Jan 30, 2014

Ya Badrotim

YA BADROTIM

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'a, Madza yu'a
Biruan 'ulaa kama qaalii

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'a, Madza yu'a
Biruan 'ulaa kama qaalii

Antalladzi asyrak tafii
Ufuqhil 'ulaa
Antalladzi asyrak tafii
Ufuqhil 'ulaa

Famakhautabill
Anwarikullaa dhallali
Famakhautabill
Anwarikullaa dhallali

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'a, Madza yu'a
Biruan 'ulaa kama qaalii

Sholla alaikallahu robbi
Robbi daa iman
Sholla alaikallahu robbi
Robbi daa iman

Abadan ma'al ibkariwal ashollii
Abadan ma'al ibkariwal ashollii

Ya Badrotim, Ya Badrotim
Minha zakul lakamaalii
Madza yu'a, Madza yu'a
Biruan 'ulaa kama qaalii

Antalladzi asyrak tafii
Ufuqhil 'ulaa
Antalladzi asyrak tafii
Ufuqhil 'ulaa

Famakhautabill
Anwarikullaa dhallali
Famakhautabill
Anwarikullaa dhallali

p/s : tak pernah post lirik lagu , tapi lirik qasidah ni dah memikat jiwa. :)

Jan 28, 2014

He 's someone called brother , yet a classmate.

assalamualaikum ,
sekali lagi mengimbas memori.
cubaan menyingkap segala kenangan bermula daripada hari pertama pertemuan.
jika tadi coretan tentang ukhti ,
sekarang ku titip cerita tentang akhi.


negeri sama , status sama .
rakyat terengganu , status huffazul quran.
bezanya, dia hebat , matang dari segi pemikiran .
persis seorang abang. biar orang nak kata apa, tapi aku tak malu mengaku. dia abang aku , abang aku dan mahi.

awal september . dengan semangat berkobar-kobar faa masuk kuliah yang pertama . mungkin sebab dekat uitm dulu dah biasa masuk kuliah awal. so dekat sini , masuk-masuk DKF , faa dengan munirah yang first sampai. -.- takde orang pun. lima minit pastu, afiq masuk dengan seorang manusia yang tak pernah dilihat. haha :D masa tu tak pakai kopiah pun. senyap sangat walhal faa dengan afiq punya la bising cakap. dah kenal afiq masa minggu orientasi dan 1st LSP. yang sorang ni tak kenal pun. hoho. kuliah berjalan seperti biasa. next tutor, baru perkenalkan diri masing-masing. nama dia luqman.faa suka orang nama luqman ni sebenarnya, sebab dalam Quran kan ada surah Luqman. :) tambah eksaited bila tahu satu negeri. budak iqt rupanya.bila tahu dia tua setahun, terfikir, patut laa macam matured, abang rupanya.haha.tapi ok la kan, at least ada jugak ah geng faa dekat usim ni yang hafal quran jugak. masa dalam kuliah , time nak pilih ketua kuliah dengan penolong tu, faa duduk betul-betul belakang dia! masih eksaited jumpa geng ganu. LOL. dah la dia satu-satunya banin yang pakai kopiah so rasa macam , "bagusnya dia ni" nasib baik tak jatuh hati dekat beliau sebab faa tak terpikat pun dekat kawan senegeri. HAHAHA. *gurau* at that moment, faa tanya yathrib , siapa nama budak ganu ni . maklumlah, malu nak tanya sendiri. hewhew. sebab nak calonkan dia jadi ketua kuliah.

faa : "yath, yang budak teganu ni nama apa ek? aku lupa laa."
yahtrib : "oi luqman, ni izmira ni suka dekat kau."
faa : "hei ! mana ada !"

i was like , yathrib ni tetiba !! nak mati awal agaknya. -.- so pastu dengan jayanya mengundi afiq sebagai ketua. afiq pulak dengan kuasa veto pilih faa sebagai penolong. faa still ingat luqman cakap .
"nak undi sep ganu la skali"

okay, touched. thanks for ur vote. *senyum*

dua tiga hari berlalu, masa tutor minggu tu kebanyakkan lecturer tak masuk. so faa kan jenis suka sapa orang, banyak cakap etc , tak sampai seminggu dah kamceng dengan budak2 laki ni .malu pulak banat2 lain tengok pelik sebab aku bukak laptop , budak2 laki kemain duduk tepi semua.haha. sebab apa? sebab aku bukak game , skyrim kot masa tu. so afiq dengan yathrib la semangat. mior dengan luqman tumpang sekaki. pastu borak-borak pasal game. dalam hati dah risau dah , habislah budak perempuan ni cakap aku gedik ke apa kang. lol. tapi still, luqman senyap camtu je la.


first time. sarah tumpang sekaki. ^^

i still remember the moment faa punya fon selalu jatuh dalam kelas. haha~ then dia tawarkan fon dia yang apa tah , yang dah rosak tu. LOL. konon nak jual . tu pun sebab bluetooth bunyi cengkerik , and nama bluetooth dia macam nama perempuan. faa dengan sarah gelak-gelak. ingatkan nama awek dia. kemain senyap-senyap~~ pastu jadi rapat , so far okay la. lepas tu , kitorang banyak buat kerja dalam satu group. especially subjek english dengan miss shasha. banyak presentation. :) Faa, luqman, ina , dengan sarah aisy. yang terawal ,fashion show . daripada berkopiah camtu, tetiba jadi mat jambu, terkejut aku. haha :D jambu sangat kau . haha :D


next ,  present pasal indian culture. sarah dan ina sangat bersemangat time ni. Faa pulak , dah macam orang tua. with our one and only abang ni . kelakar pulak . :) masa tu , still bengkak mata faa. bengkak yang teruk pulak tu . -.-ingt lagi bila yathrib nak pindah kos tu, faa cakap ,  "yath, nanti kau tuka kos, nanti mata aku dah okay, kau mesti dah tak kenal aku bila aku makin lawa. " haha , tak berkait dengan topik, tapi nak cakapnya, lama sangat dah . okay , ni our presentation regarding indian culture tu :)


orang suruh bukak kopiah taknak. indian yang beriman katanya.
lama lepas tu , maybe sebab faa kan jenis kasar jugak , gila-gila camtu so boleh masuk dengan perangai dorang ni. tambah pulak dengan luqman . lagipun dalam kelas kitorang selalu cakap terengganu sekali dengan sarah. mior dengan yang lain-lain yang tak faham tu mesti suruh kitorang cakap baku. hewhew. time discussion pun selalu cakap ganu. kesian ina tak faham. next , kitorang ada presentation , a few of presentation pasal masakan dan prezi.

tiezam, faa. luqman

time ni beliau cakap aku buat kerja lambat. -.-
prezi. aku tiada dalam gambar sebab tgh amek gambar.


 apa yang buat kitorang rapat ? first , sebab status huffaz tu, dan dalam apa jua masalah bab agama ni faa banyak rujuk beliau. pastu, luqman ni suka dekat someone. faa jugak jadi orang tengah. hewhew.
selesa sebab dia sporting kot ? :D tak banyak songeh. daripada berkopiah slow je , sampai transform jadi stylo camtu pun kitorang still baik. :) yup , sep ganu kang..

waktu mooting - with dr.Amalina

sep ganu ! hoho.



 satu saat , faa stress sangat , *masalah berkaitan hafazan* pastu , bagitau dia . terus dia nasihat etc2. walaupun takde la membantu sangat, tapi , rasa lega kot. ada akhi yang sporting camni . and yup, dia selalu tido lewat , ke tak tido enta ?  bila faa tak boleh tido dalam pukul 3, 4 pagi tu, tengok - tengok ada dia dekat twitter. gigih pulak sembang pasal akademik dan kerjaya. paling teringat, bila dia tetiba post gambar dia dkt twitter, sebab faa tak boleh tido , katanya dengan melihat gambar flawless tu terus boleh tido kot. LOL.
 terus aku buat icon muntah . HAHAHAH~ sorry abang , tergelak. mahi pun gelak jugak . so kalau nak marah faa, sila marah mahi sekali. :P

Yang paling tak boleh lupa , at the moment yang beliau cakap nak belanja makan tu . asal ceritanya, faa terasa dengan sarah, pastu luqman cakap nak belanja aiskrim la konon untuk cool down kan kemarahan tu. tengok-tengok tak belanja pun. :3 sampai la masa friendship week slc tu. kebetulan faa ada bg choc untuk someone else. asalnya luqman nak belanja faa :D sweet gitu ohh tapi last-last minit faa pulak yang belanja dia. sebab dia dh banyak tolong faa etc2 so , saje je la nak belanja . friendship week kan? :P jeles roommate aku , tahu. lols. tau pulak abam luke ni terkejut  bila aku bg kitkat tu by hand. haha~ sampai la masa study week. dek kerana beliau masih lagi belum melunaskan janji nak belanja faa, so faa tuntut la dalam twitter. kebetulan mahi pun ada time tu. so mahi nak join sekali. lagipun kalau belanja faa sorang, macam tak manis je kan? :D alang-alang dah keluar , kitorang buat diskusi sekali. ^^ first tu pergi dekat restoran Adam , makan dekat sana. kedua pergi dekat Kfc. yg first luqman belanja. *dah tertunai janji* , second tu mahi belanja. pastu faa sekadar belanja minum dekat mama masa tu. terima kasih korang :) dekat kfc tu , sanggup tolong faa hantar makanan etc2 , malu betul . haha :D walaupun ni pun spesis mahi jugak ni. kitorang takde la rapat apa-apa tapi dalam kalangan kawan-kawan faa, memang mahi dengan luqman la yang faa akan cari dulu kalau ada masalah. terharu bila faa cakap faa takde duit , dan luqman terus keluarkan beg duit dia. acah-acah macam ayah nak bagi anak sendiri. tapi faa tak ambik sebab malu oh.tak suka pinjam duit orang. haha~ lagipun, persis seorang abang. tak kira la kalau faa dengan mahi cakap pasal kawen ke apa ke , mesti dia akan nasihatkan kitorang. yang paling tak lupa, dialog ni..

faa : mahi, nanti kalau kawen, harap dapat orang yang baik, jodoh baik. bla3
mahi : betul2, ore pun sokong, skrg ni susah nak cari yang baik-baik...
luqman : doa je biar dpt jodoh baik. dah2, gi study , korang ni muda lagi, jangan fikir sgt pasal kawen smua ni. study dulu.

see? dia memang seorang abang yang berfikiran matang gitu. haha. family kitorang tak perlu risau dah anak-anak gadis mereka dekat usim ni, sebab ada abang baik tolong guide. :P


potrait , with family :)
kepada beliau , terima kasih sebab banyak tolong aku . daripada awal kenal sampai saat ini, terima kasih banyak-banyak.walaupun dia cakap dah nak tukar kos , tapi faa harap , semoga Allah beri yang terbaik untuk beliau. nanti dah tukar kos jangan laa lupakan kitorang.

kepade abang luqmang ,
terima kasih banyok akhi , mitok halal blako deh atas salah silap , segala benda la neh. aku harap mu besor ekgi dapat menyumbang untuk ummah la deh. mg kan genius. jadi mufti ganu dakpe doh, takdop ah tubek fatwa ngarut2 ekgi. haha. semoga dapat jodoh hok solehah.kakok ipar aku tu pilih hok molek-molek sket., jage molek ah hafazan ow, tadabbur setakat hok mampu.manusia memerlukan ramai orang hok hebat pe ge mg. orang hok hafal quran ni kan Allah pilih special doh , orang-orang hok hebat untuk menaikkan balik Islam. so , jangan putus asa. jangan tersesat jalan la pulok horr. kabo nok jadi mb ganu kekgi, semoga Allah mempermudahkan hidup mu.somehow, rase bangga ada abang srupe mu , hoho :D walaupun bkn abang kandung , tapi dakpe ah,abang jugok. aku dengan mahi sentiasa mendoakan yg terbaik utk mg. :)

a good friend is like a star , 
we dont always see him , 
but he is always there. 
through thick and thin.
thanks, star.

"once a friend , is always a friend"
:)
faaizmir,
3.10pm
28/1/14

Kata Hati tentang seorang sahabat

Bismillah , 

pertamanya , 
jemari ligat menari di atas papan kekunci , 
bibir menguntum senyum , 
kerna hati mula berbicara ,
dibantu minda yang sedang menggamit satu memori . 
tentang seorang sahabat .

ya , dia sahabat yang ku kenali , yang terjalin indah ukhuwahnya kerana Allah .

Awal perkenalan di minggu pertama perkuliahan faa  sebagai seorang pelajar syariah dan undang-undang di usim. at the moment , faa nampak mizah tengah jalan dengan seorang kawan dia yang pakai tudung labuh, warna hijau tak silap faa, rapat betul, ke sana ke mari dengan budak tu. tapi faa tak kenal lagi.kenal mizah je, kawan satu asasi. hoho~  dari jauh, mizah dengan budak tu datang. pastu duduk sekali. 

mizah : Farhana , ni mahirah . dia asasi jugak . 
faa : oh , asasi ke, orang mana ?
mahi : orang kelantan .
faa : sama laa, ore pun ore klate etek.tp tinggal ganu. asasi jugak ? 
mahi : hom , asasi . serupo la dengan mizah.

*ketawa*
 so kami satu uitm , asal negeri yang sama.

awal perkenalan. faa pulak jenis tak ingat orang. so lepas tu kalau jumpa tepi jalan, dalam kuliah pun, sekadar senyum - senyum. lagipun faa rapat dengan munirah. kemana-mana berdua dengan munirah. satu hari , tutor faa baru habis , masa tu dekat bts berapa tah. tiba-tiba Fafa dengan kawan budak ni masuk. masa tu tinggal faa, munirah dengan beberapa orang perempuan lain dalam tutor. katanya tutor diorang pulak nak guna kelas tu. so dorang masuk rehat situ awal-awal. Faa yang kebetulan tengah amek gambar dengan munirah guna tab faa, terus sapa dia. 

"awak nama apa dah ? lupa la. "
"saya? mahirah"
"aah , mahirah. jom amek gambar? "
"malu laa..*sengih2*"

Malu la sangat, tapi amek banyak jugak. teringat time tu, gambar silau sebab cahaya matahari yang kuat. haha. :D tak lama lepas tu , masa kuliah etnik . kena buat kumpulan untuk research. kebetulan geng uitm straight duduk dalam satu baris. so , munirah , faa, mahirah, fafa dengan ina satu group. Faa sebenarnya takde la rapat sangat dengan mahi ni . sebab dia tutor lain. tapi dah mula borak-borak kalau jumpa. cuma tak ngam lagi kot.kitorang ada pergi uitm untuk buat kajian. snap gambar dekat masjid besi etc2. haha. suka amek gambar actually.
orite~
skip all that tiny memories , faa ingat , sejak pergi broga , stay rumah kakak ina untuk vid siyahi tu, mula mesra dengan mahi. sebab sebelum ni jarang nak borak lama-lama. even dekat broga tu masih lagi shy-shy cat kan. tapi boleh laa tahan. dah borak gelak-gelak dah. :)

balik dari broga, faa lupa , tapi ada satu benda yang kitorang semua buat sekali yang buat kitorang jadi rapat. entah, lupa. oh teruknya. dah lama cuba ingat tapi lupa. -.- yang pasti kitorang jadi rapat sebab tegur-tegur dekat twitter kot. hoho.

Mahirah , ertinya yang pandai . memang dia pandai pun, selalu dapat dekan. hebat kan ? :)

study week ! yang ni .. faa still ingat first day pergi fsu untuk study sorang-sorang. malam tu bagitau mahi dekat twitter yang faa study sorang-sorang. esoknya, mahi terus call . masa tu faa dekat cafe fsu. sangat awal pagi, pukul 8 kot dah ada kat situ time tu. tunggu mahi datang. then kitorang study sekali. dengan gigihnya nak habiskan buku titas masa tu. seharian kot. malangnya tak habis pun. sebab first day dengan mahi, kitorang banyak borak. titas dah kelaut. haha :D petang tu sempat lagi photoshoot dekat sekitar fsu. nampak la dua-dua gila bergambar. ecehh~ bukan gila apa , nak  potretkan kenangan, tua-tua nanti boleh la cerita dekat anak cucu kan? :P

 still ingat lepas tu pun banyak kali faa study dengan mahi. Faa mula rasa selesa dengan dia. sebab dia macam ngam la dengan faa kan. gila-gila, kitorang jenis tak kisah , boleh bergurau. tak suka cari pasal dengan orang etc2. dua-dua macam sporting. hoho :P  then Luqman pun join kitorang . selingan sikit , luqman is one of my classmate yang satu negeri dengan faa. a year older than me. so ada apa-apa faa mintak tolong dengan abang genius sorang ni. faa dengan mahi pun agak kamceng dengan luqman even dalam twitter or outside twitter. dah macam family kot. still remember at the moment faa susah tu, semangat pulak diorang tolong, belanja makan semua.terharu sangat. gracias, amigos. *sebakk* 

Faa kalau ada masalah so far faa suka share dekat mahi sampai berair mata. coz kisah kitorang macam sama sangat. mahi seorang yang hebat, bijak, sangat berdikari . sangat tabah. kitorang memang gila-gila. tapi di sebalik ceria tu , ada kisah yang tersimpan kukuh di antara kami. kan mahi ? cerita yang sama cuma jalan cerita dan watak yang berbeza. apa yang mahi rasa , faa pun rasa. apa yang dia buat , faa pun buat benda yang sama. gelak tawa kita mungkin orang lain tak bisa mengerti . yang pasti , itu memori. :)

Mahirah ni , seorang yang baik. walaupun ramai lagi orang lain yang baik. tapi faa rasa mahi yang nampak dia punya kebaikan tu , sama macam yang faa buat selama ni. dia tak kisah bila tolong orang. even dia busy ke masa tu, mengantuk ke apa ke, dia akan still tolong. sebab orang lain, kalau ada halangan mungkin orang lain tak akan tolong, tapi dia tolong. terharu isnt? still ingat lagi at the moment faa lapar kebulur sangat satu malam tu, mahi yang temankan pergi sahabat pukul 12 malam. malam-malam makan nasik goreng USA  pulak tu. haha~ then, fa stress , geram ke, gaduh ke, dia la yang akan teman faa pergi Mcd , restoran salam .. faa still ingat semua tu. tak perlu nak cerita dengan detail pasal mcD or salam, sebab kisahnya biar hanya kami yang tahu. kisah yang akan sentiasa terpahat dalam kanvas memori .

again , yang faa terharu lagi , kalau dia tolong, dia tolong dengan bersungguh-sungguh gituh. haha~ still remember bila faa ada satu masalah yang buat faa perlu jumpa sorang senior ni , then mahi yang tolong bagitau , tolong set date etc2. even dia dah susahkan diri dia untuk tolong faa, tapi still boleh gelak-gelak . terharu seyh. hahaha *gelak sambil nangis lol * bila dia ada masalah , dia pun akan cerita dekat faa , then the moment faa tengok mahi nangis tu , rasa macam .. ohmaii  , jangan la nangis... faa pulak rasa sebak. ye la, peha kanan dicubit , peha kiri turut terasa sakitnya , kan ?  even mahi sebenarnya dah ada kawan baik dia sendiri , dan faa pun ada roommate faa, tapi terkadang kami selesa untuk kongsi cerita bersama. seikhlasnya faa gembira bila ada sahabat macam dia, rasa yang kitorang macam serasi la jugak kan . *bukan nak bajet oh. haha* tapi faa selesa sangat-sangat . takde nak sakit hati dengan mahi, takde rasa marah ke , benci ke. walaupun faa dengan mahi takde la jumpa 24 jam , rapat macam dia dengan kawan -kawan dia yang lain tu, at least dengan setiap pertemuan dan memori yang sebelum ni dah cukup untuk faa kata , 

" inni uhibbuki fillah , ukhti "


kepada mahirah , 
bukan senang saya nak cakap lembut-lembut jiwang macam ni. 
hahaha~

dah confess dekat orang lain , tapi tak pernah confess dekat awak kan. 
konfesi aiskrim sejuk beku > baca dekat plasktik aiskrim semalam. #eh. haha

mahi , thanks , syukran, khap khun kha , xiexie , terima kasih . 
sebab ?
sebab dah jadi kawan yang baik . yang banyak tolong saya , yang banyak dengar saya membebel ,
yang selalu bagi nasihat, pendapat tentang semua tu, yang ada saat saya down , up etc2.
semoga awak terus tabah , semoga awak terus kuat dengan segala dugaan cabaran semua ni. 
awak sahabat saya yang bijak . yang tak pernah kenal erti putus asa. 
walaupun awak ada masalah , walaupun awak sedih , jangan pernah lupa untuk senyum .
sebab saya tau awak mampu nak hadapi semua masalah awak tu. 
fighting~
Mahi , andai kata lepas ni ore dok rapat doh nge awok mace dulu ko , ore mintok maaf banyok deh atas segala salah silap blako. sngoti ni, ore suko saeng nge awk, raso bahagia tu. ore pun dok la reti mano nok nasihat ore ko gapo, cuma ore blh wi pendapat sikit2 gitu jah la. dale gapo pun hok awk hadapi , ikut gerak hati awak mahi, jange seksa diri sendiri semata-mata utk ore lain.
kalu ado masalah ko gapo ko, oyak la ko saya. saya ake ado sokmo utk sokong awak.
terima kasih banyok-banyok deh.
sayo saye awk.
:')

ukhti , 

semoga terus berdiri sebagai seorang anak yang solehah , 
yang sentiasa tabah dalam menempuh ranjau yang panjang. 
kehebatanmu bak srikandi , yang tak kenal erti putus asa walau menderita. 
semoga mendapat jodoh yang soleh, yang bisa membawa sejuta bahagia . 
semoga dapat berbakti kepada keluarga dan agama. 
ukhuwah kita, aku doa biar kekal . 
biar kekal hingga ke syurga. 



of all the friends i've ever met , 
u're the one i wont forget.
and if i die before you do,
i'll go to heaven and wait for you.

truly, 
Faaizmir
10.00am
29/1/14
-ipoh-






Jan 27, 2014

Ini Kata Hati tentang pengakhiran Alsp , Perancangan dan Pengembaraan

Assalamualaikum ,
dengan jayanya , sedang bercuti di Ipoh, di teratak indah bersama keluarga Syahirah Tarmidzi.

Alhamdulillah walhamdulillah.
tajuk entri panjang kan? sebab banyak cerita nak diceritakan. ligat jemari faa menari di papan kekunci. bukanlah yang berlaku setiap detik faa nak kemukakan disini, tapi sekadar nak highlight peristiwa-peristiwa yang berlaku.  :)

1 - Alsp .  
Apa alsp ni? arabic language supporting programme. ke special program.entah, konfius pulak. hoho. start pada 20hb , berakhir hari jumaat , 24hb hari tu. satu kuliah gabung sikit dengan budak kuliah dua. Ustaz yang ajar ana, ustaz khairul izwan. ustaz izwan ajar izmira. hahaa :P 
ustaz tu baik , dan kelas kami selalu dimulakan dengan cerita-cerita serta diskusi mengenai sejarah tamadun Islam sebab dia amek course tamadun Islam dulu. agak santai kelas tu. Faa boleh cakap, seronok ALSP ni. takde la stress ke apa kan. syukran ustaz :) waktu alsp , faa ada jugak naik motor dengan mira, spend masa dengan dia. dan ya , sangat seronok ada roommate yang macam tu walaupun banyak kali jugak eching sentap. :3 tak lupa,  dengan hani. balik debat pukul 12 malam, boleh pulak ajak hani keluar makan dekat salam, dekat mcD dengan senior sebab lapar sangat. balik pukul 3 pagi, nasib baik pak guard sporting masa tu.

2. Perancangan masa depan - akademik , hidup dan kerjaya. 

perancangan. bak kata abang kamil (senior fsu) . sebagai seorang muslim yang cemerlang, kena buat perancangan. baru kita nampak matlamat hidup kita. so , dengan semangatnya faa amek kertas , rancang satu-satu secara general , perancangan apa yang faa nak buat pada masa akan datang. dari setiap sudut. pendidikan,hidup, kerjaya hatta hafazan sekali.  faa nak baiki balik fokus masa study. lagipun sebab sem lepas banyak tak fokus dek rasa paksarela masuk usim belajar bahasa arab. walhal sebenarnya faa mampu buat , cuma mindset yang teruk ditambah rasa nak memberontak.segala perancangan kerjaya , faa dah rangka awal-awal. semoga menjadi semuanya. oh ya, ada bercakap dengan seorang sahabat mengenai pertunangan . maklum la, masa cuti ni semua nak mencari pasangan hidup katanya. jadi faa dengan mahirah berbual pasal ni. tunang atau kata lainnya, khitbah (ikatan) . hari jumaat tu pun, faa ada latihan debat buat kali terakhir untuk sem ni. sebab waktu alsp, kami berlatih tiap malam. :) malam jumaat tu last faa join. pukul 10 dah cabut keluar gi jumpa orang lain. hewhew~ perancangan hidup, nak habiskan study , kerja and tolong mak ayah dulu. nak bahagia kan diorg, kalau boleh faa nak tunaikan semua permintaan mak ayah faa , in the same time rancangan untuk berkeluarga itu ada. calon pun dah ada,cuma siapa itu masih rahsia. yang pasti semoga insan yang ditakdirkan itu bisa membawa bahagia, memimpin faa bersama-sama ke syurga insya Allah. :)

3 - Pengembaraan .
diringkaskan, pagi ahad faa pergi kl sentral untuk naik ets ke ipoh.sampai pukul 10, pukul 12.30 baru farhan datang. farhan tolong belikan tiket untuk faa. dalam tempoh dia tak sampai lagi tu , faa pergi mcD, beli breakfast dekat situ. nampak ada sorang laki cina dengan sorang perempuan melayu yang bisau tengah berinteraksi guna bahasa isyarat. pastu ada pulak perempuan cina yang pekak dan bisu datang jual keychain kayu harga rm10. faa beli atas niat nak sedekah duit tu. beli yang bentuk dolphin, sangat kena dengan jiwa sebagai yang berzodiak pisces. haha :D pastu rasa bersyukur la dilahirkan normal dan masih hidup dalam keadaan normal.
alhamdulillah. pastu naik ets, sebelah faa takde orang. lagi heaven~~~~ selamat sampai di ipoh. hoho..

4- ceramah. malam semalam , pergi program cinta rasul dekat ipoh, dengan PU yeop. faa pergi dengan syira and kak wani. ada jumpa sorang makcik ni. :) panjang ceritanya tak perlu cerita dekat sini kot. makcik tu baik sangat :)) pu yeop sangat bagus, tapi faa mengantuk tersengguk dah . :3
pastu balik. sekian. haha.

n/p : fall for u

selamat pagi semua~
faaizmir
28/1/14
ipoh
1.52 am

Jan 17, 2014

Ini kata hati waktu cuti - Throwback

Assalamualaikum.

akhirnya , *bersin*

akhirnya faa dah dapat satu kebenaran setelah sekian lama tercari-cari. ecehh, takleh nak berhenti senyum gitu. kebenaran apa? dapat tau yang ALSP nanti stau kelas dengan mahirah dan luqman. haha. tu je la kot.
sebenarnya, kejujuran tu satu perkara yang mendatangkan kebaikan. esok malam dah kena balik nilai. -.-
haduhh. ALSP dengan ELSP ni.
apa itu ALSP? Arabic special language program. macam kem bahasa arab dan inggeris la.
usim memang menekankan program bahasa untuk mantapkan lagi skill bahasa kami semua~
start 20hb sampai 29hb ni tak silap faa.
 
hoho..itu sajo. now bonda dah buat dadih. first time masak sendiri. sebelum ni asyik beli sajo~ ni eksaited nak rasa. haha. dengan kakcik dalam bilik. kakcik tido sini ^^ . very precious ada kem dekat mana tah. lupa pulak faa.selamat lah semuanya.

cakap pasal KEJUJURAN . HONESTY.
pernah dengar tak, berkatalah benar walaupun pahit? memang betul pun, cakap perkara yang sebenar lagi baik dan mendatangkan kebaikan. sebab faa sendiri pun dah cakap perkara yang betul panjang lebar. kan dah gembira sekarang. daripada dok buat assumption sendiri yang entah betul ke tak, tanya terus laa bila jadual elsp alsp semua tu. hoho. terima kasih kepadah mahirah sebab dah banyak teman faa. banyak buat perkara indah bersama gitu.
ahah, bahagia oh duduk dgn family dekat rumah! *tetiba* tapi memang bahagia.
 :)

terima kasih kepada semua insan-insan yang telah mewarnai hidup faa.
awak , dia , mereka semua.
Thank a lot.

"jangan pernah berhenti berdoa, semoga yang jauh didekatkan, semoga yang ada semakin bertambah berkat "

okayy, nak flashback kenangan zaman dulu-dulu.
baru jupe gambo ni bile khobek fb malam tadi. hewhew~
first time kenal mahi. terus ajak selfie. luls, mata masih bengkak. sbb tu cover.


di awal sem~
with mahi di akhir sem. haha

with cuzzie syira .two years ago.
mahirah ni boleh ngam and percaya dekat mahi sebab kami sekepala. i mean, perangai.. cara kami sama. most of our action sama lol tapi dia budak dean, faa apa je lah sangat. haha :D
yang pasti so far okay lah dengan dia. faa rasa macam boleh masuk air ah. kakaka~ ^^
she's lovely , thats the fact. <3


yang gambar waktu sekolah baju maroon n dkt air terjun tu masa form one. haha~ lama kan? dua di kiri atas gambar masa lepas pmr. dekat ipoh, yang dukung budak kecik tu anak syeikh arab dekat sekolah.masa faa jadi ustazah dekat imtiaz lepas spm.yang atas tengah posing satu tutor tu dekat uitm, asasi :)


pengakhiran sem. muka demam. hewhew

cuzzie syira dengan my adik. well. yg pegang cam tu adik bongsu faa. muka lain en? :3
masa dia darjah 6 dah tinggi daripada faa -.- . dia 160cm+ cmtu kot. agak laa aku gemuk masa tu . haha. now si comel tinggi ni dia punya tinggi dah 170cm, nak sama dengan ayah. memang faa sorang je kekal pendek. tinggi ? rahsia. hewhew


orite, sekian saja throwback kali ni.
hewhew :3
semoga semua baik-baik aja dech.

oh,di langit ada bintang.
Faaizmir.
home sweethome.
17/1/14
10.48pm

Jan 15, 2014

ini kata hati waktu cuti

assalamualaikum .

hampir seminggu bercuti di rumah~
first of all , jumpa family . weheee~ hilang terus homesick sebab tak balik rumah 3 bulan before. :P
before balik kemain ohh, main basikal dengan mira dekat pavi, makan burger king, pastu esok tu abang keri belanja burger bakar abang burn lagi~ ohoho..bila balik cuti ni..dah tak teringin dah laa nak makan burger. thanks korang. hoho..

lepas jumpa family, faa jumpa ahli keluarga baru. kucing kecik . leo namanya. pastu dah la malam-malam tido atas side pintu yang ada gril. pandai betul dia cari port nak tido untuk elak kena belasah dengan abam-abam kucing gengster. haha. *thumbs up!*

twitter pun bergerak macam biasa. sekali sekala jenguk fb. hoho.
rakan-rakan twitter sape lagi kalau geng-geng usim jugak. :D
dan orang tua yang baik tu. :)

Then, of course laa mak faa masakkan makanan yang sedap2. my mom is an expert chef u know.^^
pastu pergi rumah afifah 2,3 kali.shopping dekat jerteh bagai. dekat rumah ni, tugas utama ialah makan. haha. teringat pesanan seorang senior faa yang agak thiqah, "selamat menjadi anak solehah di rumah" omoo~ sangat bagus. sebab tak pernh orang cakap macam tu. nak katanya, waktu cuti ni laa kita nak berbakti pada mak ayah kan. waktu kuliah memang 24 jam duduk dekat kampus. jarang balik rumah. Alhamdulillah balik tu, malam tu terus urut ayah. at lest ada laa jugak bantu ayah hari tu. dan hari-hari seterusnya berlalu macam biasa.
meluangkan masa bersama family , ketawa bersama,
heavennnn !

gembira teramat. alhamdulillah. memang dah lamaaaaaa kot nak balik jumpa family. betul , hargailah mereka selagi ada masa ni.alang-alang dah cakap pasal ibu bapa, jom lah doakan mereka. jangan lupa doa!

selamat bercuti semuaaaa :)
 
oh ya, ini.

Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

p/s untuk mr.x :  siapa awak yang sebenarnya?

faaizmir,
15-1-14
10.47pm
homesweethome.



Jan 9, 2014

Pengakhiran semester satu 1st year 2013/2014

Alhamdulillah.

semester pertama berakhir dengan jayanya. begitu juga dengan final exam. 8/1/14, tamatlah sudah final exam dengan kertas MLS sebagai penutup. terharuuu. sebab akhirnya dah habis jugan sem 1 ni. macam-macam pengalaman faa dpat. Kalau tulis kat sini memang panjang berjela-jela laa. bila diingatkan balik. first sekali, dapat kenal ramai kawan-kawan. tu dah pasti. first time join latihan debat bahasa melayu dengan abang mizan, abang afzal, kak mimi, kak mika, abang ikhwan dan abang ijad dekat lobi fsu. pastu kemudiannya masuk debate kokurikulum. kawan dengan foreigner. yang kelakarnya, farouq, warga nigeria yang tegur faa dkt fb sebulan sblm masuk usim tu, jumpa jgk dekat usim ni. satu group pulak tu dalam debate. pastu join team debate usim. sekali dengan salman , ed, wani, aina dan senior-senior. :) pastu , daftar jadi ajk untuk jaksa. kenal geng-geng kuliah, afiq semuaa. Ingat lagi first time kenal, semua malu-malu. pastu dilantik jadi penolong kuliah. gara-gara afiq semuanya. haha. pastu masa debate 1st time tu. abg aizat offer masuk lawsoc. accepted ! pergi Hilton for the first time. kenal azhar, kak iman , hazim aj semua. pastu selalu berkejar-kejar nak gi meeting lawsoc, latihan debat, debate dan sebagainya. pastu awal sem dah takde air dekat si. dengan hyperaktif si mira ni, lawak acepa. buat video siyahah, presentation prezi, indian culture dengan ina, luqman .. munirah dan hajar pindah..kenal ramai orang, buat video tapi tak jadi la. pastu crush bagai..study dekat library dengan mahi dan hazim masa exam. menangis sebab demam, sebab kena pergi hospital sorang-sorang. sebab sakit hati semua. panjat broga dengan kawan . jamuan semua. konflik dengan team debate and debat. program dengan anak terengganu. Mata bengkak teruk.appointment mata dekat hospital serdang 4,5 kali..tengok mock trial. menangis-nangis study masa final exam tambah-tambah time revision madkhal. konflik jiwa. belajar mooting.study sorang-sorang dekat fakulti waktu cuti sabtu ahad. demam denggi sampai kena incharge dekat hospital seremban, abg keri belanja burger bakar abang burn dan macam-maca perkara. memang bila ingat balik semua ni, rinduuuu !

apa pun, semoga sem dua nanti akan jadi lebih baik. faa nak fokus dan study elok-elok. huhu..
esok balik terengganu! tak sabar oh.

salam sayang ,
faaizmir.
1.12 am.
10/1/14
si

Jan 8, 2014

Kata hati - keliru .

slm , sorry for bothering u guys if my entry caught ur attention dekat bloglist tu.
maaf jika ayat-ayat broken ini merepek . dan berbunyi teruk.
sebab aku sedang meluahkan tangisan hati pada kata-kata.
disertai titisan air hujan yang lebat tiba-tiba.
anekdotnya aku sendiri tidak pasti.
kulawangsa dunia,
apa yang keliru ? i dont know. again im kinda like , confuse with le feeling , heart, crush yada yada.
its just , i dont know where to throw this. alang2 blog pun dah macam diary . here we go .
bismillah . supposedly, i got a crush , yaaaaaaa , having a first time crush dekat orang . crush pulak ,dekat org yang hebat . memang aku tak sedar diri betei. -.- lupa nak sedar diri masa tercrush . noob gitu ah.bagai langit dan bumi , memang beza mcm siang dan malam. hahahahaha. :D
 pergh, loser. -.-
u know what , again. he got his own crush , which is not me .
and he admit it.a senior with a senior. so faa who are you to bother them?
okay , kena sedar diri cepat2. parah dah aku ni. haha.

im just , asking myself right now, why ?
why should u gotta crush on him bila ramai lagi senior lain yang lagi hensem lagi baik lagi semua la. 
T.T
WHY?
i have no answer for that. he's someone that i couldnt describe.
 i was so curious to know who is he since the time before i registered in this university. havoc rite?
i dont know. i havent feel this way before. it is like, getting confuse why u like him for no reason .
this is what we called as - undescribeable feeling. crush thingy. i think i should be the old me . the one who ignored all this sort of things. but nah, terlambat sudah. soal hati , even im good in acting in pretending in psycho-ing people but yup, i cant even lie to my own hati. bukan nak berjiwang karat. tapi nak katanya, its hurt lah bruh.its hard.
 my friend told me, forget him.
to forget aint easy dear, its le first time. my pure heart never hurt this way round before.
islamis kata, berserah pada Allah, soal hati ini semua ketentuan Allah. ada sebab kenapa Allah arahkan hati aku kepada dia.
 mungkin untuk tabahkan diri jika perasaan itu hanya sebelah tangan je yang petik gitar..
 tapi gitar still berbunyikan? so aku tak perlukan sebelah tangan lagi.
sudahlah . aku dah tahu hakikat , 
berhenti berharap . even susah . ke terus menunggu sesuatu yang takkan mungkin terjadi?
Allahu , fokus study la faa. bkn nak kawen esok lusa. jangan gatai sgt noh.
:'( *cryingblood*
bukan gatal nak kawin. tak tau laa. perasaan tu ada tercipta dan hadir sendiri. apa harus aku mengasingkan diri di dalam gua baru reda?
mahi tanya ,
"awak betul2 suka dia ke?"
"mahi , awak tahu jawapan saya , xyah tanya cmtu.kalau tak , takde la dekat library pun mata saya berkaca camni."
ok, back to realiti ,
baru tadi, seorang sahabat tanya,
"tengah buat apa sekarang ni faa?"
tengah berhujan. kalau dh nampak,jangan tanya aku buat apa. hahaha.
its hurt ukhti , its hurt .
sekarang dah habis exam , maka aku meluahkan segala hujan yang terpendam sejak beberapa hari yang lalu. tapi masih lagi berjaya online dengan gembiranya.

sesiapa sahaja, kalau suka katakan suka.
jangan sampai kau menyesal bila semuanya dah terlambat. bila orang yang kau crush dah ada orang lain. hati manusia, siapa yang tahu. hatta hati sendiri pun susah nak faham.
mungkin bukan masanya lagi. tapi........

kenapa faa , kenapa lembik sangat hati kau ? kenapa susah nak terima hakikat? kenapa nak terus sedih cmni? kenapa camni . Allah mohon bantu.. hina btl wahai diri. kau menangis kerana apa faa?
berhenti lah wahai hujan. biar panas, biar musim bunga.
sudah-sudahlah hati bermusim luruh dan hujan.
crush , kalau hakikat bahagiamu deritaku , semoga bahagia. 

oh,
hujan lagi.
faaizm.
9/1/14
si

Jan 3, 2014

Crush Vs Cinta Hati

Assalamualaikum .

sabai dii ?~

Entry kedua untuk tahun baru baru :D
tahun baru pun still cakap pasal crush cinta and so ever ke?
ehem, sebenarnya traffic blog ni banyak pada post-post cinta. -.-
entry yang femes tu pun pasal cinta. nampak tak permainan dia? :)))






Sebenarnya, dulu faa ingat orang cakap pasal crush-crush ni , crush yang pecah tu. rupanya ada maksud lain. pergi google tadi , banyak pulak maksud dia. cari sendiri la kalau nak tau. :P

Bereh ?

dan yang sebenarnya juga, faa baru sajo tau yang crush ni , tak semestinya suka yang angau nak kawen. it just , a simple 'love-liking' feeling yang buat kita rasa selesa bila berada bersama orang yang kita suka. boleh jadi kawan, boleh jadi muzik , boleh jadi cerita ke apa ke. up to you.
ni pun tahu daripada Crush Act hasil ilham mahirah la ni. hebat~ haha :)))

 sesungguhnya faa makhluk Allah yang masih lagi terbatas fikiran . bila dah tau crush tu macam , kita suka orang. so , jadi macam , "kenapa dengan hati aku?"



pernah tak rasa , sebenarnya siapa yang kita cari ? rasa ku perasaan itu hanya kerana kita masih tercari-cari jodoh yang entah siapa . lalu bila ada yang melintas, lalu perasaan suka itu mula wujud. lantas rasa selesa bila bersama. sekadar selesa. lalu ramai yang salah anggap . Lumrahnya aku mengerti , terutama perempuan , begitu mudah ya untuk kita jatuh suka pada seseorang. fitrahnya wanita itu lembut hatinya. mudah percaya , mudah jua terluka. nah , kalau dah terluka . jangan kata tidak , sedangkan aku sendiri yang selalu tiap malam bila bermuhasabah *kononnya* akan menitis juga manik jernih. Siapa sebenarnya yang kita sedang tunggu ? siapa? T_T


mereka kata , berkawan lah dengan semua orang. lihat perangai mereka. seandainya dia boleh menerima kau seadanya maka mungkin dia yang kau cari. jika kau dapat menerima segala kurangnya dia maka mungkin itu jodohnya. Mungkin? probability untuk tak mungkin tu ada la kan?

so crush ni , sebenarnya sama je macam suka orang cuma ia satu pihak . maksud faa, kita crush orang. hanya kita yang tahu. bukan kedua-duanya tahu. tak perlu tahu pun jugak. kalian pasti bingung , apa.. salah kah crush dekat seseorang? 

*senyum*

tak , tidak salah untuk kita crush pada sesiapa pun. :) sekadar suka, kagum cukuplah. hatta faa sendiri pun , mungkin ada crush pada seseorang. yang faa sendiri tak kenal. dah tersuka , nak buat macam mana. suka itu kan fitrah. cuma, cara kita mengawal rasa suka tu , jangan sampai langgar syariat agama dah la ye. jangan terlebih angau nangis-nangis pulak . sebab ? sebab tak semestinya orang yang kita crush tu akan suka kita. tak semestinya kita akan kawen dengan dia. tak semestinya pada masa akan datang dia still ada dalam hidup kita. perasaan suka tu mungkin akan berganti, mungkin kita akan crush pada orang lain pula ? mungkin ...

 so , nak direka cerita rite , masa sambutan tahun baru tu ,ada sorang budak ni , Ratana.dia sedang gigih baca etnik lepas balik daripada kedai makan dengan roommate , so she kinda like texted with a few people. her seniors n classmate. then , they talked about crush thingy and things that are related. she was not familiar with this sort of thingy so , blurr sket ah kan. on the top of the conversation, they asked her , "who is ur crush?" her answer kinda like , "what question is this? :D ?"
know what , dia rasa keliru dengan perasaan sendiri pun ada. bagitahu orang siapa yang kita crush, mesti lah malu sebab kinda like confess yang kita tu ada crush. 
faa setuju! maluu..
dah la masa nak recruit member untuk multimedia crew tu pun dah rasa sedih direject oleh orang yang dipropose *hahaha lol -,
 then nak admit that u are actually crush on a particular person? maybe lagi menyakitkan mungkin if she know the truth yang orang yang tak dikenali tu suka orang lain? even they did . eheh :))
urm..
 Ratana was confused.she didnt knew. so she changed the topic as her face at that time was seriously , err. merah ? blushing gituu -.-


Ratana : "malu . yup . malu. malu dengan diri sendiri disebabkan kebodohan yang amat. kan dah buat berapa entry dah dulu , kononnya selagi jodoh tak datang , nak jaga hati . tapi tetiba tercrush pulak dekat seorang pemuda. tak malu ke apa? -.- duhaii . sedih teramat. malu tersangat. 
malu dekat banin tu. 
malu dekat yang atas. 
yang atas . Rabbul izzah.
Allah.
mohon jodoh saya jangan crush pada orang lain , mohon kejahilan saya jangan turut dilakukan dia. 
mohon dia yang telah ditakdirkan itu bisa jaga hati nya, agar terdidik hati saya nanti sepertinya. 
kerana , bila difikirkan. mungkin aku hanya kagum dengan keupayaan seorang pemuda dalam menguruskan diri dan iman secekap itu ? 
semoga dia dan jodohnya yang hebat. 
sedangkan aku dengan jodohku.
cuba jadi orang yang baik . untuk yang baik."

*sebak*

Lantas pagi keesokan harinya terus dia telefon bonda .

"Ratana : ibu , kalau crush dekat orang tu dosa tak?

bonda :dosa? takde la.. kakngah crush dekat sape ni?

  Ratana : ibu , angah ada macam suka dekat sorang senior ni. tapi...

bonda : amboii , awak tu budak kecik lagi, study tak habis lagi. dah pandai crush dekat orang ea? tak matured lagi kakngah ni. study la dulu *ketawa*

Ratana: urm..ibuuu..angah tak tau laa.. T.T

bonda : abang yang kakngah minat tu macam chinese ke?

  Ratana: tak pun ibu. 

bonda: dah tu? hensem? warak? baik ? anak raja? artis taiwan?

  Ratana: ibu,angah takleh nak describe ibu..meiruu..tapi abang tu dah suka orang lain pun. haha ~ eh, sedih ah ceni, ibu menganjing angah..T.T

bonda : alolo , ibu gurau je la. kan ibu dah pesan, if nak kawan boleh.nak feeling-feeling ni, tak perlu kot. kakngah belajar rajin-rajin. grad pastu nanti cari laa nak cari abang mana pun. ,doktor, engineer,lawyer? semua boleh.Jodoh tu dah ada . kalau tak jumpa calon yang kakngah nak , ibu boleh carikan. jiran sebelah tu ada , hensem.. taknak?*gelak*

  Ratana: ibuuuuu.. mai dai ah , tak nak jiran tu.. :(

bonda : alaa, ibu gurau la..budak kecik ni sedih pulak..jgn fikir lah..jaga hati tu ye ustazah? anak ibu kan hafizah, baca quran banyak-banyak. biar tenang hati tu nak exam.ibu doakan kakngah dapat suami soleh,amin..ha, exam okay? dah baca apa hari ni?................ 

*the end* "

 

kisah nya Ratana , faa turut teringat bonda faa. mak faa. ibu..
Bonda, setia dengan nasihat yang walaupun dah banyak kali faa dengar nasihat yang sama. 
tapi masih, berguna untuk hidup ni. 
terharu ~
bonda dah macam kawan rapat yang berkongsi suka duka.
tapi masih, ada lafaz yang tersimpan yang tak mampu faa ucap pada bonda.
"terima kasih ibu , angah sayang ibu"

Err, ahaks .. ni dah terlebih sentimental dah ni. rindu ibu sampai melencong daripada topik . :D

so , konklusi nya? tak salah pun ada crush . suka je la kan ? jangan sampai dok ingat crush tapi tak study. nak buat macam mana, faa pun crush dekat minion dah la. hahaha :P diorang comel kot. anda crush pada siapa ? ehem , tak perlu jawab pun tak apa. ala , kalau awak cakap dekat dia yang awak crush dekat dia pun , bukannya esok lusa boleh kawen. chill sajo. takkan lari gunung dikejar. kalau lari , pergi lah kejar. 

haha ~ 



rasa diri macam awesome sebab ada ibu yang awesome. 
jom sama-sama jaga hati . nak crush pun , hati kena jaga . 
crush dekat jodoh yang masih ditunggu-tunggu pun boleh.
dan aku akan setia menunggu kau. cepat lah datang! sesat ke apa? tak jumpa jalan nak cari saya ke?
hahaha. *sengal.

tanya lagi , "siapa crush awak?"

"Faa Izmir"

ohmaiii !  -pengsan-

 Faaizmir
7.43pm
3/1/2014
A1-4-SI
n/p : aku bukan untukmu - rossa