Persetankan mereka
yang berperangai bangsat.
Mereka tak
layak digelar manusia.(faa.2013)
Assalamualaikum,
Faa izmir. Ya,
aku .
Kali ini aku
nak cakap pasal harapan.
Walaupun bunyinya
agak kasar. Tapi ini hakikat dan realiti.
Berhentilah berharap
pada manusia.kerna ia sangat sia-sia.
Mengapa? Sebab
aku dah puas merasa seksa berharap pada mereka.
Kau berharap
pada manusia untuk dibalas budi?
Jangan mimpi.
Mereka tak akan pernah ingat apa yang kau lakukan.
Hatta kau
berpanas jerih segala tulang empat kerat demi mereka,
Siang malam
kau menabur budi pun mereka takkan peduli.
Tak akan
pernah mereka ingat.
Kalau ada
pun, sikit.ucap Terima kasih,selesai..
mungkin dengan berterima kasih, terlangsai sudah segala budi?
ye lah, baik ucap daripada tak hargai terus.
kalau macam tu, apa kata kau jadi orang gaji aku, lepas tu gaji kau aku bayar guna ucapan 'terima kasih'?
"pakcik, bagi saya durian sekilo!" lepas dapat, terus saya ucap terima kasih. tak payah bayar.
oh seronoknya!
bukan aku nak cakap ucap terima kasih tu tak cukup. tapi , bergantung pada situasi lah abang kakak.
kesian pakcik tu angkat barang berat-berat. hulurlah sekeping dua not kertas yang kau ada.
hidup jangan jadi kedekut. mati tak boleh bawak harta masuk kubur pun bro.
tapi ya lah, sebab tu aku kata, jangan berharap pada manusia.
Kau harap
mereka akan memuji ?
Jangan mimpi.
Mereka hanya akan puji bila mereka nak sesuatu.
Itulah, ada
udang di sebalik batu.
Kalau mereka
puji, maknanya mereka mahukan sesuatu.
Selalunya mereka akan puji orang-orang kaya.
orang bangsawan yang belajar di oversea.
mana dipandang aku yang menaiki kereta cabuk belajar over river je ni.
cuba kau puji mereka, mereka akan buat-buat puji kau pula.
itu psikologi.
Kau berharap
mereka akan jadi kawan yang baik dengan kau bila kau baik dengan mereka?
Jangan mimpi.
Walaupun sahabat sejati itu ada, tapi tak semua.
Aku dah puas
cari. Ada, tapi tak semua, tak kekal lama.
Mereka akan
lupa apa yang kau buat untuk mereka.
ini namanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
bila aku percaya kawan aku, memang aku mati-mati percaya,
tapi ye lah.
Mereka akan
tunjuk belang bila function kau dh hilang.
Kau harap
ada yang mengerti isi hati kau?
Kau dah buat
baik pada orang ramai?
Kau nak orang
balas baik kebaikan kau tu?
Tak payah
berharap lah.mustahil.
Tak ada yang
sudi, tak ada yang akan mengerti.
Hatta sebaik
mana pun kau dengan seseorang itu, dia pun tak akan mampu fahami segala isi
hati.
Sebab dia
sendiri aku pasti tak faham dirinya sendiri.
kau nak orang rindu kau sebagaimana kau rindu mereka setengah mati?
jangan mimpi.macam aku ni. rindu manusia-manusia tiap hari.
rindu teramat, rindu tersangat. tapi mereka sikit pun tak rindu aku.
Apa boleh buat? nak aku menangis sebab orang tak rindu?
hey lawak.
kau nak menangis sebab kau rindu orang? buang masa.
mereka sikit pun tak ingat kau, apatah lagi nak rindu.
so buat rilek dah .
rilek brother.rilek sister.
kau rindu mak ayah, rindu keluarga lagi baik.
rindu diri sendiri pun boleh haa.
baik rindu rasulullah. walau baginda dah wafat beribu tahun lamanya, tapi sebelum kita hidup, dia dah rindu kita..
tak yah buang masa berharap pada manusia untuk rindu kau. jangan mimpi.
Kau nak
orang sayang kau sebagaimana kau sayang mereka?
Jangan mimpi.
Ada.tapi tak semua.
Macam aku,
aku dah bagi semua yang aku termampu untuk manusia, aku dah sayang sebanyak
yang aku boleh. Tapi aku tetap lihat balasannya tiada guna berharap. Kosong
kak, kosong abang.
Lelaki,
kalau kau nak perempuan sayang kau. Pergi nikah.
Perempuan,
kalau kau nak lelaki sayang kau. Pergi nikah.
Tak perlu
kau nak berkasih sayang sebarang yang tidak halal.
Berhenti lah
berharap pada sesuatu yang tak pasti.
Nak orang
baik dengan kita, sayang kita, rindu kita, puji kita, hargai kita, ingat kita?
Tak payah
lah. Buang masa kau berharap pada semua tu.
Nah, aku
cakap yang benar.
Tapi tak
bermakna kau tak boleh berharap.
Ada. Ada tempatnya
yang kau patut berharap dan boleh berharap.
Pertamanya,
pada keluargamu.
Yang paling
rapat.mereka yang berhak kau patuhi, kau sayangi, kau hargai, kau jaga dank au ambil
berat.
Keluargamu,
yang kau bias minta pertolongan, bias berkongsi masalah.
Bukan orang
lain, tapi keluargamu.
Berharaplah pada
mereka.
Keduanya,
Allah taala.
Ini pengharapan
yang sebenar-benarnya.
Ini pengharapan
yang pasti.
Berharap
kepada Allah, nescaya kau bahagia.
Berdoa
kepadaNya.
Kerana sejahat
mana pun kau, selagi kau beriman kepada-Nya..
Dia akan
sentiasa sayang, dia sentiasa mendekat, Dia sentiasa membalas, memberi rezeki..
Harapkan
Allah dan keluargamu..
Jangan berharap
pada manusia lainnya.
Percayalah padaku.
Aku lebih
mengerti.
Kerana bila
kau berharap pada sesuatu yang tidak pasti,
Kau akan
terseksa,
Jiwa yang
terseksa akan mematikan hati.
Tiada guna
hidup jika hati mati.
Chill,
Suburkan hati
dengan pengharapan pada ilahi.
kau kena cipta bahagia kau sendiri,
jangan berharap pada mereka untuk bahagia,
tapi cuba, cuba untuk bahagiakan hidupmu itu.
insyaAllah kita bisa.
Ini peringatan
buat diri aku sendiri yang suka berharap pada manusia.
Lantas aku
berduka lara.
Kerana itu
aku kata pada awalnya, persetankan mereka yang tak sedar diri,
Berhenti berharap pada mereka. Ia sia-sia.
Betul, amat
sia-sia.
Semoga kita
semua sedar, pada siapa harus kita berharap.
Doa , itu yang sebaiknya. Doa banyak-banyak.
hanya Allah yang mampu membalas segalanya.
Semoga bahagia
semuanya.
faaizmir.
1 Ogos.