrive hilang, Alhamdulillah dah jumpa.”
Usai
latihan forum malam tadi , aku dan adik-adik forum bergerak ke dewan makan
untuk minum malam. Aku melihat ayie dari jauh, lantas memanggilnya kemari.
“
ada apa kak hana?” soal ayie.
“mintak
tolong panggil raja boleh? Pintaku sambil tersenyum.
Ayie segera berlari keluar daripada dewan
makan manakala aku melangkah ke belakang dewan,menuju ke cafe sekolah untuk
membeli air.
“ayu,
ambik la air ni, kak hana belanja.share dengan humaira’.hehe”
“betul
ke kak hana?terima kasih.” Ayu tersenyum sambil memilih ice blended yang
diingininya. Aku mengambil dua gelas air lalu membayar kepada pekcik yang
menjual. Lantas aku menuju kembali ke meja makan.
“Afaf,
kunci bilik kak hana mana?” soal aku sambil meneguk air.
“Ada,
dekat poket beg kak hana tu” izzah menjawab bagi pihak Afaf.
Cari
punya cari, sampai petang esok pun masih tak jumpa dengan pendrive aku tu.
Bukan apa, pendrive cikgu aini. takut jugak kalau hilang.
Sampai la waktu makan malam, aku, afaf dengan izzah duduk dekat meja makan di dewan makan. Kitorang panggil Afif,kononnya nak mintak tolong dia buat pengumuman.mana lah tau ada budak lelaki yang jumpa ke.
Sampai la waktu makan malam, aku, afaf dengan izzah duduk dekat meja makan di dewan makan. Kitorang panggil Afif,kononnya nak mintak tolong dia buat pengumuman.mana lah tau ada budak lelaki yang jumpa ke.
“kenapa
kak hana?” soal afif sejurus tiba.
“ni
, afaf nak cakap.” Jawabku ringkas sambil melihat kearah afaf.
“boleh
tak mintak tolong buat pengumuman ,sape jumpa pendrive kak hana, bagi ke izzah.”
Afaf menjelaskan kepada Afif tentang situasi kami.
“laa,pendrive
merah?jangan risau la,ada dengan saya.syatibi jumpa malam tadi.”
“Apa?kenapa
tak bagitau awal-awal?” soalku terkejut. Punya laa kami cari merata, patut la
tak jumpa, sebab ada dengan dia.
“zainul
afif!!!!!!” laung ku.
“rilek
laa kak hana.” Jawab Afif, sambil tersengih menggaru kepala.
“awak
tau tak afif, afaf nangis tadi sebab cari pendrive tu.” Aku berkata sambil
membuat muka serius.
“ye
ke? Rasa bersalah pulak saya. Dah tu macam mana ni kak hana?” Afif mula
kelihatan gelisah.dia memandang kearah afaf. Afaf melihat kearahku lalu aku
mengenyitkan mata.
“afaf,
psyko done! Haha~
“Antara kita
tiada rahsia ..susah dan senang tetap bersama, terpatri namamu..kau takkan ku
lupa..”
Tadi
ada latihan forum, macam biasa, yang bercakap sudah tentu panel-panel. Sedang aku
dalam masa yang sama turut membantu melatih adik-adik tingkatan satu membuat
persembahan choral speaking di hadapan bilik kaunselor. Dengan gelagat budak-budak
kecik yang comel dan nakal tu, hatiku jadi senang. Rasa kelakar je tengok
diorang. Comel je semuanya. Lepas choral speaking, aku melangkah menuju ke
tempat peserta forum berlatih.
“camne,
semua okay dah?” soalku.
“okay
je. Cuma nak baiki sikit je dah ni.” Afaf menjawab.
“kak
hana, jom snap gambar!” tengku mengajakku sambil membuka webcam yang terdapat
dalam laptop.
“orite~”
Aku,
tengku dan ayie kebetulan memang suka bergambar, kami membuat pelbagai gaya
yang mendatangkan tawaku.memang budak-budak ni kelakar.sungguh, aku rasakan ini
keluarga keduaku yang bahagia. Usrah saidah,J dan
sudah pasti, aku merindui keluarga ku di rumah. Usai bergambar dengan ayie dan
tengku, aku mengajak afif, afaf,izzah dan yang lain-lain untuk turut
bergambar.sayangnya, Raja haris tiada bersama-sama kami. Sungguh, aku
bahagia.terima kasih ya Allah.
Jerebu begitu teruk melanda Malaysia.ustaz
wahab mengingatkan kami untuk memakai topeng muka bagi mengelakkan penyakit.
Pakai purdah pun boleh. Purdah? Macam menarik je.
“epa
, ayie , meh sini jap !” aku menahan tawa.
“apa
kak hana?” soal ayie sambil mengemas buku-bukunya.
“sebelum
balik, meh la ambik gambar dengan kak hana,bila lagi kan?”
“oh
okay.” Epa segera mendekatiku.
Terasa seperti berdiri di tengah-tengah
sepasang kembar. Epa dengan ayie memang mempunyai muka yang seiras dengan
perangai yang agak keanak-anakan.
“so
sweet!” ujar nik sambil ketawa.
Aku menyusun langkah menuju ke bilik bilik
guru untuk mengambil fail yang tertinggal di sana. Tambah pula, ingin melihat
latihan adik-adik choral speaking sebelum mereka bertolak ke Dungun bagi
program penutup ulul albab. Di hadapan bilik kaunseling, aku terserempak dengan
Raja Haris.
“raja,
sombong ah skarang”
“mana
ada, kak yang busy sangat sekarang ni.”
“eh,
kak hana pulak yang salah,awak tu yang senyap je.”
“ala,
rilek la Raja Farhana.”
Raja farhana? Aku tersenyum. Teringat
kembali saat ketika aku melatih raja
untuk debat bahasa melayu. Ketika itu, aku, raja, afif, tengku, amir dan
syarhan sedang berlatih sehingga lewat pagi di bilik mesyuarat. Raja bertanya
kepadaku sama ada aku ingin menjadi kakaknya atau tidak sebab dia tidak
mempunyai kakak, lantas aku bersetuju. Begitu juga dengan tengku. Oleh kerana
aku tidak mempunyai kakak, lalu aku menyuruh tengku menjadi kakakku. Nasib baik
dia tak jadi lembut. Yang pasti, afif jadi abi.Sejak itu bermulanya kisah kami
sebagai satu keluarga. Raja tengku farhana. Tak pasal-pasal dapat gelaran
diraja. Haha~
“Raja,
kak hana nak berhenti dah ni.”
“kenapa?
akak ni, cepat putus asa la.”
“mana
ada putus asa la, akak nak duduk rumah dengan family la pulak.”
“dah
tu, takpe la.nanti bila-bila free kita gi rumah kak , dekat je. Boleh la gi
dengan suhail, amir semua.”
“lai-lai~
jemput datang, haha”
“sungguh
ni nak berhenti?”
“ya,
mintak maaf banyak deh?”
“takde
apa laa.”
ku biar kalam
berbicara, menghurai maksudnya dijiwa,agar mudah ku mengerti segala yang
terjadi, sudah suratan ilahi..ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di
hati, moga terubat segala, keresahan di jiwa tak pernah ku ingini...4 julai
2013
“
Awak nak berforum ke nak berlakon? pergi balik la kalau nak main-main.” Aku
berasa amat marah. Apa masalah budak-budak ni? orang nak berforum dia pergi
berlakon. Ni bukan teater.
“kak
sibuk ni kenapa? serabut je la akak ni!” tiba-tiba afif membidasku.
“eh
zainul, jangan nak kurang ajar sangat la!” balasku geram.
“
suka hati aku la.” Ujarnya lalu segera berlari keluar. Menambahkan bara
kemarahan di hatiku. Terasa sedikit hampa bila adikku yang dahulunya seorang
yang baik bertukar menjadi biadab macam tu. Selang beberapa minit, dia masuk
semula ke kelas bersama-sama beberapa orang lelaki lain yang nakal. Mereka cuba
mendekatiku lalu memukul aku menggunakan sebatang besi.
Aku
cuba menahan diri daripada terkena pukulan itu. Terasa tangan ku pedih. Aku
melihat kea rah tangan kananku, kelihatan garis luka panjang yang membuatkan
darah membasahi tanganku.
“zainul
afif !” jeritku geram bercampur sedih. Tengku dan yati datang menghampiriku.
Tiada makna untuk aku terus melatih mereka. Bagiku, tak guna aku terus berada
di sini jika mereka sendiri sudah tidak mengakui kehadiranku.dunia sekeliling
kelihatan mula bertukar ,enjadi gelap. Aku pasrah,tidak mahu membuka mata.
seakan-akan ini pengakhiran bagi sebuah cerita.
“assalamualaikum,
kak hana..”
Kedengaran
ketukan di pintu. Aku membuka mata lalu menuju ke pintu. Daun pintu dikuakkan
sedikit.
“eh,
Afaf..” rupanya aku masih lagi hidup di dunia nyata.
“Kak
Hana, dah pukul 7 pagi ni, kitorang nak berlatih forum, tunggu kak hana la ni.”
“eh,
sorry afaf..pergi la berlatih dulu, nanti kak hana turun secepat mungkin deh?”
Afaf tersenyum ke arahku. Lalu dia meminta
izin untuk pergi. Aku segera beristighfar. Mimpi rupanya. Nasib baik mimpi.
Lega aku melihat afaf di dunia yang nyata.
Terbukti bahawa Afif masih lagi Afif yang dulu. Aku ketawa kecil. Nasib baik tak peluk afaf tadi. Ni la akibatnya kalau tidur lepas subuh. “fuh, lega.” Monologku sendirian.
Terbukti bahawa Afif masih lagi Afif yang dulu. Aku ketawa kecil. Nasib baik tak peluk afaf tadi. Ni la akibatnya kalau tidur lepas subuh. “fuh, lega.” Monologku sendirian.
Kaki ku melangkah memasuki dewan makan dengan
muka yang tidak beremosi.
“nampak
sangat muka baru bangun.” Ujar tengku sambil tersengeh ke arahku, diikuti ayie
yang sedang berforum di hadapan.
Aku
segera mengeluarkan handphone c3 lalu memainkan suara cengkerik.
“krik-krikk”
“tak
lawak la kak.”ujar tengku sambil membetulkan kacamatanya.
“krikk-kriikkk”
“elok
sangat la pasang benda tu?” soal tengku, mula bengang.
“krikk-krikkkkkk”
aku selamba memainkan suara cengkerik itu berulang kali sambil menahan tawa.
“kak
!!!” jerit tengku sabil membulatkan matanya ke arahku.
“gurau
je laaa! “ ujarku sambil ketawa. Semua yang ada di situ turut ketawa melihat telatah
kami.
Aku
memandang kearah Afif yang berada di barisan hadapan.
“Afif
, mengantuk lagi ke?” soalku melihatkan pada wajahnya yang agak lesu. Dia
mengangkat kening.
“biasa
dah,pagi-pagi takde semangat lagi, nak panaskan enjin baru ni.” Ujarnya lalu tersenyum.
“tengok
afaf, bersemangat je pagi-pagi macam ni kan?” aku mengusik Afif. Sebut saja
nama afaf, mesti dia akan tersenyum. Maklumlah, bila hati mula berbunga.
Hari
ini pertandingan forum peringkat akhir. Sebelum kami mempersembahkan forum, aku
menemani tengku ke surau SMK Bukit Payong untuk solat dhuha. Semasa berjalan
menuju ke surau, kedengaran seorang pelajar lelaki disitu menjerit.
“hensemnya!”
Aku
menahan tawa. Sudah pasti budak itu maksudkan tengku. Ye la, takkan aku pulak
yang hensem. Setibanya kami di dewan utama, aku memberitahu ayie akan perkara
tersebut. Ayie ketawa mendengarnya. Tengku memasamkan muka tanda tidak puas
hati. Seronok pula menyakat tengku.
Ayie,
afaf, Afif dan mimi membuat persembahan selama dua puluh minit. Usai berforum,
mereka kembali semula ke tempat duduk. Jika pada awalnya ayie yang duduk di
sebelahku, kali ini Afif mengambil alih tempat ayie. Ayie kelihatan tidak
bersemangat kerana ketika berforum tadi, dia terlupa skripnya.
“ayie,
berdebar ke tadi?” soalku cuba mengubah suasana mendung.
Ayie
hanya mendiamkan diri. Aku melihat kearah zainul yang tersenyum.
“hebatlah
afif, tak bergerak pun kerusi tu.” Usikku.
“saya
tahan tadi, taknak bagi berpusing”
“haha,
baguslaa.” Ujarku tertawa.
“shhh..”
teacher syafinaz menegurku. Aku dan Afif tersenyum. Mungkin suara kami terlalu
kuat. Sekarang sekolah Tengku Mahmud sedang membuat persembahan. Aku tersengih.
“kak
hana nak berhenti betul-betul ke?” Afif bersuara perlahan, sekadar berbisik
memandangku.
“ada
ke orang berhenti main-main?”
“jangan
la berhenti kak, kak takde nanti sunyi kita.”
“tapi
adik kak hana dah tunggu kak hana dekat rumah tu.”
“kak
balik, pastu datang balik lepas lepas tu..boleh?”
“tak
janji laa afif,rilek laa.” Aku membalas sambil tersenyum.
“setara
kita sedih kak nak berhenti, tak tau la kalau afaf tu, nangis kot.”
“ye
ke sedih?”
“kak,
kalau boleh nangis, kita nangis. Mujur takleh nangis je ni.”
“Alaa,rilek
laa.” Aku ketawa, cuba untuk menahan sebak. Diikutkan hati rasa macam nak
nangis dekat situ je. Tapi aku cuba untuk mengubah topic. Malu kot nangis depan
anak murid.
“Afif,
tengok depan tu, ada banyak bunga. Kalau awak , awak nak amek bunga yang mana
satu?”
“bunga
mana satu kak? Yang atas ke kat tepi tu?”
“mana-mana
laa, pilih laa satu, mana tau nak bagi afaf ke?”
“takpe
la kak, kita nak pilih bunga yang ada dekat bawah ni je, taknak dah yang lain.”
Ujarnya sambil memandang kearah afaf.
“ehem,
sweet laa pulak.haha.” aku ketawa sambil memandang afaf yang khusyuk menonton
peserta yang sedang berforum di atas pentas. Nasib baik dia tak dengar, kalau
tak ada muka yang merah nanti.
“Afif.
Cuba tengok afaf tu, kalau dia suka awak, dia akan pandang sini.” Aku cuba
mempengaruhinya. Dia begitu bersemangat memandang kearah afaf.
“
dia tak suka awak pun. Sabar ea?” aku cuba menyakatnya setelah beberapa ketika,
afaf tidak berpaling.
“kak.
Dia tengah khusyuk tengok orang bercakap atas tu.cuba kalau saya pegang microfon
dekat sini, mesti dia pandang saya jugak” Afif cuba membela dirinya. Aku
menahan tawa.
“okay,
kita cuba sekali lagi..kaau afaf suka awak, dia akan tengok sini. Bismillah..”
bisikku sambil memandang kearah afaf.
Tak
sampai dua minit, afaf memandang ke arah kami. Aku tersengih melihat Afaf dan
afif yang saling berpandangan. Mungkin kerana malu dilihat olehku, afaf
memalingkan semula muka ke depan sambil tersenyum.
“ehem
, Afif, kan dah cakap.”
“ala,
tu akak yang sengeh tengok dia dulu, dia tengok sini sebab akak tengok dia.”
“alaa
Afif, takyah nak cover malu sangat laa.”
Aku
ketawa lalu memanggil ayie.
“ayie,
orang kat tepi kita ni, hatinya sedang berbunga-bunga!”
Afif
tertunduk malu.
Usai solat maghrib, aku mengajak nik dan mimi
ke bilikku. Sambil berbual , aku mengemas semua pakaian yang berada di almari.
“kak
hana memang nak balik taknak datang dah ke?” soal nik melihatkan keadaan
almariku yang kosong.
“Ye
la kot.dah nak puasa ni, puasa dekat rumah la pulak.dah 5 tahun puasa dekat
imtiaz.” Ujarku berseloroh.
“tapi
tu lain, tu sebagai student, tahun ni sebagai guru.”
“ala,
nanti bila-bila kak hana datang laa dua tiga hari kat sini.”
“betul
ni kak hana?” ujar mimi sambil melihat ke arahku.
“betul
laaaa! insyaAllah.” Aku tersengih melihat gelagat dua orang gadis yang comel
itu.
Selepas makan malam di kantin. Aku naik ke
tingkat satu lalu menuju ke bilik nik. Kebetulan yati, raja, mardhiah , dan
beberapa orang lagi pelajar tingkatan 4 sedang berbual. Aku turut tumpang
sekaki.
“ada
sorang ni kan, dia suka perempuan ni, tapi tak pernah bagitau pun. Tapi ayat
dia memang sweet laa.” Ujarku membuka bicara.
“dia
cakap macam mana kak hana?” Tanya epal dengan penuh minat.
“kak
hana suruh dia pilih bunga yang ada dekat taman, tapi dia taknak, dia cakap dia
nak bunga yang satu tu je.”
“sape?”
yati membulatkan mata.
“cuba
teka?” balasku sambil tersenyum nakal.
“selalunya
zainul yang suka buat ayat sastera macam tu” raja mencelah.
Aku
mengangguk sambil tersenyum.
“Kak
Hana! Sweetnyaaa! “ ujar Epal.
“rilek
laa epal, jangan pengsan pulak.”
“sweetnyaaa!
Saya nak jugak gitu.” Ujar epal sambil tersengeh..
“nak
jugak? Meh kak hana Tanya ayie nanti ea?
“eh
jangan kak hana ! gurau je la.”
Aku ketawa geli hati melihat gelagat mereka.
Tapi hakikatnya memang ayat-ayat zainul sering membuatkan hati sesiapa sahaja
yang mendengarnya berbunga. Tengok la sape cikgu dia. Monologku sendirian.
“Riangnya saat kita ketawa, asyik senda dan
bercerita..walau sesekali pandangan kita berbeza, angannya tetap serupa..ada
kalanya kita jugak saing terluka..namun di akhirnya, kita tetap bersama..”- 5
july 2013
Usai
solat zohor, aku segera mengangkat barang-barang yang telah dikemas pada malam
sebelumnya ke tingkat bawah.
“beratnya
beg ni.haduyaii..” monolog ku sendirian.
Setibanya
dibawah, kelihatan pelajar-pelajar perempuan berjalan menuju ke asrama daripada
surau.
“kak
hana nak balik dah?’’ mereka menyapaku sambil bersalaman.
“ye
la, ni kan hujung minggu, wajiblah balik.dah rindu rumah ni. Hehe.” Jawabku
ringkas sambil tersenyum.
Aku
tidak memberitahu mereka secara umum bahawa aku ingin berhenti dn pulang ke
rumah untuk tempoh waktu yang agak lama. Jika diberitahu pun, mereka tidak akan
pernah faham akan hakikat sebenar perasaan seorang anak muda belia seperti aku.
Mungkin mereka menganggap aku seorang yang tidak berperasaan. Sebenarnya, aku
pun letih berada di sana bersendirian.
“okay,cukuplah
berdramatik sendirian.” Monolog sang hati.
Afaf
datang menghampiriku. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam lantas aku
menyambut hulurannya dengan mesra.
“kak
hana nak balik dah ke?”
“aah.
Tunggu ayah datang ambik je ni.”
“lepas
ni datang balik kan?”
“insyaALLAH.”
“sedihlaa
kak hana takde.”
“rilek
laa..zaza kan ada.”
Aku
ketawa sambil melihat muka afaf yang merona merah. Malu la tu kena usik. Dari
jauh kelihatan bapaku sudah tiba. Aku mengangkat bagasi ke dalam bonet kereta,
dibantu oleh afaf, mimi dan epal. Kami bersalaman, lalu aku melangkah masuk ke
dalam kereta. Roda pacuan itu mula bergerak meninggalkan imtiaz. Aku melambaikan
tangan seraya tersenyum ke arah mereka.
“selamat
tinggal.....”
cc :
No comments:
Post a Comment