Jan 27, 2014

Ini Kata Hati tentang pengakhiran Alsp , Perancangan dan Pengembaraan

Assalamualaikum ,
dengan jayanya , sedang bercuti di Ipoh, di teratak indah bersama keluarga Syahirah Tarmidzi.

Alhamdulillah walhamdulillah.
tajuk entri panjang kan? sebab banyak cerita nak diceritakan. ligat jemari faa menari di papan kekunci. bukanlah yang berlaku setiap detik faa nak kemukakan disini, tapi sekadar nak highlight peristiwa-peristiwa yang berlaku.  :)

1 - Alsp .  
Apa alsp ni? arabic language supporting programme. ke special program.entah, konfius pulak. hoho. start pada 20hb , berakhir hari jumaat , 24hb hari tu. satu kuliah gabung sikit dengan budak kuliah dua. Ustaz yang ajar ana, ustaz khairul izwan. ustaz izwan ajar izmira. hahaa :P 
ustaz tu baik , dan kelas kami selalu dimulakan dengan cerita-cerita serta diskusi mengenai sejarah tamadun Islam sebab dia amek course tamadun Islam dulu. agak santai kelas tu. Faa boleh cakap, seronok ALSP ni. takde la stress ke apa kan. syukran ustaz :) waktu alsp , faa ada jugak naik motor dengan mira, spend masa dengan dia. dan ya , sangat seronok ada roommate yang macam tu walaupun banyak kali jugak eching sentap. :3 tak lupa,  dengan hani. balik debat pukul 12 malam, boleh pulak ajak hani keluar makan dekat salam, dekat mcD dengan senior sebab lapar sangat. balik pukul 3 pagi, nasib baik pak guard sporting masa tu.

2. Perancangan masa depan - akademik , hidup dan kerjaya. 

perancangan. bak kata abang kamil (senior fsu) . sebagai seorang muslim yang cemerlang, kena buat perancangan. baru kita nampak matlamat hidup kita. so , dengan semangatnya faa amek kertas , rancang satu-satu secara general , perancangan apa yang faa nak buat pada masa akan datang. dari setiap sudut. pendidikan,hidup, kerjaya hatta hafazan sekali.  faa nak baiki balik fokus masa study. lagipun sebab sem lepas banyak tak fokus dek rasa paksarela masuk usim belajar bahasa arab. walhal sebenarnya faa mampu buat , cuma mindset yang teruk ditambah rasa nak memberontak.segala perancangan kerjaya , faa dah rangka awal-awal. semoga menjadi semuanya. oh ya, ada bercakap dengan seorang sahabat mengenai pertunangan . maklum la, masa cuti ni semua nak mencari pasangan hidup katanya. jadi faa dengan mahirah berbual pasal ni. tunang atau kata lainnya, khitbah (ikatan) . hari jumaat tu pun, faa ada latihan debat buat kali terakhir untuk sem ni. sebab waktu alsp, kami berlatih tiap malam. :) malam jumaat tu last faa join. pukul 10 dah cabut keluar gi jumpa orang lain. hewhew~ perancangan hidup, nak habiskan study , kerja and tolong mak ayah dulu. nak bahagia kan diorg, kalau boleh faa nak tunaikan semua permintaan mak ayah faa , in the same time rancangan untuk berkeluarga itu ada. calon pun dah ada,cuma siapa itu masih rahsia. yang pasti semoga insan yang ditakdirkan itu bisa membawa bahagia, memimpin faa bersama-sama ke syurga insya Allah. :)

3 - Pengembaraan .
diringkaskan, pagi ahad faa pergi kl sentral untuk naik ets ke ipoh.sampai pukul 10, pukul 12.30 baru farhan datang. farhan tolong belikan tiket untuk faa. dalam tempoh dia tak sampai lagi tu , faa pergi mcD, beli breakfast dekat situ. nampak ada sorang laki cina dengan sorang perempuan melayu yang bisau tengah berinteraksi guna bahasa isyarat. pastu ada pulak perempuan cina yang pekak dan bisu datang jual keychain kayu harga rm10. faa beli atas niat nak sedekah duit tu. beli yang bentuk dolphin, sangat kena dengan jiwa sebagai yang berzodiak pisces. haha :D pastu rasa bersyukur la dilahirkan normal dan masih hidup dalam keadaan normal.
alhamdulillah. pastu naik ets, sebelah faa takde orang. lagi heaven~~~~ selamat sampai di ipoh. hoho..

4- ceramah. malam semalam , pergi program cinta rasul dekat ipoh, dengan PU yeop. faa pergi dengan syira and kak wani. ada jumpa sorang makcik ni. :) panjang ceritanya tak perlu cerita dekat sini kot. makcik tu baik sangat :)) pu yeop sangat bagus, tapi faa mengantuk tersengguk dah . :3
pastu balik. sekian. haha.

n/p : fall for u

selamat pagi semua~
faaizmir
28/1/14
ipoh
1.52 am

No comments:

Post a Comment