Jan 28, 2014

Kata Hati tentang seorang sahabat

Bismillah , 

pertamanya , 
jemari ligat menari di atas papan kekunci , 
bibir menguntum senyum , 
kerna hati mula berbicara ,
dibantu minda yang sedang menggamit satu memori . 
tentang seorang sahabat .

ya , dia sahabat yang ku kenali , yang terjalin indah ukhuwahnya kerana Allah .

Awal perkenalan di minggu pertama perkuliahan faa  sebagai seorang pelajar syariah dan undang-undang di usim. at the moment , faa nampak mizah tengah jalan dengan seorang kawan dia yang pakai tudung labuh, warna hijau tak silap faa, rapat betul, ke sana ke mari dengan budak tu. tapi faa tak kenal lagi.kenal mizah je, kawan satu asasi. hoho~  dari jauh, mizah dengan budak tu datang. pastu duduk sekali. 

mizah : Farhana , ni mahirah . dia asasi jugak . 
faa : oh , asasi ke, orang mana ?
mahi : orang kelantan .
faa : sama laa, ore pun ore klate etek.tp tinggal ganu. asasi jugak ? 
mahi : hom , asasi . serupo la dengan mizah.

*ketawa*
 so kami satu uitm , asal negeri yang sama.

awal perkenalan. faa pulak jenis tak ingat orang. so lepas tu kalau jumpa tepi jalan, dalam kuliah pun, sekadar senyum - senyum. lagipun faa rapat dengan munirah. kemana-mana berdua dengan munirah. satu hari , tutor faa baru habis , masa tu dekat bts berapa tah. tiba-tiba Fafa dengan kawan budak ni masuk. masa tu tinggal faa, munirah dengan beberapa orang perempuan lain dalam tutor. katanya tutor diorang pulak nak guna kelas tu. so dorang masuk rehat situ awal-awal. Faa yang kebetulan tengah amek gambar dengan munirah guna tab faa, terus sapa dia. 

"awak nama apa dah ? lupa la. "
"saya? mahirah"
"aah , mahirah. jom amek gambar? "
"malu laa..*sengih2*"

Malu la sangat, tapi amek banyak jugak. teringat time tu, gambar silau sebab cahaya matahari yang kuat. haha. :D tak lama lepas tu , masa kuliah etnik . kena buat kumpulan untuk research. kebetulan geng uitm straight duduk dalam satu baris. so , munirah , faa, mahirah, fafa dengan ina satu group. Faa sebenarnya takde la rapat sangat dengan mahi ni . sebab dia tutor lain. tapi dah mula borak-borak kalau jumpa. cuma tak ngam lagi kot.kitorang ada pergi uitm untuk buat kajian. snap gambar dekat masjid besi etc2. haha. suka amek gambar actually.
orite~
skip all that tiny memories , faa ingat , sejak pergi broga , stay rumah kakak ina untuk vid siyahi tu, mula mesra dengan mahi. sebab sebelum ni jarang nak borak lama-lama. even dekat broga tu masih lagi shy-shy cat kan. tapi boleh laa tahan. dah borak gelak-gelak dah. :)

balik dari broga, faa lupa , tapi ada satu benda yang kitorang semua buat sekali yang buat kitorang jadi rapat. entah, lupa. oh teruknya. dah lama cuba ingat tapi lupa. -.- yang pasti kitorang jadi rapat sebab tegur-tegur dekat twitter kot. hoho.

Mahirah , ertinya yang pandai . memang dia pandai pun, selalu dapat dekan. hebat kan ? :)

study week ! yang ni .. faa still ingat first day pergi fsu untuk study sorang-sorang. malam tu bagitau mahi dekat twitter yang faa study sorang-sorang. esoknya, mahi terus call . masa tu faa dekat cafe fsu. sangat awal pagi, pukul 8 kot dah ada kat situ time tu. tunggu mahi datang. then kitorang study sekali. dengan gigihnya nak habiskan buku titas masa tu. seharian kot. malangnya tak habis pun. sebab first day dengan mahi, kitorang banyak borak. titas dah kelaut. haha :D petang tu sempat lagi photoshoot dekat sekitar fsu. nampak la dua-dua gila bergambar. ecehh~ bukan gila apa , nak  potretkan kenangan, tua-tua nanti boleh la cerita dekat anak cucu kan? :P

 still ingat lepas tu pun banyak kali faa study dengan mahi. Faa mula rasa selesa dengan dia. sebab dia macam ngam la dengan faa kan. gila-gila, kitorang jenis tak kisah , boleh bergurau. tak suka cari pasal dengan orang etc2. dua-dua macam sporting. hoho :P  then Luqman pun join kitorang . selingan sikit , luqman is one of my classmate yang satu negeri dengan faa. a year older than me. so ada apa-apa faa mintak tolong dengan abang genius sorang ni. faa dengan mahi pun agak kamceng dengan luqman even dalam twitter or outside twitter. dah macam family kot. still remember at the moment faa susah tu, semangat pulak diorang tolong, belanja makan semua.terharu sangat. gracias, amigos. *sebakk* 

Faa kalau ada masalah so far faa suka share dekat mahi sampai berair mata. coz kisah kitorang macam sama sangat. mahi seorang yang hebat, bijak, sangat berdikari . sangat tabah. kitorang memang gila-gila. tapi di sebalik ceria tu , ada kisah yang tersimpan kukuh di antara kami. kan mahi ? cerita yang sama cuma jalan cerita dan watak yang berbeza. apa yang mahi rasa , faa pun rasa. apa yang dia buat , faa pun buat benda yang sama. gelak tawa kita mungkin orang lain tak bisa mengerti . yang pasti , itu memori. :)

Mahirah ni , seorang yang baik. walaupun ramai lagi orang lain yang baik. tapi faa rasa mahi yang nampak dia punya kebaikan tu , sama macam yang faa buat selama ni. dia tak kisah bila tolong orang. even dia busy ke masa tu, mengantuk ke apa ke, dia akan still tolong. sebab orang lain, kalau ada halangan mungkin orang lain tak akan tolong, tapi dia tolong. terharu isnt? still ingat lagi at the moment faa lapar kebulur sangat satu malam tu, mahi yang temankan pergi sahabat pukul 12 malam. malam-malam makan nasik goreng USA  pulak tu. haha~ then, fa stress , geram ke, gaduh ke, dia la yang akan teman faa pergi Mcd , restoran salam .. faa still ingat semua tu. tak perlu nak cerita dengan detail pasal mcD or salam, sebab kisahnya biar hanya kami yang tahu. kisah yang akan sentiasa terpahat dalam kanvas memori .

again , yang faa terharu lagi , kalau dia tolong, dia tolong dengan bersungguh-sungguh gituh. haha~ still remember bila faa ada satu masalah yang buat faa perlu jumpa sorang senior ni , then mahi yang tolong bagitau , tolong set date etc2. even dia dah susahkan diri dia untuk tolong faa, tapi still boleh gelak-gelak . terharu seyh. hahaha *gelak sambil nangis lol * bila dia ada masalah , dia pun akan cerita dekat faa , then the moment faa tengok mahi nangis tu , rasa macam .. ohmaii  , jangan la nangis... faa pulak rasa sebak. ye la, peha kanan dicubit , peha kiri turut terasa sakitnya , kan ?  even mahi sebenarnya dah ada kawan baik dia sendiri , dan faa pun ada roommate faa, tapi terkadang kami selesa untuk kongsi cerita bersama. seikhlasnya faa gembira bila ada sahabat macam dia, rasa yang kitorang macam serasi la jugak kan . *bukan nak bajet oh. haha* tapi faa selesa sangat-sangat . takde nak sakit hati dengan mahi, takde rasa marah ke , benci ke. walaupun faa dengan mahi takde la jumpa 24 jam , rapat macam dia dengan kawan -kawan dia yang lain tu, at least dengan setiap pertemuan dan memori yang sebelum ni dah cukup untuk faa kata , 

" inni uhibbuki fillah , ukhti "


kepada mahirah , 
bukan senang saya nak cakap lembut-lembut jiwang macam ni. 
hahaha~

dah confess dekat orang lain , tapi tak pernah confess dekat awak kan. 
konfesi aiskrim sejuk beku > baca dekat plasktik aiskrim semalam. #eh. haha

mahi , thanks , syukran, khap khun kha , xiexie , terima kasih . 
sebab ?
sebab dah jadi kawan yang baik . yang banyak tolong saya , yang banyak dengar saya membebel ,
yang selalu bagi nasihat, pendapat tentang semua tu, yang ada saat saya down , up etc2.
semoga awak terus tabah , semoga awak terus kuat dengan segala dugaan cabaran semua ni. 
awak sahabat saya yang bijak . yang tak pernah kenal erti putus asa. 
walaupun awak ada masalah , walaupun awak sedih , jangan pernah lupa untuk senyum .
sebab saya tau awak mampu nak hadapi semua masalah awak tu. 
fighting~
Mahi , andai kata lepas ni ore dok rapat doh nge awok mace dulu ko , ore mintok maaf banyok deh atas segala salah silap blako. sngoti ni, ore suko saeng nge awk, raso bahagia tu. ore pun dok la reti mano nok nasihat ore ko gapo, cuma ore blh wi pendapat sikit2 gitu jah la. dale gapo pun hok awk hadapi , ikut gerak hati awak mahi, jange seksa diri sendiri semata-mata utk ore lain.
kalu ado masalah ko gapo ko, oyak la ko saya. saya ake ado sokmo utk sokong awak.
terima kasih banyok-banyok deh.
sayo saye awk.
:')

ukhti , 

semoga terus berdiri sebagai seorang anak yang solehah , 
yang sentiasa tabah dalam menempuh ranjau yang panjang. 
kehebatanmu bak srikandi , yang tak kenal erti putus asa walau menderita. 
semoga mendapat jodoh yang soleh, yang bisa membawa sejuta bahagia . 
semoga dapat berbakti kepada keluarga dan agama. 
ukhuwah kita, aku doa biar kekal . 
biar kekal hingga ke syurga. 



of all the friends i've ever met , 
u're the one i wont forget.
and if i die before you do,
i'll go to heaven and wait for you.

truly, 
Faaizmir
10.00am
29/1/14
-ipoh-






No comments:

Post a Comment