"Geramnya ! Orang dah cakap awal-awal, dah bagitau malam ni ada
majlis. kata boleh datang tapi last-last tak datang pulak. Semua cancel
macam tu je. Sama je semua. " getus hati kecil , bermonolog sendiri.
Mood swing. Rasa gembira dan teruja yang tadinya terus hilang. diganti perasaan sedih.
"Kata family,tapi..." air mata tiba-tiba bergenang.
Bunyi pintu dibuka. Dari luar masuk seorang sahabat.
"hai Maria. Kenapa muka macam sedih je?ok tak ni?"
"Hani..Takde ape.ok...selsema je.. Ramai tak dapat datang tau majlis malam ni."
Senyuman cuba diukir. suara dilantun ceria seperti biasa. Cubaan untuk ketawa,
Bagaikan topeng.
"Oh ye ke? Kenapa ramai tak datang?"
"Ramai ada urusan dekat luar katanya. Kita proceed je yang mana datang ye hani~ prank tu penting"
"Okay bos. Macam mana rawatan?"
"Ustazah cakap suruh berehat. dah settle rawatan semua, tapi tak boleh
buat kerja berat, sebab bila letih/stress, badan lemah. Tu yang senang
demam tu."
"Oh..so, rehatlah mar.."
"Tengah rehat lah ni. Hee~"
Ketawa kecil.
Lantas nafas dihela sedalam mungkin.
Hati berbisik lagi,
"Tak apa, ramai tak datang majlis kamu pun tak apa, yang penting
mereka-mereka yang sentiasa ada bersama kita. Biarlah yang takde tu.
Kuantiti tak penting, yang penting kualiti. ukhuwah tu lagi jelas terasa
bila kita dapat sama-sama berkumpul, dan meraikan bersama,walau cuma
kita bertiga atau berlima, atau berlapan cuma. Cukuplah yang mana ada,
walau tak semua, mesti nanti meriah juga."
Panjang hati memujuk. Terus hati rasa sejuk.
Akhirnya, waktu yang dinanti tiba.
Tepat jam 12 tengah malam, instrumental lagu hari jadi dipasang disaat
semua yang hadir sedang serious memikirkan cara untuk menyelesaikan
masalah yang timbul di negeri tersebut.
"Selamat Hari jadi!!"
Dan bilik gerakan pada waktu itu, meriah.
Meriah dengan gelak tawa dan makanan.
Walaupun apa yang terjadi tak sepenuhnya seperti apa yang dirancang, tapi rasa juga ukhuwahnya.
Yang pasti, Tasya dan Fatin terkesima. mengalir juga airmata sebab terharu kena prank sempena birthday mereka malam ni.
dan maria,boleh tersenyum lega.
Ya, nak terasa hati, nak marah, nak menangis pun buat apa, bazir masa.
tanda kita dah makin matang, bila kita dah tak marah atas benda kecil, sebab kita tahu ianya cuma membazir masa.
Lagipun semua tahu tanggungjawab dan keutamaan masing-masing. Terpulanglah.
Yang pasti,
Penat lelah petang tadi melayang hilang bila lihat sahabat-sahabat tersenyum panjang.
Bila lihat sahabat semua gembira, hati terasa riang.
Bersahabat kerana Allah,
Terasa indahnya ukhuwah.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment