Menghuraikan maksudnya di jiwa..
Moga engkau pun mengerti segala yang terjadi...
Sudah suratan ilahi..”
Assalamualaikum and , peace yo. Heh.
Sihat semua? Maka hari ini akan aku mulakan cerita. Bahawa memaafkan itu, lebih baik.
Apa yang terjadi sudah takdir hatta kecik besar masalah. Tapi kadang-kadang aku fikir, dia dah bunuh kambing kau, perlukah maafkan dia? Jawapannya, ya. Kalau dia bertaubat dan minta maaf dekat kau, maafkanlah. kalau dia tu dah la samseng, pastu tak rasa menyesal , dan tak mintak maaf langsung. Memang kita pun berapi. Tapi cuba jugak lah maafkan, doakan semoga dia menyesal. Bukan apa, aku pun selalu rasa nak marah. Marah bila orang cari pasal. Walaupun aku bukan anak singa, walau aku manusia tapi baran aku tetap ada. Sebab benda kecik kadang-kadang aku jadi baran tapi tak lama. Kelemahan aku, biar sebesar mana aku benci marah geram gila dekat orang, tapi kalau orang tu mintak maaf, aku terusssss lah dah tak marah dia. Ha, senangkan? =.=”
Tu satu sikap aku yang membuatkan kadang-kadang kawan aku pun bengang.
“Kau ni faa, hari tu beriya-iya gaduh dengan budak tu.pastu tengok-tengok baik balik.”
Nak buat macam mana. -.-
Dah dia mintak maaf. Aku pun on je lah.
Tapi ada je yang aku gaduh tak mintak maaf.
Spesis ni sama ada aku dah mintak maaf tapi dia buat bodoh.
Atau dia tak mintak maaf langsung dekat aku.
Jangan memain, aku jiwa kasar tapi hati lembut. Penuh bertatasusila.
Mungkin orang yang berjiwa sastera macam aku selalunya begini ya?
Ganas di luar, tapi dalam hati ada taman.
Macam kak fynn jamal juga. ^^
Aku memang bukan jenis, kalau gaduh sikit, semua kebaikan orang tu aku lupa.
Aku dah tak kira. Tak, aku bukan macam tu. aku orang kenang budi. Aku manusia yang punya jiwa.
Ala, kan ada kawan baik bertahun-tahun tapi sebabkan benda kecik, persahabatan terputus.
Aku memang bukan macam tu. no no no. Haha.
Betul ni.
Buktinya?
Aku dengan Farhan elok-elok je. Kami kawan dah dekat tujuh tahun. Pernah gaduh besar. Pastu baik semula. Sebab? Kami saling memaafkan. Come on lah, be matured. Memaafkan itu satu perkara yang paling indah. Allah Redho, nabi suka. Malaikat suka. Aku pun suka.
Ada jugak, kalau time nak marah tu sampai cakap..
“memang sampai mati aku tak akan maafkan kau la wei!”
“kesalahan kau ni terlalu besar.semoga kau menyesal! Aku takkan maafkan kau.”
Marah sangat tu.mesti ada sebab kita marah.geram, sakit hati.
Mungkin sebab dia dulu layan kita hina, buat jahat dekat kita tanpa belas kasihan.
Wajar kah untuk dimaafi dia?
Haa pening!
Tapi ye lah, ikut rasa binasa, ikut hati mati.
Ayat yang tak pernah aku lupa.
So ikut lah syariat kita.
Kan Nabi Muhammad s.a.w ajar supaya kita meminta maaf dan memaafkan orang.
Aku sendiri pun rasa, kalau dah maafkan orang, hati akan jadi tenang.
Tambah pulak aku tak punya waktu banyak untuk marah-marah orang.
Kalau kita marah seseorang, kita akan selalu fikir pasal dia. Betul tak?
Leceh lah.haih~
So, maafkan lah semuanya.
Maafkan. Maafkan. Maafkan. Walau sebesar mana sengketa.
Walau sekuat mana dendam yang ada.
Maafkanlah.
Dan aku juga minta maaf ya? ;)
Salam sayang,
Faaizmir.
No comments:
Post a Comment