Jun 19, 2015

Family.

I wonder why i started this.
Tak kira gaduh macam mana dengan diorang.
Dah mula rasa rindu adik abang kakak semua.
Ada lagi dua minggu lebih sebelum tamat perkhidmatan.

Dua minggu lebih je lagi. :'(

Macam mana ana nak lalui hari tanpa keluarga ni?

Menyesal jadi jaksa. Tak suka.
Sebab terlalu banyak sangat memori.
Kalau teringat je rasa nak nangis.

Siapa boleh lupa kena marah dengan ikram dalam bilik jaksa,kena sound dalam whatsapp sampai nangis-nangis ana bila dia tegur sentap waktu cuti midsem. Pastu adil dok panggil ustazah-ustazah.paling teruk kena gangguan, sampai lawan dengan fazrul & aman yang tolong tarik masa nak panjat bukit..maaflah semua. Siapa boleh lupa stay up dalam bilik jaksa siapkan program MCSU dengan aisyah sampai nangis-nangis pada masa yang sama gelak sebab hafiz dengan rasydan main walkie talkie. Sip boleh lupa kak imah , asma' dengan mahirah and nusra sampai tersengguk2 jaga ana waktu sakit. Siapa boleh lupa kak jannah yang sangat caring layan karenah ana setiap masa, sakit pun dia belikan makanan..time birthday pun dia belanja satay. *nangis* macam mana saya nak lupa abang azlan yang selalu bagi motivational support and banyak tolong selama ni? Macam mana nak lupa ainur yang walaupun takut tapi sanggup hantar pergi MPS kknc, siap belikan makanan walaupun takut. Siapa boleh lupa semua kenangan manis tu? Ada ke orang boleh lupa? Banyak sangat kenangan. Macam mana sem depan tanpa korang? :'((

Abang-abang ,kakak-kakak.. kawan sebaya lelaki & perempuan..
Ana tau ana takkan ucap benda ni depan-depan.
Baik ikram, adil, fazrul, abang azlan, hafiz, rasydan, kak imah, nusra, mahi, kak jannah, ainur, aisyah and asma..

Ana dah sayang antum macam family.
*laju pulak air mata. Ke masuk habuk ni?
Segala memori semua ana takkan lupa. Terima kasih..,:'(( maaf menyusahkan sokmo..ana takkan lupa segala memori dekat sini.

Malam ni tetiba tacing rindu.

Tido la, esok sahur.

Jun 9, 2015

Kenapa?

Dulu,
Seorang izmira orangnya kuat.
Dari zaman kecil, pastinya ibu bangga sekali ada anak sepertinya.
Yang pintar, yang petah berkata-kata,
Yang serba boleh.
Ibu dan ayah antara orang yang banyak berjasa dalam hidup ini.
Disaat mereka senyum, aku bahagia, dan gembira melihat mereka juga bahagia.

"Hebatnya budak tu..siapa mak ayah dia ya?" bisik orang di tepi ibu . (dan mereka tak kenal ibu, mereka taktau budak dihadapan itu anak ibu)

Malah ayah dan ibu tambah gembira bila anaknya itu menjadi anak yang solehah, hafizah dan cukup menjaga syariat.

Tapi kenapa..

Sekarang berbeza sekali.

Anak yang dulu pintar, lain jadinya.
Tak sepintar dulu, tak sehebat dulu.
Tak sesolehah dulu.

Mungkin ayah dan ibu masih lagi berbangga kerana anaknya sekarang mengambil jurusan professional.

Tapi..
Kenapa perit benar rasanya untuk terus menyambung apa yang sudah seorang izmira mulakan.

Makin meningkat usia, makin banyak dugaan.

Kenapa..

:'(

Kiranya apa hari esok bisa mencoret kisah baru, bersama seorang izmira yang berenergi baru?
Tanpa ada ragu dihatinya, akan apa yang perlu.

Kenapa?
Mudah benar jatuh dirimu.
Mudah benar rasa lesu.
Jangan putus asa wahai diri, perjalanan kita jaaaauh lagi !
Jauh lagi kaki nak melangkah.

Jangan lah mengalah!

Kenapa mesti lemah begitu?

Allah, aku mohon kekuatan jiwa,
Dari ufuk dunia hingga ke setinggi hembusan pawana,

Kuatkan aku ya Allah.

Eh, orang hebat tak nangis.

Senyumlah.

Jun 7, 2015

Sanahelwah ! #jaksakk1

Selamat hari tua Asma Kholilah Abdul Razak & Mahirah Pauzi . semoga terus membesar sebagai seorang srikandi islam yang teguh, dan semoga menjadi seorang anak dan isteri yang solehah.
semoga terus qawiy dan thabat dalam menuju ke syurga.

teruja nak prank sampai goreng-goreng + prepare sandwiches + fruits etc2 sesorg. haha.
thanks Azlan Yusof Punding & Fazrul Akmal & jaksa muslimin yang banyak tolong setup barang.
yang pasti menjadi jugak semalam kan prank kita. serious je muka mahie dengan asma dengar masalah dekat KK1..
Qurratun A'yun gigih datang dari acacia, Nurul Jannah yang datang awal untuk meeting, Ainur Farzana yang teman birthday girl datang & Nusra Alyahya yang buat muka takut waktu cerita pasal kes dekat KK1 & Amirah Hazimah Zainudin yang setia layan wasep masa ketandusan idea nak prank apa. haha.

once a family, always a family.

family!

lupa nak rotate. sila pusing kepala anda. haha
happy birthday 06-06-2015

#KK1BigFamily #JaksaKK1

nok royak banyok pun sero cukup doh pm maren. terimo kasih la banyok deh . fi hifzillah buat kesayangan semua. <3
feeling happy

CERPEN : Dan kerana Ukhuwah

"Geramnya ! Orang dah cakap awal-awal, dah bagitau malam ni ada majlis. kata boleh datang tapi last-last tak datang pulak. Semua cancel macam tu je. Sama je semua. " getus hati kecil , bermonolog sendiri.
Mood swing. Rasa gembira dan teruja yang tadinya terus hilang. diganti perasaan sedih.

"Kata family,tapi..." air mata tiba-tiba bergenang.

Bunyi pintu dibuka. Dari luar masuk seorang sahabat.

"hai Maria. Kenapa muka macam sedih je?ok tak ni?"
"Hani..Takde ape.ok...selsema je.. Ramai tak dapat datang tau majlis malam ni."
Senyuman cuba diukir. suara dilantun ceria seperti biasa. Cubaan untuk ketawa,
Bagaikan topeng.

"Oh ye ke? Kenapa ramai tak datang?"
"Ramai ada urusan dekat luar katanya. Kita proceed je yang mana datang ye hani~ prank tu penting"
"Okay bos. Macam mana rawatan?"

"Ustazah cakap suruh berehat. dah settle rawatan semua, tapi tak boleh buat kerja berat, sebab bila letih/stress, badan lemah. Tu yang senang demam tu."

"Oh..so, rehatlah mar.."
"Tengah rehat lah ni. Hee~"
Ketawa kecil.

Lantas nafas dihela sedalam mungkin.
Hati berbisik lagi,
"Tak apa, ramai tak datang majlis kamu pun tak apa, yang penting mereka-mereka yang sentiasa ada bersama kita. Biarlah yang takde tu. Kuantiti tak penting, yang penting kualiti. ukhuwah tu lagi jelas terasa bila kita dapat sama-sama berkumpul, dan meraikan bersama,walau cuma kita bertiga atau berlima, atau berlapan cuma. Cukuplah yang mana ada, walau tak semua, mesti nanti meriah juga."
Panjang hati memujuk. Terus hati rasa sejuk.
Akhirnya, waktu yang dinanti tiba.
Tepat jam 12 tengah malam, instrumental lagu hari jadi dipasang disaat semua yang hadir sedang serious memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul di negeri tersebut.

"Selamat Hari jadi!!"

Dan bilik gerakan pada waktu itu, meriah.
Meriah dengan gelak tawa dan makanan.
Walaupun apa yang terjadi tak sepenuhnya seperti apa yang dirancang, tapi rasa juga ukhuwahnya.
Yang pasti, Tasya dan Fatin terkesima. mengalir juga airmata sebab terharu kena prank sempena birthday mereka malam ni.
dan maria,boleh tersenyum lega.
Ya, nak terasa hati, nak marah, nak menangis pun buat apa, bazir masa.
tanda kita dah makin matang, bila kita dah tak marah atas benda kecil, sebab kita tahu ianya cuma membazir masa.

Lagipun semua tahu tanggungjawab dan keutamaan masing-masing. Terpulanglah.
Yang pasti,
Penat lelah petang tadi melayang hilang bila lihat sahabat-sahabat tersenyum panjang.
Bila lihat sahabat semua gembira, hati terasa riang.

Bersahabat kerana Allah,
Terasa indahnya ukhuwah.
Alhamdulillah.

CERPEN : Sakit Penghapus Dosa


"Maria, kenapa tak dtg jumpa doktor masa sakit sebelum ni?"
"Tak larat doktor, kalau demam saya tidur je. dah dekat sebulan lebih demam on off macam ni."
"pergi check darah, saya risau kamu ni kena denggi.."
"so macam mana doktor? apa penyakit saya?"
Pandangan tertumpu ke awan biru di luar jendela, sambil otak ligat berfikir dialog bersama doktor pagi tadi. Hasil pemeriksaan kesihatan, dapat mc, dan lima jenis ubat.
"Selalu sangat sakit. orang lain tak sakit macam ni pun."
getus hati kecilnya. Perasaan berbaur. Sedih, pasrah, bercampur.
Terasa bahu ditepuk daripada belakang.

"kenapa Maria? termenung jauh sangat ni kenapa?"
Balqis tersenyum. Diambil tempat duduk di sebelah Maria.
"Kenapa malang sangat hidup aku? selalu sakit. minggu lepas sakit lain. minggu ni sakit lain pulak. asyik sakit je. orang lain elok-elok je sihat tak sakit."
"Alahai. kenapa cakap macam ni? demam dah ok ke belum ni? Maria, sakit tu kan penghapus dosa. Allah sayang kau, sebab tu Allah nak hapuskan dosa-dosa kau. Dia uji kau macam ni sebab dia sayang."
senyum. mata turut sama memandang awan menerusi jendela.
"tapi aku dah tak larat. tak larat nak makan ubat, tak larat nak jumpa doktor. tak larat dah asyik tak pergi kelas sebab sakit. sampai orang tak percaya aku sakit. diorang ingat aku sengaja ponteng. Tambah pulak bila takde mc letter. Tak larat qis. tak larat."

mata terasa berkaca. dia cuba menahan manik jernih daripada mengalir. Tangan ditekup ke muka.

"pedulikan apa orang kata, asalkan kau tau yang kau cukup kuat untuk hadapi semua ni. ingat. sakit tu penghapus dosa maria. Allah sayang kau."
"kiranya aku ni banyak dosa lah kan? tapi orang lain yang tak sakit tu bahagia je nampak..mereka tak banyak dosa?"

"tak semestinya. Kita semua ni pendosa. Setiap orang lain dugaannya tau. Yang pasti, kau jangan putus asa. Ada orang sakit sampai meninggal dunia. Ada orang takde anggota badan kerana sakit. tapi kau lengkap semua kan? Sakit sikit je tu. Kuatlah!"
Bahu sahabatnya ditepuk lembut. cubaan untuk membantu menyuntik kembali semangat yng hilang.
"tapi dah tak larat selalu sakit."
Air mata dah tak mampu diseka, terus mengalir membasahi pipi. Rasa tidak adilnya Tuhan bila diri diuji satu demi satu dugaan silih berganti.

" Istighfar ukhti..Sabarlah..
Maria, syurga tu mahal. Allah uji kau macam ni..mungkin kerana Dia nak hadiahkan syurga untuk kau kalau kau sabar. Boleh jadi orang lain tak diuji macam kau diuji sebab mereka tak mampu nak tanggung sepertimana kau mampu lawan rasa sakit tu. Kuatlah demi Allah, Maria."

"Aku cuba, memang aku cuba lawan segala rasa sakit, tapi sampai satu tahap rasa tak larat sangat."

"Aku faham. Tapi kau kena ingat, Nabi Ayub a.s dulu pun diuji dengan penyakit dan Nabi Muhammad pun pernah sakit. Bahkan, ramai lagi orang di luar sana yang sakitnya lagiiii teruk, sampai kena potong kaki, kena potong tangan bagai. Aku tahu kau kuat, kau mampu sangat nak lawan semua ni. Dah, jangan nangis. Mukmin yang kuat lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah kan?"
Tangan lembut mengusap air mata sahabatnya, dengan penuh rasa cinta.

"mana ada nangis. ni selsema laa. kan aku tengah demam selsema ni. Tisu mana tisu?"
"eleh, ye laa tu selsema. pandai eh? haa..
laju tangan Balqis mencubit lengan Maria.
"aduh! lengan aku sakit lagi ni.."
"eh sorry sorryyyy!"

keduanya ketawa.

Ukhuwah itu manis, kalau kita saling bersama dan menasihati kerana Allah.
Syafakillah,
ukhti.

CERPEN : Allah uji kerna sayang

"aku rasa tuhan tak adil.aku dah buat elok-elok tapi kenapa gagal.."
Getus Maria, geram. Keputusan exam digenggam tangan kiri. Balqis yang ada ditepi segera menoleh.

"Mana ada..Tuhan tak pernah tak adil."
senyum. Pandangan tertumpu ke syiling. putih, bersih.
"tapi.." Air mata bergenang.
"Maria nak dengar satu cerita?"
"apa?"
"ada seorang lelaki di jakarta, dulu dia bagus, antara pelajar pintar. tak study hard pun boleh score. tapi akhirnya Allah tarik nikmat sikit. dia gagal subjek dalam final exam."
"ok then.."
"pastu dia selalu hairan tengok kawan-kawan yang putus cinta menangis macam orang gila. dia tak pernah bercinta. Maklumlah nak menjaga hati. Tapi Allah uji diketuk juga pintu hatinya untuk seketika.
Dia lalui apa yang mereka lalui. sehingga futur teruk seperti futurnya Zainuddin dalam tenggelamnya kapal Vanderwijk karya buya Hamka."

"zainuddin..yang sakit lepas hayati kawen dengan orang lain?"
"amboi ingat lagi tu. ye..macam tu lah lebih kurang. bila dah futur bertimpa-timpa,lelaki itu bangkit balik untuk seketika.Melihat sesetengah manusia diuji dengan gangguan makhluk lain.dia rasa hairan. Kenapa mudahnya diganggu..dirasanya dia kuat,sebagai hamalatul Quran, mustahil dia kena.Benteng diri kuat. Lantas Allah uji lagi dia dengan dugaan sekuat rupa.Akhirnya dia kena. lama tak jejak bumi, sampai rasa tak mampu nak hadapi.."

"kena apa?"
"err..kena cakar kucing. calar sikit muka."
"haih. ingatkan apaaa!"
"ok gurau. adalah..dia diuji, dengan beberapa kegagalan. yang aku pasti akan buat kau rasa bersyukur sebab kau diuji dengan sedikit je tau kalau compare dengan dia.kau tak futur pun kan?"
kenyit mata.

"tapi balqis..aku.."
"tapi apa?"
"aku rasa dah tak mampu."
"janganlah. kau kena kuat. jangan pernah putus asa. Allah kan ada. aku pun ada disisi kau.. kau kuatlah."
lap air mata. entah, rasa hiba.
"balqis, siapa lelaki tu?"
Balqis menarik nafas dalam-dalam.
nafas dihela, tangan digenggam kuat.
"lelaki tu sebenarnya.."
tangan kiri menyapu air mata yang tumpah. syahdunya hati. entah kenapa.
"dia siapa?"
"sebenarnyaaaa dia suami.. suamiku mr perfect ten err apa lagi ya tajuk pelik-pelik drama sekarang?"
sengeh. lawak hambar.
"balqis!!!! cubit karang!"

Tidaklah Allah bebani manusia itu melainkan apa yang termampu olehnya.-Quran