Aug 5, 2013

Sengketa sebab politik .

Assalamualaikum.

cliche tak tajuk entri?
well well..
bukan suka-suka aku buat tajuk macam ni.
ada sebab, ada kisahnya.

*geleng kepala*

andai saja kau tahu,
kerana hal ini, aku berselisih pendapat dengan ramai orang.
sudah pasti kerana kau sokong ungu maka kau akan backup ungu..
aku sokong coklat, maka aku backup coklat.
aneh pula jadinya jika kau sokong ungu tapi kau backup aku. kan?

jangan hamburkan kata-kata dusta kalau kau sendiri tahu kenapa dan kenapa kau sokong ungu,
sudah tentu aku pun ada sebab dan fakta yang kukuh kenapa aku sokong coklat.

jadi kita punya fikiraan yang berbeza.
apa hak mu mengatakan aku salah dan engkau benar?
bongkak sungguh kau mengatakan aku sesat sedangkan kau yang lagi menyesatkan.
jangan keras kepala.
hidup ini tak lama.
kau bukan tuhan nak menghukum.

bagimu politik mu, bagiku politikku.

benarlah, politik itu tidak kotor, tapi manusia yang mengotorkannya.
Islam dan politik tak boleh dipisahkan , tapi hukum-hukum islam jangan dipolitikkan.

cakap banyak tak guna. buktikan.

-THE END-

okayy, secara ringkasnya faa still ingat masa pru hari tu. banyak kes bertumbuk pasal selisih parti ni.
sakit,lebam pipi.
=="
tapi bukan faa la.
 haduii laaa.. sebab tu wajar kita kata, "undi anda adalah rahsia."
orang bawahan yang berbeza politik duduk huhahuha gaduh.
padahal orang atasan, YB ungu dengan YB coklat elok2 je sembang dekat kedai kopi sama-sama duduk semeja. dalam pejabat mereka seteru, dekat luar mereka saudara. itu yang kita nak. bukan dekat luar gaduh, dalam rumah gaduh. eh eh sampai suami isteri bercerai sebab suami berbeza politik dengan isteri,
tak faham betul aku.
betul cakap kawan aku. tak payah nak obses sangat dengan politik. kau belajar dulu , ambik ijazah semua, pastu masuk politik.jadi orang atasan. bersihkan apa yang kotor. baru betul.setakat jadi orang bawahan, kalau kau cakap banyak, belajar tak berapa mengabihkan air liur je, akademik hancur,kebajikan rakyat tak terbela pun.
sebab? tak ada siapa nak dengar kata-kata orang bawahan. orang bawahan tak ada kuasa nak ubah apa-apa.
sebab tu, jadilah orang hebat. hebat ilmu, hebat iman.
betul tak?

so, baik lah belajar dan beramal dengan cemerlang , grad, amek master, pastu masuk politik. jom kita tadbir ikut cara Ahlul sunnah wal jamaah. ikut sistem khalifah.
tu yang faa target sekarang. ye lah, walaupun faa bukan lelaki, faa tak boleh jadi pemimpin, tapi ada cara lain kita boleh buat.
:)
bela nasib ummah, kena guna akal.
*faa masih kagum dengan sultan muhammad Al-fateh, pemerintah Islam yang hebat. :)

komen pasal gaduh sebab politik ni,
be matured lah, kita bebas nak sokong sape. jangan sebab aku sokong lain kau sokong lain, kau nak maki-maki aku. hak masing-masing lah. semua tahu baik buruknya.
jadi, tak perlu nak gaduh-gaduh. buat malu je. sampai budak-budak pn tak reti hormat orang tua sebab politik.
kemain lagi ye. sentap hati kita sebagai orang tua.
walaupun ilmu politik tak setinggi mana, tapi tak perlu lah anak-anak nak perli makcik ni.sedih makcik. -,-'
ikutkan faa, faa daripada terus bergaduh, baik mansuhkan terus semua parti-parti ni. buat sistem khalifah je.
haihh..

betul tu, cakap jangan guna emosi.
sebabnya kenapa faa cakap pasal ni. semalam cakap pasal politik dengan dua tiga orang kawan ni. tegang jugak ayatnya.maklum lah, kawan2 semua hebat-hebat. walaupun faa sendiri bakal lawyer yang cakap pedas, kawan-kawan faa lagi pedas ayatnya..
last-last farhan jugak yang cool. tengok ayat dia.
"apa yang cakap pasal politik ni. ramadhon ramadhon! letak tepi dulu politik tu kak faa..sedap imam tadi baca time terawih, bla3."

tergelak faa. ye lah, berapi sembang cakap pasal politik,
bila sebut pasal ramadhan, terus rasa sejuk hati. yang marah tadi terus hilang. :)
Allahu akbar.

salam ramadhan 1434 hijrah. Ramadhan tinggal dua hari lagi. sedih la jugak.
semoga sempat bertemu lagi ramadhan tahun hadapan, insyaAllah. :')

P/S : Esok ada iftar rumah fifah. tapi faa xleh datang sebab nak balik kampung. siyez sedih. :( sedih sebab takleh jumpa member. ramai jugak geng gua3 yang  datang. nak buat macam mana.tak ada rezeki nak jumpa kalian.

akhir kalam, salam ramadhan.

wish awal-awal juga,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin . :)

salam sayang.
Faa Izmir.


No comments:

Post a Comment